DPH 7 - BALASAN

Romance Series 33468

Irina menuruni satu persatu anak tangga. Selepas menyiapkan dirinya, tiba-tiba terasa lapar pula.

Mak Imah balik pada petang ini. Jadi takkanlah dia nak tunggu Mak Imah yang akan masakkannya. Mahu mati kebulurlah macam ni.

Matanya meliar mencari kakak-kakanya itu. Dia memanjangkan leher mencari kelibat Aulia yang tidak kelihatan. Dia hanya nampak Sara sahaja yang sedang matanya itu ligat memandang skrin telefon.

“Kak Lia mana?" soal Irina sebaik sahaja dia berjalan menghampiri gadis itu.

“Dia pagi-lagi lagi keluar kerja dengan papa" jawabnya. Wajahnya tidak dikalihkan lansung memandang Irina.

Irina berkerut dahi. Kerja? Dengan papa? Rajin pulak kakaknya itu bekerja.

“Ada makanan tak?" tanya Irina lagi. Dia tahu, mesti di dapurnya itu kosong. Mentang-mentanglah Mak Imah tiada, terus kosong dapur tu.

Mama dan Papa pun, bila balik rumah pasti akan beli makanan dari kedai yang dah dibungkus. Katanya, tak sempat nak memasak. Sibuk kan.

“Ada sebungkus nasi lemak tu. Aku baru je beli tadi. Tiba-tiba teringat dekat kau pulak"

“Thanks" ucap Irina lembut. Ingat jugak kau dekat aku, Sara.

Sara tidak membalas. Dia hanya diam sahaja.

Irina duduk di atas kerusi dengan tangannya meletakkan satu mug berisikan air kosong.

Nasi lemak daun pisang itu, terus dibukanya. Hidungnya kembang kempis menghidu aroma menusuk ke hidung. Sedapnya bau.

Garfu dicapai lalu mulutnya dibuka luas menyuakan nasi lemak itu. Matanya tertutup. Menghayati kelazatan nasi lemak. Sudah jarang dia makan nasi lemak ni.

Selesai makan, Irina memandang kakaknya itu yang masih lagi bermain handphone di tangan.

‘Tak keluar ke dia ni? Selalunya mana nak lekat dekat rumah.'

Sara bangun. Dia menggeliat kecil membetulkan urat-urat di badannya.

“Irina, aku nak keluar kejap."

See. Baru je aku cakap, dia dah nak keluar. Kalau tak keluar dalam ruma dalam sehari, bukan Sara lah namanya.

“And kau. Jangan pandai-pandai nak keluar. Mentanglah-mentanglah kelmarin aku bagi kau keluar, boleh pulak ye kau pergi dating dengan Anas tu. Main suap-suap pula tu" sindir Sara. Wajah Irina dijelingnya sekilas sebelum kakinya bergerak ke arah pintu.

Irina telan liut. W-what?! Dia nampak ke?! Aduhh...ni semua kau punya pasal Anas. Sekarang ni, aku dah tak boleh keluar dah disebabkan cemburu si Sara ni.

Pintu rumah itu, ditutupnya kasar. Terangkat kedua bahu Irina dek terkejut. Tak boleh tutup pintu tu elok-elok ke? Kenapa tak buat pintu tu tercabut terus.

Dia menggeleng sendiri.

Mengenangkan nasibnya yang hidup di dalam keluarga ini. Bukan dia tidak bersukur, dia bersyukur sangat-sangat kerana dia masih lagi mempunyai keluarga. Apa pun yang dia minta, pasti akan tercapai. Hidupnya dipenuhi dengan kekayaan sampai kasih sayang berkurang. Bukan kekayaan yang dia mahukan selama ini. Dia perlukan kasih sayang. Kasih sayang kepada kedua ibubapanya dan adik beradiknya di dalam rumah ini. Begitu sepinya hidup seorang wanita yang bernama ‘Irina Mitilda'

Lambat-lambat kakinya mendaki juga menaiki tangga walhal di dalam dirinya dia ingin meronta keluar dari penjara ini. Tapi bila membayangkan nasib dia akan terima, dia hanya akur sahaja. Hidup mengikut telunjuk manusia di dalam rumah ini. Menjadi hamba kepada kakaknya.

~•~•~•~•~•~•~•

Aydan mengelap peluh yang mula menitik pada dahinya. Sejak dari tadi lagi, dia tidak henti bermain peralatan di gymnya sendiri.

Memang gym itu cukup terkenal di Malaysia. Dan kebanyakannya mestilah golongan atasan yang akan datang ke sini.

Dia telah mengusahakan gym ini selama 3 tahun. Entah kenapa dia berasa minat pula ingin membangunkan sebuah gym walau banyak kali dibantah oleh Dato Tengku Jaafar kerana impiannya ingin melihat Aydan yang menggantikan syarikatnya sebagai CEO. Tapi bila melihat kesungguhan Aydan itu, dia terpaksa juga terima.

Air mineral diteguknya rakus. Dahaga. Terasa tekaknya kembali sejuk.

Tiba-tiba bahunya ditepuk seseorang. Aydan lantas angkat muka.

Haqeem.

Kawan rapatnya. Dia juga selalu datang ke gym ini bila ada waktu terluang. Cuma kebelakangan ini, dia sudah jarang berjumpa dengan Haqeem kerana dia sudah jarang datang ke gymnya.

“Apa?" soal Aydan sambil wajahnya mendongak memandang Haqeem.

“Jom lunch. Aku lapar ni. Lagipun kau dah jarang dah datang gym ni. Bosan tau aku"

Aydan tersengih.

“Rindu aku ke?" tanya Aydan dalam nada mengusik.

“Ye lah. Aku rindu tau dekat kau. Hari-hari aku bermimpi pasal kau" ucap Haqeem selamba. Wajahnya ditahan dari tawanya meletus.

“Eleh kau. Sorry sikit eh. Aku bukan lelaki kunyit"

Serentak itu, tawa dua sahabat mula meletus kuat. Aydan menggeleng kepala sendiri bersama dengan tawa masih bersisa.

“Aydan, kau selalu jogging tak?" tanya Haqeem pula. Tawanya mulai reda.

“Selalu. Kenapa?"

“Tapi kenapa muka kau tetap putih ek? Kau pakai bedak ke?. Jeles tau aku"

Aydan ketawa kecil. Geli hati dengan rakannya yang sorang itu. Soalan tak boleh blah lansung.

“Kau nak tahu kenapa? Sebab masa aku kecik-kecik dulu, umi aku tengah buatkan kek untuk aku. So, aku secara tak sengaja telah tertumpahkan tepung gandum yang umi aku buat kek tu. And then, tepung gandum tu terkena dekat muka aku. Itulah kisahnya kenapa aku jadi putih." kata Aydan mereka cerita mengundang tawa Haqeem disebelahnya.

“Oh yeke? Kenapa kau tak cakap awal-awal dekat aku. Kalau tak, boleh aku jadi putih macam kau", ujar Haqeem kedengaran seperti cemburu sahaja. Sebenarnya, Haqeen ni bukanlah berkulit gelap sangat. Kulitnya hanya sawo matang dan berbadan tegap. Boleh dikatakan hensem juga kerana dia pandai bergaya.

Haqeem mengambil tempat di sebelah Aydan setelah penat berdiri. Kakinya disilangkan. Hilang sudah kelaparannya bila asyik berbual dengan Aydan.

“Tapi kalau nak setanding dengan Anas tu, dia pun putih juga. And, aku mengaku yang dia hensem" kata Aydan. Tiba-tiba pula nama Anas termasuk dalam perbualan mereka. Wajahnya dikalihkan ke hadapan.

“Mhmm, betul jugak kan. Kalau aku jadi perempuan pun aku cair dengan Anas tu. Cukup sempurna. Tapi kan, kadang-kadang aku pelik dengan sepupu kau tu. Kenapa dia masih tak berkahwin ye? Takkanlah takde sorang perempuan kot yang dia terpikat. Ke dia nak kahwin masa umur dia 30?"

“Entahlah qeem. Anas dia seorang berhati batu. Dia tak percayakan kepada mana-mana wanita pun. Baginya, wanita ni hanya melihat dirinya dari luaran sahaja."

“Susahlah kan kalau macam tu. Haritu aku ada nampak dia kena kerumun dengan ramai perempuan kat bandar. Lelaki Pujaan Wanita kan"

“Memangla. Bila dia keluar je, pasti dia akan kerumun dengan perempuan. Sebab tu aku jarang keluar dengan dia. Tak pasal-pasal aku pula kena kerumun" kata Aydan selamba.3

Haqeem hanya tersenyum kecil.

Serentak itu, pintu gym ditolak kasar menandakan seseorang yang baru sahaja masuk ke dalam gym ini.

Lelaki itu datang ke arah mereka berdua menyebabkan Aydan dan Haqeem memandang lelaki itu.

Anas lantas menanggalkan mask yang dipakainya dan kaca mata hitam. Dia menarik nafas lega.

Anas? Aku baru je bercakap pasal dia, dia dah datang. Panjang betul umur kau Anas. Jangan pendek akal sudah.

“Kau kenapa datang ni?" tanya Aydan. Dia bangun dan bersalam terlebih dahulu kepada lelaki itu diikuti oleh Haqeem.

“Aku naik main gym la. Aku dah lama tak exercise badan ni."

“Habistu yang kau pakai mask dan spek hitam tu kenapa?"

“Alah kau ni. Banyak tanya lah. Aku taknak perempuan dapat kesan aku. Nak keluar pun susah tau. Kejap-kejap minta tanda tangan. Kejap-kejap nak selfie. Rimas betul" Anas lantas menganggalkan topi hitam yang tersarung elok di atas kepalanya lalu diletakkan di atas satu meja yang tersedia khas disitu.

Anas memanaskan badan terlebih dahulu. Sekali-sekala dapat masuk gym dah kira bersyukur dah ni. Manalah sempat aku nak jaga badan bila asyik kerja je. Nasib baik badan aku ni elok lagi.

“Kau taknak lunch dengan kita orang ke?" tanya Aydan sambil matanya memerhati Anas yang sedang memanaskan badan itu.

“What?! Nak lunch. Kau tak lunch lagi ke?"

Aydan dan Haqeem berpandangan sebelum mereka sama-sama menggeleng.

Anas kelihatan kecewa.

“Yelah-yelah aku join korang" jawab Anas lemah. Dia kalau datang sini, mesti kena ada Aydan yang melihatnya. Kalau tak, memang dia tak biasalah kalau takde Aydan.

~•~•~•~•~•~•~•

Mereka mengambil tempat agak tersorok di restoran itu takut Anas tidak senang makan bila ramai perempuan yang akan datang.

Setelah mengambil order, Anas menanggalkan spek hitamnya dan mask. Topi hitam itu masih dilekatkan di atas kepala. Sesekali dia mengeluh. Susah betul kalau dah terkenal ni.

“Kau tak kerja ke?" tanya Aydan.

“Aku nak cuti harini. Hari-hari kerja, rasa nak pecah kepala otak aku ni. Lagi-lagi bila daddy aku paksa aku jadi CEO pulak dekat syarikat keluarga kita tu. Lagilah pening kepala. Semuanya salah kau. Ayah kau yang bagi kau jawatan CEO, kau taknak. Jadi, akulah jadi mangsanya. Hari-hari kena paksa" kata Anas tidak berpuas hati. Dia memicit pelipis kepala.

Haqeem hanya diam. Dia mendengar sahaja bicara Aydan dan Anas itu walaupun satu benda pun dia tidak faham.

Aydan tersengih. “Sorryla Nas. Kalau aku dah susahkan kau. Aku bukannya apa, aku cuma tak minatlah kerja pejabat semua ni. Lagipun aku tak fahamlah nak handle syarikat. Lagi-lagi bila aku dah jadi CEO" kata Aydan membela dirinya.

Bicara mereka berhenti kejap apabila pelayan mula menghidangkan makanan yang dipesan mereka. Selepas itu, dia berlalu pergi, menyambung kerjanya semula.

Anas menghirup air lemon tea. Dia tidak memesan apa-apa makanan kerana semasa on the way ke gym Aydan, dia sudah berhenti makan. Dia datang ke sini pun ingin meneman Aydan sahaja.

“Tapi kan, kenapa daddy kau tak suruh Laura je jadi CEO syarikat tu?" soal Aydan lagi sesudah dia menghirup air lemon tea yang sama rasanya dengan air Anas.

Anas memeluk tubuh sendiri. Badannya disandarkan pada kerusi.

“Entah. Daddy aku cakap Laura belum matang" jawab Anas bersahaja. Laura ialah adik kepada Anas yang merupakan anak kepada Dato Tengku Jefri juga. Tengku Laura Izzati. Orangnya cantik dan boleh dikatakan berlagak juga hshsh. Orang kayakan. Mestilah berlagak. Berumur 20 tahun dan dia muda 5 tahun dari Anas yang sudah berumur 25 tahun.

“Tak matang?"

Anas hanya mengangguk mengiyakan. Boleh dikatakan yang adiknya itu memang selalu saja berseronok dengan kawan-kawannya. Berparti itu ini. Menari lah apa semua.

Haqeem diam. Dia sekarang ini tertumpu pada makanan sahaja. Lantaklah kalau diorang nak berbual sampai pagi ke asalkan perut aku kenyang.

~•~•~•~•~•~•~•

Irina dengan tekun membaca novel di dalam pegangannya. Kepalanya disandarkan pada kepala katil dan kakinya berjulur ke hadapan.

Serius sahaja air mukanya waktu itu. Rambutnya yang panjang separas pinggang itu diselitkan ke belakang teling bila rambut itu menutupi wajahnya.

Tiba-tiba telefonnya berdering minta diangkat. Irina menoleh. Novel ditutup lalu diletakkan di sebelahnya.

Handphon itu dicapainya. Dahinya berkerut seribu bila melihat nombor yang tidak dikenali.

Siapa ni?

“He..hello. Siapa ni?"

“Wa'alaikumussalam" sindir lelaki itu di hujung talian.

Anas?

“Anas? Macam mana awak dapat nombor saya ni?"

“Kau ni memang jenis pelupa ke apa?. Haritu kau kan ada bagi dekat aku nombor fon kau tu."

Irina menepuk dahi sendiri. Betullah aku pernah bagi nombor fon aku dekat dia. “Y..ye. Saya lupa"

“Kau turun cepat. Aku dekat depan rumah kau ni"

Mata Irina bulat membesar. W-what?! D..dia ada dekat rumah aku. Memang cari pasal betul lah dengan lelaki ni. Dia nak apa lagi?!

“Awak nak apa lagi?!" soa Irina tidak berpuas hati.

“Baik kau turun sebelum aku pecah masuk rumah orang ni" soalan Irina tidak dijawabnya. Sebaliknya, dia pula yang mengugut.

Irina berdecit. “Yelah-yelah. Tunggu kejap"

Sempat lagi dia menyalinkan pakaian yang sesuai supaya tidak terkantoi seperti tempoh hari yang Anas datang ke rumahnya.

Memang memalukan. Nak-nak bila lelaki tu pandang aku tak berkelip mata.

Jadi, lebih baik aku berhati-hati.

“Nak apa?" tanya Irina sebaik dia membuka pintu rumah.

Anas berdiri memeluk tubuh. Serius sahaja wajahnya.

“Aku nak upah"

“Upah?" upah apa pulak ni? Aduhhh...mamat ni kenapa suka cari pasal sangat dengan aku.

“T-tak..saya tak tahu kenapa awak datang dekat rumah saya ni. Tu. Yang awak tutup muka awak tu kenapa?" tangan Irina dihalakan kepada wajah Anas yang ditutup dengan mask. Matanya ditutup dengan kaca mata hitam dan rambutnya ditutup dengan topi. Lagak macam pencuri pun ada.

“Takde apa. Ni fesyen terbaru aku."

Jatuh rahang Irina. Fesyen apa ke jadahnya bila nampak macam nak pergi mencuri.

“Kerja awak merompak eh?" duga Irina. Badannya disandarkan pada pintu rumah yang terbuka luas.

Anas mengangkat kedua tangannya ke udara. “Tak baik kau fitnah aku. Takde masanya aku nak mencuri"

“Habis, yang awak pakai macam ni kenapa?"

“Haish. Kau ni memang busybody kan. Aku pakai macam ni sebab aku taknak orang kenal aku. Serabut tau bila kena kerumun ni. Lagi-lagi dengan perempuan"

Irina mengecilkan biji mata memandang Anas. Mhmm boleh diterima jawapan dia tu.

“Awak datang nak apa ni?"

“Bagus soalan kau. Aku datang ni nak upah"

“Dari tadi lagi awak cakap pasal upah. Upah apa? Kenapa awak kena minta upah dengan saya?"

“Sebab aku dah tolong kereta kau tu hantar dekat bengkel. And tayar kereta kau tu pun aku dah tukar. So, totalnya 500 ringgit."

“What?! Are you kidding me?" sedikit meninggi Irina menyoal kerana tidak percaya.

Gila ke apa mamat ni. Tukar tayar je kut. Kedekut!

“Do you see my face is joking?" soalnya seraya mengangkat kening sebelah.

“Kenapa mahal sangat."

“Okeylah tu. Ni pun aku dah bagi diskaun"

Irina kemam bibir. “Kenapa awak kedekut sangat ni."

“Mana ada aku kedekut. Aku takde cakap pun yang aku buat tu secara percuma kan"

Anas tidak mahu mengalah. Bermulalah perbalahan mereka pada tengah hari itu.

Irina mengangkat kedua tangannya ke udara. Surrender!.

Melihat itu, Anas tersenyum sinis. “Cepat pergi ambil. Aku tunggu sini."

Irina buat rolling eyes. Nak tak nak kakinya terpaksa juga naik ke dalam biliknya juga untuk mengambil duit belanja yang papanya bagi bulan ini.

“Nah" duit di dalam sampul surat itu diberikan kepada Anas walaupun mukanya masam mencuka tika ini.

Anas sambut. Dia kuntum senyum lebar.

“Good" ucapnya sebelum dia menggosok kepala Irina.

Baru sahaja Anas ingin pergi, tiba-tiba Irina memanggilnya dari belakang. Anas toleh melihat Irina yang sedang memanggilnya.

“Apa dia?"

Irina diam sesaat sebelum dia membuka semula mulut. “Nombor awak ni saya akan viralkan!!" jerit Irina sebelum dia menutup pintu rumah itu.

Anas membulat mata. “Irina, Irina. Bukak pintu ni."

Dia meramas rambutnya kasar. Nak kena betul lah perempuan ni. Boleh pulak dia nak viralkan nombor aku.

~•~•~•~•~•~•~•

Anas membolos masuk ke dalam kereta dengan muka setebal inci. Geramnya aku dengan perempuan tu.

Tidak lama kemudian, telefonnya mula berbunyi menandakan mesej masuk. Buka sahaja handphonnya itu, berderu-deru manusia yang menyampaikan text ringkas kepada Anas.

Anas mengeluh. Ni semua sebab crush si Aydan tu. Mahu rosak phon aku dibuatnya.

Pintu kereta dibuka. Telefonnya itu dicampakkan ke atas jalan sebelum pintu itu ditutup kembali. Takde masa aku nak layan text orang.

Siap kau Irina!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience