“Aaaaa!!!"
Kuat jeritan dari Irina membuatkan Anas yang baru masuk dari condo itu terus membuka langkah luas menuju ke bilik wanita itu. Terkejut juga dia mendengar suara jeritan itu.
“Kenapa ni?" Dia menyoal setelah daun pintu ditolak kasar.
Irina yang sedang berdiri di atas katil itu lantas berlari ke pintu lalu menutup kuat pintu biliknya. Nasib tak tercabut aja.
“Eh kau ni dah kenapa?"
“A..ada...Li...lipas dalam tuu" kata Irina menunjuk ke arah biliknya. Segera dia menolak tubuh Anas ke hadapan.
“Tolong buang lipas dalam bilik saya boleh tak?"
Anas berpaling. Selamba sahaja dia angkat bahu menandakan dia tidak tahu lalu berjalan semula ke arah biliknya.
Ingatkan apa lah tadi. Lipas je kut. Itupun nak takut.
“Anas!" Dia menarik belakang baju lelaki itu. Boleh pula selamba saja dia pergi macam tu.
“Apa lagi?"
“Tolonglah buangkan."
“Aku dah mengantuk dah ni Irina. Aku nak tidur." Balas lelaki itu jelas menunjukkan yang dia penat.
Baru sahaja dia ingin menutup kembali pintu biliknya, tiba-tiba Irina menahan.
“Habistu saya nak tidur mana malam ni?"
Anas diam. Melihat wajah Irina yang seakan kesian itu tiba-tiba akalnya mula datang.
“Dalam ni boleh" Anas membuka luas pintu biliknya itu. Mengalu-alukan untuk Irina masuk.
”No! Saya takkan tidur dalam bilik awak. Lagipun awak kan dah tetapkan peraturan tu"
Dia tepuk dahi sendiri. Tulah kau Anas. Buat perkara tak fikir dulu. Kan dah menyesal dah bila buat peraturan yang bukan-bukan macam ni.
“Err tak..maksud aku..Kau kan tak boleh masuk bilik kau tu, so maknanya aku bagi lah kau tidur sini satu malam je"
“Tak! Saya takkan berkongsi bilik, berkongsi katil, berkongsi tempat tidur dengan awak. Takkan sesekali" bantah Irina keras. Gila ke apa nak berkongsi satu bilik. Memang tak lah.
“Okey Fine kalau kau taknak" dia sudah mula pasrah. Faham sangat dengan Irina yang memang tak suka berkongsi.
“Eh jap" dia menaha lagi tatkala melihat Anas yang cuba untuk menutup pintu.
“Apa lagi?"
“Err..kalau saya tidur dekat ruang tamu macam mana? Bolehkan?" soal Irina meminta pendapat dari Anas.
Anas angkat kening sebelah. “Cuba kau bayangkan kalau tiba-tiba lipas tu keluar dari bilik kau and then dia datang dekat ruang tamu pula. Macam mana?" Sengaja dia berkata ingin menakutkan dengan gadis itu.
Meremang bulu romanya saat mendengar kata Anas itu. Tak dapat bayangkan nanti macam mana. Urgh! Sumpah menggelikan.
“Err..Kalau bilik atas?"
“Kau tahu tak, bilik atas tu family tikus tinggal tau. Kau nak ke tinggal sekali dengan diorang?" Semakin galak Anas mengenakan gadis itu. Dia tahan tawa dari meletus.
“Habistu? Saya nak tidur mana?"
“Macam yang aku cakap tadi. Bilik ni masih mengalu-alukan kedatangan kau" dia simpul senyum. Berharap yang Irina setuju.
“Tapi saya...."
”Okey, bye. Goodnight" cepat dia memotong seraya pintu ditutup rapat.
Irina tercengang. Dia gigit bawah bibirnya. Memikirkan sesuatu.
Lama dia begitu akhirnya nak tak nak dia terpaksa juga menumpang bilik Anas untuk satu malam.
Tombol pintu dipulas perlahan seraya badannya sudah masuk ke dalam.
Dia berjalan di setiap sudut bilik itu. Ya dia akui. Memang Anas seorang pembersih. Kemas sahaja biliknya ini. Tak macam bilik aku. Macam kapal pecah pun ada.
Terasa bilik air dibuka seseorang, lantas dia berpaling cepat bercampur terkejut. Yelah. Bayangan Anas tak terlihat pun.
Terus membuntang matanya saat melihat badan Anas yang masih basah lagi dengan kain tuala di lilit pinggang.
Cepat dia menutup matanya dengan kedua belah tangan. Tak tahan melihat badan Anas yang separuh terdedah.
Anas sudah terkekek ketawakannya. Pandai pula masuk bilik orang masa aku tengah mandi. Kan dah dapat malu tu.
Lama Irina tercegat dengan mata masih tertutup sehinggalah perlahan-lahan Irina membuka matanya sendiri.
Dia mengecilkan mata melihat Anas yang selamba tidur di atas katil sedang merenung ke arahnya.
Irina cover muka agar tak ketara sangat yang dia sedang menanggung malu.
“Dah makan ubat?" Soal Anas perlahan.
“Dah."
“Macam mana? Dah sihat?"
“Okey je. Cuma kepala masih pening" balasnya lagi. Macam mana tak pening bila tengok Anas yang tiba-tiba buat sidang media. What? Sidang media? Dia tepuk dahi sendiri. Macam mana dia boleh terlupa dengan Anas untuk bincang pasal sidang media ni. Aduh..ni semua lipas punya pasal.
“Come here" kata Anas seraya menepuk katil di sebelahnya.
Cepat Irina menggeleng.
“Cepatlah. Tidur sini"
“No. Saya takkan tidur dengan awak" katanya tidak setuju. Gila ke apa nak tidur sekali. Memang mereka sudah halal untuk tidur sekali. Tapi entah kenapa rasa janggal pula.
“Cepatlah Irina. Aku mengantuk ni. Esok nak bangun awal lagi. Cepatlah" gesanya lagi tidak mengendahkan penolakan wanita itu.
Melihat wajah Anas yang seakan tahan mengantuk itu dia pula yang jatuh kasihan.
Lambat-lambat dia berjalan ke arah katil lalu merebahkan badan di sebelah lelaki itu.
Anas sudah ukir senyum kemenangan.
Tangannya naik mengurut pelipis kepala Irina membuatkan gadis itu tergamam.
“Apa yang awak buat ni?"
“Aku tahu kepala kau pening. Sebab tu lah aku urut ni" katanya seraya tangan masih mengurut pelipis kepala Irina.
Gadis itu tidak menolak. Sebaliknya berasa lega sekali dengan urutan lelaki itu.
“Anas"
“Mhmm"
“Kenapa awak buat sidang media tak bagitahu saya?" Soal Irina yang dari lagi tadi tertanya-tanya.
Anas tergelak kecil. “Jadi kita ni nak pillow talk la ni"
“Tak kisah lah pillow talk ke apa. Jawab pertanyaan saya tadi Anas."
“Okey, aku akan jawab. First, aku buat sidang media sebab aku taknak kau keluar dengan Aydan memandangkan semua orang tak tahu lagi yang aku dah kahwin. So..."
“Awak cakap awak tak ambil pun apa yang saya cakap hari tu. Lagipun memang saya tak sengaja la" cepat dia memotong. Tidak sangka Anas rupanya mengambil hati dengan kata-katanya tempoh hari.
“Memang aku tak ambil hati pun. Cuma aku just ambil tindakan sebab aku taknak kau kerap keluar dengan Aydan."
“Tapi saya..."
“And lagi. Jangan sesekali menyampuk bila aku bercakap." Kata Anas memotong pula ayat Irina.
Wanita itu menaikkan anak mata hitamnya ke atas sambil mulut mengejek dengan kata-kata Anas. Sikit-sikit tak bagi aku menyampuk. Menyampah tau.
“Okey, kita teruskan. Second, aku buat sidang media tu sebab aku taknak ada halangan nanti untuk kita berdua keluar. So boleh lah nanti kita keluar bila-bila masa" kata lelaki itu sambil tangan masih kerja mengurut.
Irina kemam bibir. Nak je aku menyampuk. Tapi disebakan taknak Anas buat macam-macam dekat dia, jadi lebih baik kunci mulut kemas-kemas. Diam lebih baik.
“And third. Aku taknak nanti orang fitnah kita buat kerja yang bukan-bukan. So baik aku bagitahu semua orang sebelum terlambat. Jelaskan?"
“Mhm. Tapi kenapa awak tak bagitahu saya?"
“Sebab aku tahu yang kau takkan setuju" balasnya cepat mengundang jelinagan Irina.
“Dahlah saya nak tidur" ujar Irina seraya menolak tangan Anas ke tepi setelah perbincangan mereka telah selesai walaupun belum lagi memuaskan hatinya. Sabar je lah. Mata ditutup rapat. Cuba untuk melenakan dirinya sendiri.
Lama Anas merenung wajah cantik yang tiada cacat cela itu sehinggalah telinganya menangkap bunyi dengkuran halus dari bibir wanita itu.
Dia tergelak kecil. “Aik..dah tidur rupanya"
Handphon di atas meja sebelah katilnya di ambil lalu wajah Irina yang sedang lena itu ditangkapnya.
Bibir tidak lekang sengan senyuman. Gambar itu dipostkan ke dalam instagram. Dia..harus bagitahu semua orang yang Irina isterinya yang sah walaupun dia tahu yang ada lagi seorang yang akan menjadi isterinya.
Erinda!
Nama yang paling jijik didengarnya. Dia takkan sesekali jatuh cinta pada wanita itu. Takkan sesekali. Tekadnya sendiri.
“I love you sayang" ucapnya seraya mencium kedua belah pipi gadis itu.
~•~•~•~•~•~
Dia memisat matanya sendiri setelah tidurnya sudah puas. Tangan meraba di sebelahnya dengan mata masih tertutup rapat.
Setelah merasakan yang tubuh Anas tidak dirasa, barulah dia perlahan-lahan membuka mata seraya berpaling ke tepi.
Jelas Anas sudah tiada di sebelahnya. Nampaknya lelaki itu sudah pergi ke kerja.
Argh!! Lagi sekali aku bangun lewat. Geramnya!
Dia bingkas bangun seraya kakinya berjalan ke bilik air Anas.
Setelah 10 minit dia menyejukkan tubuhnya, akhirnya dia keluar juga dengan berkemban kerana dia terlupa untuk membawa pakaian.
Sekarang baru lah dia teringat yang kesemua pakaiannya berada di dalam biliknya. Dan..biliknya masih lagi ada...Lipas!
Dia sudah mundar mandir di situ. Nasib baiklah Anas sudah pergi ke kerja. Kalau tak..mahu malu aku 3 tahun bila berkemban macam ni aja.
Almari pakaian lelaki itu diselongkar. Mana tahu kot-kot ada baju yang sesuai ke.
Tiba-tiba matanya tertancap pada sebuah kotak hadiah di dalam almari itu.
Tanpa bercakap banyak, kotak hadiah itu dibuka lalu terpapar satu pakaian yang begitu cantik pada pandangannya.
Lace dress berwarna hijau turqoise itu dibeleknya dengan senyuman dibibir.
Nasib baiklah ada juga pakaian yang sesuai.
Tapi nampak cantik sangatlah. Tak sesuai langsung kalau pakai dekar rumah je.
Ahh lantaklah! Janji ada pakaian!
Setelah menyalin pakaiannya di badan, dia berdiri kaku di hadapan cermin sambil merenung dirinya sendiri.
Haba badannya sudah berkurangan. Mungkin sudah sembuh dari demam.
Dia duduk di birai katil seraya tangannya ligat bermain telefon.
Dahi berkerut seribu saat dia membaca ramai orang yang dm-nya di instagram dengan mengucapkan ‘tahniah'
“Apa semua ni?" Soalnya sendiri. Ratusan orang mengucapkan tahniah kepadanya. Malah gadis itu masih lagi bingung.
Sehinggalah matanya tertancap pada sebuah gambar yang tidak asing baginya.
What? Itu kan muka aku?!
Dia melihat gambarnya yang sedang tidur itu dengan caption yang tertulis..
“If a kiss was a raindrop, I send you a shower. If a hug was a second, I send you an hour. If a smile was water, I send you the sea. If you need love, I send myself"
Entah kenapa hatinya berbunga-bunga tika ini saat membaca ayat romantis itu di...
Instagram!
Wait what?!.. Dia pos muka aku dalam instagram? Ah Anas....sekali lagi kau malukan aku..Ahh geramnya!
~•~•~•~•~•~•
Dia mengepal penumbuk. Sakit hatinya saat melihat media sosial Anas yang di pos gambar perempuan tu.
“Mummy, tengok ni" kata Erinda seraya menyuakan telefonnya ke hadapan muka wanita itu.
Datin Suhaila yang melihat itu turut juga terkejut.
“Macam mana ni Mummy. Semua orang dah tahu dah yang perempuan tu isteri Anas" rengek wanita itu membuat wajah kasihan.
Datin Suhaila terdiam di situ. Sedang memikir sesuatu agar rancangannya berjaya.
“Mummy tahu" katanya berubah gembira disambut dengan kerutan di dahi Erinda.
“Apa dia Mummy?"
“Perkahwinan kamu dengan Anas akan berlangsung tiga hari lagi" kata wanita itu beriak selamba.
Erinda sudah terkejut tidak percaya. What?! Gila ke apa?! Dari tempoh sebulan, jadi seminggu. Dari seminggu, jadi tiga hari pula.
Tapi apa masalahnya kan. Lagi cepat lagi bagus. Lambat-lambat dia menerima rancangan Datin Suhaila.
Lagipun dia sudah tidak sabar untuk memiliki Anas sepenuhnya.
Nampaknya hari yang aku tunggu akan tiba juga. Anas...tak lama je lagi..You akan jadi milik I.
~•~•~•~•~•~•
“Abang, kenapa ni? Ada problem ke dekat office tu?" Soal Datin Khatijah seraya mengambil tempat di sebelah suaminya.
Kedengaran lelaki itu menghela nafas berat. Pening kepala memikrkan rumahtangga anaknya itu.
“Saya fikir pasal Irina"
“Kenapa dengan Irina?"
“Yelah..awak tahu kan yang Irina tu dari kecil lagi tak suka berkongsi. So cuba kita bayangkan kalau tiba-tiba dia dapat tahu yang dia dah ada madu selama ni. Macam mana lah perasaan dia nanti." Kata Dato Mukhriz sayu. Dia pula tumpang bersedih melihat anaknya itu.
Datin Khatijah hanya tersenyum hambar. Dia sendiri pun tidak mampu untuk berbuat apa-apa kalau Anas pun sudah membuat keputusan untuk kahwin lain.
“Tulah abang. Saya pun tak dapat nak bayangkan nanti. Harap-haraplah rumahtangga Irina tu akan terus bahagia"
“Saya pun harap macam tu tijah. Harap-haraplah Irina terima semua ni dengan hati yang terbuka." Sokong Dato Mukhriz pula.
“Abang percaya ke yang Anas boleh bahagiakan anak kita tu?" Soal Datin Khatijah memandang ke arah suaminya.
“Saya yakin...Saya yakin yang Anas boleh bahagiakan Irina" katanya penuh yakin.
Dia tahu yang Anas pasti cintakan anaknya. Kalau tak, dia takkan tiba-tiba buat sidang media hanya untuk beritahu semua orang yang dia sudah berkahwin.
Hari ni kita bagi triple chapter memandangkan Mira dah jarang update..So yeppy reading semua ^~^
Share this novel