DPH 29 - RANCANGAN BERJAYA

Romance Series 33468

“Aku terima nikahnya Erinda Nasuha dengan mas kahwinnya bernilah 500 ratus ringgit, tunai" dengan sekali lafaz, Erinda pun sudah sah menjadi miliknya.

Senyuman tidak lekang di bibir Erinda. Dirinya diapit oleh Datin Rozimah dan Datin Suhaila yang kini sudahpun menjadi ibu mertuanya.

“Sah?"

“Sah"

“Sah"

“Amin" tangan ditadah pula membaca doa. Majlis itu hanya membuat kecilan sahaja di kampung. Tidak menjemput ramai sangat orang takut berita nanti akan tersebar luas. Jadi dia hanya menjemput saudara mara dan keluarga terdekat sahaja.

Anas berpaling. Wajahnya jelas tiada secalit senyuman dan langsung tiada seri. Tak masam dan tak juga serius. Wajahnya tika ini seperti kosong.

Dia berjalan lalu duduk bersila menyarungkan cincin pada jari manis Erinda.

Sempat lagi gadis itu mengambil peluang untuk mencium pipi Anas sebelum sembat lelaki itu mengelak.

Dia senyum sinis. “Kau jangan macam-macam Erinda" keras dia memberi amaran seraya mula berlalu dari situ. Tidak betah untuk berlama-lama dengan perempuan yang kini sudah bergelar isteri keduanya? Sesuai ke dengan gelaran tu?

Anas menyandarkan badannya pada kereta. Dia kini sudahpun berada di luar daripada rumah saudara Erinda. Malas ingin menyesakkan jiwa berada di dalam. Jadi dia mengambil peluang ini untuk berehat sahaja.

Handphone di keluarkan. Beberapa goresan tangannya pada skrin sehingga dia tersemyum sendiri melihat gambar Irina yang dihantar oleh Aydan itu.

“Cute girl sayang" Gambar itu diseret pula ke tepi. Melihat pelbagai lagi gambar wanita kesayangannya itu.

‘Ehem!' Dato Jefri berdehem. Berpeluk tubuh seraya menyandarkan badannya pada kereta juga bersebelahan dengan Anas.

Terkejut mendengar deheman itu lantas kepalanya menoleh ke tepi. Cepat-cepat handphone di letakkaan kembali ke dalam kocek seluar.

“Anas rindukan dia?" Soalnya seperti sudah dapat mengagak jawapan dari si anaknya.

Perlahan dia mengangguk. Menyebak rambutnya ke belakang.

Dato Jefri tersenyum. Bahu Anas ditepuk berkali-kali. “Walaupun Daddy tahu yang Anas lebih cintakan Irina dari Erinda, tapi Anas sebagai seorang suami perlu berlaku adil dengan isteri-isteri Anas." Katanya berceramah pendek.

“Anas tak cintakan dia Daddy. Sekarang ni pun Daddy nak paksa Anas juga ke?..Daddy nak paksa Anas cintakan dia. Macam tu? Baru puas hati semua orang?" Soalnya menahan marah. Dia sudah naik muak sekarang ini bila semua orang asyik memaksanya. Serba tak kena.

“Daddy tak cakap macam tu pun. Tapi sekarang ni Erinda dah jadi tanggungjawab Anas. Anas kena lah jaga dia macam mana Anas jaga Irina selama ni"

Mendengar itu Anas menggeleng kepala tidak setuju dengan matanya ditutup kejap. Tiada jawapan untuk semua itu.

“Secara jujurnya, Daddy pun tak setuju dengan semua ni. Daddy lebih suka kalau Anas dan Irina. Tapi nak buat macam mana..Erinda dah jadi tanggungjawab kamu pun. Dan Daddy sama sekali tak suka anak-anak Daddy jadi orang yang tak bertanggungjawab dan tak berperikemanusiaan" Dia menekan setiap bait kata. Menunjukkan yang dia sekarang ini sedang bercakap serius.

Anas menghela nafas berat. Keadaan menjadi tegang buat seketika.

Pin! Pin!

Mendengar hon dari kereta seseorang itu membuatkan mereka serentak berpaling.

Anas tersenyum. Dapat juga aku keluar dari sini.

“Zein dah datang Daddy. Anas pergi dulu" terus dia mencapai tangan tua Dato Jefri lalu dikucup lembut.

Dahi automatik berkerut mendengar ayat dari anaknya. “Anas nak pergi mana? Majlis belum selesai lagi"

“Anas nak chenk in hotel sebab Anas tak biasa duduk dekat kampung ni. So esok Anas..."

“Anas! Jangan nak biadap sangat ye. Kat kampung ni pun akan jadi kampung halaman Anas juga" suaranya naik satu noktaf. Menuding tepat jarinya ke muka Anas. Namum lelaki itu beriak santai.

“Anas tak sedia lagi dengan semua ni Daddy. Esok Anas takkan datang lagi dekat sini sebab Anas nak pergi Langkawi. Nak jumpa dengan my wife" Dia senyum sinis. Berjalan menuju ke kereta yang dipandu Zein barusan.

Erinda yang setia mendengar bicara Dato Jefri dan Anas disebalik dinding itu menggenggam penumbuk dengan gigi dikancing kuat.

“Ini hari perkahwinan dia dan dia senang-senang je nak tinggalkan macam tu. And then nak jumpa wife dia? Hmph. Jangan harap. Aku akan pastikan aku ada sekali di sana" gumamnya perlahan seraya otak mula memikirkan rancangan baharu.

Complete!

~•~•~•~•~•~

Dari tadi lagi gadis itu berjalan ke hulur hilir di pergigian pantai. Tangannya masih memegang kasutnya agar tak terkena air.

Senyuman tak lekang di bibir. Dia hanya berjalan di pergigian pantai sahaja. Tak berani nak pergi jauh. Takut dia pula hanyut dibawa arus. Memang dari dulu lagi dia hanya bermain setakat di sini sahaja.

Kalau masa budak-budak dulu bolehlah bina istana pasir bersama-sama. Tapi kalau dah besar ni takkanlah nak main macam permainan budak-budak pula.

Dia hanya memerhati sahaja kanak-kanak yang sedang bermain riang di pantai itu. Ada juga ibubapa mereka yang sedang mengawasi anaknya bermain air.

Qistina, Nadia dan Aydan dari tadi memandang ke arah Irina juga turut menguntum senyum.

Mereka yang elok duduk bersila di atas tikar lagak seperti berkhemah itu berkali-kali melambaikan tangan ke arah Irina untuk turut serta makan petang di sini.

Namun gadis itu lantas menggeleng. Berpaling semula menghadap ke arah pantai itu.

Dia yang berkaki ayam menyambung perjalannya semula ke hulur-hilir.

Langsung tiada rasa penat yang dia rasakan. Angin pantai yang menampar lembut wajahnya membuatkan jiwa yang kini dilanda menderita perlahan-lahan menghilang. Diganti pula dengan jiwa yang bahagia.

Tiba-tiba terasa deringan hendphone yang berada di dalam kocek seluar itu membuatkan langkahnya terhenti.

Lantas tangannya menyeluk ke dalam kocek seluar. Senyumannya semakin mengembang tatkala melihat nama si pemanggil.

Anas!

“Assalamualaikum sayang" dengar sahaja nama Anas di corong telefon itu sudah pun cukup membuatkan hatinya berbunga-bunga. Ditambah lagi dengan Anas yang memanggilnya ‘sayang.' Sungguh dia gembira. Panggilan itu. Sungguh membuatkan hati aku selalu berasa nyaman.

“Waalaikumussalam"

“Are you okey?" Soalnya.

“Er saya okey. Don't worry"

“Awak kat mana tu?" Soalnya pula.

Mendengar soalan Irina itu dia terus memberhentikan kerjanya dari memasukkan pakaian ke dalam beg. Duduk di betulkan.

“Saya kat office. Tengah buat kerja" rekanya sendiri seraya mula menggosok pangkal leher yang mula berasa tegang.

“Oh macam tu ye" balasnya di sebelah cepat.

“Irina!! Mari makan!!" Laung Nadia cukup membuatkan Anas turut mendengar.

Irina berpaling ke arah suara itu. “Kejap" katanya seraya mengangkat sebelah tangan.

“Err Anas. Saya call nanti ya. Nadia dah panggil tu"

“Okey. Kita sambung nanti. Bye sayang. Love you"

Memerah pipi Irina tatkala mendengar ayat yang sangat mendambakan itu. Tidak sempat dia ingin membalas tiba-tiba panggilan sudahpun di matikan.

Dahi automatik berkerut. Skrin yang sudah gelap itu direnung. “Aik..dah tutup dah? Cepatnya"

“Irina! Mari makan ni!" Kali ini Qistina pula memanggil.

Irina berdecit geram. Nak bercinta pun tak boleh. Time ni jugak dia ajak kita makan.

Nak tak nak kakinya yang berkaki ayam itu berjalan juga ke arah mereka. Senyum paksa ditayangkan. Tak puas lagi nak melepas rindu dengan suami tercinta. Ahaks!

~•~•~•~•~•

Pada malam itu, Anas terpaksa menuju semula ke kampung kerana Datin Suhaila dari tadi tidak henti-henti menelefonnya agar terus balik ke sana.

Nak tak nak, terpaksa juga mengikut kemahuan Mummynya. Kereta yang dipandu oleh pembantu peribadinya itu berhenti betul-betul di hadapan rumah keluarga Erinda.

Dia menghela nafas berat. Sempat matanya melirik ke arah Zein yang sudahpun berlari keluar membuka pintu ke arahnya.

“Terima kasih Zein" ucapnya tersenyum tawar lalu langkah dihayunkan memasuki ke dalam rumah itu.

“Baru sampai pengantin baru. Kemana menghilang sejak dari tadi." Dia berdiri berpeluk tubuh di hadapan Anas. Menghalang untuk anaknya masuk ke dalam.

Langkahnya terhenti apabila terkena sindiran begitu. Telinga saja dipekakkan. Tersenyum sinis memandang wajah si ibu.

“Pergi cari udara yang segar Mummy. Kat kampung ni udara dia tak nyaman. Tak elok untuk kesihatan. Mungkin Mummy pun perlu keluar juga dari kampung ni. Takkan Mummy nak tinggal sini sampai setahun kan" sinis dia berkata menambahkan geram di hati wanita itu.

“Anas! Jangan nak biadap!" Suaranya sudah mula naik meninggi. Mencerlung matanya memandang wajah selamba Anas.

“Ila, siapa tu?" Kedengaran suara mak suadara Erinda memanggil di dapur. Terkejut mendengar suara Datin Suhaila yang meninggi.

“Err..takda apa-apa pun. Anas datang ni" balasnya pula.

Mendengar itu, Halimah yang berada di dapur berlari anak menuju ke ruang tamu. Tersenyum manis ke arah Anas di muka pintu.

“Masuklah Anas" pelawanya sekaligus membuatkan Datin Suhaila berganjak ke tepi.

Anas mengangguk. Berjalan ke arah sofa yang sedikit usang lalu punggung dilabuhkan di situ.

“Anas ada kerja ya. Tadi papa Anas bagitahu Anas terpaksa tinggalkan majlis sebab ada mesyuarat penting. Betulkah?" Sopan nada bicaranya bertanya.

“Hurm" Hanya itu yang dia balas. Tak sangka yang Daddy sanggup reka cerita yang dia pergi mesyuarat. Mhm boleh terima.

“Nak jumpa dengan Erinda?"

Lantas Anas panggung kepala mendengar soalan itu. Pandangan wajah Mummynya yang merenung tajam menyuruhnya mengangguk itu membuatkan pantas dia menggeleng.

“Tak apalah Aunty. Anas datang ni pun kejap je. Tak tidur sini pun"

“Eh apa pula panggil aunty. Tak biasalah kalau macam tu. Panggil umi je ya" katanya disambut dengan anggukan Anas.

“Anas tak tidur sini mesti sebab Anas tidur dengan isteri pertama Anas kan?" Duga halimah tersengih-sengih ke arah Anas.

Mendengar itu Anas mengeluh kecil. Badan disandarkan pada sofa. Suaranya seakan hilang entah ke mana. Sempat matanya menangkap senyuman sinis dari Datin Suhaila.

Lambat-lambat dia mengangguk juga. Berdehem bagi menghilangkan rasa janggal.

Halimah tersenyum. Sedetik dia lantas angkat punggung semula apabila menyedari sesuatu.

“Lupa pula ummi nak buatkan air. Anas tunggu kejap ye. Umi nak buatkan air" katanya disambut dengan anggukan kecil Anas.

Kepalanya dipanjangkan menjenguk keberadaan Halimah di dapur sebelum cepat-cepat dia mengambil tempat di sebelah Anas.

“What Mummy?" Soalnya memicit pelipis kepala.

“Anas kemana petang tadi? Tahu tak Erinda dari tadi lagi dia tercari-cari kamu. Sekarang ni nasib baik dia takda dekat rumah. Kalau tak..."

“Dia ke mana Mummy" cepat dia memotong. Tak mahu Datin Suhaila menerus berleter padanya.

“Dia keluar dengan bonda dia kejap. Kenapa? Rindu?"

Anas ketawa sinis. Soalan apa ni? Tak sesuai langsung kalau aku rindu dekat dia.

“Of course lah tak Mummy."

“No ecxuse Anas. You tak jawab lagi soalan Mummy. Kemana Anas pergi petang tadi?" Tidak mengendahkan kata sinis dari Anas, dia kembali menyoal pada soalan asalnya.

“Keluar"

“Yes, I know. Tapi kemana?" Datin Suhaila semakin berang. Sakit hati menerima jawapan santai dari anaknya.

“Kemana je Mummy. Asalkan bukan dekat kampung ni"

Dia mula bangun. Berjalan ke arah muka pintu bersedia untuk keluar dimana Zein setia menunggunya di dalam kereta.

“Tunggu Anas!" Cepat dia menghalang seraya mengikut langlahnya anaknya.

Anas berpaling. Menayangkan wajah selamba seraya tangannya dimasukkan ke dalam kocek seluar.

“Anas tidur hotel kan malam ni?"

“Mhm" balasnya perlahan. Tak sanggup untuk menipu dan tak sanggup untuk berlaku terlalu jujur. Jadi lebih baik hanya itu sahaja jawapan diberi.

“Kalau Anas nak tidur hotel sekalipun, please bawa Erinda sekali. Dia dah jadi suami kamu kan. Tempat isteri perlu disisi suami" katanya cuba memujuk. Malah Anas yang tak termakan pujukan itu mula tergelak sinis. Menambah geram di hati Datin Suhaila.

“Di sisi suami? Kalau macam tu. Irina pun perlu ada di sisi Anas. Sebab Anas kan suami dia. True?" Selamba dia berkata.

Hatinya puas apabila melihat Mummynya yang diam. Mungkin sudah tidak tahu untuk berkata apa.

Langsung tak terlintas di dalam fikirannya untuk menjadi biadap kepada ibu sendiri. Dia bukan biadap. Dia cuma ingin menegaskan yang dia sama sekali tidak suka kalau sesiapa yang control hidupnya. Itu sahaja.

Kakinya mula berjalan keluar dari rumah itu. Meninggalkan Mummynya yang masih membatu.

Tinggal berapa langkah sahaja lagi untuk dia sampai ke kereta, tiba-tiba seseorang menyapanya membuatkan kepalanya automatik menoleh pada manusia itu.

Dia berdecit geram. Time ni juga lah dia nak balik nya.

Namun bibirnya tetap mengukir senyuman tatkala melihat Datin Rozimah yang turun dari kereta. Erinda di hadapan di pandang sekilas.

Wanita itu turut membalas senyuman Anas. “Anas dah nak balik?"

“Ya aunty. Dah nak balik"

“Kenapa Aunty. Panggil bonda aja" katanya tidak berapa suka apabila mendengar Anas memanggilnya ‘aunty'.

Anas mengangguk.

Kini lirikan mata Datin Rozimah berpaling pula ke arah Erinda. Dia mengangguk perlahan. Mengerti yang anaknya ingin berduaan dengan Anas.

“Kalau macam tu, Bonda masuk dulu ya." Cepat dia meminta diri masuk ke dalam rumah.

Hilang sahaja kelibat bondanya, Erinda terus mendekat. Menempalkan badannya ke arah Anas.

Tidak mengendahkan Erinda yang seperti ulat bulu tika ini wajahnya kembali serius. Cepat pintu dibuka lalu badannya merobos masuk ke dalam perut kereta sebelum sempat Erinda menghalang.

Jelas kelihatan wajah wanita itu seperti tidak puas hati. Sekali lagi dia tersenyum sinis.

“Jalan Zein. Kita balik ke hotel. Aku nak tidur awal. Esok kita bertolak ke Langkawi" arahnya tegas seraya tangannya mula mengeluarkan handphone agar esok semua tugasannya di pejabat di tangguhkan.

~•~•~•~•~•~•

Pagi-pagi lagi Erinda setia menunggu Anas di dalam keretanya.

Tahulah dia di mana hotel Anas menginap kerana pada malam tadi, dia sudah mengekori lelaki itu sampailah dia berhenti di hotel ini.

Stereng kereta dipegang kemas saat mengingati yang Anas akan pergi ke Langkawi pada hari ini.

Dia takkan biarkan. Dia akan pastika yang dia ada sekali di sini.

Lama dia menanti Anas penuh sabar di dalam kereta sehinggalah matanya tertancap pada dua manusia yang sedang berjalan ke luar dari pintu hotel.

Melihat itu dia sudah dapat mengangak siapa dia. Dari jauh lagi dia dapat melihat wajah Anas yang kacak itu dengan jelas.

Pedal minyak ditekan saat matanya melihat kereta yang dipandu oleh pengawal peribadi Anas sudahpun keluar dari kawasan hotel.

Cepat dia mengikut kenderaan itu dari belakang agar jejak Anas dapat diketahui.

~•~•~•~•~

Irina tayang wajah tak puas hati pada rakan-rakannya itu. Semalam bukan main lagi berbincang nak bakar ayam, ikan lah apa lah.

Last-last tak jadi pula sebab hari ini hujan turun dengan lebat. Jadi mereka terpaksa untuk tinggal sahaja di hotel buat sementara.

Sehinggalah berjam-jam menunggu untuk hujan ini berhenti, akhirnya berhenti juga.

Dia berjalan berpeluk tubuh keluar dari kawasan lobi hotel itu. Kawasan masih lagi basah akibat air hujan tadi jadi nak tak nak mereka terpaksa tangguhkan dulu atas apa yang mereka berbincang semalam.

Kaki mereka serentak terhenti. Begitu juga dengan Irina. Mereka pandang silih berganti.

“Kita nak buat apa?" Soal Qistina yang masih lagi tidak tahu rancangan untuk hari ini. Kerana tidak snagka pula hujan akan turun.

“Kita pergi pantai" cepat dia memberi cadangan membuatkan semua mata tertumpu ke arahnya.

“Kenapa? Ada salahke?"

“Gila ke kau ni nak pergi pantai lepas hujan. Takda tempat lain ke nak pergi" kata Nadia tidak setuju dengan cadangan Irina.

Gadis itu jelas menunjukkan wajah tidak puas hati. Tapi dia tahu yang dia pun tidak boleh ikutkan perasaan. Nanti bahaya pula akan menimpa bila mereka pergi ke pantai pada waktu-waktu begini.

Lama mereka berdiri di situ memikirkan sesuatu. Sehinggalah dua manusia yang berjalan ke arah mereka tanpa mereka sedari.

“Assalamualaikum" sapa Anas ceria. Ditambah lagi matanya beralih pula pada Irina yang tidak menyedari kehadirannya.

Mendengar suara itu Mereka lantas berpaling ke arah Anas. Masing-masing menayangkan wajah terkejut. Begitu juga dengan Irina. Yang tidak sangka akan kehadiran lelaki itu.

Zein di sebelahnya turut menguntum senyum. Diam sahaja dia memerhati.

“Oh-my god" Qistina menutup mulutnya tidak percaya yang Anas kini di hadapan mereka.

“Wa-waalaikumussalam" jawab mereka serentak.

Anas ukir senyuman manis. Berjalan ke arah mereka. Atau lebih tepat sekali ke arah Irina yang masih terpinga-pinga.

“Hai guys" sapa seorang wanita yang baru sahaja sampai. Sekali lagi mereka terkejut melihat kehadiran manusia itu. Drama apakah ini?!

Tangannya yang baru sahaja ingin meneglus pipi mulus isterinya itu berhenti. Berpaling ke belakang dengan reaksinya yang juga terkejut.

Hanya Irina yang tidak tahu apa-apa terdiam sahaja. Puas otak diperah untuk mengingat kembali wajah wanita di hadapannya. Tapi kat mana ya.

Sedetik, otaknya kembali berpusing. Tangannya dipetik berkali-kali seraya kakinya berjalan ke arah Erinda.

“Awak..Erinda kan?" Duga Irina seraya jarinya menuding tepat ke arah muka wanita itu.

Perlahan dia mengangguk.

“Sa..saya minta maaf pasal handphone awak yang retak hari tu. Saya betul-betul tak sengaja" cepat dia meminta maaf apabila teringat kembali akan peristiwa di mana dia melanggar Erinda tempoh hari.

“It's okey" jawabnya perlahan. Tersenyum manis ke arah Irina.

Kini..wajahnya beralih pula pada Anas. Menghadiahkan sebuah senyuman yang sukar untuk dia tafsirkan.

Aydan, Qistina dan Nadia yang melihat itu kembali tidak senang dengan kehadiran Erinda. Takut semua rahsia dibocorkan oleh wanita itu.

Begitu juga dengan Anas. Penumbuknya digenggam kemas. Mengawal amarah di hadapan semua orang.

Apa..dia buat dekat sini?!

Done update! ^_^ Sorry, saya sempat update 1 bab je untuk hari ni..Itu pun curi-curi taip..Hehe..Enjoy reading!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience