“Today, I want you all to prepare a special and delicious food because tonight our hotel will have a ceremony from Company Jaya Holding. I hope you all cooperate" ujar Anas tegas kepada barisan chef di hadapannya.
Serentak itu, mereka hanya mengangguk dan tekun mendengar kata-kata dari Anas.
“Good. Thanks everyone" ucap Anas sebelum dia berlalu pergi.
Melihat Anas sudah pergi, mereka semua membuat kerja masing-masing. Bertungkus lumus para chef semua menyediakan makanan yang diarahkan oleh Anas.
~•~•~•~•~•
“Mama? Awal balik. Kenapa balik awak sangat?" soal Sara bercampur sindiran apabila melihat mamanya itu sudah terpacak di pintu utama rumah.
Aulia masih tekun menonton televisyen di atas sofa. Wajahnya tidak dialihkan langsung memandang wajah mamanya.
“Of course lah mama balik awal. Malam ni kan kita nak buat majlis. Mama dah beli dah baju untuk kamu semua" Datin Khatijah memberikan beg plastik yang tertera jinama victoria secret yang dibuat oleh kawannya itu.
Sara berlari ke arah Datin khatijah lalu mencapai beg plastik itu. Beg plastik itu dibuka lalu ditiliknya baju yang berwarna merah itu. Dia tersentum lebar.
“Ahh cantiklah. Tinggi tau taste Mama ni" kata Sara gembira. Dia berlari ke arah biliknya. Mungkin ingin cuba memakai baju yang beru dibeli oleh mamanya itu.
“Ini yang Lia. Pakailah"
Aulia menyambut beg plastik itu. Tanpa sepatah kata, dia juga turut bangun menuju ke biliknya. Warna bajunya juga turut berwarna merah. Mungkin Mamanya ingin baju warna mereka sedondon.
Tidak lama kemudian, Irina pula turun dari biliknya itu. Dia melihat wajah Mamanya di bawah. Aik..tak kerja ke?
“Mama? Tak kerja?"
“Tak sayang. Eloklah kalau kamu datang. Ni cuba baju ni" beg plastik itu disuakan kepada Irina.
Irina menyambut. “Thanks ma" ucapnya sebelum dia juga menaiki tangga ke biliknya semula.
Hampir 5 minit, mereka turun semula. Datin Khatijah tersenyum lebar melihat pakaian anak-anaknya itu. So beautiful!
“Sara cantik tak mama?"
Datin Kahtijah mengangguk. “Cantik"
“Lia pun cantik. Tapi bagi mama, Irina lagi cantik" puji Datin Khatijah. Matanya melirik ke arah anak bongsunya.
Aulia dan Sara menjeling tajam ke arah Irina. Irina menunduk.
“Nanti malam ni pakai baju ni ye. Mama nak masuk bilik kejap. Pastikan baju ni tak kotor" Datin Khatijah bangun, lalu kakinya berjalan ke arah biliknya.
“Eleh, cantiklah sangat. Kalau nak dibandingkan dengan monyet, monyet lagi cantiklah dari muka kau ni", hina Sara. Matanya memandang atas bawah badan Irina.
Irina diam. Abaikan jelah apa yang diorang nak cakap. Ada aku kisah kalau muka aku tak cantik pun.
“Tulah. Aku pun rasa macam tu Sara. Lelaki mana nak pandang muka yang hodoh macam perempuan ni. Berbeza lah dengan kita kan" sinis Aulia berkata-kata mengundang tawa jahat dari Sara.
Irina menutup matanya. Cuba untuk memekakkan teling. Sabar Irina. Sabar.
“Sara rasa kan, malam ni mesti takde sorang lelaki pun yang berani nak datang dekat dengan perempuan ni. Dah muka pun hodoh. Takde sapa pun nak berani datang dekat. Kan akak?"
Cepat Aulia mengangguk.
Irina kemam bibir menahan air mata dari tumpah. Inilah kehidupannya seharian. Dari kecil lagi dia selalu menerima hinaan dari kakaknya itu. Dia sendiri pun tidak tahu dimana silapnya sampaikan kakaknya itu sanggup memulaukan dirinya.
Kaki Irina bergerak ke arah tangga tapi dihalang oleh tangan Sara. Irina berpaling. Apa lagi yang dia tak puas hati dengan aku?
Dahi Irina yang ditampal plaster itu, dicabutnya kuat. “Arghh" Irina mengaduh sakit apabila luka yang baru sahaja hendak pulih itu, semakin teruk apabila Sara mencabutnya.
Sara ketawa jahat.
Aulia senyum sinis.
“Sakit ke? Kesian."
“Apa yang Kak Sara tak puas hati lagi dengan Irina hah?!" Irina meninggikan suaranya apabila kakaknya tidak habis-habis menyakiti dirinya.
“Kau nak tahu kenapa? Sebab kau ni menyusahkan. Disebabkan kau aku dan Kak Lia tak dapat....." ayatnya mati apabila tersedar yang mulutnya tersilap kata.
“Tak dapat apa?"
Sara diam.
“Tu bukan urusan kau. Kau tak perlu tahu." celah Aulia pula. Wajah Sara dijeling sekilas.
Aulia menarik tangan Sara supaya pergi dari situ. Sara hanya menurut.
Semakin berkerut dahi Irina. Tak dapat apa?. Tapi fikirannya terhenti apabila darah menitik di atas hidungnya.
“Oh my god!" dia berlari ke arah biliknya. Tak perasan pulak yang darah dah mengalir.
“Hish, kau ni Sara. Nasib baik dia tak tahu. Kalau tak, kita takkan dapat apa-apa"
Sara mendengus.
“Yelah. Salah Sara. Janji Sara takkan terlepas cakap lagi."
“Pastikan kau tak tersalah cakap lagi"
Sara mengangguk sambil tangannya di angkat lagak bersumpah.
~•~•~•~•~•
Aydan menapak ke dalam hotel setelah dia memarkingkan keretanya.
Semua mata melihat ke arahnya. Aydan hanya membalas dengan senyuman.
Siti dan Aina yang menjaga kaunter pertanyaan itu melopong mulut mereka. Ni sapa pulak ni. Mamat korea sesat kat Malaysia ke?.
“Aina, tengok tu. Hensem kan." Siti mencuit lengan kawannya itu.
“Hensem. Tapi lelaki pujaan aku lagi hensem" jawabnya bersama ketawa kecil. Tak boleh ketawa kuat-kuat. Tak pasal-pasal kena buang kerja pulak.
“Eleh. Ye lah tu. Menang Boss lagi hensen dengan lelaki tu. Tapi jauh berbeza boss dengan lekaki tu. Lelaki tadi kaya dengan senyuman. Kalau Boss, nak senyum dekat kita pun tak pernah"
“Mhmm betul jugak kan"
~•~•~•~•~•~•
Aydan masuk ke dalam bilik Anas setelah diizinkan masuk. Matanya melihat sekeliling bilik itu. Mhmm cantik dan selesa.
“Kau datang ni nak apa?" soal Anas melulu. Malas nak berkias-kias lagi.
Tanpa dipersilakan duduk, Anas melabuhkan punggunya di atas sofa yang berbentuk L.
“Aku datang ni nak bagitahu kau yang aku tak dapat datang malam ni. Papa aku ajak pergi Penang. Sebenarnya, aku tak nak. Tapi dah kena paksa kan. So aku terima jelah" terang Aydan. Kedua-dua tangannya didepakan lalu diletakkan di atas kepala sofa. Kakinya disilangkan.
“Mhmm okey."
“Owh lagi satu. Tolong kirim salam dekat crush aku tu ye" Aydan tayang gigi.
Anas sudah menggelengkan kepala.
“"You do not shout very Aydan. This girl is a male field from the outside. When you see a man with money, he continues to want to squander our property. So gold digger." ujar Anas selamba. Matanya tidak memandang Aydan. Dia hanya menumpukan perhatiannya kepada skrin komputer. Tangannya ligat menekan keybord di komputer itu.
“Irina is not like that. I know him."
“It doesn't matter if you say that. I hope she's not the woman I thought I was. Because this girl is good at acting if you want to know"
“Aku dah lama berkawan dengan Irina. Dan aku kenal dia sangat-sangat. Kalau kau jumpa dia pun, pasti kau akan jatuh cinta dengan dia. She kind. Different from other women. Tapi aku harap kau takkan ambil dia dari aku"
Anas ketawa sinis.
“Aku takkan ambil hak orang. But if I mate with him, you can't do anything Aydan. Kita yang merancang. Tapi Allah yang tentukan", ujar Anas lagi tidak mahu mengalah sampaikan dah masuk dalam bab-bab agama pulak ni.
“I know. Cuma, selagi dia tak jadi milik sesiapa, I will try." Aydan mulai bangun dari sofa itu. Matanya memandang Anas.
“Aku balik dulu" ucapnya sebelum membuka pintu bilik Anas.
~•~•~•~•~•
Penduduk di dalam rumah agam milik Dato Mukhriz, semuanya berada di dalam bilik memandangkan tidak lama lagi mereka akan pergi ke majlis itu.
Hanya Irina seorang sahaja yang berada di dapur. Semua orang sudah kelam kabut menyiapkan diri mereka masing-masing.
Irina perlahan-lahan menyuakan spageti aglio olio ke dalam mulutnya. Nampak tenang sahaja walaupun dia belum menyiapkan dirinya. Buat apa nak kelam kabut? Tak larinya hotel tu. Lagipun memang dia tak suka pasal majlis ni. Menyusahkan. Dia terima untuk pergi pun, hanya ingin keluar dari rumah yang dia menganggap sebagai penjara ini.
Tidak lama kemudian, Datin Khatijah berjalan ke arah Irina dari belakang gadis itu.
Meja makan itu ditepuknya kuat. Tersedak Irina tika itu apabila Mamanya tiba-tiba datang dari arah belakang. Gelas yang berisikan air coklat itu dicapainya. Air itu diteguk rakus.
“Irina! Kamu tak bersiap lagi ke?" soal Datin Khatijah tegas. Pening kepala memikirkan sikap Irina yang selalu cool saja. Last minit baru nak buat kerja.
Irina menilik Mamanya itu dari atas sampai bawah. Nampaknya, Mamanya pun memakai baju yang berwarna merah. Cantik. Walaupun Mamanya sudah semakin tua, tapi jujur dia akui yang wajah Mamanya itu tidak nampak berkedut ataupun tua. Awet muda kut.
“Mama dah nak pergi ke?" soal Irina kembali.
Datin Khatijah urut pelilis kepala. Sabar Khatijah. Kau layan je anak kau yang sorang ni.
“Ye, semua orang dah nak pergi dah ni. Irina je belum bersiap"
Irina diam seperti memikirkan sesuatu.
“Mhmm, kalau macam tu Mama pergilah dulu"
“Habistu kamu?"
“Kejap lagilah Irina pergi. Lagipun tak larinya hotel tu"
“Kamu naik pergi nak apa?"
“Kereta Irina. Lagipun Irina nak bawak lah juga kereta Irina tu jalan-jalan. Takkan nak letak bawah garaj je kan. Tak pasal-pasal rosak macam tu je kereta Irina tu" ujar Irina perlahan walaupun sedikit kata-katanya itu sindiran.
Dia tak boleh keluar rumah akibat dihalang oleh kakaknya itu. Jadi, keretanya pun, sudah jarang dia bawa. Tak pasal-pasal rosak pulak kereta tu.
“Mhmm yelah. Jangan lambat sangat tau."
Irina hanya mengangguk apabila melihat Mamanya sudah pergi. Dia menyambung makan spageti aglio olio itu semula.
“Irina mana?" saol Dato Mukhriz sebaik sahaja melihat isterinya membolos masuk ke dalam kereta Alphard miliknya.
Dia tidak memandu kereta itu, sebaliknya Pak Tam sebagai pemandu keluarganya yang sudah lama berkhidmat itu yang memandu kereta itu.
Aulia tayang muka selamba. Sudah masak dengan perangai Irina yang suka last minute baru nak bersiap. Menyusahkan orang betul.
“Dia tak bersiap lagi ke Mama?" soal Sara.
“Belum. Tadi pun dia tengah makan. Katanya, dia pergi naik kereta dia sendiri"
Sara hanya mengangguk. Tiba-tiba, terbit senyuman sinis dari bibirnya itu. Ah tak lama je lagi. Siaplah kau, Irina.
“Takpelah kalau macam tu. Pak Tam, jalan je" Arah Dato Mukhriz lembut.
Pak Tam hanya mengangguk. Pedal minyak ditekan, kereta itu perlahan-lahan keluar dari perkarangan rumah agam itu.
~•~•~•~•~•~•
Selesai membasuh tangan, Irina berjalan ke arah tangga untuk menuju ke biliknya.
“Mak Imah!"
“Mak Imah!" laungnya kuat memandangkan hanya dia seorang sahaja di dalam rumah ini.
Dia tepuk dahi sendiri. Terlupa pula yang Mak Imah dah balik kampung selama seminggu. Katanya, nak kumpul ramai-ramai dengan sanak saudara memandangkan anaknya itu sudah habis belajar. Best kan. Kalaulah keluarga aku pun macam tu.
Malas berfikir lagi, laju sahaja kakinya mendaki tangga. Sampai di biliknya, dia terus menolak daun pintu itu.
Matanya terbuntang luas apabila melihat bajunya di atas katil koyak rabak seperti ada orang yang mengoyakkannya.
Irina menutup mulutnya seperti mahu menangis. Siapa punya kerja pulak ni.
Baju itu dicapainya. Dia menggenggam kuat tangannya menahan marah walaupun di tubir matanya mula berasa hangat.
Tidak ingin membuang masa, baju itu dicampakkannya ke dalam tong sampah. Kalau koyak sikit takpe lah jugak. Ni dah seluruh baju terkoyak. Takkan aku nak jahit pulak. Masukkan benang dalam jarum pun aku tak pandai.
Irina menyeka air matanya yang mula jatuh. Ni mesti angkara kakaknya yang dua orang itu. Mesti dia tak boleh tengok aku bahagia. Dah macam cerita Cinderella pun ada jugak. Kena dera dengan kakak tiri. Tapi yang berbezanya cerita dia adalah dia didera oleh kakak kandungnya sendiri, bukannya kakak tiri.
Irina berkira-kira disitu. Aku nak buat apa ni? Takkanlah aku nak pergi beli baju pulak. Mana sempat. Alahh, menyusahkan betul la. Ni semua salah Aulia dengan Sara la.
Dia mundar mandir di situ. Apa aku nak buat ni. Otaknya ligat memikirkan cara untuk menyelesaikan masalah.
Kalau ada Mak Imah kan senang. Boleh minta tolong dia jahitkan baju aku tu. Tapi boleh lagi ke jahit baju yang dah rosak tu? Aku rasa Mak Imah pun tak berani nak menjahit bila tengok baju tu. Mungkin sampai setahun baru siap kalau Mak Imah yang jahitnya.
Kakinya masih mundar mandir di situ. Sesekali matanya mengerling ke arah jam di biliknya. Alamak! Dah hampir pukul 9 malam. Macam mana ni? Makin gelabahlah Irina dibuatnya. Tu lah kau Irina. Siapa suruh buat kerja last minit sangat. Sekarang, ni lah akibatnya.
Tiba-tiba telefonnya mendering minta diangkat. Irina merungut. Ni mesti Mama. Aduhh, macam mana aku nak cakap ni. Ni semua salah dua ekor makhluk tu lah.
Melihat nama Mamanya yang tertera di skrin telefonnya, dia telan liur. Apa aku nak jawab ni? Takkan aku tak jadi pergi pulak. Aduhh peninglah. Akhirnya, Irina menekan butang hijau juga.
“Irina! Mana kamu ni? Tak sampai-sampai lagi. Puas tau mama tunggu. Majlis dah nak mula dah ni" laung Datin Khatijah di corong telefon.
Irina menjarakkan sedikit telefonnya itu apabila mendengar suara singa Mamanya.
“Err, Irina tengah bersiap"
“Apa?!" Datin Khatijah seakan tidak percaya. Baru nak bersiap?! Ingatkan dah on the way datang.
“Err, sorry Mama. Tadi ada hal."
“Cepat sikit Irina. Jangan buat orang tertunggu kamu" mendengar suara Mamanya yang semakin perlahan itu, dia menarik nafas lega.
“Mhm ye Ma. Irina letak dulu"
Irina mematikan panggilan telefon dengan Mamanya. Dia menggaru kepala tidak gatal.
Ahh sudahlah. Pakai je lah baju mana-mana pun. Asalkan aku datang dekat hotel tu, dengan berbaju. Jangan berbogel sudah. Tak pasal-pasal ada yang tercekik tulang nanti bila aku datang dekat hotel tu tidak berbaju.
Nasib lah dapat kakak macam ni. Malang sekali hidup kau Irina.
Dia membuka almari baju biliknya. Matanya meliar mencari baju yang sesuai.
Matanya tertancap pada sebuah pakaian di dalam almarinya. Segera dia mencapai.
Lama dia memerhati pakaian itu. Blouse ikat labuh berwarna merah. Mhm not bad. Okeylah dari takde.
Hampir 15 minit dia bersiap, dia merenung dirinya di hadapan cermin. Dia hanya mekap biasa-biasa sahaja memandangkan dia nak cepat.
“Cantik!" pujinya sendiri. Blouse ikat labuh berwarna merah itu memang sesuai dengannya. Blouse itu panjangnya bawah dari lutut. Jadi, nampaklah sedikit kakinya itu. Tapi tak ketaralah ye.
Dia perlahan-lahan mencabut plaster di dahinya itu. Mukanya berkerut menahan sakit. Ni kau punya pasal lah Irina. Tak sakit pergi cari penyakit. Dah tahu yang kakak kau tu jenis garang macam singa, boleh pulak kau pergi melawan cakap dia. Sabar je lah.
Cepat sahaja tangannya menukar plaster yang lain takut darah mengalir lagi. Mukanya menahan sakit. Dia membetulkan sedikit rambutnya. Niat ingin mendandan rambut. Tapi kalau dah nak cepat macam ni, rasanya mana sempat.
Tangannya menyeluk kunci kereta di dalam beg slingnya.
Dia memegang kunci keretanya lalu beg slingnya diletakkan di atas bahu.
Dia menilik penampilan dirinya di hadapan cermin sekali lagi. Plaster yang tertampal di atas dahinya itu, dia menutup sedikit dengan rambutnya.
Cepat sahaja kakinya menuruni anak tangga. Tangannya mengunci pintu utama dengan anak kunci pendua.
Dia berdiri di hadapan kereta Honda Civic-nya yang telah dibeli olehnya sendiri 2 tahun yang lepas menggunakan duit belanjanya.
Sempat lagi dia mengerling ke arah jam yang dipakainya. Sudah pukul 9:15 malam. Mesti majlis dah bermula.
Dia membolos masuk ke dalam kereta. Pedal minyak ditekan sehingga keretanya sudah hilang dari perkarangan rumah agam itu.
~•~•~•~•~•
“Tuan, tuan nak saya hantar tuan ke?" Zein menyoal sebaik sahaja dia melihat Anas sudah pun keluar dari condonya itu.
Anas kerling jam tangannya. Nampaknya, dia sudah lewat memandangkan dia terpaksa singgah di rumah Daddynya dahulu. Jadi, nak tak nak dia terpaksa pergi juga.
“Takpe Zein. Aku nak drive sendiri" ujar Anas lalu dia berjalan ke arah keretanya. Anas membolos masuk ke dalam kereta Lamborgininya. Enjin kereta mengaum sebaik sahaja dia menghidupkan enjin kereta.
Share this novel