Dua hari berlalu dengan sangat pantas hingga lelaki itu tidak sedar yang esok adalah hari perkahwinannya.
Dan selama dua hari juga dia banyak meluangkan masa dengan isteri tercinta sehingga dia merasa tidak sanggup ingin menipu wanita itu.
“Anas.." Seru gadis itu yang sedang meruni tangga. Dia tersenyum manis kepada Anas seraya punggung di labuhkan sebelah lelaki itu.
Tangannya disorok ke belakang supaya barang yang ingin dihadiahkan kepada Anas itu tidak dapat lelaki itu melihat.
“Apa dekat tangan kau tu?" Soal Anas sambil menjenguk ke belakang gadis itu. Pantas Irina mengelak seraya menggeleng.
“Cuba teka apa" kata wanita itu.
Anas berfikir sejenak. “Mhm jam tangan?"
“Tak"
“Baju kemeja?"
“Tak"
“Kasut?"
“Tak"
Dia mengeluh. Kalau semuanya salah, jadi apa? Ah give up sajalah.
“Okey, aku dah give up. Bagitahulah" dia mengangkat tangan ke udara. Mengaku kalah.
Perlahan-lahan kotak segi empat tepat itu dikeluarkan lalu dihulurkan ke hadapan Anas.
Lelaki itu kerut kening. “Handphone?" Soalnya kepada Irina seraya mencapai hadiah pemberian itu.
Irina mengangguk. “Handphone awak hilangkan. So saya belikanlah untuk awak"
Anas membalas senyuman Irina. Baru sahaja kelmarin dia membeli telefon baru untuk dirinya sendiri. Tidak sangka Irina akan membeli untuknya pula. Handphone di sebelahnya itu cepat-cepat dimasukkan ke dalam kocek seluar agar Irina tidak tahu yang dia sudahpun membeli telefon baru.
“Ikhlas ke tak ni bagi?" Soalnya seraya tangan mula membuka kotak tersebut.
“Semestinya ikhlas. Dalam tu saya dah sediakan nombor telefon saya. So nanti awak boleh call saya bila-bila"
“Thanks sayang" ucap Anas menyentuh pipi gebu wanita itu.
“Apa? Cakap sekali lagi. Saya tak berapa dengarlah. Sayang?" Irina mengusik. Bahagia terasa saat Anas memanggilnya dengan gelaran itu.
“S-A-Y-A-N-G. Kenapa? Nak aku panggil kau sayang? Boleh je?" katanya santai.
Irina mengangguk polos dengan senyuman terukir di bibir.
Entah kenapa Anas merasakan bahagia yang diidamkannya kini telah termakbul. Bahagia yang dia tidak mampu untuk tafsirkan.
Tiba-tiba dia mencapai tangan Irina lalu digenggamnya kemas. Menatap penuh wajah cantik sang isteri.
Irina yang melihat itu turut tergamam. Tidak faham dengan tatapan mata Anas.
“Anas?" Dia menunduk sedikit. Tidak berani melawan mata dengan lelaki itu. Membuatkan jiwanya semakin memberontak.
“Irina..kita..mulakan semuanya" kata lelaki itu perlahan lalu tangannya meyentuh dagu Irina supaya mengangkat wajah memandang ke arahnya.
“Apa yang awak cakap ni Anas?" Soalnya. Hatinya berdebar ingin tahu. Entah kenapa dia merasakan benda gembira akan berlaku.
“Kita mulakan semuanya. Macam pasangan lain. Saling mencintai dan dicintai"
Irina diam. Tidak tahu untuk membalas apa-apa. Kata-kata yang ingin dia mendengar sendiri dari mulut lelaki itu akhrinya terlafaz juga.
Tapi..dia tidak tahu. Adakah Anas ikhlas dengan semua ni. Ataupun..ada udang di sebalik batu.
Tangan yang ada di dalam genggaman lelaki itu dia mencuba untuk dilepaskan. Malah genggaman Anas semakin kuat membuatkan dia tiada kudrat untuk melepaskan tangannya.
“Please..say something Irina. Jangan diam macam ni" gesa lelaki itu. Terselit rasa kecewa di hati pabila melihat Irina hanya diam.
“Saya..saya tak tahu apa sebab awak cakap macam ni..Tapi saya..."
“Cause I love you. Very much" akhirnya ucapan keramat itu terlafaz juga di bibirnya. Sekaligus mematikan bicara Irina.
Tiba-tiba jantung Irina berdegup kencang. Terasa ingin melompat keluar pun ada. Dia..tidak salah dengarkah? Apa semua ni.
“Tolong jangan ragu-ragu dengan cinta saya Irina. I..very very love you so much." Kata Anas menyakinkan gadis itu.
Sekali lagi Irina terdiam. Mulutnya seakan di zip membuatkan dia tidak dapat berbicara. Seakan suaranya sudah hilang entah ke mana.
‘Saya? Dia sudah tukar nama panggilan? Betulkah ini bukan mimpi? Kalau ini bukan mimpi, tolong jangan kejutkan aku dari mimpi yang indah ini.'
Pipinya dicubit berkali-kali sehingga dia mengaduh sakit. Nampaknya dia tidak mimpi. Jadi..apa yang Anas katakan barusan ialah benar? Ah..aku sangat gembira sampaikan aku betul-betul bertukar jadi orang bisu. Gembira itu tidak dapat aku luahkan. Mungkin terlalu gembira. Syukurlah.
“Sayang. Say something please." Lelaki itu masih merayu.
“Saya..saya tak tahu apa sebenarnya yang terjadi sampaikan hati awak dah berubah. Tapi apa yang saya tahu, saya betul-betul gembira" katanya disambut dengan senyuman manis milik lelaki itu.
“Sebab awak dah curi hati saya Irina. Tiada apa lagi yang perlu saya katakan" balas lelaki itu. Segera tubuh Irina ditariknya dalam pelukan.
Irina menutup mata rapat. Ah bahagia. Hangatnya terasa pelukan itu menandakan mereka betul-betul bahagia.
Lelaki itu turut memejamkan matanya. Memeluk seeratnya tubuh kecil sang isteri.
‘Jikalau semuanya sudah terbongkar, aku harap sangat Irina yang kau masih setia di sisi aku sampai bila-bila.
Aku..minta maaf. Rahsiakan perkahwinan ini. Tapi semuanya untuk kebaikan kita. Agar kita terus bersama. Dan terus bahagia selama-lamanya.'
~•~•~•~•~•~•
Qistina dan Nadia saling berpandangan sesama sendiri apabila mereka sudah berdiri tegak di luar rumah Aydan.
Sesekali Nadia memanjangkan leher melihat manusia di dalam rumah itu. Namun masih tidak dapat melihat.
“Dia ada ke dekat rumah ni?" Soal Nadia.
Qistina jongket bahu. Tangannya mula menekan loceng rumah yang terdapat di sebelah pagar rumah itu.
Loceng ditekan berkali-kali sehingga keluarlah seorang wanita yang sudah berusia datang mendekat ke arah mereka.
“Cik cari siapa ya?" Tanyanya lembut.
“Err..kami nak jumpa dengan Aydan. Dia ada ke dekat rumah" balas Nadia seraya tangannya menunjuk ke dalam rumah.
“Oh Tuan Aydan. Dia ada di dalam rumah. Jemputlah masuk" pamit wanita itu seraya membuka pintu pagar memberi laluan kepada mereka berdua untuk masuk sehinggalah dia mengiring Qistina dan Nadia berjalan ke ruang tamu.
“Jemputlah duduk ye. Kejap saya panggilkan Tuan" kata wanita itu seraya dia mula berjalan ke bilik Aydan.
Tidak lama, muncullah Aydan yang berjalan ke arah mereka lalu melabuhkan punggung pada sofa yang bertentangan dengan Qistina dan Nadia.
“Kenapa datang?" Tanya Aydan.
“Mhm kita orang nak bincang sesuatu." Jawab Qistina mengerling ke arah Nadia di sebelahnya.
“Pasal apa?"
“Pasal Irina"
“Kenapa dengan dia?" Soalnya lagi. Tiba-tiba terasa berdebar pula ingin tahu.
“Kita orang dah tahu yang Anas nak kahwin. Tapi kita orang..."
“Wait wait wait. Macam mana korang tahu yang Anas nak kahwin lain?" Tanya Aydan memotong bicara Qistina.
“Aku..terdengar yang kau berbual dengan Anas dekat condo dia haritu. Kau ingat lagi kan masa Irina demam tu. Aku tak sengaja terdengar perbulan kau." Jelas Qistina berhati-hati. Mana tahu kalau Aydan naik hantu ke kejap lagi.
Nadia dan Qistina saling berpandangan apabila melihat Aydan mula gelisah.
“Err tapi kau jangan risau. Aku tak bagitahu pun dekat dia yang Anas nak kahwin" kata Qistina lagi bagi menutup gelisah lelaki itu.
Dia mula menarik nafas lega apabila Qistina berkata begitu.
“Irina tak tahu lagi kan pasal ni?"
Mereka menggeleng.
Aydan ukir senyuman tipis. “Baguslah kalau macam tu"
“Tapi kan..kau tahu tak bila Anas nak kahwin?" Nadia pula menyoal.
“Esok"
“Apa?!" Mereka berdua serentak bertanya. Tidak sedar suara mereka sudah meninggi.
“Anas dah gila ke apa. Kenapa awal sangat nak kahwin?" Nadia sudah naik berang.
“Bukan Anas yang gila. Mummy dia yang nak sangat percepatkan tarikh perkahwinan ni."
“Habistu Irina macam mana? Dia nak suruh Irina tengok dengan mata dia sendiri yang dia sedang kahwin. Macam tu?" Kata Nadia penuh emosi. Tidak suka bila kawannya dipermainkan.
“Tulah aku tengah fikir ni. Anas suruh kita bawa Irina pergi bercuti. Mungkin dekat..Langkawi. Sebab Irina kan suka pantai. Bolehkan kalau kita tolong dia?"
“Tapi aku tak puas hati lagi dengan perempuan tua tu. Kenapa dia suka sangat atur hidup orang. Macam mana kalau aku suruh Dato Jefri tu kahwin lain. Nanti tahu pula nak meroyan"kata gadis itu geram.
Qistina segera menggosok lengan Nadia. Tahu sangat dengan perangai Nadia yang tidak suka dipermainkan. Lagi-lagi dengan kawannya sendiri.
“Rilex Nadia. Janganlah nak emo sangat" tutur Qistina lembut. Menenangkan kawannya.
“Takpelah macam ni. Kita bagitahu je Irina yang kita ajak dia pergi holiday dekat Langkawi. Deal?"
“Mhm okey" Nadia pasrah. Ini juga untuk kebaikan kawannya. Tidak mahu Irina tersakiti lagi.
~•~•~•~•~•
Badan direbahkan di atas katil sambil tangannya mula bermain handphone memandangkan Anas sudahpun berangkat pergi ke kerja.
Nafas dihela perlahan. Telefon bimbit dicapai lalu dia mengangkat sedikit kepalanya menyandar pada kepala katil. Mengambil peluang itu untuk bemain handphone buat sementara.
Group 4 bestie
Aydan - Jom kita pergi holiday nak.
Dah lama kita tak pergi
holiday kan. Korang free
tak?
Nadia - Aku okey je. Selalu free.
Qistina - Aku pun okey. Irina
macam mana?
Dia gigit bibir bawah saat terbaca namanya dari pesanan Qistina. Otaknya ligat berfikir.
Holiday?
Kalau ikutkan hati, mahu sahaja dia mengikut kawan-kawannya itu. Tapi..mengenangkan statusnya yang sudah menjadi isteri orang, dia tahu yang dia perlu meminta kebenaran dari lelaki itu dulu.
Tapi adakah Anas membenarkan dia pergi? Macam mana kalau dia tidak mengizinkan? Hatinya mula meronta ingin pergi bercuti di Langkawi itu. Peluang jangan disiakan.
Dia menggeleng kepala sendiri saat mula berfikiran negatif tentang lelaki itu. Tak. Anas akan benarkan aku pergi. Dia seorang lelaki yang suka mengtur hidup aku. Tak. Dia bukan lelaki begitu.
“Okey, cool down Irina. Kau bincang elok-elok dengan dia" Gadis itu mula menenangkan dirinya sendiri.
Nafas ditarik dalam. Dia perlahan-lahan turun dari katil. Berniat untuk keluar dari kamar yang menyesakkan itu.
Saat tangannya baru sahaja ingin memulas tombol pintu, tapi tangan seseorang lebih pantas memulas dari luar membuatkan Irina tercengang.
Wajaj Anas di hadapan pintu kamarnya direnung dengan kening berkerut sedikit.
Aik..baru je aku bercakap pasal dia dah sampai? Aneh.
“Awak..tak kerja ke Anas?" Soal Irina seraya menepis badan lelaki yang menghalang laluannya.
Dia meloloskan diri keluar. Saat itu juga Anas masih lagi merenungnya.
Tidak mengendahkan renungan Anas itu, dia tayang wajah selamba lalu berjalan menuruni tangga. Duduk diam-diam di atas sofa pada ruang tamu itu seraya remote televisyen di capai.
Anas turut melabuhkan punggung di sebelah gadis itu. Tidak lepas memandang wajah cantik sang isteri.
Irina semakin sebal. Dia melipat tangannya ke dada. Tak suka bila direnung sebegitu. Pertanyaannya tadi pun lelaki itu masih lagi tidak dijawab. Jadi lebih baik dia mengambil keputusan diam sahaja. Tapi kalau diam..macam ni lah jadinya. Anas masih lagi merenung wajah aku. Kenapa? Ada yang tak kenakah dekat muka aku ni.
“Anas..stop tenung saya macan tu" kata Irina setelah beberapa minit berdiam diri. Berpaling menghadap Anas yang menongkat wajah menggunakan tangan kanannya pada kepala sofa.
“Do you want to go holiday?" Soal Anas. Tidak mengendahkan bicara gadis itu.
Irina telan liur. Terasa kaku seluruh tubuh. Ah..kenapa lelaki ini boleh tahu semuanya? Kalau tengok dari riak wajah Anas, memang sah-sah yang dia takkan mengizinkan. Apa yang aku nak buat ni.
“Hmph? I ask you Irina? Nak pergi dekat Langkawi?"
Sekali lagi soalan lelaki itu membuatkan dia tersentak. Sungguh dia menafikan yang semua soalan Anas adalah betul.
Matanya dilarikan ke arah lain seraya wajahnya dikalihkan semula ke arah televisyen yang masih tidak dipasang. Hanya tangannya sahaja menggenggam kemas remote televisyen.
Tidak berani menentang mata dengan Anas. Bukannya dia terasa takut kerana lelaki itu bukan merenungnya dengan mata helang yang dia selalu guna tu. Tapi entah kenapa dia terasa lemah semangat pula dengan renungan Anas. Ah aku pasrah kalau tak dapat pergi pun. Tapi please lah..jangan tenung aku macam tu.
“Saya izinkan"
Mendengar kata-kata yang keluar dari lelaki itu, cepat-cepat dia berpaling semula.
Menatap wajah Anas yang sukar untuk ditafsirkan. Dia..masih lagi keliru. Arh..apa semua ni. Kenapa dengan dia?
Aku ingatkan dia sama sekali tak benarkan aku pergi. Dan sekarang..kenapa tiba-tiba dia izinkan pula. Sungguh aku confuse!
“Sebab?" Soalnya pula. Masih lagi keliru dengan keizinan Anas untuk membenarkan dia pergi. Mesti lah ada sebabkan. Takkan izinkan macam tu je.
“Pergi je lah. Sayang teringin sangat kan nak pergi holiday kan" Dia tersenyum manis sambil tangannya membelai rambut sang isteri.
“Awak? Pergi juga?"
“Tak. Saya banyak kerja." Katanya perlahan.
Walaupun ada rasa kecewa di hati untuk menyatakan hasrat sebenarnya, tapi terpaksa dipendamnya. Bibir masih lagi tersenyum walhal hati sudah mula berasa sebak dengan penimpuannya.
Saat melihat wajah sang isteri yang penuh pengharapan untuk mengikutnya sekali, hati dikentalkan agar segalanya berjalan lancar.
‘Kalaulah semudah itu, sayang. Dah lama saya ikut awak pergi. Bukan setakat Langkawi, malah ke hujung ke dunia saya sanggup bawa awak'
“Betul ni tak nak ikut? Tak menyesal?" Soal Irina lagi. Sengaja menambahkan gurauan pada ayatnya. Mengukir senyuman nipis pada Anas.
Lelaki itu menggeleng. “Saya ada banyak kerja. Lain kali lah ye."
“Mhm okey" balasnya masih lagi ceria. Walaupun hatinya meronta ingin lelaki itu mengikutnya.
“Sayang pergi bila?"
Wanita itu angkat bahu sendiri.
“Kejap" handphone dikeluarkan lalu tangannya menggores pada skrin itu sehingga lah tangannya menaip pula pada menghantar mesej pada Aydan.
^Irina^ Aydan..Awak ke yang
rancang untuk pergi holiday
dekat Langkawi tu?
Aydan is typing
Dia berpaling melihat Anas. Dapat dia rasakan yang tangan lelaki itu masih membelai rambutnya.
“Aydan sedang typing. Kejap ye" kata wanita itu disambut dengan anggukan Anas.
^Aydan^ Yep. Saya yang rancang.
Nadia dan Qistina dah ada
dekat rumah saya.
Dahi automatik berkerut saat membaca pesanan itu. Kenapa Nadia dan Qistina ada dekat rumah Aydan?
^Irina^ Kenapa diorang ada dekat
rumah awak. Ada apa-apa
ke?
^Aydan^ Awak tak buka group
Irina? Kan kita akan
bertolak pukul tiga petang
nanti.
Tercengan Irina dibuatnya. Digigit bibir bawahnya kerana terlalu terkejut.
“Sayang..kenapa ni?" Soal Anas apabila melihat isterinya yang seakan kaku itu.
Irina menyuakan telefonnya kepada Anas. Tidak tahu untuk berkata apa. Ah pening.
Anas menyambut huluran itu lalu segala pesanan Aydan yang dihantar kepada Irina itu dibaca.
“Hari ni?" tanya Anas. Menyua kembali telefon Irina. Gadis itu menyambut lalu mengangguk bagi pertanyaan Anas.
“Pergi je lah" dia masih beriak santai. Kerana dia sudah awal-awal lagi berbincang dengan Aydan. Dia tahu ini terlalu mendadak. Tapi lebih baik Irina bertolak hari ini daripada esok. Esok? Hpmh. Dia bakal berkahwin.
Sabar je lah Anas. Mungkin ini takdir hidup kau. Asalkan orang yang kau sayang selalu ada di sisi kau. Aku perlu rahsiakan semua ini agar Irina tidak akan jauh dari aku.
“Awak okey?" Soal gadis itu pula. Hairan melihat wajah santai Anas. Seperti...dia sudah tahu semuanya.
“Okey je sayang. Jom lah saya hantarkan pergi rumah Aydan. Diorang dah tunggu sayang tu. Jom." Tangannya berhenti membelai rambut sang isteri lalu dia mula bangun. Menarik tangan Irina agar bangun bersamanya.
“Mhm" dia bangun. Menuju ke biliknya. Memasukkan baju yang ingin di pakai kepada beg yang tidak terlalu kecil dan tidak terlalu besar. Cukup untuk memuatkan bajunya sekadar menginap 3 hari 2 malam.
Selesai mengemaskan pakaiannya dan bersiap ala kadar, dia turun semula ke bawah. Berjalan ke arah garaj kereta di mana Anas sudahpun menunggunya di sana.
Lelaki itu sangat kelihatan segak dengan cermin mata hitam dan baju t-shirt polo. Dikenakan dengan seluar jeans yang sangat sepadan dengan bajunya.
Dia sendiri tidak tahu bila masa Anas bersiap. Tahu-tahu lelaki itu sudah memakai pakaian yang sesegak ini.
“Hensem my hubby" pujinya tersenyum manis ke arah Anas.
“Of course. Ni Tengku Anas Danial kan" balasnya memuji diri sendiri.
Irina terbalikkan anak mata hitamnya ke atas. Pantang dipuji.
“Jom" pelawa lelaki itu seraya membuka pintu kereta bahagian pemandu diikuti dengan Irina membuka pintu kereta bahagian penumpang.
15 minit berlalu, kereta yang dinaiki mereka sudah berdiri betul-betul di hadapan rumah keluarga Aydan.
Irina menjenguk ke luar tingkap dimana Qistina dan Nadia sudah melambai-lambai ke arahnya.
Mungkin dia sahaja yang dapat melihat mereka kerana cermin kereta ini gelap jadi membuatkan Qistina dan Nadia tidak dapat melihatnya di dalam.
Dia berpaling semula ke arah Anas. Lelaki itu masih lagi tersenyum manis. Tidak lama, tangan Irina dicapai lalu diusapnya penuh kasih.Di kucup tangan itu perlahan. Begitu juga di ubun-ubun kepalanya dimana Anas turut juga mencium.
“Behave sayang" sempat dia memberi peringatan. Irina mengangguk.
Cup!
Tiba-tiba dia mengucup pula bibir gadis itu. Irina terpaku. Membulat matanya menerima kucupan seraya mendadak itu.
Segera dia menolak tubuh Anas menjauh. “Sempat lagi kan" katanya mengawal rasa malu. Pipi sudah mula merona merah.
Anas tergelak kecil. Tak semena-mena tangannya naik mencubit pipi Irina. Gadis itu mengaduh sakit seraya dia menggosok pipinya itu. Wajah tak puas hati ditayangkan.
“Saya suka tengok sayang blushing macam tadi. Rasa nak makan je pipi tu. Geram!" Katanya. Mula ingin mencubit pipi kiri gadis itu pula. Malah Irina sempat menepis lembut.
“Stop Anas. Diorang dah tunggu kita kat luar" balas Irina.
“Okey fine" dia menyerah. Menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan isterinya.
Tangan Anas dicapai. Lalu kekura tangan lelaki itu dicium lembut. Wajah diangkat menghadap suaminya. Anas tersenyum.
“Jom" dia membuka pintu terlebih dahulu. Irina yang melihat itu, cepat-cepat membuka pintu di sebelahnya.
“Haish..Nak turun dari kereta pun lambat. Aku dari tadi menunggu kau dah rasa mengantuk dah ni" Kata Nadia. Mulut sengaja dibuka seperti acah-acah menguap.
“Diam lah kau Nadia. Jangan nak mengusik aku lagi" cepat dia memberi amaran sebelum usikan Nadia melarat kepada Qistina pula.
Anas disebelah sudah sembunyi senyum. Garang sangat sebenarnya isteri aku ni. Cermin mata ditanggalkan penuh gaya lalu disangkutkan pada peher baju. Nampak sangat bergaya. Menyerlahkan lagi ketampanannya.
Qistina dan Nadia yang melihat Anas dihadapan mereka juga turut terpegun. Oh my god! Lelaki pujaan wanita ni wey. Sumpah hensem!
Cepat-cepat Nadia mengeluarkan note book dan sebuah pen. Berjalan ke arah Anas dengan dengan senyuman kepada lelaki itu.
“Nak tanda tangan" kata gadis itu. Mata dikerlipkan di hadapan Anas.
Anas tergelak macho. Tangannya mencapai pen yang dihulurkan Nadia lalu tanda tangan dilukisnya.
Irina dan Qistina yang melihat tingkah Nadia, sekadar menggeleng kepala. Sungguh dia tiada pun terbit rasa cemburu di hati bila melihat Anas melayan Nadia. Tapi entah kenapa dia merasa geli hati pula apabila melihat lelaki itu terpaksa melayan perangai tak semenggah Nadia.
Tidak lama, muncul pula Aydan dari dalam rumahnya. Tersenyum manis seraya kaki berjalan ke arah mereka.
“Dah sampai? Jom gerak sekarang. Nanti tak sempat takut kita sampai lewat malam pula" kata Aydan. Sempat dia berjabat tangan terlebih dahulu dengan Anas.
“Okey jom" Nadia berubah gembira. Note book dan pen tadi disimpan semula ke dalam beg.
Mereka berjalan masuk ke dalam kereta Aydan. Begitu juga dengan Irina. Nampak sangat ceria sahaja wajahnya walaupun gadis itu tidak sangat bercakap melainkan Nadia pula yang terlebih aktif.
Aydan menjenguk ke dalam kereta. Nampaknya semua orang dah masuk. Dia berpaling semua ke arah sepupunya. Bahu Anas ditepuk perlahan.
“Kau jagakan dia untuk aku. Pastikan tiada apa-apa berlaku pada dia" kata Anas. Sekadar memberi peringatan
Aydan megangguk. Kelihatan Anas menghela nafas berat.
“Kalau ikutkan hati, aku nak sangat nak join korang pergi bercuti. Tapi tulah..lebih baik kalau Irina pergi bercuti dulu dengan korang. Memandangkan..." Ayatnya dijeda. Susah untuk meneruskannya.
“Esok hari perkahwinan aku" sambungnya perlahan.
“Aku sebanarnya tak sanggup nak berpisah dengan dia. Tapi kalau ini yang terbaik. Nak buat macam mana kan" tambah Anas lagi. Menyatakan yang dia berat sangat hatinya untuk melepaskan Irina pergi.
Mendengar itu, Aydan senyum pahit. Hati sudah mula koyak rabak mendengar pengakuan Anas. Dia..sudah jatuh cinta? Tak hairanlah Aydan. Irina boleh buat semua lelaki jatuh cinta kepada dia. Terima hakikat yang dia bukan milik kau.
“Nampaknya kau dah jatuh cinta pada dia" balas Aydan. Menepuk sekali lagi bahu lelaki itu sebelum dia berjalan pergi masuk ke dalam perut kereta.
Anas diam. Sekadar membatu di situ sampai lah ekor matanya melihat kereta yang dipandu Anas sudahpun hilang dari pandangan.
“Eh Anas? Kenapa tak ikut sekali diorang tu?" Muncul Tengku Zainab yang entah dari mana datang.
Dia tergejut. Berpaling melihat ke arah wanita itu yang berjalan ke mari ke arahnya. Anas menggaru kepala sendiri. Tak tahu ingin berkata apa. Takut pula dia ingin menipu wanita itu.
“Err Anas tak ikut diorang sebab..."
“Sebab Anas nak kahwin esok kan" potong wanita itu apabila melihat kegugupan Anas.
Anas tergamam. Takkanlah..Aunty juga tahu.
“Aunty tahu?" Soalnya tidak percaya.
Wanita itu mengangguk perlahan. “Jangan risau Anas. Aunty selalu sokong keputusan yang Anas buat" tutur Tengku Zainab penuh kesopanan.
Anas mengangguk perlahan. Kalaulah..Mummy pun seperti Aunty. Pasti dia akan hidup bahagia dengan Irina. Tapi itu kalau. Tak akan menjadi kenyataan.
Share this novel