Sudah berapa hari hubungan Irina dan Anas begitu bahagia. Cukup membuatkannya senyum sentiasa.
Dia melambaikan tangan kepada Anas di muka pintu. Selama beberapa hari ini juga Anas selalu meluangkan masa dengannya sehinggalah hari ini dia terpaksa masuk ke kerja. Katanya ada banyak kerja yang belum disiapkan.
Anas menghulurkan tangannya kepada Irina. Gadis itu hanya tersenyum dan menyambut huluran Anas lalu tangan lelaki itu diciumnya.
“Good wife " puji Anas seraya mencium kedua belah pipi wanita itu. Terisipu-sipu malu Irina dibuatnya.
Sebaik sahaja melihat kereta Anas sudah meluncur pergi, dia kembali menutup pintu.
Kakinya berjalan ke ruang tamu lalu badan disandarkan ke sofa sambil dia mencapai salah satu novel di meja hadapannya.
Selang berapa minit, tiba-tiba terasa dirinya mula menggigil kesejukan. Irina menahan dirinya. Malas untuk bangun menutup penghawa dingin.
Tidak dapat menahan diri, akhirnya digagah juga badan untuk bangun. Novel diletak kembali ke tempat asal. Suis penghawa dingin ditutupnya lalu selimut di capai.
Dia membaringkan badannya di atas sofa. Selimut yang membaluti tubuhnya tidak mampu untuk menghilangkan rasa sejuk walaupun dia tidak lagi pasang penghawa dingin ataupun kipas.
“Sejuk!" itu sahaja ayat yang mampu dia katakan. Tangannya mula menggigil. Bibir sudah pucat lesi.
Tangannya menjamah dahi sendiri. Dia tergamam. Demam!. Macam mana aku boleh demam ni. Tak pernah-pernah pun aku demam sampai sejuk macam ni.
Dia tahu kalau dia bangun menuju ke dapur sekalipun pasti dia tidak akan dapat menstabilkan dirinya. Tiba-tiba datang demam mengejut macam ni.
Suhu badannya mula panas. Ditahankan dirinya yang sudah demam. Mungkin tidur dapat mengurangkan sedikit demam. Lama masa diambil untuk tidur, akhirnya lama kelamaan matanya terlelap juga.
~•~•~•~•~•~•
Jam sudah menunjukkan pukul 2 petang waktu makan tengah hari. Tapi lelaki itu masih lagi tidak mengangkat punggung dari kerusi kerja. Begitu lama dia tidak masuk kerja, jadi inilah padahnya. Banyak sangat kerja tertangguh.
Sedang sibuk menguruskan kerjanya, tiba-tiba pintu bilik dibuka kasar membuatkan Anas menahan geram.
Dia lantas berpaling ke arah pintu. Terkejut melihat wajah Datin Suhaila yang selamba duduk di atas sofa panjang berwarna merah di biliknya. Amarahnya pun perlahan-lahan mengendur. Tidak sangka Mummy akan datang ke sini.
“Mummy buat apa kat sini?" soal Anas.
“Cuba tengok fon Anas " kata Datin Suhaila sambil menyilang kakinya.
Mendengar kata-kata Datin Suhaila berbaur arahan itu, dia capai telefonnya. Dia mengeluh. Habis bateri rupanya.
“Kenapa tak jawab call Mummy?"
“Fon habis bateri Mummy " jawab Anas menunjuk telefonnya ke arah Datin Suhaila.
“Alasan! Anas sengaja kan nak mengelak dari Mummy"
“Mengelak apanya Mummy. Dah fon habis bateri. Nak buat macam mana"
Wanita itu menjeling tajam. Dia bangun dari duduk. Bajunya dibetulkan sedikit.
“Dah, ikut Mummy"
“Pergi mana?"
“Pergi beli baju wedding Anas dengan Erinda lah. Cepat. Erinda dah sampai dah pun dekat butik"
“Apa ni Mummy. Kan Anas dah cakap yang Anas tak nak semua ni. Biar Mummy jelah uruskan semuanya "
“Anas!" matanya mencerlung tajam memandang anaknya.
Anas berdecit geram. Nak saja dia marah wanita itu. Tapi apabila mengenangkan status Datin Suhaila sebagai ibunya, di tahankan sahaja amarahnya.
“Fine!" akhirnya dia mengalah. Kerusi ditolak kasar lalu dia membuka langkah keluar dari bilik itu terlebih dahulu.
Datin Suhaila ukir senyuman kemenangan. Dia tahu yang Anas akan patuh disetiap arahannya. Good son!
~•~•~•~•~•
“Oh my god! Anas! Sampai pun. Dah lama tau I tak jumpa you ni" ceria sahaja kedengaran suara Thalia selaku pemilik butik yang terkenal ini. Memang selalu Datin Suhaila akan singgah ke butiknya. Katanya pakaian di sini memang menepati citarasanya.
Anas hanya ukir senyum tipis kerana sejujurnya dia datang pun kerana terpaksa.
Muncul pula Erinda entah dari mana dengan sepasang baju busana pengantin berwarna putih.
Melihat saja Anas, dia berlari anak mendapatkan lelaki itu. Lengan Anas dipautnya erat.
“Ish! Lepaslah!. Tak malu ke orang tengok! " bentak Anas sambil menarik semula tangannya.
“It's okey lah Anas. Erin nak bersweet lah tu" celah Datin Suhaila membuatkan Anas meraup rambutnya ke belakang.
Dia berjalan ke arah sofa single di dalam butik itu lalu punggung di henyak ke atasnya. Kaki disilangkan. Biasa sahaja lagaknya.
Datin Suhaila menggosok lembut bahu Erinda supaya bertenang. Erinda hanya ukir senyuman hambar.
Thalia yang melihat itu perlahan menggeleng kepala. Faham sangat dengan sikap dua beranak ni. Ibu yang suka memaksa, anak yang jadi mangsa. Ni mesti kena paksa kahwin ni.
Tiba-tiba pintu ditolak kasar dari luar membuatkan semua mata menoleh ke arah pintu itu begitu juga Anas.
Kelihatan Laura yang sedang tercungap-cungap mengambil nafas. “Sorry, sorry..Laura lambat. Laura ada hal tadi"
“Kau buat apa kat sini?" soal Anas dingin. Takut Laura pecah rahsia. Bukannya tak kenal dengan perangai mulut tempayan Laura. Tak pandai simpan rahsia. Tak pasal-pasal habis pergi sebar berita yang aku kena kahwin.
Laura tersengih. “Nak tengok abang pakai baju pengantin la. Mesti hensem kan " kata Laura mendekati abangnya itu.
Anas tayang wajah menyampah.
“Macam mana Anas? Okey ke ni? Cantik tak?" soal Thalia sambil menayangkan tuxedo berwarna biru terang.
“Wah cantiknya!" puji Datin Suhaila penuh teruja. Erinda pun sudah tersenyum di situ. Tidak dapat bayangkan kalau Anas pakai tuxedo ni nanti. Mesti semua perempuan cair siapa yang melihat.
Anas menyambut malas. Tuxedo itu ditatapnya kejap. “Mhm cantik" balasnya acuh tak acuh.
Semua ada disitu sudah tayang wajah tak puas hati kecuali Thalia. Dia tahan gelak. Itulah Tengku Anas Danial. Kalau buat kerja kena paksa, mesti dia buat acuh tak acuh je.
“Biar Erin pergi cuba baju ni dulu" celah Erinda sambil berjalan ke arah bilik persalinan.
Anas diam. Sejujurnya dia lansung tak minat dengan semua ni.
~•~•~•~•~•~•~•~
Berkali-kali nombor Anas didail. Tapi hanya suara operator sahaja menjawab.
Dapat dia rasakan yang badannya sudah semakin panas. Pakaian pun dia dah tukar kepada baju t-shirt lengan panjang dan seluar palazo bagi menghilangkan rasa sejuk.
Dia menyandarkan badannya di atas sofa. Kepala sudah mula merasa pening.
Habis pucat lesi wajahnya tika ini. Makanan pun lansung tidak dimakan lagi kerana dia sudah tidak larat berjalan. Walaupun dia tiada selera untuk makan, tapi dia tahu yang dia patut makan sebab dari pagi lagi dia masih lagi tidak makan apa-apa. Perutnya kosong.
“Mana awak ni, Anas?" dalam serak suaranya bersuara.
Berkali-kali dia menelefon, berkali-kali juga panggilan tidak dijawab. Akhirnya dia pasrah.
Nombor Aydan pula kini didail kot-kot Anas ada bersama lelaki itu. Tidak lama, kedengaran panggilan disambungkan.
“Aydan, Anas ada dengan awak ke?" soa Irina melulu.
“Irina..kenapa suara awak lain? Do you fever?" Aydan pula menyoal.
“Yes. And sebab tu saya tanya awak Anas ada ke dengan awak tu. Saya nak bercakap dengan dia"
“Anas? Dia takda dengan saya."
Kedengaran suara Irina mengeluh. “Aydan, awak boleh tolong panggilkan doktor untuk saya? Saya rasa badan ni dah tak larat dah"
“O-okey. Saya datang sekarang. Awak tinggal dekat condo Anas kan."
“Mhm" itu sahaja dibalasnya sebelum manamatkan panggilan.
Tangannya naik pula menyentuh dahinya sendiri. Masih panas. Dia mengeluh. Tak pernah-pernah aku demam sampai panas macam ni sekali.
Hampir sepuluh minit berlalu, akhirnya bunyi ketukan di pintu berbunyi juga membuatkan dia menarik nafas lega.
Badan digagahkan untuk berjalan bangun ke pintu. Tombol pintu dipulas perlahan.
Terjengul wajah Aydan dan Qistina di hadapannya. Dia ukir senyuman pahit.
Tiba-tiba dia hilang keseimbangan badan membuatkan dia rebah disitu. Sempat dia menangkap panggilan namanya dari Aydan dan Qistina.
Mereka yang melihat itu mula gelabah. Berkali-kali nama Irina dipanggil. Tapi wanita itu masih tidak sedarkan diri.
“Macam mana ni, Aydan?" tanya Qistina yang sudah mula tak keruan. Kehulur-hilir dia berjalan di situ.
Aydan cepat-cepat mengeluarkan telefon bimbit lalu nombor Doktor Alex didailnya cepat.
“Ye, Aydan kenapa ni?" dengar sahaja Doktor Alex memanggil namanya membuatkan dia menghembus nafas lega. Ingatkan dah tak ingat dah aku siapa tadi.
“Boleh datang condo Anas, doktor? Wife dia pengsan"
“Haaa!!" terjerit kecil Doktor Alex terkejut. Mungkin tak sangka yang Anas dah kahwin.
Aydan menjarakkan sedikit telefonnya menjauh. “Err Doktor please datang. Nanti saya explain semuanya."
“O-okey..Saya datang sekarang" cepat dia menutup panggilan.
Qistina yang asyik kehulur-kehilir itu akhirnya berhenti berjalan. Dia berdiri di hadapan Anas.
“Kenapa kau tak call Anas? Call lah dia"
Cepat lelaki itu mengangguk. Nombor Anas didail pula. Tapi hanya masuk ke peti suara.
“Tak dapat " dia mencuba lagi dan lagi. Tapi masih sama.
Qistina mendengus. “Dia tu memang tak reti jawab call ke apa"
“Takpa. Kau jangan risau. Aku try call Laura. Mana tahu Anas balik rumah keluarga dia"
“Cepatlah call" gesa Qistina lagi.
Kali ini nombor Laura pula didail. Dia memandang Qistina lalu mengangguk kepala tanda panggilan itu mula bersambung.
~•~•~•~•~•~•~•
Anas yang keluar dari bilik persalinan yang kemas memakai tuxedo berwarna hitam itu membuatkan semua orang terpegun. Lagi-lagi Erinda yang tidak berkelip melihat lelaki itu.
Lelaki itu melihat penampilan dirinya di hadapan cermin. Mhm boleh tahan hensem juga aku ni.
“Waw! You so handsome Anas" puji Thalia sambil membuat thumbs up.
“Mummy macam tak percaya yang ni anak Mummy. Hensem sangat Anas ni" giliran Datin Suhaila pula mumuji.
Anas senyum pahit.
Laura yang berdiri tidak jauh dari mereka juga terpegun melihat kekacakan abangnya. Dia tersenyum sendiri. Tumpang bangga menjadi adik kepada lelaki pujaan wanita ni.
Tiba-tiba telefon di dalam beg slingnya berbunyi. Cepat dia menyeluk tangannya mencapai telefon di dalam.
Tertera nama ‘Aydan' skrin telefonnya membuatkan dia sudah tersenyum-senyum. Dia berdehem berapa kali. Membetulkan suaranya.
“Hello Aydan" sapa Laura terlebih dahulu.
“Laura..Anas ada? Bagi saya cakap dengan dia kejap."
Mati senyuman gadis itu. Dia menaikkan mata hitamnya ke atas. Jadi dia telefon aku ni semata-mata nak bercakap dengan Anas jelah. Kenapa dia tak call guna telefon Anas terus. Kan senang.
“Ada"
“Bagi saya bercakap dengan dia kejap" punya Aydan.
“Okey" dia berjalan ke arah Anas lalu membisikkan sesuatu pada telinga lelaki itu.
“Aydan nak cakap dengan abang" kata gadis itu berbisik.
Anas segera berpaling. Melihat Laura yang menyua telefonnya itu lambat-lambat dia mencapai.
“Ye Aydan."
“Kau pergi mana Anas? Aku call kau tak jawab. Kau campak phon kau kat mana hah?"
“Rilex lah. Yang kau nak marah sangat ni kenapa?" soal lelaki itu. Dah kenapa Aydan ni tiba-tiba emo pula.
“Kau balik condo kau sekarang. Irina pengsan"
“Hah?!" dia separuh menjerit membuatkan mata semua tertumpu ke arahnya.
“Okey aku datang sekarang" dia terus memberikan telefon Laura kepada gadis itu.
Dia masuk ke dalam bilik persalinan semula lalu menanggalkan tuxedo yang dipakainya tadi digantikan dengan baju kemeja.
Semua orang mula hairan melihat tingkah Anas.
“Anas nak pergi mana ni? Kita belum siap lagi" Datin Suhaila mula menghalang anaknya dari keluar dari butik itu.
“Anas ada kerja Mummy. Anas pergi dulu" ucapnya cepat.
Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu. Laura di sebelahnya itu dipandang sebelum dia menjarakkan mulutnya ke telinga Laura.
“Don't tell anyone that I will get married"
“Kenapa ?"
“Just close you mouth" ucap lelaki itu lalu membuka langkah berlalu pergi.
Erinda yang melihat itu mula naik geram. Asyik aku je bersabar dengan perangai dia ni. Dahlah tinggalkan aku macam tu je.
“Mummy..Mummy tengok lah tu. Dia boleh keluar macam tu je" adu wanita itu.
“Sabarla Erin. Mungkin dia memang ada urgent tu"
Erinda tarik muncung. “Tak seronoklah kalau takda Anas"
“Takpa. Erin jangan risau. Banyak benda lagi yang kita perlu selesaikan. Ini baru permulaan" pujuk wanita itu lagi.
Lambat-lambat Erinda termakan dengan pujukan Datin Suhaila walhal di dalam hatinya mula berasa geram dengan Anas.
~•~•~•~•~•~•~
Aydan mencempung tubuh Irina lalu diletakkan perlahan ke atas sofa panjang.
Qistina hanya memerhati sahaja. Tiba-tiba telinga mendengar bunyi ketukan di pintu. Mungkin Doktor Alex.
Cepat dia berjalan ke pintu lalu membuka pintu kepada lelaki itu. Qistina meminta Doktor Alex berjalan ke ruang tamu kerana Irina ada disana.
Aydan pun berganjak sedikit ke belakang. Memberi ruang kepada Doktor Alex membuat kerjanya.
Berapa minit berlalu, mereka pandang sesama sendiri sebelum Doktor Alex membuka mulut.
“Dia demam panas. Suhu dia mencecah 42.4 °C. So saya dah sediakan ubat antibiotik untuk demam dia akan cepat surut nanti. Jangan risau."
Mereka menarik nafas lega.
“Thanks you so much doktor."
“You're welcome"
“And satu lagi. Mungkin dia pengsan sebab dia tidak cukup tenaga. Mungkin Aydan boleh bagi dia makanan. Sebab saya rasa dari pagi lagi dia belum makan. Tak boleh dibiarkan. Nanti gastrik pula jadi nanti"
Aydan mengangguk.
“Betulke ni wife Anas? Macam mana diorang boleh kahwin?"
Aydan diam. Dia mula berfikir. Takkanlah dia akan menceritakan semuanya pada orang luar.
“Er diorang kahwin dah lama. Tapi taknak dihebohkan. Cukup keluarga terdekat je yang tahu semuanya" Jawab Aydan mereka cerita.
Doktor Alex hanya mengangguk. “Okey, I have to go" ucap Doktor Alex berlalu pergi diiringi oleh Qistina di sebelahnya.
“Terima kasih banyak-banyak ya doktor." giliran Qistina pula berterima kasih.
“Sama-sama" balas lelaki itu tersenyum manis sebelum berlalu pergi.
Qistina menutup kembali pintu. Dia melihat Aydan yang sedang duduk di salah satu sofa berdekatan Irina.
“Kau nak aku ke masak bubur untuk Irina?" soal Qistina.
Aydan yang baru tersedar berpaling ke arah Qistina. “Mhm biar aku jelah masak" dia bangun lalu kakinya melangkah ke dapur.
Qistina mengangguk. Dia mengambil tempat di tempat duduk Anas. Kaki Irina digosoknya lembut.
Tiba-tiba dia terdengar bunyi pintu ditutup dengan kuat sekali. Pada masa itu juga Anas sudahpun muncul di depannya dengan nafas tercungap-cungap.
“Macam mana dengan Irina?" soal Anas sambil jatuh terduduk lalu badannya dibongkokkan sedikit melihat lebih dekat wajah gadis itu.
“Dia demam panas. Doktor cakap dia pengsan pun sebab dia tak makan."
Tangan Anas jatuh melekat pada dahi Irina. Jelas terasa panas pada dahi wanita itu.
“Ni ubat untuk Irina" kata Qistina sambil menghulurkan sepaket ubat kepada lelaki itu. Anas menyambut huluran itu lalu dia bangun berdiri semula.
“Biar aku pergi buatkan makanan untuk dia" tidak sempat Qistina berkata, Anas terus berlalu pergi dari situ.
Kepala yang tidak gatal digarunya. Nak buat macam mana makanan bila Aydan dah tolong buatkan.
Kakinya terhenti saat melihat Aydan yang sedang memasak dengan tekun sekali sampai tidak sedar kehadirannya.
Tiba-tiba naluri hatinya kuat mengatakan yang Aydan memasak itu untuk Irina.
Dia berdehem membuatkan Aydan yang sedang memasukkan bubur ke dalam mangkuk
“Eh, bila kau sampai?" soalnya sambil menyambung kerjanya semula.
“Tadi" Anas menyandar badannya pada kabinet dapur sambil memerhati gerak-geri Aydan.
“Kenapa kau tak jawab call aku?" soalnya lagi lansung tidak menoleh ke arah Anas. Fokus dengan masakannya.
Dia berpeluk tubuh sendiri. “Phon aku habis bateri"
“Mhm okey" balasnya. Mungkin alasan tu boleh diterima.
Tiba-tiba terasa tekaknya yang mula kering meminta air. Dia perlahan-lahan bangun. Kakinya menuju ke arah dapur.
Tapi entah kenapa kakinya bagai di gam saat mendengar perbualan Anas dan Aydan. Dia menyorokkan dirinya disebalik dinding sambik telinganya masih curi-curi dengar perbualan mereka berdua.
“Aydan..aku nak cakap something dekat kau"
“Hm..apa dia?"
“Aku..aku setuju untuk kahwin dengan Erinda"
“What?!" terjerit kecil Aydan yang tidak percaya. Tangannya yang memotong ayam tadi berhenti.
Qistina menutup mulutnya sendiri seakan tidak percaya. Anas..nak kahwin lain?!.Irina tahu ke pasal ni? Tapi takkanlah Irina izinkan. Sekua orang tahu yang dia memang tak suka berkongsi. Tekak yang terasa kering tadi pun sudah hilang.
“Aku terpaksa Aydan. Memang kalau boleh aku tak nak. Tapi..bila aku fikirkan balik, kesihatan Mummy aku terjejas disebabkan semua ni"
“Apa..Irina tahu dengan perkahwinan ni?"
“Tak. Dia tak tahu"
Sekali lagi jantung Qistina bagai hendak luruh mendengar semuanya. Apa semua ni?! Irina tak tahu lagi?!.. Jadi..selama ni dia tipu Irina?!.
“Kau tak boleh buat macam tu Anas. Lambat laun dia akan tahu juga"
“Tak. Dia takkan tahu kalau kita tak buka mulut"
“Kau yakin? Macam mana kalau Erinda bagitahu semuanya? "
“Dia takkan bagitahu"
“Okey, terpulanglah pada kau nak buat apa-apa pun. Tapi yang pasti, Irina betul-betul kecewa dengan kau suatu hari nanti. Percayalah" ucap Aydan penuh tegas sambil meletakkan mangkuk ke dalam dulang dan segelas air.
Qistina yang melihat Aydan yang ingin datang itu, cepat-cepat dia menujunke ruang tamu semula. Jantungnya bagai hendak pecah tika ini.
Pelbagai soalan yang bermain di minda ni? Jadi kalau Irina tak tahu, patutkah dia bagitahu semuanya?
Sempat Anas menangkap lengan Aydan membuatkan lelaki itu berhenti melangkah.
“What?"
“Tolong jangan bagitahu dia pasal ni. Aku tak nak dia tahu"
Aydan tersenyum paksa. “Kau jangan risau. Aku takkan bagitahu dia. Mungkin sekarang ni aku dah rasa yang Irina tengah happy. Time dia nak pengsan tadi pun, sempat lagi dia senyum. Dan itu pertama kali aku tengok dia senyum" kata Aydan seraya berlalu pergi.
Anas terdiam kaku. Apa Aydan masih lagi ada perasaan pada Irina?
Share this novel