DPH 17 - PENYELAMAT

Romance Series 33468

Perlahan-lahan Irina menolak daun pintu bilik Anas. Dari jauh lagi kelihatan anas sedang berbaring di atas katilnya. Mungkin sedang tidur.

Dia berjalan menghampiri katil itu lalu bercekak pinggang. “Aku baru je nak ajak dia pergi rumah Papa. Tapi dia tidur pula dah. Jadi aku kena pergi sorang-sorang lah ni" gumamnya sendiri.

Matanya tertancap pada sticky note di atas meja cermin itu. Dia berjalan kearahnya lalu pen di capai.

Siap menulis sesuatu, sticky note itu ditampal ke cermin bilik Anas. Pen diletakkan ke tempat asal lalu kakinya melangkah keluar dari bilik itu.

Dia hanya bersiap ala kadar sahaja memandangkan dia hanya pergi ke rumah papanya dan tidak akan singgah ke mana-mana. Kunci kereta milik Anas diambil.

Tidak lama, kakinya menapak turun ke bawah lalu berjalan ke pintu keluar.

~•~•~•~•~•~•~•

“Assalamualaikum" Salam diberi terlebih dahulu. Sesekali dia memanjangkan leher mengintai di sebalik tingkap.

Tidak lama, terjengul wajah Mak Imah di muka pintu. Irina terus memeluk wanita itu. Rindu!

“Eh, Irina! Kenapa datang tak bagitahu?" soalnya separuh terkejut.

Pelukan dileraikan. Irina mengesat air mata yang hampir mengalir. ”Irina datang kejap je sebab tu tak bagitahu. Papa dan Mama ada?"

“Dato ada dekat ruang tamu. Datin rasanya dah tidur. Jomlah Irina kita masuk" pelawa Mak Imah mesra. Irina hanya mengangguk.

“Papa!" sergah Irina dari belakang lelaki itu.

Dato Mukhriz yang tidak perasan akan kehadiran Irina, terus berpaling ke belakang. Terkejut.

“Ya Allah, kamu ni Irina! Terkejut tau Papa ni!" katanya sambil mengurut dada. Boleh sakit jantung aku macam ni.

”Sorry lah Pa. Irina excited jumpa papa" katanya teruja.

Dato Mukhriz menggeleng kepala sendiri. “Mana Anas? Dia tak datang sekali?"

“Tak. Dia tidur" jawab Irina bersahaja sambil matanya melilau mencari susuk tubuh Aulia dan Sara.

“Kak Lia mana pa?"

“Aulia tidur"

“Tidur? Awalnya dia tidur"

“Aulia tu sejak dia kerja dengan Papa, dia dah banyak berubah. Dah tak suka shopping dan bersosial macam dulu-dulu lagi. Lagipun dia banyak membantu papa dekat syarikat papa tu" terang Dato Mukhriz bersama senyuman bila mengingat kembali perubahan Aulia itu.

“Baguslah kalau macam tu. Akhirnya Kak Lia berubah juga kan, Papa"

Dato Mukhriz mengangguk.

“Kak Sara mana?" soalnya lagi apabila kelibat Sara tidak kelihatan. Takkan tidur kot.

“Sara tu kat mana lagi, selain kelab"

Mulut Irina melopong. Tak percaya. ”D..dia masuk lagi ke kat tempat macam tu"

“Papa pun dah tak tahu nak nasihat macam mana dekat Sara tu. Perangai tak berubah. Ingatkan dia dah tinggal semua benda tu. Tengok-tengok, masih lagi pergi tempat macam tu." Kata Dato Mukhriz sedikit kecewa dengan perangai Sara itu.

“Kak Sara memang kerap pergi kelab ke?"

“Tak kerap sangat. Tapi dalam seminggu tu adalah dua tiga kali dia pergi. Dah puas dah papa dan mama ni nasihat dia. Tapi tetap taknak dengar"

Irina menghembus nafas lelah. Taknak disebabkan Sara, papa akan jadi tertekan.

“Irina. Papa nak minta tolong" Wajah Irina dipandang penuh kasih. Berharap Irina akan menolongnya.

“A..Apa papa?"

“Tolong ajak Sara balik. Papa taknak nanti kalau orang mengata keluarga kita disebabkan Sara. Papa taknak diorang buka aib keluarga kita. Tolong ye"

Irina berkira-kira disitu. Kenapa kalau nak jaga aib keluarga, aku yang kena korbankan semua ni. Dulu masa aku kena perangkap dengan Anas, aku juga kena korbankan. Dan sekarang...aku kena masuk kelab tu sebab nak ajak Sara balik semata-mata nak jaga aib keluarga. Itukah yang dinamakan pengorbanan?

“Bolehkan Irina?"

Melihat wajah papanya yang penuh berharap itu, perlahan-lahan dia menagngguk kepala.

Dato mukhriz tersenyum. Tubuh Irina terus dipeluknya. “Thank you so much my daughter."

~•~•~•~•~•~•

Anas tersedar dari lena bila merasa yang tidurnya sudah lama. Dia menguap sendiri. Perlahan-lahan dia bangun lalu turun dari katil itu.

Matanya terus tertancap pada sticky note pada cermin di meja biliknya.

Mata digosok sekali lalu stick note itu dicapainya.

‘Saya pergi rumah rumah Papa kejap. Sorry, saya tak sempat nak siapkan makanan untuk awak. Actually, saya pinjam kereta awak ye. Bye...I hate you' ~ IRINA

Anas tergelak kecil membaca isi yang ditulis Irina itu. Sticky note ditampal kembali ke atas cermin.

“I hate you too" ucapnya bersama senyuman.

Tuala mandi diambilnya dari almari lalu dia terus melangkah ke dalam bilik air untuk membersihkan badan.

Tidak lama, dia keluar semula bersama tuala yang dililit pada pinggangnya.

Entah kenapa hatinya tika ini berasa ingin berjumpa dengan gadis itu. Merasa yang ada sesuatu akan terjadi.

Handphonnya yang berada di atas katil itu, terus diambilnya lalu nombor Zein didail.

Tidak lama, panggilan itu mula bersambung.

“Zein, ambil aku kat condo aku sekarang" Arah lelaki itu.

“Baik Tuan"

Anas terus menamatkan panggilan. Tidak mahu bercakap banyak. Dia juga harus bersiap ala kadar sahaja memandangkan tidak mahu Zein menunggunya lama.

~•~•~•~•~•~•~

Terketar-ketar kaki dan tangannya saat memasuki kelab malam yang begitu bingit dengan bunyi muzik yang tidak henti-henti. Tangannya mentup kedua-dua telinga. Dia mula merasa hendak menangis. Takut! Rasa menyesal kerana menjejakkan kaki ke sini seorang diri.

Matanya melilau mencari tubuh Sara yang masih lagi tidak kelihatan. Ramai orang yang sedang menari rancak itu, membuatkan dia sukar mencari keberadaan Sara. Ada juga dia terpaksa menyelit diantara orang ramai. Sungguh sesak tika ini.

Hampir 10 minit, dia berpusing di dalam kelab malam itu, akhirnya matanya tertancap juga pada susuk tubuh Sara yang sedang duduk di sofa dan dikelilingi oleh wanita yang seksi dan lelaki..?

Irina menggeleng kepala sendiri. Sampai macam ni Sara jauh terpesong dari agama.

Tidak membuang masa, dia terus melangkah ke arah kakaknya. Dia harus bawa Sara keluar!

“Kak Sara, jom balik" ajak Irina cepat. Dia cuba mengheret lengan gadis itu, tapi ditepisnya kasar.

Sara naik tersungging senyum sinis.

“Aku tak sangka yang kau ni boleh jejeak kaki dekat sini" kata Sara dalam mabuk.

Irina menutup hidung sendiri. Tidak tahan dengan bau arak yang terdapat di meja itu. Rasa nak muntah pun ada.

“Akak, jom la balik" Irina masih tidak berputus asa walaupun dia tahu yang kakaknya itu takkan balik. Keras kepala!

“Well, ni adik you ke Sara?" soal seorang lelaki yang berada di sebelah Sara. Senyuman nakal dihadiahkan pada Irina.

Irina mula takut. Tolonglah..aku harus keluar dari sini.

Sara tidak menjawab. Sebaliknya dia terus menuangkan sebotol arak ke dalam gelas.

Baru sahaja dia ingin minum arak itu, tiba-tiba Irina menepisnya sehingga gelas kaca itu pecah berderai ke lantai.

Sara tercengang.

“Akak please...jangan minum arak tu. Kita balik ye"

“Hei!! Kau ni dah kenapa?!" tengking Sara kuat. Naik bengang bila Irina sanggup menepis gelas itu.

“Kalau akak nak marah Irina ke apa ke, akak marahlah. Tapi tolong keluar dari tempat ni" Irina terpaksa meninggi suara juga apabila suaranya tidak dapat diengari dengan jelas akibat bunyi muzik yang sangat kuat.

Sara lantas ketawa dalam mabuk. Dia bangun dari sofa itu lalu berjalan terhuyu-hayang melepasi Irina.

Baru sahaja dia ingin mengikut jejak Sara, tiba-tiba tangan wanita itu menepisnya kasar menyebabkan dia terdorong ke belakang lalu rebah di atas sofa itu.

Irina mula panik tatkala merasakan yang seseorang mula memegang tangannya tika ini. Peluh mula menitik. Dia memberanikan diri mengangkat wajahnya memandang lelaki yang masih lagi memegang tangannya.

Lelaki itu lantas tersenyum nakal. Irina telan liur. Kesat. Dia berpaling semula ke belakang. Kelibat Sara sudah hilang dari pandangan.

Sekali lagi dia dihurung rasa takut apabila dia seorang diri sahaja. Lekaki itu masih merenungnya. Pergelangan Irina dicengkam kuat.

“Sakitlah! Lepas!" jerit Irina sambil meronta-ronta ingin dilepaskan.

Lekai itu lantas ketawa sinis. Suka melihat wajah merah padam Irina. Comel!

“Aku Farhan." dia memperkenalkan diri terlebih dahulu.

Irina buat tak kisah. Tangannya cuba untuk melepaskan dari pegangan lelaki itu. Tapi tetap tidak berjaya!

“Kau nak apa ah! Lepaslah!"

“I want you tonight" jawab lelaki itu seraya jarinya mengelus pipi mulus Irina.

Irian mula tak keruan. Bermacam-macam andaian bermain di fikirannya.

“Please...lepaskan aku!" dia masih lagi meminta simpati. Berharap lelaki itu akan melepaskannya.

“Takkanlah aku nak lepaskan makanan yang dah terhidang depan mata ni" balas lelaki itu.

Air mata mula menglir di tubir mata. Takut! Itulah perasannya tika ini. Dengan siapa lagi dia harus meminta pertolongan?! Ya Allah..selamatkanlah aku.

Tidak lama, Farhan mula mengheret Irina keluar walau berkali-kali gadis ingin meronta dilepaskan. Dia sendiri pun tidak tahu di mana lelaki itu akan membawanya. Tapi yang dia tahu, dia takkan selamat dari pegangan lelaki ini.

Keluar sahaja dari kelab itu, Farhan terus memandang Irina tepat dengan pandangan tajam.

Sekali lagi dia cuba melepaskan pegangan lelaki itu. Tapi kudrat seorang wanita, tidak akan lepas dengan kudrat lelaki.

Air mata sudah lencun membasahi pipi. Mana kau Sara? Sanggup kau tinggal aku sorang-sorang kat sini.

“Aku tak suka paksa-paksa perempuan ni bila tengah bersama dengan aku. Cuma dengan kau..." tangannya naik mengelap air mata dengan ibu jarinya.

Sekali lagi dia tersenyum jahat. “Kau lain dari yang lain. So nak taknak aku kena paksa kau"

“Lepaslah! Kau ni memang syitan kan!". Balas Irina penuh emosi.

Farhan lantas ketawa jahat. “Sekali kau masuk dari kelab tu, aku dah anggap kau ni perempuan tak bermaruah tau"

Irina terkesima. Dirinya bagai dihempap dengan batu yang sangat besar.

“Sekali kau masuk dari kelab tu, aku dah anggap kau ni perempuan tak bermaruah tau"

Kata-kata Farhan barusan sedang bermain di fikirannya. Tak bermaruah? Sumpah aku menyesal masuk kat tempat macam ni!!

“Lepaskan aku lahh!!" tengking Irina kuat mengundang tawa jahat dari lelaki itu.

Farhan sudah memegang kedua-dua bahu Irina menyebabkan gadis itu berhenti meronta.

Dia mendekatkan wajahnya ke arah bibir gadis itu. Irina cepat-cepat berpaling ke arah lain. Mata dipejam rapat.

Buk!

Tiba-tiba pegangan lelaki itu dibahunya dilepaskan. Irina sekali lagi terdorong ke belakang sebelum seseorang menyambutnya.

Irina memandang wajah Anas tidak berkelip. Tidak percaya.

Sedetik, dia terus bangun dari berdiri lalu tubuh lelaki itu dipeluknya erat seperti tidak mahu dilepaskan. Irina terus menghamburkan tangisannya.

“Thank you. Thank you so much, Anas. Thank you." ucapnya berkali-kali.

Anas kaku. Dia memegang bahu Irina supaya pandang ke arahnya. Wajah Irina yang lencun dengan air mata itu, membuatkan hatinya bertambah sakit.

“Kau..masuk dalam kereta dulu. Bagi sini kunci"

Irina mengangguk cepat. Kunci kereta Anas diberikan kepada lelaki itu sebelum dia membolos masuk ke dalam kereta.

Dia terus membuka langkah ke arah Farhan yang sudah jatuh rebah akibat tumbukannya tadi.

“Kau.." Matanya mencerlung memandang tepat wajah Farhan yang sudah menahan sakit.

Kolar baju lelaki itu dicengkamnya kuat lalu badan Farhan ditolak ke dinding.

“Jangan kau berani sentuh dia!!" Tegas Anas memberi amaran. Jari telunjuk di halakan tempat pada wajah Farhan.

Farhan lantas mengesat darah yang mula mengalir di bibirnya. Dia diam kelu. Tidak percaya wajah Anas di hadapannya.

“T..tengku?"

Anas tersenyum sinis. “Aku tak sangka client aku sendiri cuba nak apa-apa kan isteri aku."

Farhan terkesima. Apa? Perempuan tadi tu isteri Tengku?

“W-what? Perempuan tadi isteri Tengku?" soalnya tidak percaya.

Cengkaman pada kolar baju Farhan semakin kuat sehinggakan lelaki itu memegang tangan Anas cuba untuk dilepaskan.

“Itu tak penting. Yang penting sekarang ni, kau dan aku dah tak ada apa-apa urusniaga. Aku akan batalkan urusniaga kita!"

Farhan lantas tersenyum senget. Cuba untuk melawan kata-kata lelaki itu.

“Kalau Tengku buat macam tu, Tengku juga akan rugi"

“Aku tak kisahlah pasal duit. Asalkan kau takkan pijak maruah isteri aku!" kolar baju lelaki itu dilepas kasar.

Perlahan-lahan badan Farhan melorot jatuh ke bawah.

“Last warning. Sekali lagi kau cuba apa-apakan isteri aku, siap kau!" tutur Anas keras. Dia berlalu pergi meninggalkan lelaki itu.

“Tuan..Tuan okey?" soal Zein sambil memerhati tubuh Anas dari atas sampai bawah.

“Kau pergi balik dulu. Biar aku balik dengan isteri aku" balas Anas lalu berjalan ke arah keretanya.

Zein mengangguk. Faham dengan sikap sikap Anas.

Pintu kereta dihempas kasar. Wajah Irina di sebelahnya dipandang.

“Kau okey ke?"

“Okey" jawab Irina sambil menggosok pergelangan tangannya yang mula kemerahan.

“Macam mana kau boleh masuk kelab?. Kau memang selalu masuk kelab kan. Kau tipu aku. Kau cakap yang kau pergi rumah Papa kau. Tapi tengok-tengok kau pergi masuk dalam kelab tu." bertubi-tubi Anas berkata melepaskan persoalannya yang sedang bermain di fikiran.

Irina memejam mata buat seketika. Air mata tidak mampu tumpah lagi. Dikuatkan juga diri untuk bertahan.

Sedetik, dia kembali buka mata. Membalas pandangan Anas.

“Let me explain"

“Okey, explain now!"

“Tadi saya memang pergi rumah Papa. And then, papa minta saya tolong ajak Sara balik rumah sebab Sara dekat kelab. So nak taknak saya kena masuk juga dalam kelab tu. Masa saya dalam kelab, memang saya dah jumpa Sara, tapi tiba-tiba dia hilangkan diri and saya tak tahu macam mana lelaki tu datang dan heret saya keluar. Dia..dia cuba nak..." kata-kata Irina terhenti disitu. Air mata yang ditahan tadi tumpah juga. Tidak mampu untuk menersukan.

“Dia cuba nak cium kau kan?" duga Anas.

Irina lantas mengangguk bersama deraian air mata.

“Awak percaya kan apa yang saya explain tadi. Saya takda niat pun nak tipu awak. Saya bukan kaki kelab"

“Okey, aku percaya apa yang kau cakap tadi. And please..stop crying"

“Anas..saya ni perempuan yang takda maruah kan. Maruah saya dah takda kan bila saya masuk kelab tu" kata Irina lagi. Air matanya tidak dapat diseka lagi.

Anas menarik nafas dahulu. Wajah basah lencun Irina, tidak berani dipandang lama. Hatinya sakit melihat wajah Irina yang sedang menangis.

“Tak. Itu tak betul. Maruah kau akan aku jaga sampai bila-bila. Aku janii"

“Awak janji?"

“Yes. Aku janji. Dah, stop crying" ibu jari Anas mengelap air mata gadis itu.

Irina perlahan-lahan mengangguk lalu badannya disandarkan pada kerusi penumpang.

Anas ukir senyum hambar. Pandangannya kembali dihalakan ke hadapan untuk meneruskan pemanduannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience