Anas menyandar badannya lemah pada kerusi pejabat di biliknya. Lepas dia balik dari rumah daddynya itu, fikirannya betul-betul bercelaru sehinggakan emosinya betul-betul terganggu tika ini.
Stress!
Pelipis kepala diurut. Kerusi ditolak kasar lalu kakinya berjalan ke arah dinding cermin dimana dia melemparkan pandangan ke arah jalan raya yang begitu sesak tika ini. Tangannya dimasukkan ke dalam kocek seluar. Badan berdiri tegak sambil matanya masih dikalihkan ke luar.
Sesekali kedengaran dia mengeluh. Otaknya ligat berfikir agar dia tidak tersalah langkah. Dia taknak Mummynya berjauh hati dengannya. Tapi dia pun tak nak kalau Irinan kecewa dengannya. Memang dia masih lagi tiada perasaan cinta pada wanita itu, tapi tak semestinya dia boleh buat wanita itu kecewa.
Tiba-tiba pintu biliknya diketuk. Anas berdecit geram. Kenapa masa aku tengah serabut diorang ketuk pintu ah?!
“Masuk" Arah Anas tegas.
Nurul perlahan-lahan menolak daun pintu. Melihat tubuh Anas yang membelakanginya membuatkan dia kecut perut. Walaupun dia tidak dapat lihat wajah Anas, tapi dia tahu yang lelaki itu sedang stress.
“B-boss..Ha..hari..ni---"
“You boleh tak jangan kacau I bila I tengah stress ni. You tangguhkan semua meeting kita" Kata lelaki itu dengan tegas sekali. Nadanya juga ditinggikan. Lansung tidak berpaling melihat gadis itu.
Nurul lantas menunduk. Pertama kali Anas menengkingnya sebegini. Selalunya pasti lelaki itu akan berkata tegas sahaja, dia tidak akan pernah meninggikan suaranya begini. Sebak di dada cuba di kawal.
“You boleh keluar" ucap Anas lagi. Kali ini suaranya di perlahankan sedikit
Nurul mengangguk. Laju sahaja kakinya melangkah keluar dari bilik itu.
Mendengar pintu bilik ditutup, sekali lagi dia menghela nafas berat. Wajahnya diraup kasar.
Sedar akan kesilapannya yang dia tidak sepatutnya memarahi Nurul tanpa sebab.
Handphon dikeluarkan dari kocek seluar. Nombor ‘Zein' iaitu bodyguardnya didail.
Tidak lama, panggilan itu disambungkan.
Tanpa memberi salam, terus sahaja dia mengarahkan Bodygurdnya itu.
“Zein, aku nak kau belikan a bouquet of roses and hantar kat hotel aku. Now!". Arah Anas dihujung talian.
“Baik Tuan"
Mendengar respon dari Zein, dia terus mematikan panggilan. Handphon diletak kasar ke atas meja.
Fikiran kembali bercelaru. Fail-fail yang terdapat di atas meja itu, ditolak kasar sehingga jatuh ke atas lantai.
Dia tahu tika ini dia tidak boleh membuat apa-apa kerja sekalipun. Yang dia tahu, dia harus keluar dari sini dan tenangkan fikiran dahulu.
Selang berapa minit dia asyik mundar mandir, akhirnya pintu bilik itu diketuk juga. Serta-merta perbuatannya tadi berhenti.
“Masuk" arahan diberikan. Tidak lama, terjengul wajah Zein yang membawa sejambak bunga ros.
Anas tidak memberi apa-apa respon. “Kau letak je kat situ"
Zein hanya mengamgguk lalu berjalan ke arah meja itu. Bunga diletakkan berhati-hati.
“Kau boleh pergi" arah Anas apabila melihat Zein hanya berdiam diri.
Zain akur. Daun pintu ditolak perlahan lalu dia membuka langkah berlalu pergi.
Anas memerhati bunga ros di atas meja itu. Lama. Tiba-tiba bayangan Irina mula bermain di fikirannya. Fikiran yang bercelaru tadi pun, sudah hilang entah ke mana. Yang dia tahu, wajah Irina sahaja di fikirannya kini.
Cepat-cepat dia menggeleng kepala sendiri. Menafikan yang wajah Irina tidak akan muncul lagi.
Sejambak bunga ros itu, dicapainya lalu laju sahaja kakinya keluar dari bilik itu.
Dia mencari kelibat Nurul. Bunga yang ada ditangannya ini dipegang kemas.
Kakinya melangkah ke arah pantri pula. Mungkin Nurul masih lagi menjamu makan tengah hari.
Melihat susuk tubuh Nurul yang ada disitu, dia sudah lega. Takdalah sampai aku nak cari satu office ni.
Dia berjalan ke arah sekelompok wanita yang juga berada di situ. Ada juga yang perasan tentang kehadiran Anas.
“Nurul" panggil Anas dari belakang.
Nurul cepat berpaling tatkala mendengar namanya diseru.
”Y-ye Boss" balas Nurul dalam getaran.
“This for you" bunga itu disuakan kepada Nurul. Nurul mengambil dalam senyuman walaupun dalam hatinya tika ini ada banyak persoalan. Dah kenapa bagi bunga pulak ni.
“I'm sorry sebab marah you tadi. Fikiran I pun serabut sangat. So tu sebagai tanda minta maaf I"
Mendengar itu, Nurul sudah tersenyum gembira. Alahai..sekali lagi kau buat aku jatuh cinta.
“Te..terima kasih Boss"
Anas hanya membalas dengan anggukan sebelum dia berlalu pergi.
Hilang sahaja kelibat Anas, staf wanita yang berada di pantri itu sudah mula memandang Nurul hairan.
“Nurul. Kau ada hubungan ke dengan boss tu?" soal Salah seorang wanita di sebelahnya.
Nurul cepat menggeleng. Senyuman masih terukir di bibirnya. “Tadi dia marah aku. So sebab ni dia bagi aku bunga." ujar Nurul sambil menghidu wangian dari bunga itu.
“Untungnya kau dapat jadi PA Boss"
“Yes. Aku memang untung" kata Nurul dengan bangganya.
“Tapi kan, aku peliklah. Boss tu walaupun dia Lelaki Pujaan Wanita, tapi dia tetap tak kahwin lagi kan. Takkanlah takda seorang perempuan pun yang melekat dekat hati dia kan?"
Serentak wanita-wanita di pantri itu mengangguk setuju.
“Tapi kan, aku ada dengar yang Datin Suhaila tu sekarang ni nak suruh Anas kahwin dengan menantu pilihan dia" kata Nurul lagi cukup yakin.
Semua orang sudah memandang tepat ke arah Nurul tidak percaya. Ada juga yang tersedak saat mendengarnya.
“Betul ke?!"
“Ye la kot. Aku dengar je."
“Siapalah perempuan bertuah tu kan" ucap staf wanita itu.
Serentak itu, mereka semua diam. Monyok sahaja wajah mereka apabila mendengar khabar yang Anas bakal berkahwin.
~•~•~•~•~•
Pasword condo itu ditekannya lalu daun pintu ditolak perlahan. Kasut ditanggalkan lalu diletakkan pada rak kasut.
Dia berjalan ke arah ruang tamu. Dari jauh lagi kedengaran televisyen yang sedang terpasang.
Kepala digeleng sendiri tatkala melihat Irina yang nyenyak tidur di atas sofa dengan televisyen terpasang.
Tidak bercakap banyak, remote tv dicapai lalu tangannya terus menutup tv.
Dia melabuhkan punggung pada sofa yang sama dimana Irina tidur. Matanya dialihkan pula pada bekas cupcake yang terdapat di cofee table. Segali lagi dia menggeleng kepala.
Tak habis-habis dengan cupcake dia!
Pandangannya pula dialihkan pada Irina yang masih nyenyak tidur. Irina yang hanya memakai seluar jeans pendek atas dari lutut itu membuatkan nafsunya meloncak naik.
Cepat-cepat dia mengalihkan pandangan ke arah lain. ‘Tak habis-habis nak pakai pakaian macan tu. Ingat aku tak tergoda ke.'
Lehernya digosok lembut. Badan disandarkan pada sofa. Tiba-tiba telefon Irina yang berdering minta diangkat itu membuatkan matanya kembali segar.
Dia memanjangkan tangan untuk mencapai telefon Irina di cofee table itu.
Tertera nama ‘Aydan' pada skrin telefon. Dia mengeluh berat. ‘Ni nak apa pula call isteri aku ni'.
Panggilan itu dibiarkan tidak terjawab. Takda benda yang penting pun kalau dia call melainkan ajak Irina ni keluar.
Mendengar deringan telefon yang tidak henti-henti itu membuatkan Irina terjaga dari lena. Dia menggosok kedua matanya.
Terus dia bangun dari pembaringan. Melihat Anas yang sedang perhatikannya itu, dia tayang wajah selamba.
Hadphone dicapai lalu butang hijau dileretnya ke tepi.
“Ya, Aydan. Kenapa call?" soal Irina dalam mamai.
“Awak tak sampai lagi ke? Ni dah pukul 3 dah ni. Janji nak jumpa"
Mendengar itu, Irina terus menegakkan badan. Tangan Anas dicapai kasar lalu dia melihat jam tangan di pergelangan tangan lelaki itu.
“Kau ni dah kenapa? " tanya Anas terkejut. Tiba-tiba tarik tangan aku.
Irina terus melepaskan peganganya. Ye lah. Dah pukul 3. Aduh...macam mana aku boleh tertidur pula ni.
“Err sorry Aydan. Nanti saya sampai. Tunggu kejap ye. Saya nak bersiap dulu" tanpa menunggu respon dari Aydan, dia terus menamatkan panggilan.
Dia bangun seraya menggeliat kecil. Tangannya menutup mulut apabila menguap.
Baru sahaja Irina ingin membuka langkah ke arah biliknya, tiba-tiba Anas bersuara menyebabkan langkahnya serta-merta mati.
“Kau nak pergi mana?" tanya Anas. Dia turut juga bangun. Berdiri di belakang gadis itu.
Irina paling.
“Saya nak pergi jumpa kawan"
“Kejap" Anas menghalang seraya dia mencapai briefcasenya.
Irina hanya menanti. Kaku disitu. Menunggu Anas mengeluarkan seusatu dari dalam briefcase itu.
Tidak lama, Anas berjalan ke arahnya kembali lalu sampul di tangannya itu disua ke arah Irina.
Irina kerut dahi. “Apa ni?''
”Nafkah untuk kau bulan ni" jawab Anas. Masih menyuakan sampul surat itu.
Irina tidak mengambil. Sebaliknya dia pula yang banyak tanya.“Ikhlas ke awak bagi ni?"
Anas ketawa sinis. “Perluke tanya ikhlas ke tak. Bukanke semua perempuan ni terus ambil je bila nampak duit."
“Ada pembetulan di situ ye Tengku Anas Danial. Tak semua perempuan ni mata duitan. Dan saya bukannya perempuan mata duitan." bersungguh Irina menyatakan. Matanya tepat memandang wajah Anas yang tak bersalah.
“I don't think so. Semua perempuan sama je Irina. Nampak lelaki kaya je, terus nak kikis kan." kata Anas lagi tidak mahu mengalah.
Sampur surat itu ditepis kasar olehnya sehingga jatuh ke atas lantai. Geram. Geram dengan sikap Anas yang selalu menganggapnya perempuan materialistik. Aku bukannya perempuan mata duitan lah!
“Kalau awak masih lagi anggap saya ni sama macam perempuan kat luar sana tu, baik tak payah bagi. Saya pun boleh hiduplah tanpa duit." Suara Irina meninggi. Amarahnya tidak boleh dibendung lagi. Terus dia berpusing naik ke dalam bilik.
Anas tercengang. Pertama kali melihat Irina yang meninggikan suara dengannya.
Tidak sampai 10 minit, Irina turun semula dengan siap berpakaian dan sedikit solekan di mukanya.
Tanpa menghiraukan Anas yang sedang memerhatikannya, dia terus berjalan ke muka pintu.
Baru sahaja tangannya ingin memulas tombol pintu, Anas cepat menghalang.
“Aku tak izinkan kau keluar" keras nada dituturkan oleh Anas. Berharap Irina akur dengan arahannya.
“Why?" soal Irina bersahaja.
“You're my wife. Dan kau kena ikut apa yang aku cakap"
“Wife? Selama ni awak anggap saya sebagai isteri awak ke? Takkan. Awak hanya anggap saya ni hanya kawan serumah je. Tak lebih dari tu. Hati awak batu. Dan saya pasti awak takkan jatuh cinta dengan saya. Hubungan kita takkan berkekal lama Anas, hanya disebabkan awak tak cuba buka pintu hati awak tu untuk saya" Balas Irina berbaur sindiran. Anas kaku. Kata-kata Irina tadi bagaikan belati tajam menusuk ke jantungnya.
“I have to go" ucap Irina sebelum berlalu pergi. Tidak betah berlama-lama di situ. Buat sakit hati sahaja.
Anas meraup wajahnya kasar. Rasa bersalah pula pada wanita itu. Dia jatuh terduduk.
“Hati awak batu. Dan saya pasti awak takkan jatuh cinta dengan saya. Hubungan kita takkan berkekal lama Anas, hanya disebabkan awak tak cuba buka pintu hati awak tu untuk saya"
Masih terngiang-ngiang kata-kata Irina tadi dalam fikirannya. ‘Hati batu? Takkan jatuh cinta? Hubungan ni tidak akan kekal lama?'
Dia mengeluh. “Hati aku sakit Irina bila kau cakap yang hubungan kita ni takkan kekal lama. Aku bukan hati batu. Tapi aku takut bila kau jatuh cinta dekat aku. Dan itu mesti sangat memeritkan. Aku dah jatuh cinta dekat kau. Tapi mungkin cinta aku tak kesampaian" katanya sendiri. Cuba untuk memujuk hati agar terus kuat.
Tanpa sedar, perlahan-lahan air mata mengalir di pipinya. Cukup terkesan dengan kata-kata Irina tadi. Please, jangan tinggalkan aku.
Badan digagahkan juga untuk bangun. Rasa bersalah mula menyelubungi dirinya. Dia tidak sepatutnya berkata begitu kepada isterinya sendiri.
Selama mereka hidup bersama, tak pernah sekali pun Irina meminta duit darinya.
Dia berkira-kira disitu. Aku mana pandai pujuk perempuan ni. Yang aku tahu, kalau perempuan merajuk mesti aku akan beli bunga. Bagus juga idea tu. Bunga!
~•~•~•~•~•~•~
Pintu kaca cafe itu ditolak perlahan olehnya. Matanya melilau mencari susuk tubuh kawan-kawannya.
Melihat ke arah Nadia yang sedang melambai tangan itu, terus dia berjalan ke arah mereka.
Dia melabuhkan punggung di sebelah Aydan. Semua mata sudah memandang ke arahnya. Dia tahu yang mungkin mereka ingin minta penjelasan kenapa lambat.
“Err, sorry semua. Aku tertidur tadi" kata Irina perlahan. Rasa bersalah pula membuat mereka semua menunggu.
“Patutlah. Aku call tak dapat-dapat. Ish kau ni. Kau tahu tak, aku dah berapa gelas dah minum air ni" ujar Qistina dengan muka cemberutnya.
“Alah sorry lah Qis. Aku memang tertidur tadi."
“Takpelah. Lupakan pasal tu. Nasib baik kita ada setengah jam lagi tau nak tengok wayang ni." kata Nadia pula.
“Irina, awak nak minum ke?" soal Aydan yang tadi berdiam diri.
“It's okay. Saya dah minum tadi" jawab Irina cepat.
“Macam mana hidup kau dengan Anas? Bahagia?" soal Nadia penuh sabar menanti jawapan darinya.
“Hhm macam tu lah. Dia kan hati batu. Tak sporting lansung. Asyik-asyik nak arahkan aku je. Lagi satu. Boleh pula dia larang aku makan cupcake. Dah macam nak control hidup aku tahu tak" ujar Irina dengan gaya muka sekali.
Nadia ketawa.
“Tu lah kau. Kahwin awal sangat. Tengok kita orang ni. Hidup single baru tak kena control" balasnya dengan baki sisa ketawa. Geli hati dapat menyakat kawannya itu.
Irina tarik muncung. Tangannya disilangakan ke dada. Merajuk!
Aydan yang dari tadi memerhati tingkah laku Irina, dia turut juga ketawa kecil. Suka melihat wajah merajuk wanita itu. Comel!
“And kau Aydan. Takkan lah takda seorang wanita pun yang melekat kat hati kau tu" sampuk Qistina pula sambil tangannya dihalakan kepada Aydan.
Aydan tersengih.
“Ada"
“Siapa?" tanya Irina. Terkejut mendengar jawapan Aydan. Siapalah wanita bertuah yang dah buat Aydan jatuh cinta.
“Secret" jawab Aydan bersama gelak ketawanya.
Mereka lantas tayang wajah tak puas hati. Dengan kawan sendiri pun nak berahsia.
“Alah kau ni Aydan. Dengan kita orang pun nak berahsia"
“Betul tu. Cakaplah siapa" gesa Qistina. Mahu tahu siapa yang dah buat Aydan jatuh cinta ni.
“Mana boleh bagitahu. Nanti orang tu mesti akan jauh dari aku" tutur Aydan. Sempat lagi matanya melirik ke arah Irina.
“Hmm ye lah tu. Saya harap nanti jodoh dia dengan awak kuat" ujar Irina memberi kata-kata semangat sebagai kawan.
Aydan hanya tersenyum hambar. ‘Jodoh aku dengan dia takkan kuat. Sebab dia dah jadi milik orang dan dia dah jadi isteri orang. Tapi hati aku ni, masih lagi tak dapat lupakan dia'
~•~•~•~•~•~•~•
Anas memberhentikan kereta betul-betul di hadapan cafe dimana Irina dan kawan-kawannya berada.
Dinding cafe yang memang diperbuat dari kaca itu membuatkan dia mudah melihat Irina dari luar.
“Asyik-asyik nak berkepit dengan Aydan. Duduk bersebelahan pula tu. Aku tak bagi keluar, dia keluar juga. Degil betul" Anas bermonolog sendirian. Menahan rasa cemburu yang mendatang.
Jari jemarinya bermain di stereng kereta. Menunggu masa yang sesuai untuk pergi.
“Dah, jom kita pergi. Wayang dah nak start dah ni" kata Aydan seraya bangun dari duduk.
Mereka hanya mengangguk dan berjalan keluar dari cafe itu.
“Nak jalan kaki ke naik kereta?" soal Nadia sambil mengibas mukanya dengan tangan. Panas.
“Kita jalan kaki je lah. Wayang tu dekat je kan" jawap Irina.
“Takpelah. Kita jalan kaki je" celah Aydan pula.
Baru sahaja tangannya ingin memimpin tangan Irina, kelakuannya berhenti tatkala mendengar deheman seseorang.
Ehem!
Anas berdehem di hadapan mereka. Buat-buat tak nampak apa yang Aydan cuba lakukan tadi. ‘Berani dia nak pegang tangan isteri aku'.
Mereka serentak berpaling ke arah Anas.
Jambangan bunga ros terus disuakan pada Irina yang terkebil-kebil di hadapannya.
“I'm sorry " ucap Anas sambil menanti Irina mengambil bunga itu.
Nadia dan Qistina ternganga. Tidak percaya. Oh my god!. Tak pasal-pasal aku dah tengok aksi romantik kat depan ni.
Lama Irina berdiam diri. Akhirnya dia mengambil bunga itu lalu dilemparkan ke dalam tong sampah yang berdekatan. Tak tahan!
Anas tercengang. “How dare you throw that flower" sedikit meninggi suara Anas bertutur. Geram melihat wajah tidak bersalah Irina. Sampai hati!
Irina tahan bersin. Tangannya menutup mulut sendiri lalu dia melepaskan bersin di situ.
“Are you okey?" soal Aydan penuh prihatin.
Irina mengangguk perlahan walaupun bersin masih lagi tidak henti-henti.
Aydan paling ke arah Anas yang masih lagi menahan marah. Dia tahu yang Anas mesti tidak tahu pasal ini.
“Irina allergic bunga. Dia tak boleh dekat dengan bunga. Nanti dia akan bersin" terang Aydan.
Mendengar itu, Anas cepat-cepat mendapatkan Irina. Nampaknya banyak perkara lagi yang aku tak tahu pasal perempuan ni. “Oh ya really? I'm sorry. Aku tak tahu"
“It's okey" kata Irina sambil menggosok hidungnya yang mula kemerahan.
“Anas, you nak join tak kita orang tengok wayang?" ajak Nadia penuh berharap.
“Wayang? It souns good. I dah lama tak tengok wayang "
“Okey, Cun! Jom kita pergi" tutur Qistina berubah gembira suaranya.
Anas hanya mengangguk. Tangan Irina dipimpinnya berjalan bersama.
~•~•~•~•~•~•
“Kita nak tengok movie mana ni?"
“Movie horror lah." Nadia memberi cadangan.
“Horror? No, No, No. Aku tak suka" cepat Irina membantah. Nak tengok movie horror? Mahu terkencing aku nanti.
“Why? Kau takut ke?" soal Anas penuh sindiran.
Irina kemam bibir. Kenapalah dia ni join sekali. Asyik-asyik nak sakitkan hati aku je.
“Mana ada saya takut" cepat dia menafikan walhal dalam hati ini rasa takut tidak dapat dibendung lagi.
“Okey, Fine! Kita pilih movie horror. Biar I belanja korang semua" ucap Anas sebelum berlalu pergi untuk membayar tiket.
Irina kancing gigi. Suka-suka dia je buat keputusan.
Irina memutup matanya sendiri. Takut! Sumpah aku menyesal berlagak berani tadi depan Anas.
Dengan aksi spontan, lengan Anas dipeluknya kuat. Anas yang masih lagi ralit menonton wayang itu, kerut kening. Wajahnya jatuh pada Irina yang masih memeluk lengannya erat. Tanpa sedar, bibir kuntum senyum.
“Jom kita keluar. Saya takutlah"
“Why? Kau cakap kau berani"
“Ye, saya mengaku saya penakut. Jomlah keluar" rengek Irina sambil menarik-narik lengan lelaki itu.
“Ish nantilah. Movie belum habis lagi lah"
“Tapi saya takut"
“Okey, kalau kau takut, kau tutup mata and peluk lengan aku ni kuat-kuat. Confirm tak takut. Aku jamin!" ucap Anas sambil tangannya diangkat lagak bersumpah.
Irina hanya menurut. Matanya dipejam rapat. Lengan Anas dipeluk erat.
Tidak lama, dia membuka kembali mata. Lengan Anas digoncangnya sehinggalah lelaki itu berpaling ke arahnya.
“What?"
“Saya nak pergi tandas"
“Pergilah. Aku tunggu kau kat sini"
Irina terus bangun berdiri. Kakinya melangkah ke arah pintu keluar. Tidak tahan!
Dia menarik nafas lega. Akhirnya dapat juga aku keluar dari tempat yang menyeramkan tu.
Lehernya dipanjangkan mencari tandas awam yang berdekatan sehinggalah matanya tertancap pada papan tanda yang menunjukkan tandas wanita di situ. Dia berjalan ke arah tandas itu.
Selesai membuang air kecil, dia membasuh tangan di sinki sambil menilik wajahnya di cermin. Gincu di ambil dari beg slingnya lalu dioleskan sedikit ke bibirnya. Selepas itu, gincu diletakkan kembali ke tempat asal.
Baru sahaja dia hendak berjalan ke luar, tiba-tiba seseorang merempuhnya kasar dari belakang membuatkan gadis itu cepat-cepat menoleh.
Erinda terus mencapai handphonennya yang kelihatan retak teruk saat terjatuh tadi.
Dia angkat wajah memandang tajam muka Irina di hadapannya.
“Okey ke fon tu?"
“Okey apanya! Dah retak tahu tak. Ni semua salah kau!" tengkingnya kuat.
Irina terus kerut kening. Dah kenapa perempuan ni. Dia yang tiba-tiba langgar aku, and then salahkan pula. Tak boleh jadi ni.
“Ecxuse me Miss. Awak yang tiba-tiba langgar saya dan saya tak tahu apa-apa, tiba-tiba awak tuduh saya pula. Sepatutnya jalan tu tengok depan. Bukannya tengok fon" balas Irina geram bercampur sindiran.
“Aku tak kira. Kau kena bayar ganti rugi juga."
“What?! Are you kidding me? Saya tak salah. Dan saya takkan bayar ganti rugi" tutur Irina keras lalu berjalan keluar dari tandas itu.
Tangannya menggenggam penumbuk. Boleh pula dia blah macam tu je. Langkah dibuka luas mengejar Irina.
Lengan Irina ditarik kasar olehnya sehinggakan gadis itu menyeringai sakit.
“Sakitlah. Lepaslah!"
“Kau boleh blah macam tu je kan. Fon aku ni siapa yang nak bayar? Hah?!"
“Itu bukan masalah awak. Awak sendiri yang rosakkan"
Baru sahaja Erinda hendak membalas, tiba-tiba seseorang datang mencelah membuatkan dua gadis itu berpaling ke arahnya.
“Apa masalahnya ni sampai nak bertempik bagai" Celah Anas dengan wajah serius. Sempat lagi dia melirik ke arah Erinda.
Erinda terus melepaskan cengkamannya dari lengan Irina. Dia terus mendapatkan Anas.
“Sayang, you tengok tu. Dia yang pecahkan fon I, boleh pula dia taknak bayar ganti rugi" rengek Erinda sambil badannya menempel dekat dengan lelaki itu.
Irina ternganga. ‘What?! Boleh pula dia nak menggedik dengan suami aku. Urgh!! Geramnya aku dengan perempuan ni.'
“Are you crazy? Siapa you nak ber‘sayang-sayang' dengan I " Anas terus menolak tubuh Erinda jauh darinya.
Erinda lantas kancing bibir.
“You cakap apa tadi? Bayar ganti rugi? Biar I je yang bayar. Tak payah nak panjangkan masalah ni " kredit card terus disuakan pada wanita itu. Lambat-lambat Erinda mengambil dengan wajah masam mencuka.
“Dah, kau boleh pergi. Tak payah nak buat masalah dekat sini lagi"
Kata-kata Anas tadi tidak diendahkan. Dia toleh ke arah Irina tajam di hadapannya. “Aku belum habis lagi dengan kau, perempuan" ucapnya tegas sebelum berlalu pergi.
“Siapa tu? Awak kenal ke dia?" soal Irina sambil mengecilkan mata memandang Anas.
“Sepatutnya aku yang tanya soalan tu. Macam mana kau boleh kenal dengan Erinda?"
“Hah? Erinda? Awak memang kenal dia ke?"
Anas menutup mulut sendiri. Sedar akan ketelanjurannya. Dia berdehem seketika. “A..aku tak kenal pun dia. Just aku agak yang nama dia Erinda"
Irina hanya megangguk walhal jawapan Anas tadi dia masih lagi ragu-ragu.
“Lupakan pasal tu. Kenapa tadi sampaikan boleh bergaduh dengan perempuan tu"
“Entahlah perempuan tu. Suka-suka dia aja tau tuduh saya. Dia datang langgar saya dari belakang and then phon dia pecah. Lepastuh boleh pula dia salahkan saya. Minta ganti rugi lagi. Memang menjengkelkan betul. Benci!" kata Irina melepaskan amarahnya.
“Nasib baik aku datang tau. Kalau tak, apalah jadi dekat kau tadi"
“Dahlah. Malas la saya nak ingat balik pasal tu. Ni, movie dah habis ke? Mana yang lain?" soal Irina sambil melihat sekelilingnya.
“Movie dah habis dah pun. Kawan-kawan kau, aku suruh diorang balik dulu"
“Habistu kita nak buat apa?"
“Balik je lah" Anas terus mencapai tangan Irina lalu berjalan bersama-sama
~•~•~•~•~•~•
Dia melabuhkan punggung pada sofa di ruang tamu sementara Anas berjalan ke arah dapur untuk mengambil air.
Tidak lama, Anas kembali semula ke arahnya dan punggung di henyak di sebelah Irina.
Perlahan-lahan tangan Irina dicapai lalu digosoknya. Melihat itu, Irina pantas menoleh ke arah Anas. Pandanga mereka bertaut. Lama. Sehinggalah Irina mengalihkan pandangan ke arah lain. Tak sanggup.
“Aku nak minta maaf. Aku tak sepatutnya cakap macam tu dekat kau. Aku tahu kau tak sama dengan perempuan lain. Aku..."
“Saya tak kisah pun pasal duit semua tu. Tapi saya kecewa bila awak masih lagi anggap saya ni mata duitan. Anggap saya ni yang sanggup perangkap awak tidur dekat hotel hanya sebab duit. Saya tak semurah tu, Anas" ucap Irina perlahan. Air mata mula bertakung.
“Ye aku tahu tu silap aku. And aku betul-betul minta maaf. Please..lupakan pasal tu. And ni.." dia menghulurkan semula sampul surat itu kepada Irina lalu diletakkan ke atas riba gadis itu.
“Aku ikhlas. Aku ikhlas bagi nafkah ni untuk kau. You're my wife. Selama ni aku tak pernah pun anggap kau kawan serumah aku. Aku...aku akan buka pintu hati aku untuk kau. Tapi aku taknak kau tersakiti nanti"
“Saya akan cuba. Saya akan cuba jatuh cinta dekat awak. Saya tak kisah kalau saya akan tersakiti nanti. Asalkan awak selalu ada dekat dengan saya"
Anas mengangguk perlahan. Terus tubuh gadis itu dibawa ke dalam pelukan. Belakang Irina itu digosok lembut. ‘Aku akan selalu ada dengan kau'
Share this novel