Suasana di rumah banglo 3 tingkat Dato Mukhriz sunyi sepi. Mereka bertiga tidak bercakap langsung. Mungkin tiada apa untuk berbual ataupun tidak perlu pun untuk berbual.
Dato Mukhriz dan Datin Khatijah, awal-awal lagi telah keluar ke kerja. Sibuk memanjang.
Mak Imah sebagai bibik di dalam rumah itu, mula menghidangkan makanan kepada mereka bertiga.
“Cepat sikit boleh tak. Lembab betul orang tua ni!" bentak Sara. Langsung tidak hormat kepada Mak Imah.
“Kak Sara tak baik cakap macam tu. Hormat la sikit dekat Mak Imah" Irina naik angin. Cukup terkesima dengan layanan Sara kepada Mak Imah. Walaupun Mak Imah hanya bibik di rumahnya, itu tak bermakna Sara boleh melayan Mak Imah dengan teruk.
Sara senyum sinis.
“Tak payah nak bajet baik sangat la Irina"
Saat Irina ingin membalas kata-kata Sara tadi, tiba-tiba Aulia pula mencelah.
“Irina, kau boleh diam tak. Betul la apa yang Sara katakan tu. Dah orang tua ni buat kerja lambat. Tak payah nak huraikan lagi lah" tengking Aulia kuat.
Irina kemam bibir menahan marah. Memang dia tidak berani melawan kata-kata Aulia.
“Saya minta maaf Cik Lia, Cik Sara dan Cik Irina sebab sediakan makanan lewat. Mungkin memang betul saya makin tua" Mak Imah mengalah. Tidak mahu mereka bertiga bertengkar disebabkannya.
“Baguslah kalau Mak Imah dah tahu" Ucap Sara selamba sambil menguis-nguis nasi di pinggannya.
Mak Imah hanya menunduk sebelum dia berlalu pergi. Dia tidak pernah mengambil hati dengan kata-kata kepada anak majikannya itu. Mungkin mereka masih lagi belum matang.
Irina hanya tekun memandang makanan di hadapannya. Entah kenapa, makanan itu tidak merasa apa-apa. Kosong. Seperti dirinya yang sekarang ini.
Aulia Mikayla, kakak sulung diantara mereka beradik. Aulia pun hanya diam membisu sahaja. Tidak bercakap walaupun sepatah.
Sara Mariani atau dikenali sebagai Sara juga diam membisu. Dia adalah kakak yang kedua. Jadi, Irina adalah adik bongsu diantara mereka bertiga. Sesekali dia bermain iphonennya itu. Tak boleh berenggang langsung dengan handphone.
“Aku nak keluar kejap lagi" Kata Aulia memecahkan kesunyian.
Sara dan Irina serentak berpaling kepada Aulia. Aulia tayang muka selamba.
“Akak nak keluar pergi mana?" soal Irina.
“Kau tak payah nak sibuk lah" Aulia jeling. Memang aku tak suka kalau orang yang busybody ni.
“Sara ikut" celah Sara pula.
“Kau bersiap cepat. Boleh kita pergi shopping" kata Aulia dengan teruja. Hilang terus mood marahnya tadi.
Sara sudah melompat gembira. Irina diam. Nak ikut jugak!. Baru sahaja Irina ingin membuka mulut, tiba-tiba Aulia berkata lagi.
“Kau duduk kat rumah je. Jaga rumah" arah Aulia tegas. Wajahnya memandang tepat ke arah Irina.
Irina menunduk. See. Memang beginilah hidupnya seharian. Tidak boleh keluar rumah. Dia hanya akan keluar bila ada urusan penting sahaja. Kalau tak, mesti kakaknya tidak akan mengizinkan dia keluar. Kenapa? Dia pun tak tahu kenapa kakaknya tidak mengizinkan dia keluar. Sungguh menyeksakan.
Hidupnya begitu sendirian apabila dipulaukan oleh kakak-kakaknya. Dia merasakan seolah-olah dirinya bersendirian. Tiada tempat untuk mengadu melainkan kawan-kawannya. Itu pun, jarang-jarang je jumpa.
“Tapi... Mak Imah kan ada"
“Kau boleh tak, dengar apa yang aku cakap. Tak payah nak tapi-tapi lagi." Aulia menghentak kasar tangannya ke atas meja. Dia terus bangun menuju ke dapur untuk membasuhkan tangan. Baki makanan di pinggannya pun masih ada banyak lagi.
“Kau tak payah degil la Irina. Dengar apa yang Kak Lia cakap. Kau duduk je rumah" Sara juga turut bangun meninggalkan Irina yang menundukkan wajahnya.
Irina mengesat air mata yang hampir tumpah itu. Kenapa semua orang selalu menyalahkan dirinya. Salah ke kalau aku nak ikut diorang keluar? Aku pun nak tengok dunia luar. Kalau boleh, aku tak nak tinggal kat dalam rumah ni. Sangat membosankan.
Tiba-tiba ada satu tangan menggosok perlahan belakang badannya. Irina lantas mengangkat mukanya.
Mak Imah menguntum senyum kepada Irina.
“Cik Irina jangan sedih ye. Insya'allah nanti Cik Lia dan Cik Sara akan sedar kesilapan mereka" pujuk Mak Imah bila melihat wajah Irina nampak kecewa sahaja.
“Jangan berCik dengan saya, Mak Imah. Panggil je Irina", ujar Irina lembut. Dia sudah menganggap Mak Imah sebagai ibunya sendiri. Kerana Datin Khatijah selalu tiada masa untuknya. Memang dari kecil lagi, Mak Imah lah tempat dia mengadu. Kalau ada program ke sekolah untuk membawa ibubapa, pasti Mak Imah akan menggantikan tempat Datin Khatijah.
Walaupun Mak Imah hanyalah sekadar bibik di dalam rumah ini, tapi Irina tidak pernah menganggap Mak Imah sebagai bibik. Dia menganggap Mak Imah sebagai ibu kandungnya.
“Irina masuk bilik dulu" jelas sekali kedengaran serak suaranya. Dia sudah lali dengan perangai manusia di dalam rumah ini. Mereka selalu menganggap yang aku tak wujud saja.
Mak Limah hanya mengangguk dan mengekori bayangan Irina dengan ekor matanya. Sungguh, dia pun tumpang kasihan melihat anak majikannya itu. Seperti tidak cukup kasih sayang ibubapa.
~•~•~•~•~•
Keluar sahaja dari kereta yang dipandu oleh pembantu peribadinya itu, dia telah dikerumuni oleh wanita-wanita yang sedia menunggunya di hadapan bangunan Hotel Brightest Star. Iaitu hotel yang telah dibangunkannya.
Anas menanggalkan kaca mata hitamnya lalu disangkutkan di kolar baju. Ahh hensem!. Melihat itu, ramai gadis berteriakan. Boleh cair kalau tatap lama-lama muka mamat ni.
Anas mula naik rimas. Niat ingin memasuki hotelnya pun, terbantut apabila ramai wanita ingin meminta tanda tangannya.
Pembantu peribadinya turun dari kereta lalu mengarah orang ramai supaya memberikan laluan untuk Anas.
Anas kuntum senyum kepada pemandu peribadinya.
“Ahh, dia senyum!" salah seorang wanita itu mula menempik kuat diikuti oleh wanita lain.
Tidak lama kemudian, keluar seorang bodygurd lalu berdiri disebelah Anas.
“Zein, tolong arahkan mereka keluar dari kawasan hotel ni" arah Anas tegas kepada bodygurdnya. Zein sudah lama berkhidmat kepadanya sebagai bodygurd. Jadi, dia telah meletakkan kepercayaan penuh kepada lelaki itu.
Zein mengangguk.
Dia mula mengarahkan orang ramai supaya keluar dari kawasan hotel itu.
Nampkanya, memang ramai wanita -wanita yang kecewa apabila mereka dihalau begitu sahaja.
“Ish, berlagaklah Tengku tu" ujar salau seorang wanita yang sudah dihalau keluar itu.
“Mana ada di berlagak. Dia cuma taknak orang kacau dia la" wanita yang lain cuba untuk mempertahankan Anas. Yelah, Lelaki Pujaan Wanita kan. Siapa yang tak cair tengok muka dia. Cukup sempurna. Takde pun cacat cela.
~•~•~•~•~•
“Selamat pagi, boss" Masuk sahaja Anas dari hotel itu, dia telah diberi tunduk hormat oleh para-para pekerjanya.
Dia tidak memberi apa-apa respon sebaliknya dia terus sahaja berjalan ke lif. Hati batu kan. Mana pernah fikir perasaan orang lain.
Setiausahanya yang melihat kehadiran Anas, cepat-cepat dia menyusun kertas kerja lalu berlari kecil mendapatkan Anas.
Mereka bersama-sama menaiki lif. Nurul sebagai setiausahanya itu diam sahaja. Dia memandang ke depan. Tidak berani nak berpaling ke arah Anas. Bukan apa, tak pasal-pasal cair hati aku ni. Ramai juga staf-staf di sini dengki dengannya. Yalah, dapat jadi setiausaha Anas kan. Mana tak dengkinya.
Nurul menekan butang lif nombor ‘48' dan butang ‘G' iaitu bilik Anas sebagai Boss disini. “Hari ini I ada appointment apa?" Anas menyoal. Langsung tidak berpaling ke arah Nurul. Serius saja air mukanya.
Nurul menarik nafas dahulu. Alahai..dengar suara pun boleh cair.. Kuatkan semangat kau Nurul.
“Hari ni Boss ada appointment dengan Dato Manan. Dia akan datang pada pukul 2 petang di bilik meeting 2" terang Nurul berhati-hati. Kalau nak bercakap dengan Bossnya itu kena bagi lengkap supaya tiada soalan yang diajukannya.
Anas hanya mengangguk.
Ting!
Pintu lif dibuka. Mereka berdua serentak keluar. Nurul setia di sisinya dengan senyuman yang panjang lebar. Lelaki pujaan wanita kat sebelah aku ni weii...
Anas masuk ke dalam biliknya begitu juga dengan Nurul. Bilik Anas dan Nurul hanya bersebelahan sahaja kerana Anas mengarahkan Nurul supaya berpindah bilik yang bersebelahan dengannya supaya senang nanti kalau nak inform apa-apa. Bukan kemain lagi Nurul gembira waktu itu.
~•~•~•~•~•
Irina duduk bersila di atas katil sambil kedua tanganya membuka novel. Mulutnya langsung tidak dibuka, mungkin dia hanya membaca di dalam hati. Itulah rutinnya setiap hari. Lebih meluangkan masa di dalam bilik dan membaca novel. Bunyinya sangat membosankan.
Ting
Bunyi mesej masuk dari dalam telefonnya membuatkan Irina menoleh ke arah meja di tepi katilnya. Novel yang dibacanya tadi, ditutup lantas diletakkan di atas meja.
Handphone itu dicapainya. Tangannya ligat menekan skrin telefon
Group 4 bestie
Qistina- korang free tak hari ni?
Jom keluar. Aku boring la
Aydan- Aku okey je. Pukul berapa?
Nadia- Kalau hari ni aku free. Nak
keluar pukul berapa?
Irina membaca satu persatu mesej yang dihantar oleh kawannya itu di dalam group. Dia menghembuskan nafas lelah. Aku nak keluar pun tak boleh, lagilah kalau nak jumpa dengan diorang. Memang taklah kakak-kakak aku akan bagi. Tapi aku teringin juga nak berjumpa dengan diorang. Sampai bila aku nak berkurung dalam bilik ni.
Aydan- Irina, awak boleh keluar ke?
Irina memikir sesuatu selepas membaca mesej yang dihantar oleh Aydan itu.
Irina - tak sure lagi Aydan
Qistina- Ala kau keluar lah Irina.
Rindu nak tengok muka
kau.
Nadia- Betul tu. Ke kakak kau tak
bagi ?
Irina diam. Dia cuba memberikan ayat yang sesuai. Ya, dia dah ceritakan semuanya pasal hidupnya di dalam rumah ini kepada kawan-kawannya.
Bukan niat ingin membuka aib kepada penduduk dalam rumah ni. Tapi dia hanya ingin meluahkan perasaannya yang terbuku di hati.
Irina- Takpe. Korang jangan risau.
Nanti aku akan bagitahu
kakak aku. Kita nak keluar
bila?
Akhirnya Irina setuju juga untuk keluar dengan kawan-kawannya itu. Lagipun dia rasa tak salah. Memandangkan kakaknya pun sudah keluar, apa salahnya kalau dia pun keluar juga. Dia takkan jadi hamba dalam rumah ni. Dia takkan ikut telunjuk kakaknya itu.
Qistina- Kita keluar sekarang.
Jumpa kat tempat biasa.
Membaca mesej yang dihantar itu, Irina terus menutup handphonnya lalu dia berlari anak ke arah bilik air. Bukan selalu nak boleh keluar.
~•~~•~•~•~•
“Kau lewat 5 minit Irina" kata Nadia apabila melihat Irina yang berjalan mendekati mereka.
“Sorry. Aku nak pastikan kakak aku tak balik lagi tadi. Tu yang lama tu" Irina memberi alasan seraya duduk bersila di atas rumput yang bersebelahan dengan Aydan.
Memang inilah tempat untuk mereka berjumpa selalu. Iaitu di atas bukit yang berdekatan dengan perumahan banglo 2 tingkat. Mungkin jauh juga jarak diantara rumahnya itu dari bukit ini.
Jadi nak tak nak, dia harus menumpang teksi juga.
Jarang sekali orang ada di tempat begini. Sebab itu, mereka memilih bukit ini sebagai tempat kami bertemu.
“Awak okey ke, Irina?" soal Aydan penuh prihatin.
“Okey"
“Kau tak pandai menipu la Irina. Kakak-kakak kau buat apa lagi dekat kau?" celah Qistina dengan geram.
Irina menunduk. Jujur dia cakap. Memang dia tak pandai menipu. Mereka sudah lama berkawan dengannya. Sejak dari kecil lagi. Cuma tidaklah kerap berjumpa sebab dia tidak boleh keluar rumah.
“Mhm entahlah. Semua orang dalam rumah tu, anggap aku macam tak wujud je"
“Irina. Awak jangan risau. Kita orang ada untuk awak" Aydan memujuk. Sungguh dia pun sakit hati dengan Aulia dan Sara yang tidak habis-habis menyakitkan hati Irina.
Aydan sudah lama menyimpan perasaan pada wanita itu. Cuma dia tidak berani untuk meluahkan rasa cintanya itu. Sebab dia pasti, Irina akan menganggapnya hanya sebagai kawan. Tidak lebih dari itu.
“Takpelah. Lupakan pasal tu. Yang penting aku boleh keluar. Rindu tau nak jumpa korang" Irina cuba mendalih.
Mereka bertiga berpandangan sesama sendiri. Sebagai kawan, mereka juga tumpang kasihan melihat Irina. Hidupnya bagai keseorangan.
~•~•~•~•
Nurul mengetuk pintu bilik Anas dengan berhati-hati.
“Masuk"
Mendengar arahan dari Anas itu, dia terus membuka pintu lalu berdiri di hadapan Anas.
“Boss, ni ada orang bagi surat" ujar Nurul perlahan. Bukannya dia tak tahu, surat tu daripada siapa. Siapa lagi kalau perempuan kat luar sana yang tergedik-gedik dengan Anas ni. Aku pun naik jeles tau.
Anas tak berpaling. Matanya tepat memandang skrin komputer bagai nak tembus.
“You letak je kat situ"
Nurul pantas mengangguk lalu meletakkan surat-surat itu di meja Anas.
“Saya keluar dulu"
Anas hanya mengangguk.
Nurul berdecit geram. Bukannya nak pandang muka aku yang cantik ni. Yang duk pandang skrin komputer yang tak bernyawa tu buat apa? Bukannya dia hidup pun.
Setelah hampir 2 jam, akhirnya siap juga kerjanya. Dia menyandarkan badannya di atas kerusi. Tangannya mengurut pelipis kepala.
Anas mula bangun. Kakinya perlahan-lahan melangkah ke arah dinding kaca biliknya yang dapat melihat pemandangan jalan raya dari atas di biliknya. Tangannya menyeluk ke dalam poket seluar. Memang itulah gayanya sejak dulu lagi. Nampak makin hensem je buat macam tu. Bergaya.
Mengingatkan tentang surat yang dihantar oleh Nurul tadi, dia kembali ke mejanya. Surat itu dicapainya.
Walaupun dia sudah tahu, dari mana surat itu datang, tapi dia ingin membaca juga. Dia membaca satu peratu isi surat itu.
‘Tengku, tengku kahwin lah dengan saya. Saya suka tengok muka tengku. Hensem!'
‘Tengku, nak keluar dinner tak malam ni?'
‘Tengku dah berpunya ke belum'
‘Kita jumpa nak tak tengku? Boleh kita berkenalan'
Itulah surat-surat yang dia sempat baca. Surat yang lain, sudah dilemparkan ke dalam tong sampah begitu juga dengan surat yang dia membaca tadi.
Dia tersungging senyum sinis.
“All women is a gold digger. Suka kan lelaki hanya kerana paras rupa dan kekayaan. It's so stupid!"
Dia kerling jam tangan Rolex-nya. Sudah hampir pukul 2. Tanpa menunggu lama lagi, kakinya melangkah ke arah Meeting Room 2.
Buang masa je layan perempuan ni. Tiada apa yang untungnya.
Share this novel