DPH 31 - UNTITLE

Romance Series 33468

Saat mendengar suara Irina menyapa cuping telinga membuatkan mereka spontan menoleh.

Masing-masing menayangkan wajah terkejut kecuali Erinda sudah ketawa sinis.

Drama apakah ini?..Sangat melucukan!

“Hmph? Apa yang korang bualkan?" Ceria suaranya menyoal. Mengangkat kedua alisnya seraya mula berjalan mendekati mereka.

“Err..Irina. Kau..dengar apa yang kita orang bualkan tadi?" Soal Qistina penuh berhati-hati. Takut Irina secara tidak sengaja mendengar perbualan mereka.

Gadis itu menggeleng. Senyuman tidak lekang di bibir. Jujur dia sendiri tidak tahu apa-apa. Datang-datant je terus dia secara tidak sengaja mendengar namanya dipetik. Jadi sebab itulah dia bergegas ke mari walaupun kakinya pada masa itu ingin berjalan ke restoran hotel.

Jadi ditahankan sahaja perutnya yang mula berkeroncang kerana mungkin ada perihal penting bila tiada ribut tiada angin mereka memetik nama aku.

“Apa yang korang bualkan? Mesti ada berkaitan dengan aku kan?" Duga gadis itu seraya mula memaut bahu Nadia yang sedari tadi berdiam diri. Kepalanya ditundukkan ke bawah. Sedar akan kesilapannya yang tidak sepatut meninggikan suara begini sehingga Irina mendengar pergaduhan mulut mereka.

“Err..kita orang..." Tidak tahu untuk reka ayat bagaimana sehingga dia menggaru kepala dia sendiri. Apa yang aku nak cakap ni!.

“Kita orang apa Qistina?" Dia yang sudah tidak sabar ingin tahu menyoal lagi.

“Err.." Entah kenapa seolah-olah ayatnya tersangkut di mana sehingga dia sendiri tidak tahu untuk reka ayat lagi.

“Er sayang, jom. Tadi cakap nak pergi makan kan" Anas mencelah pula apabila tidak suka dengan situasi begini.

Irina kerut kening. Soalannya barusan masih lagi tidak dijawab dan dia tidak faham kenapa Anas hendak berdalih.

“Tapi..."

“Jom sayang" cepat dia memotong percakapan isterinya seraya tangan mula mencapai tangan sang isteri berjalan ke arah restoran hotel.

Jelas dia kelihatan terpinga-pinga tetapi mahu tak mahu dia mengikut juga langkah lelaki itu.

Hilang sahaja kelibat mereka berdua, Nadia kembali mengangkat wajah. Merenung tajam ke arah Erinda di hadapannya.

“Kau..jangan sesekali masuk campur tentang kami" tegas dia memberi amaran sebelum kakinya juga turut melangkah meninggalkan tempat itu. Tidak mahu kesabarannya hilang disebabkan perempuan tak guna ini!

Melihat itu Qistina cepat-cepat mengikut Nadia dari belakang tak mahu ditinggalkan. Dia pun sudah naik muak dengan drama ini.

“I nak chenk in hotel" dia bersuara setelah berdiam diri menyaksikan drama percuma sebentar lagi. Wajah santai ditayangkan.

“You nak bermalam dekat sini?" soal Aydan mematikan langkah gadis itu. Cepat Erinda mengangguk.

“Tak perlu nak chenk in hotel bagai. Baik you balik sekarang. Esok kami dah nak balik"

“So what? Suka hati I lah" balasnya sinis. Aydan ketap bibir geram. Kecik besar kecik besar je aku tengok kau ni perempuan.

“Dah habis? See you later" tambahnya lagi dengan lenggok dia berjalan ke lobi hotel.

~•~•~•~•~•~•~

Pada malam itu, mereka bersama-sama turun ke restoran hotel untuk makan malam. Pada mulanya, memang ramai pengunjung hotel terkejut melihat Anas yang turut berada di situ.

Biasanya lelaki itu hanya bersikap biasa sahaja. Tidak serius dan tidak terlalu manis wajahnya. Kini..barulah dia memaniskan wajah di hadapan semua orang. Menguntum senyuman seikhlas hatinya pada semua orang saat dia boleh merasakan manisnya cinta ini.

Tangan sang isteri dilepaskan saat mereka turut melabuhkan punggung di hadapan meja bulat yang sudah disediakan pelbagai jenis hidangan istemewa.

Memandangkan malam ini malam terkahir mereka berada di Langkawi, jadi mereka akan gunakan masa ini untuk meluangkan lebih banyak masa alang-alang Anas juga ada sekali.

“Sedap sangat nampak makanan ni" Berkali-kali liurnya ditelan agar tidak meleleh keluar. Aroma yang menusuk ke hidung membangkitkan selera mereka.

“Tapi restoran dekat hotel I lagi sedap tau" ujar Anas dalam usikan mengundang wajah cemberut mereka.

“Tak sangka Tengku Anas Danial ni rupanya berlagak kan" Nadia yang sudah menyampah dengan kata-kata lelaki itu menggesel bahu Qistina supaya menyokongnya.

“Yup. Betul tu. Harap muka je hensem. Tapi sayang..berlagak sangat" Sokong Qistina pula disambut gelak tawa mereka.

Anas yang mendengar itu turut ketawa. Dia tahu Nadia dan Qistina tak terniat pun untuk berkata begitu. Mungkin sekadar gurauan sahaja.

“Jomlah makan" pelawa Aydan sambil mencapai sudu dan garfu.

“Eh kejap. Erinda mana?" Soal gadis itu seraya matanya mencari di segenap ruang itu.

Mereka berpandangan sesama sendiri. Tak terlintas dek akal menerima soalan begitu.

“Err biarkan je lah dia sayang. Mungkin dia dah turun makan tadi tu." Kata Anas separuh berbisik.

“Tapi..."

“You cari I?" Suara yang cukup dikenali mereka semua itu membuatkan Irina mengangguk berserta senyuman.

“Awak dah makan?" Soal Irina.

“Belum. I baru je nak makan ni"

“ Kalau macam tu join lah kita orang" Kerusi yang masih kosong disebelahnya itu ditepuk lembut. Mengarah lembut wanita itu supaya duduk di sebelahnya.

Senyuman sinis di bibirnya disembunyikan. Pantas kerusi yang kosong di sebelah Anas di tarik cepat lalu punggungnya dilabuhkan ke situ.

Nadia, Qistina dan Aydan sudah tayang wajah tak puas hati begitu juga Anas yang rahangnya sudah bergerak-gerak menahan marah. Senyuman di bibir serta merta hilang.

Melihat itu Irina mula merasa curiga. Namun perasaan itu cepat ditepisnya dengan wajah di maniskan.

“Jom lah makan" giliran di pula pelawa. Makanan di masukkan ke dalam mulut. Entah kenapa dirasakan makanan ini tidak dirasakan apa-apa saat matanya tertancap pada Erinda yang masih memerhati tepat ke arah suaminya. Selera tiba-tiba hilang. Terasa kesal pula mempelawa Erinda makan satu meja dengannya.

‘Apa masalah perempuan ini! Apa dia tidak tahu aku adalah isteri dia! Huh!'

~•~•~•~•~•~•

Dia terus merebahkan badan ke atas katil. Mata sudah tidak tertahan beratnya menadakan dia betul-betul mengantuk sambil menunggu kedatangan Anas yang mengambil barang-barangnya di dalam bilik hotel Nadia dan Qistina.

Tidak lama, kedengaran dengkuram halus yang terbit dari bibir mungilnya. Kantuknya sudah tidak dapat ditahan lagi. Biarlah Anas datang sekali pun. Janji aku dapat tidur.

Tombol pintu dipulas apabila kad sudah diseretkan. Perlahan-lahan kakinya melangkah lalu beg kecil Irina yang dibawanya itu di letakkam di tepi dinding.

Sunyi. Hanya bunyi penghawa dingin sahaja yang didengarnya.

Saat mata mula mengangkap susuk tubuh sang isteri yang sudah berbaring lena di atas katil itu serta-merta senyuman manis di ukir.

Sleeping beauty!

DIA turut merebahkan badan di sebalah Irina sambil tangannya mula membelai rambut gadis itu. Senyuman tidak lekang di bibir.

Terasa ada tangan kekar yang mula bermain dari rambutnya itu membuatkan tidurnya terganggu.

Mata digosok perlahan dalam mamai. Wajah diangkat memandang si pelaku. Anas!. Bibir mula menguntum senyum.

“Tidurlah sayang. Esok kita dah nak bertolak balik" kata lelaki iti perlahan.

“Awak kenal Erinda?" Soalnya dengan mata tertutup. Kepalanya disandarkan pada dada bidang Anas. Dia suka akan situasi begini. Hilang sudah dengan sifatnya yang tidak berkongsi.

Senyuman lelaki itu serta merta mati. Kenapa nama perempuan itu disebut dalam keadaan begini.

“Tak kenal'

“Tapi kenapa dia pandang awak tu macam awak ada apa-apa je dengan dia."

“No sayang. Saya tiada apa-apa hubungan dengan Erinda" dia cuba menafikan walhal hati sudah berubah merasa tidak senang seolah-olah isterinya sudah dapat meneka dengan betul.

“Tapi kenapa dia pandang awak macam awak dan dia pernah kenal" dia masih tak berputus asa. Kantuknya pun sudah hilang entah ke mana. Dia perlu bersoal jawab dengan lelaki ini. Dia tak suka mana-mana perempuan memandamg suaminya lama. Dia langsung tidak suka!

“Kenapa? Sayang jeles?" Soalnya kembali. Mengangkat kedua alisnya dengan ketawa kecil agar menutup debaran di dada.

”Of course lah saya jeles. Ini husband saya kot. Takkanlah saya nak bagi mana-mana perempuan tengok suami saya pula" jujur dia berkata dengan tangannya mula memeluk Anas.

Anas ukir senyum. Hidung mancung Irina dicuit manja. “Do you love me?" Sengaja dia menyoal soalan itu kerana tidak mahu topik Erinda dibualkan.

“Yes. I love you so much" Tanpa berkias lagi dia meluahkan apa yang dipendamnya selama ini.

Semakin lembar senyum Anas. “I love you too sayang." Balasnya cukup gemersik sambil membalas pelukan sang isteri.

Lama keadaan begitu sehinggalah telinganya mula medengar dengkuran halus.

Matanya masih melekat memandang wajah Irina dengan perasaan sayu.

Sungguh dia tidak mampu untuk berbohong dengan wanita itu lagi. Tapi..dia tidak sanggup. Dia tak sanggup untuk ditinggalkan. Dia tahu yang mungkin Irina takkan terima dengan semua ini.

Mungkin..dengan berdiam diri adalah lebih baik.

~•~•~•~•~•~•

Pagi itu, mereka terpaksa bertolak lebih awal daripada mereka semua kerana Anas mengatakan yang dia ada mesyuarat penting untuk dihadiri.

Semestinya dia terpaksa juga untuk mengikut Anas pergi walau berat hatinya meninggalkan tempat itu.

“Are you okey?"

Saat terdengar suara Anas menyoal, serta merta lamunan pendeknya mati.

Hanya anggukan kecil dibalasnya sambil mengerluarkan padangan ke luar tingkap.

Tiba-tiba wajah papa dan mamanya melintasi di layar mata. Bibir di gigit perlahan.

Ya, sejak dia berkahwin, dia sudah jarang berjumpa dengan orang tuanya. Bagaimana dia boleh lupa untuk selalu bertanya khabar tentang mereka?

Hatinya sudah mengutuk diri sendiri. Dia terlalu rindukan kelaurganya termasuklah Aulia dan Sara. Walaupun mereka melayani dirinya teruk, tapi itu tak bermakna dia harus membenci mereka kerana mereka adalah adik beradik nya juga. Dari darah daging yang sama.

“Jauh mengelamun tu sayang" Suara Anas bersuara mematikan lamunan pendeknya.

Segera dia berpaling melihat Anas dengan santai memandu kereta sambil mata lelaki itu dihalakan ke hadapan.

“Hmph? Termenung pasal apa?" Dia masih lagi bertanya dengan matanya masih menumpukan ke hadapan.

“Rindu my family" jawabnya dengan kepala ditundukkan.

Anas tersenyum nipis. Tangan kecil isterinya yang berada di atas riba wanita itu diambil lalu digenggamnya kemas.

Mencium kekura tangan isterinya lalu diletakkan di atas ribanya. Irina hanya membiarakan sahaja sedangkan hati mula terasa berbunga-bunga dan terharu.

“Nanti kita jumpa dia orang okey. But now..sorry..I have important meeting. I'm really really sorry" jelas sekali suaranya kedengaran serba salah.

Irina mengangguk perlahan. Mengukir senyuman nipis kepada Anas. Badannya mula disandarkan pada kerusi.

“Betulkah awak tak kenal Erinda?" Sekali soalan semalam di ulangnya lagi. Entah kenapa dia rasa tak puas hati pula mendengar jawapan yang sama dari Anas.

“Berapa kali nak ulang sayang. Saya betul-betul tak kenal dia."

“Really? Tapi kenapa dia boleh ada dekat rumah daddy awak time kita dinner sama-sama hari itu" katanya tak mahu mengalah.

“Saya tak tahu. Mumgkin sebab bonda Erinda tu kawan dengan Mummy saya. Mungkin..sebab itu lah Erinda ada sekali sebab Mummy jemput family diorang dinner sama-sama" jelas Anas menyempat lagi dia reka cerita. Nasib baik lah otak ni cepat berfungsi.

Dia yang termakan reka cerita itu mengangguk sahaja walhal hati masih lagi berasa tidak enak. Seolah sesuatu yang buruk telah pun terjadi. Tapi..apa ya?

~•~•~•~•~•~•~

Pada petang itu, dia mula mundar mandir sendiri di ruanh tamu. Sumpah dia tak tahu nak buat apa sekarang ni. Bosan!

Mana tak bosannya, lepas sahaja Anas menghantarnua ke condo, terus kereta lelaki itu meluncur laju ke hotelnya. Sibuk sangat nampak.

Dia sendiri pun sudah mati akal untuk membuat apa. Pergi holiday pun dia masih lagi tak puas hati. Banyak tempat lagi tak diteroka dan last-last kena balik macam tu. Sabar je lah.

Memandangkan dia sudah tidak tahu berbuat apa apa, jadi baik dia membaca novel sajalah.

Tangan yang baru sahaja ingin mencapai novel kesayangannya yang masih lagi belum di habis baca terhenti dengan dahi mula berkerut. Aik..mana novel ni? Bukankah aku selalu letak sini je.

Ini pasti Anas. Haish lelaki tu. Mesti nak sorokkan lagi novel aku.

Mahu tak mahu dengan malas kaki mendaki tangga. Dia terpaksa juga menceroboh masuk bilik Anas tanpa izin.

Tombol pintu dipulas. Nasib baik lah lelaki itu tidak mengunci pintu bilik. Kalau tak dah jadi satu hal nak cari kunci pintu pula.

Leher dipanjangkan mencari novelnya itu dengan tangan mula selongkar di setiap almari bilik Anas.

Tak sedar tangannya menolak sebuah fail berwarna biru sehingga jatuh ke lantai. Habis berterabur isi di dalam nya itu dengan kertas mula berteraburan.

Lantas dia berpaling. Tak sedar diri sudah merungut malas. Apalah nasib tangan ni gatas sangat nak tolak. Kan dah kemas balik. Faham sangat dia dengan sifat Anas yang pembersih orangnya. Dan tengoklah sekarang. Bilik lelaki itu masih berbau wangi dan tiada kotoran pun di dalam bilik ini. Memang Anas seorang pembersih.

Dia duduk mencangkung. Dengan malas tangan mula mengutip satu persatu kertas yang berteraburan itu sehinggalah matanya terpandangkan akan seusautu.

Sekali lagi dahinya berkerut seribu dengan perasaan tidak enak mula datang di dalam kalbunya.

Baru sahaja tangannya ingin mencapai ‘benda' itu tiba-tiba kedengaran loceng di luar condo milik Anas berbunyi sekaligus mematikan niatnya untuk membaca isi kertas itu.

Hati yang masih lagi di serang perasaan tidak enak di tepisnya cepat. ‘Kenapa sejak kebelakangan ni hati aku rasa tidak sedap je. Macam..sesuatu telah pun berlaku'

Malas ingin memikirkan soalannya yang belum pasti lagi ada jawapan itu dengan cepat dia bangun berdiri.

Tak sempat untuk menyimpan kertas yang berteraburan saat ini lantas dia mula mengatur langkah ke bawah. Mahu pekak telinganya bila mendengar loceng yang tak henti-henti kedengaran.

Terjengul wajah Qistina dan Nadia yang sedang tersenyum manis ke arahnya setelah dia membuka pintu.

“Korang buat apa dekat sini?"

“Teman kau" balas Nadia.

“Teman aku? Kenapa?"

“Anas cakap kau boring tinggal dekat condo ni sorang-sorang. So sebab tu lepas kami balik je dari Langkawi terus kita orang datang sini. Nak tengok kau. Dan kami..ada bawak ni" ditunjuk satu bekas cupcake yang sudah dibalut cantik itu sehingga Irina yang melihatnya mula menelan liur.

Sudah lama dia tak makan makanan kegemarannya ini gara-gara Anas yang tak berapa suka dengan makanan manis.

Tapi..yang jadi persoalannya sekarang ni, macam mana Anas boleh tahu yang dia sedang bosan? Adakah..lelaki itu sedang pantau tingkahnya secara senyap-senyap? Ah lupakan lah pasal tu Irina. Buat pening kepala je.

Cepat sahaja dia melupakan pertanyaannya yang membelenggu diri saat melihat cupcake yang begitu menyelerakan.

Terus dijemput kawannya itu untuk masuk ke dalam. Baguslah tu ada dua orang ni. Boleh juga hilangkan bosan.

~•~•~•~•~•~•

Dia menarik nafas lega saat kelibat Irina sudah tiada di dalam biliknya. Hanya tuhan sahaja yang tahu berapa cemasnya dia bila melihat tangan Irina yang baru sahaja ingin mencapai ‘sijil pernikahan dia dan Erinda'. Nasib baiklah Qistina dan Nadia datang tepat pada masanya.

Matanya yang masih lagi melekat pada skrin komputer di mana terpapar satu video isterinya yang sedang enak menjamu selera itu dipandang lama.

Kedengaran keluhan berat dilepaskan. Tak sia-sia dia mengupah orang untuk memasang cctv secara senyap-senyap itu akhirnya membuahkan hasil.

Cctv yang berada di condonya itu disambungkan melalui komputer ribanya. Jadi senanglah untuk dia memantau keadaan Irina di condo semasa ketiadaan dia.

Dia juga lah yang menelefon Qistina dan Nadia untuk datang ke condo bila melihat Irina kebosanan.

Tapi tak sangka pula dia yang Irina akan menejejakkan kaki masuk ke dalam biliknya. Salah dia juga kerana tidak kunci pintu bilik. Nasib baik lah rahsia masih lagi tersimpan rapi.

Matanya yang masih lagi tidak mengalihkan dari melihat laptop itu ketawa kecil saat melihat mulut Irina yang penuh dengan cupcake.

Kepala digeleng berkali-kali. ‘Irina, Irina. Boleh pula dia ambil kesempatan makan cupcake bila aku tiada dekat condo. Nasib baik lah sayang'

Tok! Tok! Tok!

Kedengaran biliknya diketuk seseorang lantas dia berdehem membetulkan intonasi suaranya. Laptop ditutup perlahan lalu diletakkan di atas meja.

Kaki disilangkan dengan riaknya wajahnya mula bertukar serius.

“Come in!" laung lelaki itu dari dalam. Tak sampai seminit, muncul wajah Nurul yang tersenyum manis. Kepalanya ditunduk hormat.

“Boss. Tengku Laura nak jumpa" Tak mahu berlengah, dia terus menyampaikah hasratnya ke mari.

“Tengku Laura? My sister?" Masih lagi dia ingin meneka walaupun dia sendiri sudah tahu jawapannya.

Nurul mengangguk.

“Panggil dia masuk!"

Mendengar suara Anas yang berbentuk arahan itu sekali lagi dia menundukkan badannya sedikit sebelum meminta diri keluar.

Tidak lama, terjengul wajah Laura dengan kedua belah tangannya dijinjit beg plastik. Pasti baru balik dari shopping.

Tanpa dipinta, terus sofa panjang berwarna merah itu diduduknya dengan sebelah tangan menepuk sofa itu.

“Sofa ni abang beli dari overseas kan" duga gadis itu sambil menyandarkan badannya. Kaki disilangkan.

“Yes"

“Owh.. Patutlah empuk dan lembut. Bagus abang ni. Selalu beli barang yang berkualiti tinggi" sempat lagi dia memuji.

Anas urut pelipis kepala. Dia yang tak mengendahkan pujian itu mula merasa tidak senang dengan kehadiran Laura.

“Laura nak apa ni datang sini. Nak duit? Abang boleh bagi dan lepas dapat duit tu Laura..."

“Apa abang ni. Laura bukannya metarialistik macam isteri abang tu" cepat dia memangkas ayat Anas dengan jelingan tajam.

“Yes. Erinda memang materialistik"

“Bukan Erinda lah abang. Tapi I-R-I-N-A" nama Irina diejanya satu persatu. Menyindir si abang biar bagi faham.

“She's not gold digger Laura." Cepat dia menafikan. Membela gadis itu supaya Laura tahu apa yang dia katakan barusan tidak benar.

“Ah lupakan je lah pasal tu" Tidak tahu untuk membahas apa lagi dia terus menukar topik perbualan. Memang dia kalah kalau berbahas dengan Anas.

“By the way, Irina ada muntah-muntah tak kebelakangan ni. Or, pening kepala ke. Ada tak?" Soalnya dengan santai.

Anas yang tidak mengesyaki apa-apa lagi kerut dahi. Tak faham kenapa soalan itu diajukan.

“Kenapa Laura tanya macam tu?"

“Taklah. Laura cuma risau. Kot-kot dia ada buat ehem-ehem ke dengan Aydan tu masa dekat Langkawi. Yelah, Laura kenal sangat perempuan...."

“Laura!" Suaranya sudah mula meninggi. Kerusi ditolak kasar lantas dia bangun berdiri tegak. Pandangan mata helang dihalakan pada Laura. Berasap telinganya apabila mendengar bicara gadis itu. Sakit hati!

“Close your mouths if you don't know anything what happen!"

“What? Laura cuma cakap itu kebenarannya" dia masih lagi menafikan. Tak mengendahkan mata helang abangnya.

“It is not true Laura! I know my wife and I know Aydan takkan buat benda terkutuk macam tu. You..." Ayatnya dijedakan dengan jari telunjuk dihalakan tepat ke wajah Laura.

“Kalau tak tahu apa-apa, please close your mouth." Sinis dia berkata dengan senyuman dileretkan ke atas.

“Urgh! I hate you!" Habis ayat itu diucapkan, dia bergegas mengambil semula paper begnya lalu pintu bilik Anas ditutup kasar menunjukkan protesnya.

Melihat itu Anas menggeleng kepala sendiri. Apa nak jadi lah dengan budak ni.

Done update! Mira betul-betul minta maaf sebab dah jarang update. Dahlah jarang update, bagi one chapter pula tu (kutuk diri sendiri) haha..Nanti esok Mira update pula ye.. Tapi tak janji eh.. Faham-faham lah yang Mira ni sejenis orang tak menepati janji..Ahaks! ^_^.. So heppy reading !!

Share this novel

Anis Insyirah
2021-03-03 13:03:15 

Bila nak update lagi author???


NovelPlus Premium

The best ads free experience