Irina mundar-mandir di ruang tamu apabila bayangan Anas masih lagi tidak kelihatan. Malam sudah menjelma tetapi lelaki itu belum lagi pulang ke rumah walhal dia keluar pada waktu pagi. Lama benar dia keluar. Ke ada apa-apa yang terjadi?
Pelbagai andaian yang bermain di kotak pemikirannya tika ini. Sesekali dia menjenguk ke arah pintu. Tapi masih lagi sama seperti tadi iaitu pintu masih tertutup rapat.
Akhirnya dia mengambil keputusan untuk tunggu sahaja Anas balik. Dia pasti lambat laun lelaki itu akan balik juga.
Tombol pintu dipulas cepat. Terhuyung-hayang dia berjalan dek kepalanya yang mula merasa pening dan sakit.
Sampai sahaja di ruang tamu, terus matanya tertancap ke arah Irina yang berjalan ke arahnya. Anas hanya tersenyum tawar.
“Anas, kenapa awak..." terus mati ayat Irina bila tubuhnya dipeluk kuat oleh lelaki itu.
Irina tergamam. Kenapa ni?!
“Anas, are you okey?" soal Irina yang cuba mendongak ke atas membalas pandangan Anas.
“No. I'm not okey" jawabnya dalam tangisan. Badan Irina dipeluk erat sehingga gadis itu tercungap mencuri nafas.
‘Dia..menangis? Apa yang dah jadi sebebarnya?'
“Anas..apa yang dah jadi ni? Why are you crying?"
“Aku dah buat benda yang paling kau tak suka. Aku bodoh. Buat keputusan tak fikir dulu semua tu. Semuanya silap aku" luah Anas apa yang terbuku di dalam hati nengundang kerutan di dahi Irina.
“Apa yang awak dah buat?"
“No, itu tak penting. Tapi kau maafkan aku kan?"
Diam. Irina pun menundukkan kepalanya di dada bidang Anas. Tidak tahu untuk berkata apa-apa lagi sedangkan otak ligat berfikir apa yang Anas dah buat.
“Irina, kau maafkan aku kan?" desaknya lagi apabila tiada respon dari sang isteri.
“Saya tak tahu apa yang awak dah buat Anas. Tapi saya maafkan awak" ucap Irina perlahan tapi cukup didengari oleh lelaki itu membuatkan dia ukir senyum hambar.
“Thanks Irina" sesudah itu, dia terus meleraikan pelukan. Irina merenung dalam wajah Anas yang sudah lencun dengan air mata. Dirinya tertanya sendiri apa yang dah jadi sebenarnya. Tapi dia tahu yang soalannya itu tidak akan dijawab oleh Anas.
‘First time tengok Anas menangis macam ni, rasa cute pula muka dia tu.'
Anas mengesat air matanya. Entah kenapa pula jadi emosi macam ni pula.
“My bunny" kata Irina tersenyum sendiri sambil mencubit pipi lelaki itu
“What?! Are you smile?" soal Anas separuh terkejut. Dia ni dah kenapa. Tak pernah tengok orang senyum ke apa.
“Kenapa? Apa yang peliknya?"
“Aku tak pernah tengok kau senyum macam tu. So beaitiful. And this.." jari menyentuh lesung pipit Irina di sebelah kanan.
“Sangat cantik!"
“Tapi sayangnya, kau tak pernah senyum kan. Sebab tu aku terkejut tadi" tambah lelaki itu. Entah kenapa boleh tukar topik sedih jadi topik gembira pula.
“Saya bukannya tak pernah senyum la. Tapi saya jarang senyum sebab bagi saya tak penting pun"
“No! Bagi aku penting. And aku suka bila tengok kau senyum. Manis!"
Irina mengangkat kening sebelah. “Really? Penting sangatke senyum tu?" soalnya sengaja ingin menduga Anas.
Anas cepat mengangguk. “Simpanlah kesedihan tu disebalik senyuman kita. Itu lebih baik"
Irina diam. Kata-kata Anas barusan tadi menusuk tajam ke tangkal hatinya. Seolah-olah dia selalu menunjukkan kepada semua orang yang kini dia sedang bersedih kerana tiada secalit senyuman pun yang menghiasi bibirnya.
Tapi apa salahnya kalau kita tutup kesedihan kita itu disebalik senyuman. Mungkin itu lebih baik.
Sedetik, dia membuka kembali mulut. “Saya akan ingat kata-kata awak tu"
“Good wife" ucapnya sambil mencubit pipi Irina. Wanita itu menyeringai sakit.
“Apa ni..!" Dia menarik semula tangannya dari dicubit oleh lelaki itu. Pipi yang mula kemerahan digosoknya lembut.
“Kan cantik bila pipi merah macam tu" sempat lagi dia mengusik mengundang wajah cemberut Irina.
“Sejak bila awak ni suka mengusik. Selalunya orang nak mengusik pun dia tak bagi"
“Entah. Aku pun tak tahu" jawabnya santai.
Irina sudah menggeleng kepala. Dah kenapa dengan Anas ni. Tadi bukan main dia menangis. Sekarang dah berhenti dah nangis, dia mengusik pula. Tak ingat makan ubat ke apa.
Tapi..apa yang dia dah buat sampai dia menangis macam ni sekali? Ada kena mengena dengan aku ke?.
Melihat kebisuan Irina, dia tahu apa yang gadis itu fikirkan. Tapi dia takkan sesekali bagitahu perkara sebenar. Kalau ini yang terbaik, dia terima seadanya walaupun dengan penuh kepuraan.
“Awak lapar ke? Kalau awak lapar biar saya yang masakkan. Awak pergi lah naik dulu"
Anas mengangguk. Belum sempat Irina pergi dia sudah menangkap pergelangan tangan wanita itu membuatkan Irina memoleh ke arahnya.
“What?"
Wajahnya didekatkan pada telinga Irina berserta senyuman. Hilang sudah rasa tertekannya tika ini. “I love you" gemersik sekali suaranya membuatkan Irina menolak kuat tubuh lelaki itu menjauh.
Dia jeling sekali. Segera dia membuka langkah luas meninggalkan lelaki itu yang sudah tersenyum nakal.
“Aku ikhlas tau tadi cakap macam tu!" laungnya kuat membuatkan Irina berhenti melangkah. Dia tayang penumbuk.
“Mengada!" Balas Irina dengan wajah masam mencuka. Dia sendiri pun tidak tahu kenapa dia sensitif sangat bila Anas berkata begitu. Sepatutnya dia happy. Tapi..mungkin kata-kata itu tidak kedengaran ikhlas atau niat untuk mengusik sahaja.
Anas sudah terkekek ketawa melihat balasan Irina. Marah-marah pun tetap cute!
~•~•~•~•~•~•
Sanggul di ikat tinggi sebelum dia memulakan sesi masakan. Kalau nak cakap pandai tu, taklah sangat. Jadi senang-senang baik tengok resepi dalam cik google je. Senang.
Bahan-bahan masakan disusun rapi di atas kabinet. Kali ini tekaknya terasa seperti mahu makan ayam masak merah.
Kulit bawang merah dikupasnya berhati-hati dalam kadar menjauh. Tak boleh dekat sangat. Nanti boleh berair mata.
Tiba-tiba terasa tangan sasa memeluk pinggangnya erat dari belakang membuatkan Irina berdecit geram. Jangan kacau boleh tak. Tak pernah-pernah pun si mamat berhati batu ni nak romantik macam ni.
“Janganlah Anas. Saya tengah masak kan ni. Jangan kacau. Pergi main jauh-jauh"
“Turunkan sanggul kau tu, Irina" arahnya perlahan.
Irina berkerut kening. Dia melepaskan tangan Anas yang dari tadi melingkari pinggangnya. Kerja yang dibuat tadi diberhentikan kejap sebelum dia menuju ke singki membasuh tangan. Dia berpaling membalas pandangan Anas.
“Kenapa?"
“Nampak seksi" kata Anas sambil menjilat bibirnya sendiri.
Mendengar itu, Irina terus menolak tubuh Anas menjauh. Sanggul di atas kepalanya pun sudah lerai membuatkan rambutnya dibiar lepas.
“Awak ni dah kenapa? Lupa makan ubat?. Pergilah duduk dekat ruang tamu dulu. Tengok tv ke. Saya tengah masak kan" kata Irina sambil berjalan semula ke arah kabinet dapur menyambung kerjanya semula.
Anas turut mengikut langkah Irina. Niat masih lagi nak mengusik. Hati aku dah cair dah ni, Irina. Boleh pula dia tak layan.
“Yeke kau masak? Kau pandai masak?" soal Anas mengangkat kening sebelah. Dia menyeluk tangannya ke dalam poket membuatkan Irina di hadapannya genggam penumbuk.
Aku tengah ada mood memasak ni dia boleh pula patahkan mood aku. Huh! Geramnya!
“Dahlah Anas. Malas saya layan awak!" tutur Irina geram. Bawang merah yang sudah dikupas itu dipotongnya cepat. Geram bercampur marah. Tengok. Aku dah takda mood dah ni. Semuanya disebabkan si Anas ni.
Anas sudah galak ketawa. “Kenapa potong besar-besar bawang tu. Sepatutnya kena potong kecik-kecik lah. Nampak sangat kau.."
‘Argh!'
Terjerit kecil Irina dek tangannya yang mula mengeluarkan darah dari kesilapannya sendiri.
Anas yang melihat itu sudah mula cuak. “Irina..Irina. Kau okey?" soalnya sambil cuba mencapai jari Irina.
Irina tayang wajah selamba. “Okeylah. Tak sakit sangat. Tadi pun saya spontan je menjerit" balas Irina tidak mahu meriasukan Anas. Malah lelaki itu tidak menghiraukan kata-kata Irina, dia terus membawa Irina ke ruang tamu melabuhkan punggung di sofa diikuti dengannya juga melabuhkan punggung di sebelah Irina.
“Kau okey ke?" soalnya lagi.
“Yang awak nak risau sangat ni kenapa? Biasalah tu. Saya okey je. Kejap, saya nak basuh luka ni" baru sahaja Irina mahu bangun, tapi ditahan oleh lelaki itu.
“Sit here" berubah tegas mendengar suara itu. Nak tak nak Irina terpaksa aku juga.
“Habistu, kita nak buat apa kalau tak.." ayatnya terhenti di situ apabila jarinya sudah selamat masuk ke dalam mulut Anas.
Membulat mata Irina yang melihat itu. What? Dia makan darah? Dracula ke apa lelaki ni?
“Dah" ucap Anas sebelum dia bangun dari situ menuju ke dapur. Irina yang hanya memerhati memanjangkan leher melihat Anas yang sudahpun berjalan ke arah dapur. Dia menggeleng sendiri apabila melihat Anas sudahpun membasuh mulut sendiri sambil cuba mengeluarkan darah bekasnya dari mulut. Saja kan nak ambil kesempatan!
Tidak lama, Anas kembali semula dengan senyuman di bibir. Dia terus menghenyak punggung di sebelah Irina di mana tempatnya tadi.
“Awak ni memang sengaja kan ambil kesempatan. Saya ingatkan awak ni dracula makan darah"
Dia tergelak kecil. “Aku bukannya nak ambil kesempatan. Tapi aku just nak rasa darah kau ni rasa apa. Itu je"
“Darah pun ada rasa ke?"
Cepat Anas mengangguk. “Aku pernah buat macam ni dekat Laura. Tapi bezanya darah dia pahit"
“Pahit? Habistu saya?" tanya Irina yang turut terjebak dengan fakta yang dibina oleh Anas sendiri.
“Semua pasal kau Manis. Aku ingatkan senyuman kau je Manis. Rupanya-rupanya darah kau pun Manis."
Pap!
Laju tangannya menampar lengan Anas. Lelaki itu tersengih.
“Pandai-pandai je awak kan." kata Irina sambil membelek-belek luka di tangannya. Darah dah kering. Pandai pula lelaki ni sedut darah aku sampai kering.
Bicara mereka terhenti tatkala bunyi loceng di pintu condo. Mereka berpandangan sesama sendiri.
“Siapa tu?" soal Anas.
Irina jongket bahu. “Kejap, saya pergi buka"
“No. Biar aku buka. Tangan kau luka kan" Halang Anas sambil menyuruh wanita itu duduk kembali.
“Anas..tangan saya je luka. Bukannya kaki saya"
“Duduk je kat situ. Jangan banyak cakap" tegas amaran dituturkan membuat Irina terpaksa akur sambil matanya mengekori bayangan Anas yang sudahpun berjalan ke muka pintu.
Sebaik sahaja pintu dibuka, terjengul wajah Erinda membuatkan dia sudah cuak. Apa dia buat kat sini?!
Anas membuka separuh pintu cukup untuk muat badannya sahaja di situ. Dia angkat kening sebelah meminta penjelasan dari Erinda yang datang tak diundang ni.
“Jadi betul lah ni condo you. So amazing" puji Erinda sambil meluaskan pandangan di condo itu.
“Kau nak apa ni Erinda?" malas berbasa basi, dia terus menyoal.
“Mummy you suruh I datang. Katanya nak bagi I tengok bakal condo I ni. Macam mana? I boleh masuk? Isteri you ada kat dalam ke?" tanya Erinda penuh teruja.
Anas senyum sinis. “Jangan kau berani jejak kaki kau dekat sini lagi, Erinda" ucapnya kedengaran tegas.
Senyuman yang menghiasi bibir wanita itu perlahan-lahan pudar. Cukup terkesima mendengar ayat Anas.
“Tapi..ni kan bakal jadi condo I juga. Lagipun I teringin tau nak jumpa madu I tu"
“Erinda!" serunya meninggi naik senoktaf.
“Anas! Siapa tu!" laung Irina yang juga turut terkejut mendengar suara Anas yang menjerit.
“Er..takda apa-apa" sedar akan kesilapannya, dia kembali memperlahankan suara.
Wajahnya beralih kepada Erinda sambil merenung tajam wanita itu.
“Kau jangan berani bagitahu Irina pasal ni. Kalau tak..aku sendiri akan batalkan perkahwinan kita. Ingat tu"
“Tapi Anas..wife you patut tahu kan semua ni. Takkan you nak tipu dia"
“Jangan nak sibuk pasal rumahtangga aku. Dah, pergi " halau Anas seraya dia menapak kebelakang sedia untuk menutup pintu.
“Takda siapa akan rampas you daripada I, Anas. Lagi-lagi wife you sendiri." sempat lagi Erinda berkata cukup membuatkan hati Anas kembali panas tapi ditahannya agar tidak meletup saja. Segera dia menutup pintu kuat. Nasib tak tercabut je pintu tu.
“Siapa tu?" soal Irina sambil melihat Anas duduk di sebelahnya.
“Perempuan gila mana entah tiba-tiba mari serang aku"
“Serang awak? Dia nak apa?"
“Dia nak aku" jawabnya tanpa berselindung. Tidak sedar dia sudah terlanjur kata.
“Hah? Dia nak awak? Kenapa?"
Menyedari tentang kesilapannya, dia cepat menggeleng. “Eh tak..maksud aku, dia nak jumpa aku. Macam tu"
“Kenapa dia nak jumpa awak?"
Anas garu kepala sendiri. Banyak pula soalannya. “Err manalah aku tahu. Dah nama pun orang gila kan." balasnya lagi. Orang gila pun jadi lah. Tapi memang sesuai sangat-sangat. Erinda yang gila. Hahaha
Irina pula mengangguk sahaja kepala. Dah termakan dengan reka cerita lelaki itu.
Perut Irina mula berkeroncang hebat. Dia menggosok perut sendiri. Lapar.
“Ahh! Semua ni sebab awaklah!" dituduh pula Anas yang tidak tahu apa-apa.
“Kenapa pula dengan aku?"
“Perut saya dah lapar dah ni. Kalau awak tak kacau saya tadi, mesti saya dah siap masak"
“Aku bukannya nak kacau kau. Aku cuma nak tengok je kau pandai ke tak bab memasak ni. Tapi sayangnya, kau kena banyak belajar dengan aku"
Irina jeling. “Berlagak!" itu sahaja yang mampu dia katakan. Dah terang lagi bersuluh si Anas ni pandai memasak. Aku nak buat macam mana lagi. Aku yang perempuan ni pun satu makanan pun aku tak pandai.
“Okeyla macam ni. Apa kata kalau kita makan dekat luar je. Macam mana? Deal?"
Cepat Irina menggeleng. Nak makan kat luar dengan mamat ni. Tak pasal-pasal nama aku jadi bahan gossip diorang.
“Kenapa? "
“Awak memang saja kan buat-buat tak tahu. Of course lah nanti saya keluar dengan awak, mesti nama saya jadi kecaman peminat awak tu. Lagipun diorang tak tahu lagi kan yang kita dah kahwin. Mesti dia ingat saya ni pula tergila-gilakan awak"
“Habistu bagitahu jelah. Senang" balas lelaki itu tanpa berfikir panjang. Yelah. Dah memang betul kita orang dah kahwin. Takkan nak tipu pula.
“Awak senang kan cakap. Nanti apa diorang cakap kenapa kita kahwin senyap-senyap ni. Mesti ada sebab kan"
“Benda simple Irina. Kita kahwin senyap-senyap ni sebab tak nak dihebohkan. And kita kahwin ni pun sebab aku cintakan kau. Cakaplah macam tu"
Irina senyum sinis. “Okey, saya akan cakap apa yang awak cakap tadi. Tapi diorang boleh terima ke alasan awak yang awak cintakan saya tu. Mesti diorang takkan percaya. Lelaki yang berhati batu jatuh cinta? Nonsense la Anas" tutur Irina membuatkan Anas diam kelu.
Dia cakap kedua tangan Irina lalu digenggamnya kemas. Irina terpinga-pinga. “Kenapa ni?"
“Macam mana kalau aku cakap yang aku dah cinta dekat kau. Kau percaya?" soal lelaki itu mengangkat kening sebelah membuatkan Irina mula cuak.
“Apa ni Anas..?"
“Irina aku..."
“Jomlah Anas. Tadi awak ajak saya pergi makan kan. Cepatlah. Saya dah lapar ni" potong Irina cepat sambil menarik tangannya dari pegangan lelaki itu. Dadanya mula berdegup kencang.
“Saya pergi bersiap dulu ye Anas. Awak tunggu saya dekat kereta " laung Irina dari atas.
Anas meraup wajahnya perlahan. Kesal dengan perbuatan Irina tadi. Jelas sangat yang Irina masih lagi tidak terbuka hati dengannya.
~•~•~•~•~•~•~
“Mereka turun dari kereta serentak. Anas terus berjalan mendekati Irina.
“Jom" ajak Anas sambil memimpin tangan Irina melintas jalan.
Wanita itu hanya mengangguk. Mata-mata yang sedang memandangnya tajam itu tidak dipedulikannya. Kisah apa aku.
Pintu restoran di tolak lembut. Dia berjalan beriringan dengan Anas sehinggalah lelaki itu berhenti pada meja di sebelah dinding kaca.
“Kita duduk sini lah"
“Okey"
Tidak lama, datang seorang pelayan lelaki dengan pakaian serba lengkap berserta buku menu di tangannya.
Irina kuntum senyum. Entah kenapa senyumnya murah pula tika ini. Nampak sangat dia sedang bahagia.
“Boleh tengok menu di buku ini ya" ramah lelaki itu seraya menghulurkan buku menu kepada mereka berdua.
“One mushroom soup and one lemon tea" kata Irina menyerah kembali buku menu kepada pelayan itu.
Lelaki itu mengangguk. Matanya beralih pula pada Anas.
“One mocha" serentak itu, dia pula menghulurkan buku menu itu.
Pelayan lelaki mula mencatit di buku kecil sebelum dia meminta diri berlalu dari situ.
Sunyi. Masing-masing melayan perasaan sendiri. Anas yang tenang bermain telefon itu dipandang sekilas sebelum dia menggeleng kepala sendiri.
Dia dah tak senang duduk bila ramai orang sekeliling mengambil gambar mereka berdua walaupun hanya mengambil gambar secara senyap. Tapi ingat aku tak nampak ke.
Irina menolak kaki Anas menggunakan kakinya di bawah meja. Anas lantas panggung kepala sambil memberi isyarat ‘kenapa'
“Awak tak tengok ke sekeliling kita ni ramai orang ambil gambar. Awak tak kisah ke?"
“Tak" jawab lelaki itu selamba seraya mengalihkan pandangan ke arah telefon semula.
Irina kemam bibir. Boleh pula dia bagi jawapan macam tu. Aku pula yang dah gelabah dah ni. Oh lupa. Hati batu kan. Mana ada perasaan.
“Kau kutuk aku kan?"
Irina disitu sudah membulat mata. Macam mana dia boleh tahu. Ke dia ada kuasa boleh baca minda orang.
“Ma-mana ada" cepat dia menafikan.
Anas menarik nafas panjang. Handphonnya diletak kembali ke dalam kocek seluar.
Tangan Irina yang berada di atas meja itu digenggamnya kuat. Irina sudah membalikkan mata hitamnya ke atas.
Boleh pula dia pegang tangan aku macam ni. Dahlah tempat orang ramai. Memang sah esok muka aku yang jadi tular.
”Anas, lepaslah." Dia cuba melepaskan dari genggaman lelaki itu tetapi Anas enggan melepaskan.
“Yang kau nak gelabah sangat ni kenapa Irina? Listen. Kenapa kau nak takut. Kau tak buat salah kut. Lagipun salah ke kalau keluar dengan suami sendiri. Takkanlah..."
“Ini bukannya masalah takut ke tak. Tapi diorang masih lagi tak tahu yang kita ni pasangan suami isteri "
“Shut up. Jangan menyampuk bila aku tengah bercakap" tegas Anas. Irina terus diam. Baik dengar je apa yang dia ni cakap. Tak pasal-pasal dia pergi cium aku depan orang ramai, mahu aku tak keluar rumah sebulan.
“Okey, senang cakap kalau kau malu sangat nak keluar dengan aku sebab ramai lagi manusia yang tak tahu hubungan kita ni, aku sendiri akan buat sidang media.."
“What? Anas..awak berguraukan?" soalnya terkejut. Dia nak buat sidang media? Lagi la aku kena terima kecaman.
Baru sahaja Anas ingin membalas, tiba-tiba makanan yang dipesan oleh mereka tadi sudah sampai. Tajam anak matanya menikan wajah Irina sehingga wanita itu kecut perut.
Perkerja tadi pun sudah berlalu pergi apabila sudah siap menghidang makanan.
Matanya sudah tertancap pada mushroom soup yang jelas kelihatan lazat. Nak saja aku terkam mushroom soup tu. Tapi nak buat macam mana kalau lelaki ni genggam tangan aku. Sabar je lah.
“Last warning Irina. Jangan nak menyampuk"
Cepat Irina mengangguk sedangkan dia masih menumpukan dengan makanannya.
“Aku akan buat sidang media bila tiba waktu yang sesuai. And waktu tu kita dah takda halangan untuk keluar selalu. Deal?"
“Suka hati awaklah" pasrah sahaja kedengaran suaranya. Kalau aku tak setuju pun dia tetap akan lakukan.
Anas tersenyum puas. Dia melepaskan tangannya. Tika itu juga Irima sudah mencapai mangkuk makannya lalu dihirup rakus. Tingkah Irina itu mengundang gelengan Anas berserta senyuman.
Dia juga menghirup perlahan air mochanya sebelum dia memandang tepat wajah Irina yang tidak perasan dengan renungan Anas.
“Kau kenyang ke makan mushroom soup je"
“Kenyang" balasnya.
Anas sekali lagi menggeleng kepala. Perut jenis apa Irina ni. Makan sup je kut. Itupun boleh kenyang.
“Awak tak makan?" soal Irina sesudah siap menjamu selera. Memang kalau aku dah lapar, cepat sangat aku makan sampai tak ingat orang sekeliling. Mangkuk sup itu ditolak ke hadapan. Tisu dicapai lalu dilap bibirnya itu.
“Tak. Aku dah kenyang"
Irina hanya mengangguk. Air lemon tea pula dicapai dihirupnya.
Anas menarik nafas terlebih dahulu. Mungkin ini waktu yang sesuai untuk dia meluah perasaan.
Sedetik, dia mula membuka mulut. “Irina..kau..kau cintakan aku?" soalnya tidak mahu berkias lagi.
Irina tersedak. Segera dia mengurut dadanya sendiri. Perit ditekak pun belum hilang lagi.
“Apa awak cakap ni?" soalnya perlahan.
“Kita mulakan hidup baru. Apa salahnya kalau kita hidup macam pasangan lain. Saling mencintai "
Irina mendengar itu, tahan tawanya dari meletus. Saling mencintai? Dia tengah buat lawak ke apa ni. Dia dah jatuh cinta ke? Wow! Goodnews!
“Awak berguraukan. Takkanlah.."
“No Irina. Aku serius sekarang ni" potongnya cepat. Irina yang melihat wajah Anas berubah serius itu, tidak jadi ketawa. Dia tahu yang Anas sedang serius.
“Err saya..saya akan cuba " balas Irina.
Anas tersenyum. “I-love-you"
Tiga perkataan yang keluar dari mulut lelaki itu membuatkan mukanya merona merah. Aduhai..lelaki pujaan wanita luah perasaan dekat aku lah. Sumpah malu!
Anas sudah ketawa kecil melihat wajah merah Irina. Comel!
Hari ni kita bagi double chapter memandangkan saya dah jarang update...lalala >.<
Share this novel