Pagi itu, Irina sudah siap membersihkan diri dan hanya memakai pakaian yang biasa dia pakai bila tinggal dekat condo ni. Baju t-shirt lengan pendek dan seluar jeans mini. Langsung tidak berasa sejuk memakai pakaian sebegitu. Mungkin sudah terbiasa.
Kalau ikutkan hati aku, nak saja aku sambung tidur balik. Tapi memandangkan dari awal lagi dia dah tetapkan syarat supaya menyediakan dia roti bakar di setiap pagi, so aku kena terima jelah. Nak buat macam mana. Kerja isteri layan suami kan.
Siap membuat roti bakar, dia terus menghenyak punggung di atas kerusi meja makan sambil tangannya mencapai sekeping roti bakar lalu disuakan ke dalam mulutnya.
Malas menunggu Anas. Entah berapa tahun lagi aku nak tunggu dia keluar dari bilik tu. Baik aku makan dulu.
Bunyi derapan kaki Anas yang turun dari tangga mematikan lamunannya dari tadi. Dia hanya memerhati sahaja sehinggalah Anas duduk di hadapannya.
Berkerut dahi Irina memandang lelaki itu. ‘Dah kenapa pula pakai baju t-shirt je ni. Dia tak masuk office ke'
Anas diam. Langsung tidak bercakap. Dia terus mengunyah roti bakar di hadapannya. Muka tak payah nak cakap lah. Masam mencuka. Ini kerana hari ini ialah hari terakhir Mummynya memberi tempoh untuk berfikir. Tapi dia masih lagi tidak membuat apa-apa keputusan. Sebab tu dia tak masuk kerja hari ni. Kalau tak, satu kerja pun dia takkan siap bila fikiran bercelaru.
“Awak okey ke? Ada problem nak share?" tanya Irina sambil memerhati Anas di hadapannya.
Dia menggeleng. “Takda apa pun"
“Seriusly? Tapi kenapa tengok muka awak macam ada masalah je. And ni lagi satu. Awak tak masuk kerja ke?"
“Entah. Aku takda mood"
Irina sudah menggeleng kepala. Tahulah yang dia tu Boss. Tapi tak payah lah sampai nak ambil cuti banyak hari.
“Mhm lagi satu Anas saya nak tanya awak. Awak kenal ke perempuan yang nama Erinda tu. Kenapa awak tak bagitahu saya yang awak kenal dia"
Mendengar itu, Anas tarik nafas dalam-dalam. Dahlah aku tengah dalam mood stress sekarang ni. Dia boleh pula sebut nama perempuan tu.
Sisa roti bakar diletakkan kembali ke atas pinggang. Kerusi ditolak kasar. Dah takda mood nak makan.
“Kau tak perlu tahu dan tak payah tahu pun siapa dia" balas lelaki itu mengundang wajah cemberut Irina.
Kira-kira ingin membalas kata-kata lelaki itu tapi menyebabkan deringan telefon Anas meminta diangkat itu membuatkan dia kunci mulut sahaja.
Lelaki itu mendengus kasar. Time ni juga ada orang nak call. Tertera nama Mummy di atas skrin telefonnya. Dengan perasaan sebal, butang hijau dileretkan ke tepi.
“Ye Mummy" jawabnya malas.
“Datang rumah Daddy sekarang" tegas ayat dituturkan oleh wanita itu.
Anas sudah bercekak pinggang sebelah. Wajah Irina yang merenungnya itu dipandang sekilas.
“Mummy, Anas tak buat..."
“Dah cukup seminggu Anas. Mummy pun dah bagi Anas masa. Bye. I waiting you at home." tanpa menunggu balasan Anas, wanita itu terlebih dahulu mematikan panggilan.
Anas mengeluh. Malas panjangkan cerita, kunci kereta dan walletnya diambil lalu kakinya melangkah ke arah pintu keluar.
“Awak nak pergi mana Anas?" soal Irina sekaligus memberhentikan langkah lelaki itu.
“Pergilah dekat mana-mana pun" balasnya tanpa memandang ke arah Irina sebaliknya dia terus menutup pintu saat tubuhnya sudah keluar dari ruangan itu.
Dahinya berkerut seribu. Dah kenapa pula dengan Anas ni. Takda angin takda ribut tiba-tiba perangai dia macam tu bila aku sebut nama ‘Erinda'. Diorang ada apa-apa ke?.
~•~•~•~•~•~•
Masuk sahaja dari rumah agam itu, terus kelibat dia wanita di ruang tamu sudah kelihatan. Siapa lagi kalau bukan Mummynya dan perempuan tak tahu malu tu.
Kedua tangannya diseluk ke dalam poket, lalu melabuhkan punggung yang bertentangan dengan mereka.
Menyedari tentang kehadiran Anas, Erinda terus membetulkan duduknya dan menepuk perlahan peha Datin Suhaila di sebelahnya yang masih ralit bermain telefon bimbit.
Datin Suhaila berpaling ke arah Erinda dan wanita itu memberi isyarat mata bahawa Anas ada dihadapan mereka. Faham dengan isyarat itu, Datin Suhaila berpaling ke hadapan menghadap anaknya.
“Anas dah buat keputusan?" soal wanita itu memaniskan wajah.
“Anas dah buat keputusannya" balas Anas seraya bangun dari duduknya. Tidak betah berlama di sini.
“Macam mana? Anas terima?" tanya wanita itu lagi sambil berpaling sebentar ke arah Erinda di sebelahnya. Nampaknya, Erinda juga tidak sabar menanti keputusan Anas. Debaran di dada cuba dikawal.
“Anas takkan setuju untuk berkahwin dengan Erinda"
Cukup dengan kata-kata itu membuatkan Datin Suhaila dan Erinda tergamam. Tiada sepatah kata yang keluar dari mulut kedua wanita itu. Mungkin tak dapat hadam apa yang Anas katakan barusan.
Anas nak tersungging senyum sinis. “I have to go" ucapnya berpaling ke belakang.
Tapi langkahnya mati serta-merta tatkala mendengar jeritan kecil dari Mummynya membuatkan dia segera berpaling ke belakang.
Terbuntang terus matanya saat melihat Datin Suhaila sudahpun rebah di atas lantai. Mungkin pengsan.
“Apa yang kau dah buat Erinda? Kenapa Mummy boleh pengsan ni?" dalam cemas dia sudah mundar mandir di situ.
“What? I mana buat apa-apa pun. Tiba-tiba Mummy you jatuh pengsan macam ni. I mana tahu" cepat dia menafikan sambil badannya jatuh terduduk lalu tangannya naik menggoncang badan Datin Suhaila perlahan. Cuba untuk membangunkan wanita itu.
“Urgh!" dia mendengus. Wajahnya diraup berkali-kali.
Bibik-bibik yang menyaksikan semuanya tidak mampu membuat apa-apa memandangkan wajah Anas tika ini sudahpun merah menahan marah.
Lelaki itu terus mengeluarkan handpone dari kocek seluar lalu mendail nombor ‘Doktor Alex' iaitu Doktor peribadi keluarganya. Seorang lelaki berbangsa cina.
Tidak lama, panggilan itu terus disambungkan.
“Hello Anas. Ada apa-apa ke ni?"
“Datang rumah Daddy sekarang doktor. Please "
“Okey, I come now"
Sejurus itu, Anas lantas mematikan panggilan lalu membuka langkah besar mendapatkan Mummynya.
Tubuh Datin Suhaila dicempungnya lalu dia berjalan ke arah bilik wanita itu seraya Erinda hanya mengekori langkah Anas di belakang lelaki itu. Wajahnya juga jelas kelihatan cemas.
Daun pintu ditolak kasar. Perlahan-lahan dia meletakkan Datin Suhaila di atas katil empuk seraya dia menghenyak punggung di birai katil.
Erinda pula menyandarkan badannya pada dinding bilik itu sambil berpeluk tubuh sendiri.
“Ini semua salah kau" sergah Anas tiba-tiba membuatkan gadis itu terus mengangkat kedua tangan ke udara.
“Ini semua takda kena mengena lah dengan I. Dah Mummy you nak pengsan. Bukan I pun yang buat"
“Kenapa kau balik sini Erinda. Kau tahu tak, disebabkan kau, keadaan jadi huru-hara sekali." kata lelaki itu sambil kepalanya menunduk ke bawah.
“Suka hati I lah nak balik ke tak. Lagipun ni tempat kelahiran I. Tak salahpun kalau I tinggal sini"
Dia angkat wajah memandang wajah Erinda yang hanya beriak biasa. “Kau..." matanya mencerlung memandang gadis di hadapannya.
Erinda senyum senget. Sedikit pun tidak rasa takut dengan mata helang Anas.
Sekali lagi dia meraup wajah kasar. Nak saja aku tampar muka perempuan ni. Tapi tak nak lah nanti aku dicop lelaki dayus pula.
Tiba-tiba bunyi ketukan di pintu membuatkan perbalahan mulut diantara mereka terhenti disitu.
Erinda segera membuka pintu lalu mengizinkan Doktor Alex masuk.
Lelaki itu hanya ukir senyuman manis kepada mereka berdua.
Anas bangun. Memberi ruang pada Doktor Alex untuk memeriksa keadaan Mummynya. Doktor itu mula membuat kerjanya.
Anas yang memerhati keadaan Datin Suhaila itu, mengeluh perlahan. Risau dengan kesihatan wanita itu.
Erinda naik setapak. Berdiri di sebelah Anas tanpa lelaki itu menyedari. Dia sembunyi senyum. Dapat berdiri bersebelahan dengan lelaki ni pun dah bahagia.
10 minit berlalu, Doktor Alex mula menyimpan barang-barangnya. Dia bangun lalu berpaling ke arah Anas.
“Macam mana doktor?" soal lelaki itu terlebih dahulu.
“Datin okey. Tengku jangan risau. Cuma blood pressure Datin tinggi. Saya sarankan supaya jangan bagi dia tekanan dan elakkan stress. Itu saja" ucap Doktor Alex lembut.
Anas mengangguk. “Thanks, doctor"
“You're welcome" balasnya seraya menepuk bahu lelaki itu sebelum berlalu pergi.
Anas kembali duduk di birai katil. Wajah Datin Suhaila dipandang sayu. Bukan niatnya ingin biadap dengan Mummy sendiri, tapi dia tidak sangka sampai menjadi begini.
Perlahan-lahan Datin Suhaila membuka mata. Dia pandang sekeliling.
“Mummy kat mana ni?"
“Mummy dekat dalam bilik Mummy. Mummy pengsan tadi"
“Hah? Pengsan?" soalnya terkejut.
Anas mengangguk lemah. “I'm so sorry. Anas tak berniat pun nak berkasar dengan Mummy. Anas betul-betul minta maaf"
Wanita itu hanya membalas dengan senyuman kelat. Kemudian, dia beralih pula memandang Erinda yang hanya berdiri tidak jauh dari mereka.
“Erin, come here" arahnya sambil menepuk katil di sebelahnya.
Erinda akur. Dia berjalan lalu naik ke atas katil dimana tempat yang ditunjukkan oleh Datin Suhaila tadi.
Tangan Erinda dan Anas dicapai serentak lalu disatukan tangan mereka berdua. Anas tersentak.
“Mummy..apa ni?" soal Anas seraya cuba untuk menarik tangannya kembali. Tapi pegangan pada tangan Mummynya seperti tidak mahu dilepaskan.
“Tolong..tolong tunaikan permintaan Mummy yang pertama dan terakhir ni. Mummy tak pernah pun minta sesuatu dari Anas. Jadi..Anas tolong balas jasa Mummy selama ni dengan menikahi Erin. Bolehkan?" sayu sahaja kedengaran suara itu membuatkan hatinya mula goyah.
Permintaan itu sangat berat. Berat sangat sehingga aku tidak mampu menunaikannya. Tapi..hatinya sakit saat melihat air mata yang mula mengalir di tubir mata Mummynya. Jelas mengharap bahawa aku setujuinya.
Erinda hanya tayang wajah selamba walhal di dalam hatinya berharap Anas setuju.
“Bolehkan Anas?" soal wanita itu lagi mematikan lamunan Anas.
Anas perlahan-lahan menjatuhkan tangannya dari bersentuh dengan tangan Erinda. Dia bangun. Nafasnya ditarik dalam-dalam sebelum dia berkata.
“Anas setuju"
Cukup dengan itu, Datin Suhaila dan Erinda sudahpun melebar senyuman. Berita gembira akhirnya sampai juga di telinganya.
“Tapi..." sambung lelaki itu lagi membuatkan kedua wanita itu tertanya-tanya.
“Tapi apa Anas?"
“Anas taknak besarkan majlis perkahwinan ni. Dan Anas taknak orang tahu. Cukup keluarga terdekat je yang tahu semua ni. Boleh?"
Cepat Datin Suhaila mengangguk. Dia tidak kisah pun pasal tu. Asal Erinda dah jatuh menantu dia, itu pun dah cukup gembira.
“Dan.."
“Dan? Ada lagi ke?"
“Anas taknak Irina tahu."
“What? Tapi Irina kena tahu bukan?" tanya Datin Suhaila separuh terkejut. Takkan nak sorok perkahwinan ni dari isteri sendiri.
“Kalau Mummy nak Anas kahwin dengan perempuan ni, tolong ikut apa yang Anas cakap. Especially, Irina. Jangan bagitahu dia" ucap Anas seraya memulas tombol pintu.
Perlahan-lahan Datin Suhaila menjatuhkan kepala. Terpaksa setuju dengan syarat Anas kalau itu Anas inginkan.
Hilang sahaja kelibat Anas, Erinda sudah bersorak gembira.
“Thanks a lot Mummy. Ahirnya dia setuju juga" kata wanita itu ceria sambil memeluk tubuh Datin Suhaila.
Datin Suhaila tersenyum. Tubuh Erinda digosoknya. “Erin jangan nak berterima kasih. Mummy buat semua ni pun sebab Mummy yang nak Erin kahwin dengan Anas. Sepatutnya Mummy patut berterima kasih dengan Erin sebab masih bersabar dengan perangai Anas tu"
Pelukan dileraikan. Datin Suhaila memegang kedua-dua bahu Erinda di hadapannya.
“Erin jangan risau ye. Mummy pasti yang Anas akan jatuh cinta dengan Erin"
“Erin akan cuba" balasnya dengan senyuman yang tidak lekang di bibir.
~•~•~•~•~•~•
“Habistu, kau setuju ke?" soal Danial sambil menghirup air mocha.
Anas mengangguk.
“Macam mana dengan isteri kau? Dia setuju?"
“Tak. Dia tak tahu"
Melopong mulut Danial mendengar kata-kata Anas itu. Nasib baik dia dah siap minum air. Kalau tak, mahu tersedak aku dibuatnya.
“Kau..kau biar betul?"
“Ini je jalan yang terbaik. Lagipun kalau aku bagitahu dia, terang-terang dia takkan setuju. Irina ni memang jenis tak suka berkongsi"
“Tapi..kau tak rasa ke dengan tindakan kau ni akan membawa padah rumahtangga kau. Kalau Irina dapat tahu macam mana?" soal Danish sengaja ingin menduga Anas.
“Kalau diorang tak buka mulut, Irina takkan tahu" balasnya bersahaja walhal di dalam hati ini mula berdebar tatkala Irina tahu semuanya. Tapi nak buat macam mana. Kalau ini lah jalan yang terbaik, aku terpaksa buat demi semua orang walaupun nanti akan membawa padah pada diri sendiri.
“Habistu, kau kahwin bila?"
“Tak tahu. Aku malas nak fikir pasal semua tu."
“Kau siap sedialah nanti ye. Nanti kau bakal ada dua orang isteri. Harap-harap kau berlaku adil lah ye" Danial berseloroh mengundang jelingan maut dari Anas.
“Tak sangka aku lelaki yang berhati batu ni rupa-rupanya bakal ada dua orang isteri rupanya. Aku ni, sorang pun tak dapat lagi"
“Eii kau ni kan" kepala Danial dilukunya sehingga lelaki itu menyeringai sakit. Tapi sakit-sakit pun boleh lagi dia tersengih macam kerang busuk.
“Takda maknanya aku nak kahwin dua kalau bukan sebab Mummy aku tu."
“Okey, aku surrender" kata Danial cepat. Mengaku kalah. Mungkin dah serik dah kena luku dengan si Anas ni.
Anas menggeleng sendiri melihat telatah sahabatnya. Tapi jauh di sudut hati, dia mula memikirkan tentang Irina. Wanita yang kini sudah bertakhta di hatinya. Tapi..akankah hubungan aku akan tetap bahagia bila aku bakal berkahwin dengan Erinda tanpa pengetahuan dia? Mhm.
I'm so sorry semua sebab dah jarang dah update kebelakangan ni. Very busy. Ni pun sebab curi-curi type hihi. Enjoy reading. Permainan Datin Suhaila dan Erinda baru saja nak bermula. So tunggu kesudahannya tau. Bye !!
Share this novel