DPH 26 - SETUJU TANPA RELA

Romance Series 33468

Dia melepmparkan pandangan pada tasik yang terbentang luas di belakang bangunan hotelnya.

Satu kerja pun dia tidak dapat siapkan. Habis mesyuarat di tunda pada hari lain. Kertas kerja semua diserahkan pada Nurul. Lantaklah apa nak jadi sekalipun.

Mana mungkin dia buat kerja bila otak yang kacau bilau tika ini bertambah serabut. Perbualan bersama Mummynya di corong telefon, kembali bermain di layar ingatan.

“Ya Mummy, Mummy nak apa?" Acuh tak acuh sahaja dia menyoal seraya tangan mula menggosok pangkal lehernya yang merasa lenguh.

“Mummy nak bincang tentang hari perlahwinan Anas"

“Yes. What's wrong?" Sungguh dia tiada minat pun ingin tahu tentang hari tang paling derita baginya itu. Biarlah Mummy sahaja yang uruskan.

“Mummy nak hari perkahwinan Anas tu berlangsung dari tiga hari lagi" lancar dan jelas dia bertutur di dalam talian.

Anas terkesima. Badan automatik berdiri tegak. Tangan yang sedang asyik bermain pen di mejanya seakan kaku. Mungkin tak dapat nak hadam apa yang dikatakan wanita itu barusan.

“Wait..What? Apa maksud Mummy ni? Cuba ulang sekali lagi." Dia meminta kepastian. Takut dia ada tersalah dengar. Mana mungkin perkahwinan itu akan berlangsung tiga hari lagi. Ini semua mustahil!

Dia memusing badan ke belakang lalu mula berjalan ke arah dinding kaca dimana dia melemparkan pandangan ke jalan raya yang sesak. Tapi tidak sesesak jiwanya ini.

“Mummy...nak..Anas..kahwin..dengan Erinda..lagi..tiga..hari" Ayat itu dititurkan satu persatu. Menjelaskan kepada Anas supaya faham.

“Mummy..apa ni? Hari tu cakap sebulan lagi. Lepastu seminggu. And now...Mummy nak suruh Anas kahwin dengan perempuan tu lagi tiga hari" dia ketawa sinis di hujung ayat. Menutup rasa geram di hati.

“Mummy nak buat lawak ke apa ni. That's not funny la Mummy. Tak kelakar pun" tambahnya lagi. Kembali bertukar menjadi serius.

“Mummy ada cakap yang Mummy sedang buat lawak ke ni? Ini kenyataan. Dan suka atau tak suka, tiada apa-apa bantahan. Understand?!" Suaranya mula meninggi. Sakit hati dengan sikap Anas yang langsung tidak berprosional dalam hal ini.

Anas menelan air liur kesat. Mendengar suara Datin Suhaila yang seakan serius itu dia tahu yang Mummynya tidak bergurau.

“Anas tak setuju!" Cepat dia membantah. Langsung sama sekali tidak terlintas dek akalnya ingin barkahwin dalam masa yang sangat singkat. It so nonsense!

“Anas...!"

Tidak sempat wanita itu ingin melawan, dia terus mematikan panggilan.

Pelbagai perasaan yang mula hadir dalam mindanya. Geram. Marah. Kecewa. Benci. Semuanya bergabung menjadi satu. Sehingga dia tidak mampu apa yang dia perlu katakan.

Telefon yang ada didalam genggamannya di pandang sekilas sebelum dia melemparkan telefon itu ke dinding sehingga pecah berderai.

Dia urut pelipis kepala. Baik telefon itu tidak hidup terus sahaja daripada diganggu mendengar bunyi deringan telefon. Menambahkan lagi rasa serabut dalam kepalanya.

Wajahnya diraup kasar. Matanya terpejam rapat saat mengingati tentang perbuatannya barusan.

Dia menggeleng lemah. Tangannya diseluk ke dalam kocek. Mata dibuka kembali. Pandangan dihalakan penuh ke arah tasik yang mendamaikan. Dapat membuatkan jiwanya mula sejuk.

Saat itu, wajah Irina yang tersenyum manis ke arahnya mula bermain di layar ingatan. Wanita itu..kenapa dia selalu ada di ingatan aku? Ahh! Sungguh menyesakkan!

Tiba-tiba fikirannya mula kembali bercelaru saat memikirkan masa depannya. Dia..akan berkahwin dengan Erinda dan..Irina akan dapat madu. Adakah...Irina suka berpoligami?

Ah Anas! Tidak ada satu wanita pun di dalam dunia ni sanggup berpoligami. Lagi-lagi dengan cara kau yang rahsiakan semua ni daripada dia. Lagilah wanita itu akan membencinya.

Jadi..lebih baik berdiam diri dan rahsiakan semuanya dari Irina. Kalau itu lebih baik. Aku akan buat yang terbaik demi dia.

Tanpa dia sedar, mutiara jernih mula perlahan-lahan mengalir di pipinya. Tidak tahu dia tiba-tiba rasa sebak di dada. Mungkin..tidak sanggup ingin menipu Irina. Tapi..Hanya itu sahaja jalan yang terbaik. Mungkin dia harus redha dengan ketentuan takdir.

“Irina.." Nama itu diserunya perlahan seraya kepala mendongak ke atas. Memandang langit yang berselindung di balik awan.

“Aku akan sentiasa mencintai dan terus menyayangi kau Irina. Walau apapun yang berlaku. Tolong..jangan pergi" katanya penuh sebak. Berharap angin menyampaikan kata-katanya pada sang dia.

“Boss!"

Sedang asyik melayan perasaan, tiba-tiba dia menangkap pendengaran seseorang memanggilnya.

Badan automatik berpaling. Dia kerut kening melihat Nurul yang tercungap-cungap mencari oksigen.

Tidak mengendahkan Nurul yang masih menyedut oksigen itu, dia kembali berpaling ke hadapan. Bibir mula ukir senyum hambar. Sungguh mendamaikan tasik ini.

Nurul berjalan menghampirinya. Tersenyum-senyum sendiri seraya badan mula menempel dekat dengan lelaki itu. ‘Aku yang lari macam olimpik tadi semata-mata nak cari dia, dia boleh pula tenang dekat sini sedangkan harimau betina dah mengamuk dah tu. Haishh..nasiblah dapat Boss yang berhati batu. Cool je aku nampak dia. Nasib hensem. Nak marah pun tak jadi'

Anas berganjak sedikit ke tepi. Masih beriak santai. Menghirup udara sepuas-puasnya.

Nurul berpaling merenung wajah kacak Anas dekat. Hatinya berbunga-bunga. ‘Ahh cair. Hari ni hari bertuah aku dapat tengok dia dekat-dekat. Tapi..kenapa Boss nampak cool je ek?'

Sedetik, ingatannya kembali berfungsi. Dia membulat mata sendiri. Badan yang ingin menempel itu segera menjauh.

Nurul tepuk dahi sendiri. ‘Ah. Macam mana aku boleh lupa yang dia dah kahwin. Punyalah aku tenung suami orang tu. Tak pasal-pasal dosa yang aku dapat.'

Dia menggigit bawah bibir bila hampir terleka dengan tujuan asalnya datang kemari. Ni boss punya pasal lah. Kenapa muka hensem sangat. Tengok..kerja aku pun dah tergendala ni. Haish..apalah nasib. Dah jadi suami orang dah pun. Isteri dia pun cantik. Bukan calang-calang orang. Anak Dato juga. Puteri bongsu dari Jaya Holding pula tu. Melepas aku. Redha ja lah Nurul.

“Er boss" Nurul memanggil separuh berbisik. Sesekali kakinya menjinjing untuk melihat wajah Anas memandangkan Nurul hanya ketinggiannya separas bahu lelaki itu sahaja.

Wanita itu tergamam. Mulut seakan terkunci rapat. Tidak percaya apa yang dilihatnya.

‘What? Lelaki Pujaan Wanita menangis?Sebab apa?' Hatinya meronta ingin tahu. Walaupun sudah tiada cecair jernih yang turun di pipi lelaki itu tapi dia dapat rasakan yang Anas baru lepas menangis. Kerana mata lelaki itu merah dan hidungnya juga sedikit berwarna merah kerana kulit Anas yang putih menyebabkan hidungnya cepat bertukar warna merah bila menangis.

Nasib tidak terlalu ketara kelihatan. Jadi ramai yang akan tahu kalau lelaki itu menangis. Nampak cute pun ada.

“What Nurul?"

Dia kembali ke alam nyata tatkala mendengar suara Anas menyoalnya.

“Err..Datin datang Boss"

“Kan I dah cakap. Cancel semua meeting yang ada harini. You tak dengar ke apa yang I cakap tadi" Anas berkata geram. Masih melemparkan pandangan ke tasik.

“Err..Itu saya tahu Boss. Tapi ini..Datin Suhaila. Mummy Boss" Nurul menyatakannya.

Anas segara berpaling. Menikam tajam anak mata wanita di hadapannya.

Sedangkan Nurul sudah mula kecut perut. ‘Aduh..Aku tahu la yang aku ni cantik. Tapi tak payahlah sampai nak tenung aku sekali dengan mata helang Boss tu. Ingat orang tak takut ke'

“Dia kat mana sekarang ni?"

“Dalam bilik Boss"

Dia berdecit geram. “Kenapa you tak halang dia?" Soalnya menekan setiap bait perkataan.

“Err..saya dah halang. Tapi Datin tetap berkeras nak jumpa Boss. Sekarang ni dia masih lagi dalam bilik Boss" terang Nurul berhati-hati seraya kakinya mula mengundur setapak.

Anas menghela nafas berat. Matanya dipejam kembali. Ah wanita itu. Kalau tak dapat apa yang dia nak, dia akan usahakannya sampai dapat. Sampailah aku pun yang jadi mangsa. Aku tak ubah seperti robot. Mummy dah control hidup aku sepenuhnya sehingga aku tak mampu melawan lagi. Dugaan apakah ini.

Nafas disedut dalam-dalam seraya menghembusnya perlahan. Mata dibukanya kembali lalu kaki mula berjalan masuk ke dalam bangunan hotel.

Nurul terkebil-kebil. Kepala yang tidak gatal di garu. Kenapa aku nampak Boss macam ada masalah je tu. Dia ada masalahkah?

~•~•~•~•~•~•

Saya nak keluar pergi jalan-jalan kejap dengan Qistina dan Nadia. Boring duduk rumah. Bye - Irina

Mesej di hantar ringkas kepada suaminya. Senyuman tidak lekang di bibir. Telefon kembali letak di dalam beg slingnya.

Dia berdiri tegak sambil kepalanya menjenguk ke jalan raya melihat kehadiran kawannya itu.

Kini..barulah dia merasakan yang hidupnya bebas tanpa halangan. Tiada lagi penjara baginya. Dan tiada lagi orang yang akan control hidupnya.

Bebas! Itu sangat menyeronokkan.

Pin! Pin!

Hon ditekan oleh Nadia di dalam kereta. Keretanya berhenti betul-betul di hadapan wanita itu.

Irina tersedar. Dia tersengih sambil tangannya mula membuka pintu kereta belakang lalu menghenyak punggung di kerusi tempat duduk belakang.

Qistina dan Nadia di tempat duduk bahagian depan itu berpaling melihat Irina yang sedang tersenyum manis ke arahnya.

Mereka berpandangan kejap seraya mengangguk kecil. Bahagia melihat wajah gembira Irina.

“Untunglah. Orang tu dah ada suami. Bahagia pula tu. Sampaikan pergi siarkan dekat media sosial muka isteri dia sedang tidur. Dahlah bagi caption romantik pula tu. Kita pula yang jeles kan" Usik Nadia seraya menepuk bahu Qistina.

Senyuman wanita itu mati. Dia jeling kedua sahabatnya di hadapan. Mula lah tu nak mengusik.

”Kan. Bahagianyalah kalau dapat suami yang romantik macam tu sekali. Untung isteri dia. Siapalah wanita yang paling bertuah tu" kata Qistina pula. Menyambut usikan Nadia.

Wajah Irina tak payah cakaplah. Merah satu muka. Haish..nasib lah dapat kawan yang selalu mengusik. Asyik aku aja jadi mangsa.

Dia berpeluk tubuh sambil mengibas tangannya sendiri. Panas satu muka dah ni.

Pecah tawa mereka melihat wajah cemberut Irina. Suka mengusik wanita itu. Jarang-jarang dapat mengusik macam ni. Peluang jangan disiakan.

“Jahat la korang ni. Cepatlah jalan" kata Irina. Tidak mahu mereka berdua itu terus mengusiknya.

“Yelah. Baik Tuan Puteri" Balas Nadia mengalah. Dia kembali menghadap ke hadapan seraya pedal minyak ditekannya lalu kereta itu mula bergerak ke arah jalanraya utama.

Di dalam kereta, Irina hanya senyap. Hanya Qistina dan Nadia sahaja masih tidak henti bercakap. Berbual pasal apa pun aku tak tahu. Tak penat ke mulut tu tak berhenti dari tadi je. Dia yang mendengar pun dah naik bosan.

Sesekali Irina mengeling telefon di dalam genggamannya. Menunggu mesejnya di balas oleh lelaki itu.

Risau jika Anas tidak dibenarkan dia pergi memandangkan dia terus keluar begitu saja tanpa menunggu persetujuan dari lelaki itu.

“Tengah tunggu cik abang call ke tu. Dari tadi tak lepas pandang phon tu" dia kembali ke mood mengusiknya. Matanya melihat wajah menyampah Irina melalu cermin pandang belakang. Nadia sembunyi senyum.

Dia segera mencebik bibir. Suka sangat mengusik. Apa salahnya kalau aku nak tengok phon aku. Pantang ada peluang. Mulalah tu nak mengusik.

“Mana adalah. Aku bukannya tunggu dia call pun" cepat dia menafikan seraya telefonnya di letakkan kembali ke dalam beg.

“Ye lah tu. Padahal kau tunggu dia call kan. Dari dulu lagi kau tak pandai menipu Irina. Apa salahnya kalau kau mengaku. Suami kau juga kan" balas Nadia tak mahu mengalah.

Malas ingin melayan Nadia, dia melemparkan pandangan ke luar tingkap. Tidak suka bila diusik begitu.

“Tengah termenung teringat dekat suami tercinta ke tu" kata Nadia lagi. Kali ini tawanya pecah. Tapi dia masih memberikan tumpuan penuh pada pemanduannya.

Begitu juga dengan Qistina di sebelahnya. Ketawa suka melihat wajah cemberut kawannya.
Irina menahan geram. Badan disandarkan pada sofa kereta seraya tangannya urut pelipis kepala. Pening kepala melihat perangai Nadia yang masih lagi ingin mengusik.

“Nadiaa! Dah lah tu. Kesian Irina tu" celah Qistina melarang Nadia supaya berhenti mengusik.

”Entah lah kau ni. Asyik aku je yang jadi mangsa. Kau tunggu eh. Nanti bila aku dapat tahu siapa boyfriend kau, siap kau aku kerjakan" kata Irina. Mengecilkan mata memandang ke arah Nadia yang sedang memandu.

Wanita itu langsung tidak takut dengan ugutan Irina. Malah dia ketawa suka. “I single forever okey" tutur Nadia penuh yakin seraya menyebak rambut ke belakang.

“Ek eleh ye lah tu. Tak pasal-pasal boyfriend ada sepuluh orang."

“Sepuluh orang boyfriend? Sorang pun aku belum jumpa lagi tau" balas Nadia pula.

Baru sahaja Irina ingin membuka mulut, tiba-tiba Qistina pula mencelah.

“Dah dah la tu korang ni. Dalam kereta pun masih lagi nak bergaduh mulut. Sekarang ni kita nak pergi jalan-jalan kat mana? Takkan nak pusing-pusing kl je"

”Mhm..betul juga tu" Irina menyokong apa yang dikatakan Qistina sambil tangannya diletakkan di bawah dagu. Lagak berfikir sesuatu.

“Kita pergi shopping" cadang Nadia.

Tidak sempat mereka memberi kata putus, kereta Nadia sudahpun membelok ke kiri di mana IOI Mall terdapat di sana.

Mereka berdua menggeleng. Kalau bab shopping memang laju si Nadia ni.

~•~•~•~•~•

“Kenapa Mummy suka paksa Anas buat benda yang Anas tak suka. Mummy memang tak pernah berubah kan. Tolong lah Mummy. Anas cuma nak..."

“Mummy bukannya paksa Anas. Mummy cuma nak yang terbaik untuk Anas" potong Datin Suhaila memaniskan wajah.

Anas menggeleng perlahan. “Masalahnya sekarang ni..Erinda bukan yang terbaik untuk Anas"

“Anas..you pernah dengar tak tentang yang ramai orang cakap, pilihan keluarga adalah yang terbaik dari pilihan sendiri. So Anas just ikut je apa yang Mama suruh"

Dia mengeluh. Kenal sangat dengan perangai Datin Suhaila yang akan tetap berkeras dengan pendiriannya.

“Bagi Anas masa Mummy. Anas perlu berfikir masak-masak dulu"

”No need. Mummy tak perlukan masa untuk bagi dekat Anas. Suka atau tak suka, Anas tetap akah berkahwin dengan Erinda lagi tiga hari" katanya keras.

“Mummy tak risau ke..kalau orang kecam bakal menantu kesayangan Mummy nanti. Yelah. Anas dah bagitahu semua orang yang Irina isteri Anas. Tak takutke kalau Erinda tu jadi bahan kecaman nanti." Dia tersenyum sinis. Berharap Mummynya akan menarik balik hari perkahwinan mereka.

Datin Suhaila yang sudah menjangkakan soalan itu akan ditanya oleh anaknya, dia sudah bersedia dengan jawapan. Senyuman sinis Anas dibalas dengun anggukan.

“Don't worry Anas. Perkahwinan kamu dan Erinda, akan diadakan di kampung. So dekat kampung tu, tiada siapa yang tahu perkahwinan kamu berdua. Hanya keluarga terdekat saja yang tahu."

Lelaki itu ketawa mengejek seraya mula bangun dari kerusi. Bersedia untuk keluar dari biliknya yang sangat serabut lagi merimaskan.

“Sejak bila Mummy suka kampung ni. Setahu Anas, Mummy ni Diva tau diantara kawan-kawan Mummy tu. Mummy tak malu ke kalau kawan-kawan Mummy tahu yang Mummy ada menantu yang asalnya dari kampung ni" Anas memulangkan paku buah keras. Menambahkan rasa panas di hati wanita tua itu.

Dia bangun secara mendadak. Amarahnya semakin kuat tatkala melihat wajah santai si anak.

“Shut up Anas! Suka atau tak suka, Anas akan kahwin juga dengan Erinda. Itu muktamad!" Katanya separuh meninggi. Menikam tepat di mata anaknya.

“Mummy..kenapa Mummy perlu masuk campur tentang urusan rumahtangga Anas. Ini untuk kebahagiaan Anas juga dan Anas berhak untuk memilih sesiapa pun pasangan hidup Anas. Daddy..tak pernah pun masuk campur dengan semua ni..Tapi Mummy..mummy memang selalu control hidup Anas" kata lelaki itu melepaskan apa yang terbuku di hati.

Dia melihat Mummynya mengepal penumbuk dan memandang tajam ke arahnya. Dia tahu Mummynya terasa dengan apa yang dikatakannya, tapi sekurang-kurangnya dia berasa puas. Puas dapat melepaskan segalanya.

“Anass! You tetap kena kahwin dengan Erinda. Mummy akan buat.."

“Okey, Fine. Mummy nak suruh Anas kahwin dengan dia kan. Okey, Anas ikut. Tapi jangan salahkan Anas kalau dia merana di kemudian hari" pantas Anas memotong.

Pintu biliknya ditutup kasar sehingga bahu wanita itu terangkat sendiri dek tergejut.

Dia tercengang dengan tingkah Anas yang sudah berani melawan katanya.

“Ini..semua..sebab perempuan tu!" Katanya geram. Habis merah padam mukanya menahan marah.

~•~•~•~•~•~•

Dari tadi Irina tidak senang berjalan saat kaki mereka melangkah ke pasaraya itu.

Banyak sangat mata memandang ke arah mereka. Atau lebih tepat ke arahnya.

Dia menyiku lengan Nadia di sebelahnya yang sedang berjalan sambil mata wanita itu melilau mencari sesuatu.

“What?!" Soal Nadia berpaling ke arahnya sambil kaki mereka masih lagi berjalan.

“Kenapa..semua orang sedang pandang dekat aku ni. Aku ada buat salah ke" tanya wanita itu separuh berbisik.

Tidak sempat Nadia membalas, Qistina pula mencelah entah dari mana.

“Takkanlah kau tak tahu. Muka kau yang Anas siarkan dekat media sosial tu dah viral wey. Sekarang satu Malaysia dah tahu" kata Qistina tersenyum manis ke arahnya.

“Apa?!" Secara spontan dia menjerit kuat. Lagi banyak mata memandang ke arahnya.

Cepat-cepat dia menekup mulut sendiri sambil menggeleng.

Qistina dan Nadia ketawa kecil.

“Takkanlah kau tak tahu. Mesti ada orang jeles dalam diam tau dekat kau ni. Sebab dalam banyak-banyak perempuan, kau juga yang Anas pilih. Untunglah." Sempat lagi Nadia memuji sambil cuba membayangkan dirinya berada di tempat Irina. Pasti bahagia.

Dia hanya tersenyum hambar. Dia tahu. Pasti semua orang menganggap yang dia sedang bahagia tika ini. Ya! Dia akui itu. Memang aku sangat bahagia dengan Anas.

Tapi..selama manakah bahagia ini akan bertahan tanpa cinta. Ah cinta! Benda yang sangat merumitkan. Tanpa sedar perasaan cinta itu mula hadir di dalam lubuk hatinya yang paling dalam kepada lelaki itu.

Tapi dia tak mahu terlalu berharap. Dia takut kalau dirinya yang akan kecewa kelak.

Tapi apa salahnya kalau hadirnya perasaan cinta di hati masing-masing pada setiap pasangan. Rasanya itu tidak salahkan? Akankah Anas pun mencintai dia juga?

Ah Irina. Jangan merepek. Dia takkan sesekali jatuh cinta. Malah dia tidak pernah pun jatuh cinta. Dia takkan cintai kau. Dan hubungan kau akan terus bahagia walaupun tanpa hadirnya perasaan cinta.

Kerana cinta itu tidak akan wujud di hati masing-masing. Tapi siapa mereka untuk menyatakan semuanya.

Mulut kata benci tapi hati kata sayang. Itulah takdir. Itulah cinta. Kita harus terima dengan seadanya. Dan terus mencintai antara satu sama lain. Itu yang terbaik.

“Irina. Irina" Qistina mengejutkan kawannya yang sedang mengelamun jauh seraya menggoyangkan lengan gadis itu.

“Hah? Apa dia?" Tanya Irina terkebil-kebil. Memandang wajah sahabatnya silih berganti.

“Kau termemung apa tu. Kita orang cakap dari tadi kau senyap je. Rupa-rupanya tengah termenung. Teringat dekat suami kat kerja ke tu" usik Nadia tersengih-sengih ke arahnya.

Cepat Irina menggeleng.

“Er dahlah. Jom kita tengok baju dekat situ." Kata Irina menunjuk ke arah satu butik yang berdekatan dengan mereka.

Cepat dia melangkah pergi meninggalkan kawannya. Takut dia pula yang jadi mangsa usikan lagi.

Nak tak nak, Qistina dan Nadia pun terpaksa ikut sama langkah gadis itu.

Biarlah dia bergembira dahulu selagi boleh gembira. Senyumlah sepuas-puasnya Irina.

Biar senyuman kau akan terus menghiasi di bibir wanita itu walaupun dugaan datang melanda.

Jangan sesekali menitis kan air mata waima dugaan itu sangat berat. Kita perlu tabah. Hadapi semuanya.

Suatu masa nanti, semuanya akan berakhir. Dan pada masa itu juga kau akan mengerti apa itu bahagia.

Aku tahu kau kuat Irina. Jadi perjuangkanlah demi masa depan kau. Demi orang yang tersayang. Dan demi orang yang tercinta. Iaitu Anas.

Yeppi reading..Mira bagi triple chap hari ni..Kalau ada masa nanti insyaallah Mira update pula petang ni ataupun esok ^^

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience