Pagi-pagi lagi Dato Mukhriz dan Datin Khatijah pergi ke kerja. Kembali seperti sedia kala.
Irina bangun awal pagi. Memandangkan Mak Imah tiada di dalam rumah ini, jadi dialah yang kena jadi bibik tidak berbayar kepada 2 ekor makhluk tu.
Sebenarnya, papanya ingin mengupah 2 orang gaji. Tapi dibantah oleh Aulia. Katanya, buat membazir je. Tapi dia bantah tu pun, sebab nak suruh aku lah tu jadi orang gajinya. Huh! Kurang asam punya kakak macam ni.
Sedar tidak sedar, dirinya sudah berada di dapur. Mungkin banyak sangat membawang pasal Aulia dan Sara di dalam hati sampaikan tidak sedar yang dia sudah sampai di dapur.
Kepalanya yang tidak gatal digarunya. Aduh! Aku nak masak apa ni? Pegang pisau pun aku tak pandai. Tak pasal-pasal terpotong jugak jari aku nanti.
Tangannya diletakkan di bawah dagu. Cuba untuk berfikir masakan yang sesuai. Mhmm makan apa ya, yang mudah dan sedap.
Cococrunch!
Tiba-tiba makanan itu berlayar di dalam benaknya. Mhm buat jelah. Lagipun senang je nak buat cococrunh tu. Tuang air susu ke dalam mangkuk, lepastu letakkan cococrunh ke dalamnya. Siap!
Dia merenung cococrunch yang sudah dibuatnya. Ketiga-tiga mangkuk itu disusunnya elok. Cukuplah untuk 3 orang makan.
Tiba-tiba dia berasa lucu pula apabila dia hanya menyediakan cococrunh sahaja. Kita tengok apa reaction 2 ahli sihir tu. Haha jahatkan kau Irina panggilkan kakak kau tu ahli sihir. Tidak lama kemudian, kedengeran derapan tapak kaki manusia yang mula berjalan ke arahnya.
Irina paling.
Dia menggeleng kepala sendiri.
Betul lah apa yang aku cakap. Kakak aku ni memang ahli sihir. Tengok rambut dia lepas bangun dari tidur. Serabai betul.
Sara melabuhkan punggung di atas kerusi. Tangannya menutup mulut yang masih menguap itu.
“What?! Ni je?" soalnya sebaik sahaja dia membuka mata.
Irina jeling. Okeylah tu dari takde makanan. Kau ingat aku ni tukang masak ke? Suka-suka je suruh aku masak makanan yang kau suka. Huh! Tak bersyukur lansung.
“Kau ingat aku makan ke cococrunch ni? Makanan budak-budak kot" Sara masih merungut. Mangkuk yang berisi cococrunh itu ditolaknya ke tepi.
‘Eleh. Makanan budak-budak lah sangat. Dia ada tulis ke dekat situ yang budak-budak saja yang boleh makan? Takde kan. So, takde istilah yang tu hanya makanan budak-budak je' gumam Irina geram.
“Kau memang tak pandai masak ke ah?"
“Tak pandai" cepat Irina membalas. Mulutnya dibuka sebaik sahaja dia mencedok cococrunh itu.
Sara ketap bibir.
“I cannot eat this!"
“So?" berani kau melawan kan Irina. Tak serik-serik lagi ke yang dia pergi buka plaster kau tu semalam? Tak pasal-pasal menangis tak berlagu lah kau kejap lagi kalau kakak kau ni pergi bukak pulak plaster kau ni.
“Urgh! Kau boleh tak tolong diam tak?!. Dahlah aku tengah lapar ni. Alih-alih, kau pulak pergi sediakan cococrunch ni buat apa?"
Irina diam.
Okey, baik aku diam sebelum apa-apa yang terjadi.
“Dah takde makanan lain ke ah kat dalam rumah ni?" suara Sara masih tidak diperlahan. Bagai nak tercabut anak tekak tu dijeritnya. Padahal aku kat depan dia je. Dia ingat aku pekak ke apa ah?
Sunyi
“Kau bisu ke, Irina? Aku tanya kau ni. Dah takde suara nak bercakap ke ah?!"
Irina kancing gigi kuat. Ish! Minah ni. Tadi suruh aku diam. Bila aku diam, suruh aku bercakap pulak. Serba tak kena lah!
”Ye, dengar " jawab Irina acuh tak acuh.
“Apa yang bising-bising ni. Dari atas lagi dengar suara korang tau" tiba-tiba Aulia pula datang mencelah.
“Ni, akak! Tengok ni. Boleh pula Irina sediakan kita cococrunch. Ingat kita ni budak-budak ke apa?"
Aulia datang ke arah meja makan. Kepalanya mendongak memandang cococrunch itu.
Tidak lama, mangkuk cococrunch itu diangkatnya lalu perlahan-lahan dia menumpahkan isi yang ada di dalam mangkuk itu. Irina membuntang biji mata.
Melihat itu, Aulia dan Sara tertawa sinis.
“Tak payah risau Sara. Kejap lagi kita keluar. Kau pergi bersiap dulu"
Sara angguk. Sempat lagi dia menjeling sinis ke arah Irina. Aulia dan Sara berasama-sama menuju ke bilik mereka masing-masing.
Irina menunduk.
Tiba-tiba dia merasa sebak pula. Apa salahnya dengan cococrunh ni? Penat-penat aku buat. Penat? Tapi taklah penat sangat. Cuma aku buat ni dengan ikhlas. Tengok-tengok, cococrunh ni dah elok mencium lantai.
Dia menyapu air mata di tubir matanya. Buat apa dia perlu menangis? Dia sudah biasa dengan situsi seperti ini. Dipulaukan dan dibuli oleh kakak-kakaknya. Memang itulah yang dia lalui sejak kecil lagi.
~•~•~•~•~•~•
Zein memberikan Anas kunci kereta Irina yang telah dihantarkan ke bengkel itu.
Anas menyambut. Dia kerling jam tangannya. Waktu lunch. Nak bagi dia bila ye kunci ni?
Dia mengangkat wajah memandang Zein itu. “Takpe, Zein. Kau boleh keluar dulu"
Zein hanya mengangguk. Kakinya mula melangkah keluar dari bilik Anas.
Anas bangun. Dia melemparkan pandangan ke dinding kaca biliknya. Tangannya dimasukkan ke dalam kocek seluar.
Tiba-tiba wajah Irina bermain di benak fikirinnya. Cepat-cepat dia menggeleng. Cuba untuk menafikan yang dia tidak memikirkan pasal wanita itu.
Tapi secara tidak sengaja, dia melihat semuanya layanan kakak-kakaknya itu kepada Irina.
Ya! Dia sendiri sudah menyaksikannya. Dia tidak sangka, disebalik wajah Irina itu dia menyimpan banyak kesedihan. Paling dia tidak sangka yang kakaknya itu sanggup mencederakan Irina.
Patutlah dia tidak pernah pun melihat senyuman atau gelak ketawa dari bibir gadis itu.
Tanpa fikir panjang, laju sahaja kakinya berjalan ke arah pintu biliknya. Niatnya hanya satu. Ingin berjumpa dengan Irina.
~•~•~•~•~•~•~•
Aulia dan Sara duduk di atas sofa yang berhadapan dengan televisyen. Aulia sedang khusyuk menonton cerita kesukaannya. Cerita apa lagi selain cerita korea.
Sara pula, masih tidak boleh berenggang dengan handphonnya itu. Sesekali dia tersenyum seorang diri. Entah siapa pula, dia mesej tu.
Irina? Di mana lagi Irina selalu ada melainkan di dalam biliknya. Walaupun itu membosankan, tapi apa yang patut buat. Jadi, novel lah kawannya setiap masa. Dia hanya membaca novel sahaja 24 jam. Lagipun tiada apa yang patut dia buat.
Tok! Tok!
Bunyi ketukan dari pintu itu membuatkan Aulia berpaling. Sara disebelahnya, masih tidak perasan.
Aulia menolak sedikit lengan Sara membuatkan Sara berpaling ke arah Aulia.
“Apa dia?"
“Sapa dia tu? Papa ke?" duga Aulia.
Sara jongket bahu. “Entah. Pergilah buka"
“Irina!" Aulia melaung kuat nama Irina di dalam biliknya itu.
Irina tergopoh-gopoh menuruni anak tangga. Apa lagi yang tak puas dengan kakaknya itu.
“Apa?" soal Irina lembut seraya membetulkan skirt pendeknya itu.
“Pergi buka pintu. Tengok, siapa yang datang"
Irina ternganga.
Dia panggil aku semata-mata nak suruh bukakkan pintu je ke? Gilalah. Aku ingatkan apa lah tadi.
“Apa? Tak puas hati?"
Cepat-cepat Irina menggeleng walhal di dalam hatinya sudah menyumpah kepada Aulia itu.
Lambat-lambat kakinya menuju juga ke pintu utama rumah itu.
Buka sahaja pintu utama rumah itu, matanya terbuntang luas bila melihat Anas di hadapannya.
Nak-nak bila lelaki itu menjatuhkan pandangannya atas bawah melihat penampilan Irina.
Anas menelian liur. Perempuan ni nak tunjuk show dekat depan mata aku ke apa? Punyalah seksi dia pakai macam tu.
Cepat-cepat Irina menutup kembali pintu itu. Gila apa? Macam mana lelaki tu boleh ada dekat sini. Manalah aku tahu dia nak datang. Alahh, kan dah malu. Dahlah aku pakai skirt pendek je. Atas dari lutut. Lelaki mana yang tak nak tengok.
Pintu itu ditutup kuat menyebabkan Aulia dan Sara serentak berpaling ke arahnya.
“Kau ni dah kenapa? Siapa tu?" soal Aulia kasar.
“Er.. Di..dia le..lelaki" sesudah itu, dia mendaki tangga menuju ke biliknya untuk menukar pakaian.
“Apa? Lelaki" Sara bangun. Seronoklah kan kalau ada lelaki datang. Dia sudah kuntum senyum bahagia. Agak-agak siapa ye.
Tangannya menekan tombol pintu.
Sara jatuh rahangnya. W..what?!. Tengku A..Anas Danial?
Anas diam. Ni lagi sorang. Pakai tu punyalah seksi. Tak nak pergi tukar ke?
Anas berdehem membuatkan lamunan Sara terhenti.
“Er, awak datang sini nak jumpa saya ke?" soalnya malu-malu.
Anas angkat kening sebelah. Gediknya lah!
“No. I came here to meet Irina"
Sara kancing gigi. Kenapa mesti ada nama Irina? Huh!
Sara masih tidak puas hati dengan jawapan Anas itu. Nak jumpa Irina? Mereka ada hubungan ke?
“Er nak jumpa Irina buat apa ye?"
“None of your business" ucapnya bersahaja.
Tidak lama kemudian, Irina turun dengan nafas tercungap-cungap. Dia menyedut udara sepuasnya. Kemain lagi aku lari macam nak berlumba lari semata-mata nak tukar baju. Huh! Semuanya pasal mamat ni.
Anas memandang tajam Irina di sebelah Sara itu. Irina tayang muka bersahaja.
Dengan aksi selambanya itu, Anas menarik tangan Irina supaya keluar dari rumah itu. Irina membulat mata. Kenapa mamat ni selalu je tarik tangan aku ah?! Nak-nak depan Sara pulak ni. Confirm aku kena bersoal jawab pula dengan dia kejap lagi.
Mereka memilih untuk berbual di sebatang pokok yang rimbun di dalam kawasan rumah Dato Mukhriz juga.
Irina duduk memeluk lututnya di atas rumput itu begitu juga dengan Anas. Mereka duduk berhadapan.
“Apa?" tanya Irina. Malas ingin berkias-kias lagi. Dahlah datang kat rumah aku ni tak diundang. Lepastuh, suka-suka je tarik tangan aku.
“This" Anas menunjukkan anak kunci kereta Irina yang tergantung di jari telunjuknya.
Irina cuba mencapai. Tapi Anas terlabih dahulu melarikannya.
“You don't want say ‘thank you'?" soalnya sambil mengangkat kening sebelah.
Irina berdecit. Apasal pulak dengan mamat ni. “For what?"
“Because I send the car at workshop"
“Thank you" ucap Irina menekan bait-bait perkataan itu.
Anas menghulurkan kunci kereta itu. Irina menyambut cepat.
“Where's my car?"
“Dekat bengkel"
“What?!" Urgh! Geramnya aku dengan dia ni!. Aku ingatkan dia datang sini sebab nak bagi kereta aku balik yang rosak semalam. Alih-alih dia datang bagi kunci kereta je? So maknanya aku kena pergi bengkel lah ni! Habistu aku nak naik apa pula nak pergi bengkel?! Arghh. Cakap nak tolong aku, tapi ini ke dinamakan pertolongan. Lagi menyusahkan ada je lah.
“Baik kau pergi cepat. Bengkel tu tutup pukul 6."
Irina membuka hanphonnya yang dipegang tadi. Mulut dia ternganga. What?! Dah pukul 5:30? Manalah sempat.
Dia memandang Anas. Anas bersiul kecil sambil wajahnya diangkat ke atas memandang daun pokok yang rimbun itu. Tangannya setia di dalam kocek seluar.
Irina kemam bibir. Boleh pula dia tayang muka selamba dia tu depan aku?!. Ini ke yang dinamakan Lelaki Pujaan Wanita. Dahlah selalu cari pasal dengan aku. Dan sekarang dia menyusahkan aku pulak?!. Ini ke lelaki yang mereka agungkan selama ni? Huh! It's so funny.
Anas menurunkan wajahnya dan memandang tepat ke arahnya. “why? Tak puas hati?"
“Kenapa awak tak ambil kereta saya?!"
Anas jongket bahu. “That's why it's not my car"
“Fine!". Pasal kereta tu esok-esok je lah aku selesaikan. Yang penting sekarang ni, aku nak lelaki ni balik sekarang juga. Nak tengok muka dia tu pun rasa benci tau. Nasib hensem. Amboi Irina. Dalam benci-benci pun, sempat lagi kau memuji kan. Nasib baik tak dengar dekat Mamat tu yang aku puji dia.
“I know I handsome"
Jatuh rahang Irina. W..what?! Dia boleh tahu?. But why? Mamat ni magician ke? Ke dia ada sihir boleh tahu fikiran orang?
“Okey, bye"
Irina bangun. Malas aku nak berlama-lama dengan mamat ni. Tak pasal-pasal ada yang pecah muka kejap lagi.
Kira-kira ingin berlalu dari situ, tapi tangan Anas cepat menyambarnya.
Perlakuan itu, disaksikan oleh Aydan yang baru sahaja sampai. Sebenarnya, niatnya ingin pergi ke rumah Irina kerana ingin menjemput Irina keluar. Walaupun dia tahu, yang Irina mungkin tidak boleh keluar. Tapi apa salahnya kalau mencubakan. Bila dia datang sini, dia dihidangkan dengan aksi ni pulak?
Irina buat rolling eyes.
Inilah salah satu sifat Anas yang orang lain tak tahu. Suka-suka je main pegang. Dahlah pegang tangan. Ingat kat tangan aku ni ada nama dia ke ah?!
Aydan berdehem membuatkan Anas dan Irina cepat berpaling ke arah suaranya itu.
Aydan berjalan mendekati mereka. Pergelangan tangan Irina dilepaskan. Wajahnya dikalihkan ke arah Aydan yang makin mendekati mereka. Sumpah aku menyesal pegang tangan perempuan ni. Nak-nak crush Aydan pulak tu. Tak pasal-pasal ada sesi soal jawab pula.
Tapi kenapa bila aku pegang tangan dia, aku rasa kelembutan tu yang aku tak pernah rasa selama ni? Aku pun pelik kenapa aku selalu pegang tangan dia. Macam dengan kat tangan dia tu ada magnet untuk menariknya supaya aku pegang tangan dia.
Cepat-cepat Anas menggeleng. Cuba untuk menghalau fikirannya dari berfikir tentang Irina. ‘Ingat Anas. Kau takkan tunduk dekat perempuan. Semuanya materialistik dan hipokrit Anas.' dia mengingatkan dirinya yang semakin hanyut bila bersama Irina.
Aydan kuntum senyum.
Irina hanya membatukan dirinya saat ini. Hanya dia tahu, dia ingin lari dari 2 lelaki ini. Kerana dia tahu, pasti kakaknya itu sedang melihat semuanya dari tingkap biliknya.
“Oh, Aydan. Bila sampai?" tanya Irina sekadar berbasa basi walaupun dia sudah tahu yang Aydan baru sahaja sampai.
“Baru je tadi"
Anas tayang muka selamba. Cuba kawal riak terkejutnya.
Sunyi
Bunyi deringan telefon Irina telefon Irina membuatkan 2 lelaki itu menoleh ke arahnya.
Irina melihat nama yang tertera di skrin iphonennya itu.
‘Kak Sara'
Dia mengeluh berat. Sedia untuk menadah telinga untuk mendengar cacian dari kakaknya.
Speaker handphonnya diperlahankan sedikit supaya telinganya sahaja mendengar.
“A..apa?"
“Taknak masuk rumah ke? Ke masih taknak berpisah dengan Anas? Nak-nak bila sepupu dia pulak datang kan."
“Irina akan cerita semuanya"
Talian terus dimatikan.
Wajah Anas dan Aydan dipandang silih berganti. ‘Korang tahu tak, disebabkan korang lah aku jadi mangsanya' tempik Irina di dalam hati.
“Saya masuk dulu" ucapnya lalu mula membuka langkah untuk pergi dari situ.
Aydan capai tangan Irina. Irina mengeluh perlahan. Ha ni lagi sorang. Suka-suka pegang tangan aku. Eloklah tu jadi sepupu. Perangai tak boleh blah lansung.
Membuat itu, Irina terpaksa berpaling dalam kepaksaan. Aku nak cepat ni. Dahlah ada orang yang tengah perhatikan aku.
“We need to talk"
“Err mungkin esok or lain kali. Saya masuk dulu"
Perlahan-lahan Irina meleraikan tangan Aydan dari terus memegangnya. Dia terus berjalan ke arah pintu rumahnya. Sumpah aku takut giler nak tengok muka Sara nanti. Mesti dia cemburukan.
Aydan meraup wajahnya kasar. Dia pandang Anas. Anas seperti biasa. Hanya tayang wajah selamba walhal di dalam hatinya ingin memutar balik masa agar tidak akan pegang tangan wanita itu.
“Kau ada apa-apa ke dengan Irina?"
“No. I just give key to she"
“Sampai berpegangan tangan?" soal Aydan mengangkat kening sebelah.
“It was a coincidence"
“Okay. I hope it is a coincidence"
Anas hanya diam. Kakinya sahaja bergerak ke luar dari rumah itu.
“Jom borak kejap" ajak Aydan sambil dia berlari kecil mendapatkan Anas.
“No problem"
~•~•~•~•~•~
“Kau ada apa-apa ke dengan Anas tu?" tanya Sara sebaik sahaja Irina masuk ke dalam rumah.
“Takde apa-apa pun"
“Habistu dia datang sebab apa?"
“Sebab nak bagi kunci kereta Irina"
Sara diam. Cuba untuk memikirkan sesuatu.
“Kunci kereta? Macam mana kunci kereta kau boleh ada dengan dia?"
Irina mengeluh. Malas lah aku nak cerita semua ni.
“Okey macam ni. Sebenarnya masa Irina dalam perjalanan pergi ke hotel tu, tiba-tiba tayar kereta Irina pancit. So, masa tu lah Anas datang tolong. And Irina tumpang kereta dia masa tu"
“Kau memang sengaja kan pancitkan tayar kereta kau tu"
“Mana ada lah" gila apa nak aku pancitkan tayar kereta sendiri semata-mata nak naik kereta dengan si mamat tu.
“Tapi kau takde apa-apa kan dengan dia?"
Irina menggeleng.
“Baguslah kalau macam tu", kata Sara sebelum berlalu pergi.
“Dia cemburu ke? Dia ada perasaan dekat Anas ke?" soalnya perlahan.
Share this novel