Irina perlahan-lahan memulas tombol pintu bilik Anas selepas berkali-kali dia mengetuk pintu bilik lelaki itu tetapi tiada sahutan. Jadi dia membuat pilihan supaya masuk sahaja ke dalam bilik itu.
Kakinya perlahan-lahan melangkah ke dalam. Tapi kelibat lelaki itu masih tidak kelihatan.
Matanya meliar mencari Anas sehinggakan telinganya menangkap bunyi shower dari dalam bilik mandi. Kepalanya terangguk sendiri. Mhm mungkin lelaki itu mandi.
Baru sahaja niatnya ingin keluar dari bilik itu, tiba-tiba matanya tertancap pada sebuah piano yang berdekatan dengan tingkap kaca bilik itu.
Tanpa sepatah kata, dia terus melabuhkan punggung pada kerusi khas yang disediakan pada piano itu.
Tangannya mula menari pada piano. Kelihatan tangannya langsung tidak kekok menarikannya. Ini kerana dia dari dulu lagi pandai bermain piano, tapi disebabkan kakaknya melarang dia bermain piano jadi dia terpaksa berhenti bermain piano walaupun itu adalah bakatnya.
Bunyi alunan yang merdu itu, membuatkan Anas di dalam bilik mandi kaku seketika.
Dia mencapai kain tuala lalu dililit kain tuala itu pada pinggangnya. Pintu bilik air ditolak lembut.
Matanya terus tertacap pada susuk tubuh Irina yang masih lagi bermain piano. Tanpa sedar bibir menguntum senyum. Dia berjalan ke arah wanita itu dari belakang.
Terasa air yang menyentuh kulitnya itu, serta merta tangannya berhenti bermain. Cepat sahaja dia menoleh ke belakang.
Anas menyebak rambutnya ke belakang apabila air rambutnya itu jatuh ke arah gadis itu.
Irina diam. Debaran di dada cuba dikawalnya apabila melihat tubuh Anas separuh terdedah. Nak-nak bila ada six-pack pula tuh. Ingat aku tak tergoda ke?!
“Main lah lagi, aku nak dengar" pinta Anas sambil duduk di birai katil.
“Saya keluar dulu " Irina bangun. Baru sahaja kakinya ingin melangkah, tiba-tiba lengannya telah dipegang oleh Anas. Irina memejam mata. Tidak sanggup menatap wajah lelaki itu.
“Please. Aku nak dengar kau main piano."
Tiba-tiba perutnya berkeroncang perlahan. Nasib baik tidak didengari oleh lelaki dihadapannya ini.
“Saya lapar" kata Irina jujur.
“Kau tak masak lagi ke?"
“Macam mana nak masak bila takda bahan nak masak?" tanya Irina kembali.
Kepala yang tidak gatal digarunya. “Dah habis dah ke?"
Cepat Irina mengangguk.
“Mhm kalau macam tu kita pergi beli barang."
“Shopping ke?" tanya Irina berubah ceria suaranya.
Anas mengangguk.
“Awak tak kerja?"
“I'm boss. So suka hati aku lah nak masuk kerja ke tak" kata Anas dengan berlagaknya.
Irina jeling. Sikit-sikit nak berlagak. Huh! Menyampahnya!
“Okey, kalau awak ajak saya pergi shopping, of course saya ikut. Saya nak pergi bersiap dulu"
“Baguslah kalau macam tu. Lagipun aku taknak lelaki kat luar sana tu pandang kau pakai macam ni" tutur Anas seraya tangan telunjuknya bergerak atas bawah ke atas penampilan gadis itu.
Irina kacing gigi. Dia ingat aku nak sangat ke ah tunjuk badan aku. Aku tak semurah tu lah.
Dengan perasaan yang sebal, dia menghentakkan kakinya melangkah keluar. Melihat itu, Anas ketawa kecil. Kepalanya digeleng sendiri.
~•~•~•~•~•~•
Anas memberhentikan kereta betul-betul di hadapan Pavilion Mall.
Irina toleh ke arah lelaki itu. Dahinya berkerut seribu tatkala melihat pemakaian Anas tika ini. Pakai mask dan topi? Untuk apa?
Lantas cepat sahaja Irina menanggalkan topi dan mask pada wajah lelaki itu.
“Kau buat apa ni?" tanya Anas separuh terkejut. Boleh pulak perempuan tu cabut mask dan topi aku.
“Kenapa awak pakai macam tu?. Kena perlu tutup muka awak?. Awak pemalu ke?" tanya Irina bertalu-talu.
“Ish kau ni. Suka hati aku lah" balas Anas cuba ingin mencapai mask dan topinya pada tangan wanita itu. Tapi Irina lebih cepat melarikannya.
“No! Jangan pakai benda ni. Awak kan hensem. So tak payahlah sampai nak sorok muka awak tu"
Anas angkat sebelah kening apabila mendengar kata-kata dari gadis itu. “Ini pertama kali tau kau puji aku"
Irina angakt kedua tangannya ke udara. “Okey saya mengaku ini pertama kali saya puji awak. Tapi please, jangan pakai macam ni"
“Mhmm Fine. Tapi kau jangan menyesal bila aku tak pakai mask dan topi tu"
“Buat apa nak menyesal?"
“Dah jomlah keluar. Dah panas dah ni lama-lama duduk dalam kereta" kata Anas cuba untuk berdalih.
Irina mengangguk lalu pintu kereta dibukanya. Irina meletakkan beg slingnya ke bahu sebelum dia berjalan beriringan dengan Anas.
Tiba-tiba tangannya dipegang seseorang. Mata wanita itu jatuh pada tangannya lalu dia mengangkat wajahnya kembali memandang Anas. Kenapalah kau suka sangat pegang tangan aku ni?!
Masuk sahaja mereka berdua di dalam Pavilion Mall itu, Anas terus diserbu oleh wanita yang berada di sana.
Ramai juga wanita yang memandang cemburu ke arah Irina. Irina yang masih terpinga-pinga itu tidak dapat berbuat apa.
Anas yang sudah kerumun itu, serta merta pegangan tangan Irina terlepas. Irina terdorong ke belaakang.
Melihat Anas yang dikerumun itu, kepalanya menggeleng sendiri. Diorang ni dah terlalu obses dengan Anas.
Kini barulah dia faham kenapa Anas memakai topi dan mask. Mungkin dia taknak orang lain tahu identiti sebenarnya. Tiba-tiba rasa menyesal pula tidak membenarkan lelaki itu memakai mask dan topi.
“Anas! Tolong tanda tangan!"
“Anas! Nak selfie"
“Anas! Anas!"
Itulah kata-kata yang dia sedang dengar tika ini. Telinganya ditutup pada kedua belah tangan. Bising. Boleh pekak telinga aku dibuatnya.
Irina terus berlalu dari situ. Meninggalkan Anas yang masih dikerumun. Entah kenapa rasa cemburu mencuit tangkal hati melihat Anas dikerumun itu.
“Qistina! Nadia!" laung Irina dari jauh sambil melambaikan tangan ke arah kedua sahabatnya.
Qistina dan Nadia yang mendengar akan namanya dipanggil itu lantas berpaling melihat empunya suara.
Mereka berpandangan sesama sendiri apabila melihat Irina sudahpun berjalan ke arah mereka.
Irina terus memeluk tubuh kawannya itu kejap. Qistina dan Nadia masih terkebil-kebil melihat di hadapan mereka sebelum mereka berdua membalas pelukan itu.
Nadia memegang kemas bahu Irina sambil dia menatap penuh teruja wajah gadis itu.
“Ya Allah! Rindunya aku dengan kau" kata Nadia teruja.
“Tu lah. Aku pun rindu kau" celah Qistina sambil menegang kuat tangan gadis itu.
Irina tarik muncung sedepa. “Jahat kan korang ni, shopping tak ajak aku" kata Irina seraya berpeluk tubuh. Merajuk!
Nadia mencubit geram pipi Irina yang putih gebu itu. Irina mengaduh sakit sambil menggosok pipinya yang kemerahan.
“Sorry lah kalau kita orang tak ajak kau shopping, bukan apa kita orang tak nak kacau kau dengan Anas kan" tutur Qistina sambil tersengih. Nadia masih lagi galak mencubit pipi wanita itu.
”Sakitlah" rengek Irina seraya melepaskan tangan Nadia yang tidak henti-henti mencubit pipinya itu.
“Ha, kalau pipi kau merah macam tu baru cantik" kata Nadia sambil ketawa kecil.
“Kau datang dengan Anas ke Irina?" tanya Qistina.
Irina mengangguk.
“Mesti dia kena kerumun kan. Tadi aku ada nampak dekat bawah yang ramai orang tengah kerumun kat situ. Aku dah agak dah yang tu mesti Anas." Kata Nadia pula.
“Mhm tu lah. Takpelah. Aku tak kisah pun macam tu. Jom pergi shopping"
“Anas?"
“Alah nanti dia datang lah tu. Nak layan sangat peminat dia tu, layan lah. Dahlah jom" Irina terus menarik kedua tangan kawannya itu.
Qistina dan Nadia serentak menggeleng kepala. Cemburu lah tu.
~•~•~•~•~•~•~
“Hampir 2 jam mereka berdua berpusing di dalam pasar raya itu. Qistina dan Nadia sudah kelihatan penat, kecuali Irina. Maklumlah. Irina ni pun bukannya selalu dapat shopping macam ni. Ni basib baik dia dah ada suami. Kalau tak, mesti dua makhluk tu takkan bagi dia keluar.
Kedua belah tangannya sudah dipenuhi dengan paper beg.
“Irina, stop dulu. Aku penat lah" rungut Nadia seraya dia melabuhkan punggung pada bangku di dalam pasaraya itu.
“Alaa..aku tak habis shopping lagi"
Ehem!
Anas berdehem di belakang gadia itu. Irina cepat-cepat berpaling. Nadia dan Qistina sudah menutup mulut sendiri. Tak...percaya dapat jumpa Lelaki Pujaan Wanita depan-depan.
“Err, Irina. Kita orang pergi makan dulu. Bye!" kata Qistina melambaikan tangan lalu Nadia yang masih terpinga-pinga itu deheret juga lengan gadis itu. Tidak mahu menganggu Anas dan Irina.
Tidak sempat Irina berkata, Qistina dan Nadia sudah pun hilang dari pandangan matanya.
Nak tak nak dia terpaksa juga menoleh kembali ke arah Anas dengan muka yang monyok. Tak syok lah shopping dengan lelaki yang berhati batu ni.
“Kenapa kau tinggalkan aku kat bawah tadi" tutur Anas geram. Boleh pulak dia tinggalkan aku. Dengan shopping bagai.
“Dah peminat awak ramai sangat. Sampai saya pun terdorong belakang tau. So saya tak naklah ganggu awak. Sebab tu saya shopping ni" kata Irina sambil mengangkat kesemua paper begnya itu.
Anas mengeleng kepala. Banyak betul minah ni beli barang. “Kenapa tak beli satu pasar raya ni terus" sindir Anas.
“Sorry la. Dah la awak, jom kita beli. Saya dah siap beli dah ni" Irina terus berjalan melintasi lelaki itu.
“Eh jap" Anas menahan lengan Irina.
“Apa?"
“Barang dapur dah beli dah ke?"
“Hah? Barang dapur?" soal Irina kembali. Aduh..aku nak cakap apa ni. Sumpah aku tak ingat pun tadi nak beli barang dapur.
Anas masih setia menanti jawapan dari wanita itu. Dia mengangkat kenih sebelah apabila Irina masih lagi diam.
“Err tak. Terlupa" jawab Irina perlahan.
“What?! Habistu kau beli apa?" Anas terus mencapai salah satu paper beg pada pegangan wanita itu.
Sekali lagi kepalanya digeleng sendiri. “Baju je?"
Irina lantas mengangguk. “Haah semua yang saya beli ni pakaian" Kata Irina mengangkat semula papper beg itu.
Anas melepaskan keluhan berat. Penat lah aku dengan dia ni.
“Fine. Ikut aku. Kita beli barang dapur" Anas terus memimpin lengan gadis itu.
Apabila ramai mata yang memandang ke arah kereta, Irina lantas menundukkan wajahnya. Kenapa diorang pandang aku ni macam nak telan je ni.
~•~•~•~•~•~•~•
Irina menolak troli sementara Anas di hadapannya itu memilih barang-barang yang diperlukan.
Macam terbalik pun ada. Sepatutnya lelaki yang patut tolaj troli dan wanita yang patut memilih barang. Tapi melihat mereka berdua ni, macam terbalik pulak. Wanita yang menolak troli dan lelaki pula yang memilih barang.
“Anas nak ni" Irina mencapai satu paket Mee Segera.
Anas toleh. Kepalanya digeleng laju.
“Tak baik untuk kesihatan makan benda tu "
“Ni?" Dia menunjuk pula satu bar coklat cudbary.
Aydan menggeleng.
“Kalau tu?" donat coklat yang berada di dalam bekas itu ditunjuknya.
Anas tetap menggeleng.
“Ish..habistu nak makan apa?" kakinya dihentak kuat ke lantai. Merajuk! Tapi dia tahu rajuknya itu tidak akan dipujuk oleh Anas. Yelah. Hati batu kan. Mana faham perasaan orang.
“Kita makan...." Ayatnya berhenti disitu sambil matanya melilau mencari makanan yang sesuai.
“Tu. Kita makan yang tu" jarinya ditunjukkan ke arah kedai cupcake yang tidak jauh dari mereka.
Baru sahaja Anas hendak menggeleng, tiba-tiba Irina sudahpun menarik kasar lengannya sehinggalah mereka berdua masuk ke dalam kedai itu.
“Aku tak suka......"
“Miss, tolong ambilkan saya yang ni, yang ni, yang ni, yang ni, yang ni dan yang ini" sekali lagi Irina memotong percakapannya. Cepat sahaja jarinya menunjuk ke menu cupcake pada kaunter itu.
Wanita itu hanya mrngangguk lalu beredar dari situ untuk membungkus cupcake yang dipesan oleh Irina tadi.
Mulut Anas terlopong besar. What?! Gila apa perempuan ni nak makan banyak tu.
“No! Aku tak suka kau makan cupcake tu. Tak berkhasiat lah. Kita cancel!" kata Anas tegas.
“Takpelah. Saya yang makan, bukannya awak. Awak jangan risau. Yang cupcake ni saya sanggup bayarkan."
“Tapi makanan tu...."
“Cik, ni cupcake cik" wanita itu menghulurkan bungkusan yang sudah dibalut cantik yang di dalamnya mempunyai cupcake yang dipesan oleh Irina.
Anas mendengus kasar. Kenapalah setiap kali aku nak bercakap, mesti ada yang menyampuk.
“Semuanya 31 ringgit 20 sen"
Irina terus mengangguk lantas duitnya dikeluarkan kepada wanita itu.
Selesai membuat bayaran, Irina dan Anas serentak keluar dari kedai itu.
Anas terus berlari mendapatkan troli mereka berdua. Nasib baik tak kena curi. Haish! Ni semua sebab minah ni.
“Puas hati?" sindir Anas seraya menjeling sekilas ke arah wanita itu.
Irina mrngangguk. “Ye. Saya puas hati sangat-sangat" ucapnya separuh berbisik pada telinga Anas.
“Nanti bila kau sakit, jangan nak cari aku"
“Dahlah, aku dah lapar dah ni. Tiba-tiba terasa nak makan makanan air tangan kau pulak. Kau boleh masak kan?" soal Anas tiba-tiba.
Irina menelan liar. Masak? Aduh..pegang pisau pun aku tak pandai. Macam mana ni? Takkanlah aku nak cakap tak pandai dekat lelaki ni.
“Pandai ke?" tanya Anas apabila melihat wanita itu berdiam diri.
“Err, of..of course lah pandai. Awak cakap je awak nak makan apa. Saya buatkan "
“Baguslah kalau macam tu. Aku nak kau buatkan Ikan siakap 3 rasa" pinta lelaki itu seraya kakinya mula berjalan ke arah Barangan basah.
Sekali lagi Irina menelan liur. Kesat. Ikan siapa 3 rasa? Sumpah aku tak pandai.
“Boleh kan?" soal Anas sambil mengangkat kening sebelah.
“Of..of course lah boleh..ke..kenapa tak boleh pulak" jawabnya tergagap-gagap.
“Okey, good."
Serentak itu, mereka mula membeli bahan-bahan untuk membuat Ikan siakap 3 rasa. Irina hanya memerhati sahaja Anas membeli barang. Sebab dia tak faham satu apa pun.
Jadi dia harapkan Anas jelah membeli ni. Nasib pandai pilih bahan-bahan semua ni. Senang kerja aku.
Irina meletakkan beg plastik ke dalam bonet kereta. Anas yang telah pun masuk ke dalam kereta itu, terus menghidupkan enjin kereta.
Irina terus sahaja menutup pintu kerera sebaik sahaja dia membolos masuk ke dalam.
Secara tidak sengaja, matanya terus terpandangkan hadiah-hadiah yang begitu banyak diletakkan di tempat duduk belakang.
Irina menutup mulut sendiri. Banyaknya! Sampai tak muat kereta ni. Ish! Ramai betul peminat dia ni.
“Kalau kau nak hadiah tu kau ambiklah" kata Anas apabila meluhat Irina yang tidak dikalihkan memandang hadiah yang banyak itu.
“Ye ke?! Banyaknya Anas."
“Nak buat macam mana, diorang yang bagi. Bukan aku yang mintak"
“Untung kan awak. Ada ramai peminat" Irina terus membetulkan duduknya sambil dia mengalihkan pandangan ke hadapan.
“Mhmm. Biasa je" balas Anas selamba. Enjin kereta dihidupkan. Pedal minyak ditekannya. Kereta BMW itu sudah hilang di hadapan Pasar Raya Pavilion Mall.
Share this novel