DPH 30 - SETIA DENGANKU

Romance Series 33468

SUASANA menjadi tegang seketika. Irina yang berdiri tidak jauh di belakang Anas itu memandang sekeliling. Dahi mula berkerut seribu.

‘Kenapa..semua orang sedang serius tika ini? Ada apa-apa yang sedang berlaku kah?'

Itulah persoalan yang berlegar di kepalanya. Bertambah hairan saat dia melihat kawan-kawannya juga cukup serius. Tak terkecuali Aydan yang tiada secalit senyuman pun di bibirnya. Biasanya lelaki itu memang sangat kaya dengan senyuman.

Tapi ini..Ah apa yang berlaku sebenarnya?! Sungguh dia hairan melihat semua ini.

Mata dihalakan pula kepada Anas. Kalau muka si Anas ni tiada senyuman pun dia tak terkejut. Sebab memang muka lelaki ni always serius. Senyuman dia tu mahal sangat. Tapi bila dia dah senyum, mahu cair hati yang namanya perempuan bila melihat. Untung aku!. Dalam kepala ligat berfikir, sempat lagi dia memujikan diri sendiri. Ketawa jahat hanya kedengaran di hatinya sahaja.

Kerana dia tahu. Mungkin keadaan tika ini tidak sesuai. Dia hanya membatu disitu.

Sesekali matanya mengerling manusia-manusia yang lalu lalang di sini. Ada juga yang tayang wajah terkejut melihat ada Anas di situ.

Tapi dipendam hati mereka untuk mendekati Anas. Gila ke apa nak kacau dia dengan muka serius gila tu. Mahu aku kena maki nanti buat malu je.

“Err..Kita ada masalahkah?" Soalnya memecahkan kesunyian yang masih lagi tidak tahu di mana penghujung kesunyian ini.

Sepi.

Soalannya barusan bagai angin lalu yang membawa pergi. Nampaknya sekarang ni mereka palau aku. Okey, fine! Baik aku diam je!

Mata terhala pada Erinda yang masih beriak santai. Malah senyuman yang sukar ditafsirkan di bibir wanita itu masih diukir.

Kepala yang tak gatal di garu.

‘Tak. Masalahnya sekarang ni kenapa semua orang tengok Erinda macam nak telan je. Diorang ni ada buat apa-apa ke yang aku tak tahu kah?' Soalnya sendiri.

Kaki sudah mula naik lenguh. Berdiri je dekat sini tanpa buat apa-apa. Dia sendiri pun sudah naik bosan.

Zein mungkin sudahpun pergi naik berehat di dalam bilik hotel atas suruhan Anas sendiri.

“Follow me Irina" katanya tanpa nada. Terus dia mengorak langkah masuk ke dalam lobi hotel.

Gadis itu yang masih terpinga-pinga hanya membuntuti langkah Anas. Ikut je lah daripada aku duk tercegat je dekat sini.

“Vip suite" katanya dingin. Mengeluarkan VIP card di dalam dompetnya lalu diletakkan di atas meja kaunter itu.

Gadis penjaga kaunter hanya buat tidak endah sahaja. Tangannya sengaja disibukkan membelek fail. Langsung tidak mengangkat wajahnya.

Setahunya memang tiada pelanggan VIP pun yang datang pada hari ini. Ni mesti orang miskin yang nak berlagak jadi kaya. Huh!

“I say VIP suite. You don't hear me!" Tegas dia menutur kata dengan suaranya ditinggikan sedikit.

Irina yang memerhati pun sudah mula kecut perut. Apa pula kali ni. Gempa bumi akan berlaku kalau perempuan ni buat tidak endah sahaja. Please lah angkat muka kau tu yang sekarang ni Anas ada depan kau.

“Sorry..saya sibuk!" Balasnya pula. Malas mahu melayan orang yang berlagak kaya ni.

Anas semakin berang. Boleh dia buat tak tahu je. “You don't know me?" Soalnya. Mengawal kemarahan yang semakin membuak-buak.

Fail ditutup kasar. Benci bila kerjanya diganggu. “Buat apa saya kena kenal..." Ayatnya tergantung di situ saat wajah diangkat dan matanya melekat pada Anas yang merenung dirinya dengan tajam.

Cepat dia menunduk dan kata maaf tidak henti dia ucapkan. Terkejut melihat Anas di hadapannya. Tolonglah..macam mana kalau dia bagitahu Boss ni. Mesti aku kena buang kerja.

“VIP suite?" Sekali lagi ayat itu diulang dengan alisnya diangkat sebelah. Malas dia ingin panjangkan cerita yang remeh temeh sahaja.

Cepat wanita itu mengangguk dalam gelabah.

Selesai chenk in hotel, mereka tiba ditingkat 8 dimana mereka menempatkan VIP suite yang diiringi oleh dua pekerja hotel.

Ting!

Pintu lif dibuka. Mereka serentak keluar berjalan dengan Irina yang masih berdiam diri dari tadi.

“Hantar sampai sini saja" katanya memecah kesunyian.

Pekerja itu berpandangan sesama sendiri sebelum mengalihkan wajahnya ke arah Anas. “Maaf tuan. Kami harus menghantar sehingga sampai di suite VIP"

“Ikut saja apa yang saya katakan" balasnya tegas. Tidak mengendahkan kata pekerja itu.

Nak tak nak, lambat-lambat mereka menganggukkan kepala atas arahan Anas.

Susana kembali sunyi. Mereka tetap berjalan ke arah koridor itu. Sedang kaki masih lagi berjalan, sempat gadis itu mencuri pandang ke arah sisi wajah Anas.

‘Kenapa..lelaki ini masih lagi serius. Ada apa-apa yang berlakukah?'

“Awak okey?" Soalnya perlahan dibalas dengan anggukan Anas.

“Tapi..kenapa muka awak serius saja?" Entah kenapa berani pula dia mengajukan soalan yang dari tadi dia ingin bertanya.

Lelaki itu malah diam. Memasukkan tangan ke dalam kocek seluar dengan kakinya yang masih lagi berjalan.

Tidak puas hati dengan kebisuan Anas, dia jadi bertambah geram. Apa masalah dia sebenarnya?!

“Awak paksa diri awak untuk datang sini?" Soalnya lagi. Entah kenapa dirasakan yang Anas memaksa diri untuk datang ke sini.

“Yes" jawabnya cepat. Tidak sedar jawapannya membuatkan hati gadis itu terguris kerana hatinya sendiri pun tidak tenteram bila Erinda ada di sini.

Dia tergamam. Jadi betul lah apa sangkannya kali ini. Kaki tiba-tiba berhenti melangkah. Ekor matanya melihat Anas yang masih lagi berjalan tidak jauh darinya. Mungkin lelaki itu masih tidak menyedarinya di belakang.

Dia berundur setapak. Bersedia untuk memasang langkah menuju ke lif semula.

Dia benci semua ini. Dia benci kepuraan. Kalau lelaki ini datang dengan paksaan, baik tak payah datang. Tiada sesiapa pun paksa dia untuk datang.

Saat kaki mula melangkah semula ke arah lif, tiba-tiba ada tangan kekar yang memegang lengannya kemas membuatkan langkahnya terhenti.

Wajah dipalingkan ke belakang. Tak payah teka. Dah tahu dah siapa yang suka main pegang-pegang ni.

“Nak pergi mana? Bilik kita arah sana" katanya menghalang langkah gadis itu.

Kali ini giliran dia pula diam. ‘Adakah..dia menghalang aku pergi ni pun atas paksaan?..Kenapa awak suka buat kerja atas paksaan Anas. Bukankah itu sama sekali tidak ikhlas?'

Tidak menghiraukan kata lelaki itu, perlahan-lahan tangannya melepaskan pegangan Anas. Berjalan semula ke arah lif.

Melihat itu keningnya mula bertemu rapat. Tidak faham dengan perubahan sikap Irina yang tiba-tiba.

Belum sempat tangannya ingin menekan lif, tangan Anas lebih cepat memegang tangannya.

Irina mengeluh. Nak apa lagi.

Tak sempat dia ingin bertanya, lelaki itu terus mengheretnya lembut walaupun berkali-kali dia ingin meronta dilepaskan.

Sampai sahaja di hadapan suite yang mewah itu, dia terus mengluarkan kad sebagai kunci pintu di suite itu.

Kad dileretkannya lalu tombol pintu dipulas. Entah kenapa dia emosi pula tika ini. Mungkin dengan kehadiran Erinda yang datang tanpa diundang di sini.

Tubuh Irina ditolak perlahan ke arah katil membuatkan gadis itu terduduk sendiri. Dia sama sekali tidak mengerti dengan sikap Anas tika ini.

Kepalanya didongak memandang sekeliling. Jujur suite ini memang sangat mewah dan cantik.

Terasa katil dihenyak seseorang membuatkan dia pantas berpaling pada sekujur tubuh yang sudah berbaring.

Matanya tidak lepas memandang Anas yang mungkin sudah lena. Terasa rindunya pada lelaki itu terlepas jua.

‘Tapi...kenapa Anas berubah sampai begini sekali? Aku tak pernah paksa pun dia untuk datang ke sini. Atau..semuanya ada sebab kenapa dia berubah sehingga layanan dia pada aku tidak sebaik sebelum ini'

Telinganya mula menangkap dengkuran halus dari lelaki itu. Mungkin dia harus mengambil peluang ini untuk keluar dari sini. Dia tidak sanggup berada di dalam bilik dengan mana-mana lelaki terlalu lama.

Walaupun Anas sudah halal baginya, tapi dia masih lagi tidak selesa. Dengan emosi Anas yang tiba-tiba berubah tegang pula.

Kakinya mula berjalan ke arah pintu. Tombol pintu dipulas perlahan agar tidak didengar oleh Anas.

Dahinya mula bekerut saat pintu yang dipulasnya dari tadi belum lagi terbuka. Puas tombol itu dipulasnya sehingga tidak tersedar perlakuannya barusan membuatkan lena lelaki itu terganggu apabila terdengar bunyi tombol pintu dipulas.

“Irina..awak nak pergi mana tu?" Laungnya dengan leher mula menjenguk ke arah pintu.

Irina sudah mula gelabah saat mendengar suara Anas. Apa yang dia nak buat ni.

Sungguh dia takut melihat Anas yang sekarang. Dengan muka dinginnya sekali membuatkan dia gerun ingin menatap wajah tampan itu lagi.

Terasa bahunya ditepuk seseorang dari arah belakang membuatkan dia sepantas kilat berpaling.

Terkejut melihat Anas yang sudah berdiri di hadapannya. Ta-tapi bila? Cepat betul lelaki ni berjalan. Aku sendiri pun dah tak sedar.

“Awak nak pergi mana Irina?" Soalnya sekali lagi. Mengangkat kedua alisnya meminta jawapan.

“Sa..saya nak pergi masuk bilik hotel saya" dalam takut dia membalas soalan lelaki itu.

Dia sendiri pun tidak tahu kenapa dia takut sangat ingin berdepan dengan Anas. Adakah..selepas Anas tunjukkan wajah dinginnya yang sebenar itu membuatkan dia takut.

Yelah, selama ni Anas tak pernah pun bersikap dingin dengannya. Sama sekali tidak pernah. Tapi..kenapa hari ini tiba-tiba dia bersikap dingin? Adakah kerana seseorang?

“Awak tak boleh keluar dari suite ni selagi kad ni bersama saya" kad yang berwarna hitam putih itu ditunjukkan dimana sebagai kad itu lah menggantikan sebagai kunci.

Melihat itu Irina mula menggapai kad di tangan Anas. Sengaja lelaki itu mengangkat tangannya tinggi kerana dia tahu Irina pasti tidak dapat mencapainya.

Akhirnya dia pasrah. Mengeluh kuat dengan dirinya diberanikan bertentang mata dengan suaminya.

“Please Anas. Saya nak keluar. Ini suite awak kan. Awak rest lah dulu. Saya pun penat ni" suara sengaja diperlahankan agar lelaki itu faham yang dia betul-betul penat.

“Ini suite awak" dia berkata tegas. Kali ini kedua-dua bahu Irina pula dipegangnya. Memegang badan itu agar berdiri di hadapannya.

“Tak. Ini suite awk"

“Ini suite kita" tak mahu mengalah, dia membalas pula kata Irina.

Melihat Irina hanya diam seribu bahasa yang mungkin sudah tidak tahu untuk membalas apa-apa, dia mengheret tangan wanita itu ke arah kolam yang bersaiz sederhana di balkoni suite itu. Dia tahu Irina sukakan pemandangan. Jadi dia mengambil peluang ini untuk wanita itu melihat pemandangan dari atas.

Irina pula terpegun melihatnya. Sangat-sangat cantik. Lupa pula dia dengan niatnya untuk keluar dari sini barusan.

Berdiri tegak di balkoni tepi kolam itu melemparkan padangan ke arah luar. Bibir automatik mengukir senyuman. Angin mula menampar lembut kulit wajahnya itu. Menambahkan lagi rasa mendamaikan.

Tiba-tiba ada tangan kekar yang melilit pinggangnya membuatkan dia kaku seluruh tubuh.

Anas ukir senyuman nipis. Dagunya diletakkan di atas bahu sang isteri. Turut melemparkan pandangan ke hadapan dimana terdapat bangunan-bangunan tinggi dan jalan raya yang masih lagi sesak.

“I'm sorry" katanya tiba-tiba meminta maaf. Ya dia sedar akan kelakuannya itu.

Mungkin dengan kehadiran Erinda di sini dan perkahwinannya dengan perempuan itu membuatkan dia bertambah tertekan sampaikan dia tidak sedar dia melemparkan tekanannya itu kepada Irina.

Jujur dia datang ke sini bukan dengan paksaan. Tapi hatinya dipagut rasa tidak aman saat Erinda ada sekali di sini. Tak menyangka pula yang perempuan itu sanggup mengekorinya sampailah ke Langkawi.

“Kenapa awak tiba-tiba berubah macam ni Anas?" Jelas sekali suara Irina kedengaran sebak. Dia..sama sekali tidak suka dengan Anas yang bersikap dingin seperti ini.

Kedengaran lelaki itu menarik nafas dalam lalu dihembusnya perlahan. Pelukan pada badan gadis itu mula dieratkan.

“Sa..saya tak sengaja tadi sayang. Jujur saya cakap yang saya datang sini tiada sesiapa pun paksa. Tapi saya datang sini because I want to see you and releastantion. Saya tak..."

“Baguslah kalau awak nak tenangkan fikiran dekat sini pun. Jelas sekali tengok muka awak ada masalah" cepat dia memangkas ayat lekaki itu bertambah geram di hati. Suka sangat menyampuk.

Pipi Irina di cubit geram. Menyeringai sakit si gadis saat menerima cubitan itu. Pipinya digosok lembut dengan muka cemberut habis.

“Menyapuk lagi time saya bercakap ni. Ha itu balasannya" dia tergelak kecil. Terasa hilang sedikit beban yang dipukul saat melihat wajah ‘kesayangan' di depan mata.

“Stay with me. Tidur malam ni dekat sini"

“Hmph? Apa dia?" Jelas dia bertanya dengan wajah terkebil-kebil.

“Tidur dekat sini malam ni. Bolehkan?"

Dia berfikir sejenak walaupun jauh di sudut hati yang jawapannya sama sekali tidak.

Of course aku takkan tidur sekatil eh dengan dia. Walaupun dia suami aku, tapi aku sama sekali tak suka berkongsi langsung.

Dahlah selama aku bercuti dekat sini aku dah pun kena tidur sebilik dengan Qistina dan Nadia walaupun dah berpuluh aku menolak.

Bilang Nadia, “tak baik membazir ni. Amalan syaitan. So kau kenalah share bilik dengan kami ye. Bukanke itu lebih jimat" masih segar di ingatan ayat kawannya itu berpesan.

Hampeh punya kawan. Membazir konon. Dia pergi shopping macam nak shopping seluruh pasar raya tu bukan namanya membazir ke.

Bukannya dia tidak boleh tempah bilik hotel dengan duit sendiri tapi bila melihat Qistina dan Nadia separuh merayu ke arahnya agar berkongsi bilik jadi mahu tak mahu, dia uruti sahaja. Buat dalam paksa. So kena sabar je lah hadap dua perangai diorang ni.

Dan sekarang..Aku kena tidur sekatil dengan dia. No! Cukuplah aku tidur sebilik dengan dia sebab isu lipas hari tu.

Tak pasal-pasal dia pergi tangkap gambar aku lepastu pos pula dalam instagran. Mahu aku tak malu nanti setahun.

“Sayang..boleh ke?" Soalnya bila berasa yang Irina masih berdiam diri.

Gadis itu menggeleng tidak mengeluarkan suara.

Kedengaran lelaki itu melepaskan keluhan berat. Pelukan pada pinggang isterinya perlahan-lahan dileraikan. Hampa dengan gelengan Irina yang tidak setuju dengan ajakannya.

“Okey" balasnya perlahan.

Irina kerut kening. Aik..merajuk ke? Nak aku pujuk lah ni. Tak sangka pula lelaki pujaan wanita ni pandai merajuk rupanya.

Macam mana dia nak buat ni. Sejujurnya dia langsung tidak selesa bila tidur sekatil dengan lelaki. Sifat tidak berkongsinya membuatkan dia lagi tidak setuju dengan pelawaan Anas.

Tapi dia tahu yang lelaki itu berharap agar dia bersetuju. Tapi aku nak buat macam mana?

Esok dah nak balik dah kan. Apa salahnya kalau aku cuba buang sifat tidak suka berkongsi aku tu.

Kali ini dia berpaling. Wajah mereka yang sangat dekat itu membuatkan dia turut merasa deruan nafas masing-masing.

Lambat kepalanya dijatuhkan dengan senyuman terukir di bibir. “Just one night. Sebab esok kita dah nak balik" katanya mengundang anggukan cepat dari Anas.

Satu malam pun satu malam lah. Janji dapat tidur sekali.

~•~•~•~•~•~•

“Kau ni memang tak tahu malu kan perempuan. Datang sini nak kacau percutian kami. Apa lagi yang kau rancangkan dengan perempuan tua tu!" Mencerlung mata Nadia memang wajah santai Erinda yang lagi membuatkan api kemarahannya membuak-buak.

“What? I datang sini just nak holiday je okey. I takda buat rancangan apa pun. I taklah sekejam tu nak kacau holiday korang." Kali ini dia pula membalas. Masih lagi santai riaknya.

Kedengaran tawa sinis dari Nadia. Entah kenapa lucu pula mendengar kata-kata Erinda barusan. Holiday? Dah takda tempat lain ke dekat Malaysia nak pergi bercuti?!

Jari telunjuknya dihalakan tepat ke wajah Erinda. Turun naik jari telunjuknya melihat penampilan gadis itu.

“Tak padan dengan pakai tudung tapi perangai..Nauzubillah..Tak tahu la aku nak cakap macam mana. Kotor benar hati kau ye" sinis dia berkata dengan senyuman senget diukirkan.

“You..Jangan nak melampau!" Tinggi suaranya memberi amaran. Sakit hati benar bila penampilannya dibualkan.

“Nadia..dahlah tu. Kau tak tahu malu ke semua orang tengok kita dah sekarang ni" Qistina pula datang mencelah bila dirasakan yang tidak lama lagi peperangan akan berlaku.

Sempat matanya melirik ke arah orang ramai yang sudah memandang aneh ke arah mereka.

“Aku nak ajar perempuan ni cukup-cukup Qis. Kau tak nampak ke dengan mata kepala kau sendiri. Melampau sangat perangai perempuan murahan ni" balasnya dengan suara meninggi. Sengaja ingin Erinda mendengar kata-katanya.

Qistina sudah mula tidak keruan. Apa aku nak buat ni. Dikerling wajah Erinda yang sudah menahan marah itu. Dia taknak apa-apa pergaduhan berlaku di sini. Tapi macam mana untuk dia leraikan semuanya.

“You jaga sikit mulut you tu perempuan sebelum I ajar you cukup-cukup siapa yang perempuan murahan sekarang ni" balasnya pula tidak mahu mengalah.

“Enough Erinda!" Aydan yang tadi berdiam diri juga mula meninggi suara. Namun wajah kacaknya itu masih kelihatan santai cuma nada suaranya yang tinggi membuatkan gadis itu automatik angkat kedua bahunya dek tak terjangka yang Aydan akan menengkinya.

“Kita orang takkan cari masalah dekat sini kalau you tak cari masalah dengan kami. Jadi kalau you nak holiday dekat sini sekalipun, silakan. Kami takkan halang. Tapi..you jangan sesekali ikut serta atas apa yang kami akan buat. Ingat tu." Kali ini semua mata terarah kepadanya dengan pandangan tajam.

Rasa tercabar dipendamnya bila mendengar kata-kata Aydan itu. Dia hanya membalas dengan anggukan walaupun dia langsung tidak akan setuju dengan semua ini.

“Baguslah kalau macam tu. Dan ingat..." Ayatnya dijedakan sebentar sebelum kakinya melangkah dekat dengan Erinda. Mulutnya didekatkan dengan telinga gadis itu yang dibaluti tudung.

“Jangan sesekali bagitahu Irina yang kau ni isteri Anas. Kalau tak..siap kau" amaran keras diberikan menandakan dia tidak bermain-main.

“If I bagitahu?" Seolah mencurahkan minyak ke dalam bara api dia berkata membalas amaran Nadia.

Nadia kepal penumbuk. Perempuan ni memang mencabar kesabaran aku.

Saat tangannya mula naik ingin mencekik leher gadis itu dengan amarah menguasai seluruh tubuhnya namun tangan Qistina lebih cepat menyambambar lengan kawannya dengan cepat dia mengheret Nadia menjauh. Baik jauhkan si Nadia ni dari perempuam tu sebelum apa-apa terjadi.

“Kau memang tak guna perempuan!" Tangannya mula meronta supaya dilepaskan namun tidak berjaya saat Aydan pun memegang legannya kemas supaya bertenang.

Erinda kelihatan bersahaja. Senyuman sinis diukir melihat Nadia di hadapannya itu seperti menahan marah.

“Kalau kau bagitahu Irina semuanya! Aku akan pastikan..."

“Bagitahu apa" ayatnya yang ingin diteruskan itu serta merta mati saat Irina yang muncul entah dari mana berjalan ke arah mereka dan dibelakangnya juga turut ada Anas yang sudah bertukar riak cemasnya takut semua akan terbongkar.

Semua mata mula beralih pada Irina. Masing-masing mengawal riak terkejut mereka sedangkan Erinda sudah tergelak sinis.

Drama apakah ini?...Sangat melucukan!.

Done update! Actually Mira nak update double chapter, tapi nampaknya tak sempat so kita bagi one chapter dulu ye ^_^ Irina akan tahu yang Anas kahwin lain ke? Tak kot >< Heppi reading!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience