DATO Jefri melabuhkan punggung pada sofa bersaiz L sambil matanya melilau sekeliling. Kepala terangguk sendiri mungkin berpuas hati dengan reka bentuk bilik ini dan jelas sekali ia kelihatan cantik.
Anas yang sudah pun duduk di atas kerusi kerjanya itu hanya memerhati tingkah Dato Jefri. Malas ingin bertanya tentang hajat daddynya ingin datang ke mari lalu dia memilih untuk berdiam sahaja.
Sunyi. Keadaan menjadi senyap seketika apabila masing-masing mengunci mulut.
Malah Anas sengaja menyibukkan dirinya sambil helaian demi helaian kertas kerja dibelek tanpa dibaca. Dah tak tahu nak buat apa kan.
“How your day with Irina? Happy?" Soalan Dato Jefri memecahkan kesunyian itu.
Tangan Anas yang sedang membelek kertas itu terhenti. Tunak anak matanya memerhati ke dalam mata sang ayah berharap soalan itu benar-benar ikhlas. Bukan seperti Mummy yang hanya tahu mendesaknya dan memaksa sahaja.
“Happy." Jawabnya jujur setelah lama dia merenung wajah lelaki itu.
“And..Erinda? Anas pun happy dengan dia?" Soalnya lagi sambil mengukir senyuman nipis. Badan disandarkan ke sofa sambil tangan didepakan lalu diletakkan di ataa kepala sofa. Kaki disilangkan.
“No." Jujur dia menjawab bagi pertanyaan sang ayah walaupun jelas sekali dia malas mahu berbahas tentang ini lagi.
“Daddy faham perasaan kamu bila didesak macam ni kan. Daddy tahu itu. Tapi Anas.." Dia sengaja menjedakan ayat sambil berjalan ke arah anaknya lalu kerusi ditarik dihadapan meja kerja sebelum dia melabuhkan punggung di situ pula.
“Anas kena adil pada isteri-isteri Anas. Anas kena ingat yang sekarang ni bukan Irina saja isteri Anas tau. Anas pun perlu..."
“Daddy..boleh tak kalau.." Dia memicit pelipis kepala dengan membasahkan bibirnya seketika. Cuba mengawal kemarahan yang sudah memuncak naik.
“Anas tak suka kalau daddy selalu push Anas macam ni. Anas tak nak jadi anak yang kurang ajar tapi daddy pun kena faham. Anas perlukan masa dengan semua ni. Tolonglah daddy. Daddy memang tak faham perasaan Anas ke" lirih suaranya kedengaran menyapa di pendengaran telinga Dato Jefri.
Lelaki itu mengangguk perlahan sambil tangannya ditongkat di atas meja.
“Daddy bukannya tak faham perasaan anak sendiri. Cuma daddy..."
“Daddy nak cakap yang daddy dah termakan dengan kata-kata Mummy tu. Sekarang ni pun daddy sedang atur hidup Anas tau." Walaupun kedengaran lembut butir bicaranya itu tapi dia tahu yang ada ketegasan disebalik bicara anaknya.
Keadaan menjadi hening seketika. Wajah kedua-dua itu masing-masing tegang sehinggalah seseorang datang mengetuk pintu membuatkan Anas menarik nafas lega. ‘Akhirnya dapat juga aku keluar dari sini.'
“Masuk!" Laung Anas dari dalam seperti sudah dapat mengagak gerangan si pemanggil.
Tidak lama, terjengul wajah Nurul dimuka pintu sambil menunduk hormat kepada manusia di hadapannya itu. Senyuman semanis gula diukirkan.
“Boss..kita ada meeting lagi 10 minit. Semua orang dah tunggu dalam meeting room." Terang Nurul.
Anas mengangguk perlahan. Ekor matanya mengerling ke arah Dato Jefri sebelum dia memberikan arahan mata kepada Nurul untuk keluar.
Gadis itu mengangguk lalu meminta diri dahulu sebelum keluar dari situ.
Anas bangun dari kerusi lalu kot yang sudah diletakkan di belakang badan kerusinya diambil sebelum dia memakainya. Nampak segak dan sangat bergaya.
Tidak mengendahkan Dato Jefri yang hanya dari tadi memerhatikannya itu dia terus berjalan ke pintu biliknya namun langkahnya terhenti saat si ayah mula membuka mulut.
Anas menoleh ke belakang. Dia hanya memerhati ke arah Dato Jefri yang berjalan ke mari ke arahnya.
“Daddy tiada niat pun nak atur hidup Anas. Ini life Anas jadi Anas berhak untuk mengatur semuanya. Tapi..Anas kena ingat. Papa cuma tak sanggup tengok Irina kena tipu macam ni lagi.
Jadi sebab tu kalau boleh Daddy nak Anas bagitahu semuanya. Kalau boleh...Daddy sendiri yang akan beritahu semuanya pada Irina. Tapi Daddy taknak bila Daddy atur hidup anak Daddy sendiri.
Anas..daddy minta maaf kalau selama ni daddy selalu buat kamu kecewa dengan daddy. Tapi percayalah..daddy buat semua ini untuk kebaikan kamu.
Bagitahu Irina perkara sebenar sebelum dia dapat tahu dari orang lain. Kalau dia tahu semua ni dari orang lain keadaan boleh jadi rumit Anas. Percayalah." Panjang lebar dia meluahkan isi di dalam hatinya.
Bahu kiri Anas ditepuk lalu senyuman nipis diukirkan. Tak mahu melengah masa, dia terlebih dahulu membuka pintu melangkah keluar.
Anas tergamam dengan bibir diketap rapat. Tangan dikepal kuat. Mata terpajam lama cuba menghadam kata-kata dari daddynya barusan.
Tak semena-mena setitir air matanya gugur. Lutut terasa longgar untuk berdiri buat dia menyandarkan pada dinding di biliknya itu.
Rambut disebak ke belakang sambil menyeka air mata. Tangannya menekup muka sendiri. ‘Kenapa aku selemah ini. Adakah..disebabkan cinta itu melemahkan manusia?. Allah..'
~•~•~•~•~•~•~•
DIA yang dari tadi tidak senang duduk saat banyak mata memandang ke arahnya sejak dia sudah masuk ke dalam cafe ini.
Senyum yang janggal diukirkan sambil dia menyisip coffee hazelnut di pesan. Wajah ditundukkan ke bawah sambil merenung air coffee yang masih banyak.
Lama keadaan dia begitu sebelum dia sendiri yang membuat keputusan untuk keluar dar sini.
Berkira-kira ingin bangun dari kerusi dengan beg tangannya mula disangkut ke bahu.
Belum sempat dia ingin bangun berdiri tiba-tiba ada seorang menyapanya. Dia yang masih lagi belum bangun berdiri itu lantas mengangkat wajah. Senyuman nipis cuba diukirkan.
Saat matanya bertembung dengan sepasang mata berwarna hitam pekat membuatkan senyumannya serta merta mati.
Erinda!
“You dah nak pergi? Jomlah lepak dengan I dulu. Tak sangka kita boleh jumpa dekat sini kan." Ceria suaranya kedengaran dan belum sempat gadis itu membuat keputusan dia terus menarik kerusi di hadapan Irina lantas diduduknya cepat.
Irina diam. Mahu tak mahu dia juga turut duduk di tempat yang sama. Tak mahu dia dicop sebagai sombong walaupun tika ini dia ingin segera menjauhkan diri dari Erinda. Tak tahulah sebab apa. Tapi yang pasti dia betul-betul tidak sedap hati dengan Erinda.
“Anas apa khabar? Sihat?" Soalnya terlebih dahulu. Irina kerut kening. Kenapa pasal Anas juga yang dia tanya dulu.
“Sihat." Jawabnya seperti tiada mood untuk berbual.
Erinda mengangguk sambil dia sedaya upaya cuba untuk menyembunyikan senyuman jahat.
“Irina..I nak tanya you something ni." Dia masih lagi cuba ingin cuba berborak. Dia tahu apa yang akan dikatakannya nanti akan sakitkan hati gadis itu tapi dia sendiri pun sakit hati bila dia sudah pun digelar isteri Anas tapi lelaki itu tidak pernah pun bermalam di rumahnya. Atas sebab apa?..semuanya disebabkan perempuan murahan ni yang goda Anas.
“What?" Katanya sambil menghirup air coffee yang masih lagi tinggal bakinya.
“You..tak risau ke kalau Anas tu tiba-tiba ada perempuan simpanan?"
“Apa awak merepek ni Erinda!" Tak sedar suaranya sudah naik meninggi. Tak terjangka soalan itu akan diajukan. Nasib baik dia tak tersedak tadi.
Erinda ketawa kecil yang jelas sekali dibuat-buat. “I just kidding la Irina. You janganlah nak emosi sangat. I tak maksudkan pun apa yang I cakap tu benar. Cuma..you percaya ke dekat lelaki macam tu. Ya I tahu dia suami you but dia kan terkenal di kalangan wanita. Tak hairanlah kalau dia ada perempuan simpanan kan. Lelaki macam Anas tu cukup package." Panjang lebar dia berkata. Wajah serius ditayangkan.
Gadis itu bungkam seribu bahasa. Tangannya mengenggam kuat skirt labuh yang dipakainya sambil gigi dikacip kuat.
“Tak, Irina. You janganlah anggap yang I ni nak rasuk you ke apa. Cuma..I taknak you terpedaya dengan lelaki macam tu." Tambahnya lagi saat wajah Irina sudahpun menahan marah.
“Awak..jangan berani nak fitnah suami saya tanpa bukti!" Tegas dia berkata tak menghiraukan orang sekeliling. Serius benar wajahnya tika ini buat hati Erinda terasa ingin menghamburkan marah. Rasakan apa yang aku rasa sekarang ni Irina.
“I tak cakap pun yang I fitnah suami you. Tapi..I just nak you berhati-hati kot-kot suami you selama ni tipu you ke. Tak salahkan kalau kita berhati-hati. Lagipun I faham macam mana perasaan you bila terasa kena tipu macam ni. Mesti you akan benci Anas seumur hidup kan kalau you tahu semuanya nanti." Balasnya tak mahu kalah yang mempuanyai maksud tersirat.
Sekali lagi gadis itu diam tak terkata. Bicara Erinda barusan cuba dihadam. Dia tahu apa yang Erinda ingin cuba jelaskan padanya ada udang disebalik batu.
“A..apa maksud awak Erinda?" Tersekat suaranya menyoal penuh debaran. Kenapa aku sedebar ini?.
Sekali lagi gadis itu ketawa kecil.Tak sangka Irina akan termakan dengan kata-katanya. “I tak maksudkan apa-apa pun. I cuma nak nasihatkan you sebelum you sendiri yang akan menderita nanti. Dan..apa yang I cakap tadi kalau you rasa semuanya benar, you siasatlah." Sekali lagi dia meninggalkan kata-kata yang penuh tanda tanya.
Tak sempat Irina ingin menanyakan soalan yang selanjutnya, Erinda terlebih dahulu memintas sebelum punggungnya diangkat dari kerusi.
“I have to go. Ada benda nak uruskan. See you." Katanya cuba untuk mengorak langkah keluar daripada cafe ini.
“Tunggu!" Cepat dia menghalang seraya cuba untuk mengejar langkah Erinda yang tak berapa jauh.
Erinda toleh dengan senyuman palsu diukirkan. “Yes?"
“Apa..hubungan awak dengan Anas?" Soalnya kerana soalan itu yang selalu berlegar di mindanya.
“Such as friend." Jawab Erinda belum sempat dia berkata selanjutnya terus bayangan Erinda sudah tiada di dalam cafe ini.
Irina gigit bibir bawah seraya otak cuba untuk diperah mencari jawapan.
‘Kalau..mereka hanya berkawan, takkan Erinda sanggup nak bersangka buruk pada Anas. Jangan-jangan dia...ada perasaan pada Anas?!.'
‘Ah!' Keluhan di lepaskan dengan air liur ditelan payah. Kenapa ini semua terjadi.
~•~•~•~•~•~•~•
Pada malam itu, Anas terpaksa memandu keretanya menuju ke rumah Erinda kerana dipaksa oleh Datin Suhaila.
Sempat dia menelefon Irina bahawa dia tidak akan pulang ke rumah malam ini hanya alasan kerana dia ada banyak kerja disiapkan.
Walaupun dia tidak sampai hati untuk menipu, tapi dia tahu semua ini mungkin untuk kebaikan semua orang.
Kereta diberhenti betul-betul di rumah tiga tingkat yang besar itu sambil kepalanya cuba untuk menjenguk keluar.
Tak lama, pagar automatik mula terbuka seolah mengalu-alukan kedatangannya. Dia terus memakirkan kereta ke dalam garaj.
Tak sempat dia ingin turun daripada kereta, Erinda sudah tolong membuka pintu dengan wajah sehabis gembira.
Jelingan yang dia peroleh tak mengendahkan Laura yang membontotinya sehingga masuk ke dalam rumah.
“Sampai pun kamu Anas. Ingatkan tersesat jalan sebab lewat malam dah ni kan." Kata Datin Rozimah seraya bersalaman dengan menantunya.
Anas senyum nipis dengan mata sudah mulu kuyu. Mengantuk dah tak tahan.
Melihat itu Datin Rozimah berpaling pada Erinda sekilas sebelum dia memandang ke arah Anas semula.
“Anas pergi lah masuk tidur ye. Dah mengantuk sangat tu." Ujar Datin Rozimah kemudian ketawa.
“Jom Anas." Lengan lelaki itu dipaut kemas belum sempat Anas menghalang.
“Bye Bonda. Good night." Laung Erinda dari atas.
Datin Rozimah mengangguk. Kalau tak disebabkan Erinda, dia juga tidak akan setuju dengan semuanya. Dia tahu..dari riak wajah Anas pun dia tahu yang Anas pun terpaksa.
~•~•~•~•~•~•
“Kau tidur dekat bawah. Jangan nak berani datang tidur dekat aku atas katil ni." Tegas dia mengarah lalu badan direbahkan di atas katil.
“Nak tidur juga." Manja suaranya berkata dengan lenggok menggoda.
Tak mengendahkan Erinda, dia terus menutup mata kerana sudah tidak tahan dengan kantuknya. Siap lah dia kalau kau tidur juga atas katil ni.
Tak lama, terus dia dirasakan katil yang ditidurnya itu terasa dihenyak seseorang. Tak perlu nak teka, dah tahu dah siapa.
Dia membuka sedikit mata. Kelihatan Erinda yang langsung tidak beralas apa-apa di kepalanya itu membuatkan dia tergamam. Dia nak goda aku ke apa ni.
Aurat yang wanita ini selalu jaga, akhirnya dia sendiri yang lihat. Rambut yang ikal mayang membuatkan dia telan liur kesat.
Erinda senyum menggoda. Tangannya mula memeluk tubuh Anas belum sempat lelaki itu menghalang.
Melihat Anas yang mungkin sudah tergoda itu dia senyum lagi. Rancangan berjaya!
Belum sempat bibir mereka bercantum, Anas terlebih dahulu menolak kuat tubuh Erinda menjauh. Dia bangun dengan mendadaknya dari katil. Malah Erinda sudah ketawa suka. Mahu tapi malu.
Kelihatan wajah lelaki itu merah padam menahan marah. Perasaan kecewa bersarang di hati. ‘Kau khianat dengan cinta kau sendiri Anas!'
“Kau..." Sedaya upaya dia cuba untuk mengawal kemarahan yang sudah memuncak tinggi. Jari telunjuknya ditunding tepat ke arah muka Erinda.
“Jangan berani nak goda aku dengan cara murah kau!" Lancar dia memaki tak mengendahkan perasaan wanita itu.
Mata yang mengantuk membuatkan kemarahan dia menyabarkan diri juga untuk menghamburkan marah.
“Aku nak tidur atas sofa" Malas ingin memanjangkan masalah ini dia terus merebahkan badan ke atas sofa.
‘Nak tidur sangatkan atas katil tu, tidurlah. Janji jangan kacau aku tidur.'
Melihat itu Erinda berdecit geram. Keras betul hati kau kan Anas. Lama dia merenung sebatang tubuh Anas yang mungkin sudah lena diulit mimipi itu.
Perlahan-lahan senyuman jahat diukurkan dengan jari dipetik perlahan. Wait and see.
~•~•~•~•~•~•~•
PAGI-pagi lagi Anas sudah meminta diri untuk balik. Kalau tak disebabkan dia yang mengantuk malam tadi, dia sendiri pun tak ingin nak tidur sebilik dengan Erinda.
Betapa menyampahnya dia melihat sisi manja Erinda nak ikut dia sekali. Nasib baik dia hormatkan ibu bapa Erinda. Kalau tak dah lama dia memaki hamun wanita itu.
Kad diseretkan di tepi pintu sebelum dia memulas tombol pintu itu. Rasa melekit seluruh badan. Mana taknya, baju kerja dari kelmarin lagi. Nak mandi dalam bilik Erinda? Memang tak lah.
Kaki melangkah menuju ke bilik sambil lengan baju kemejanya dilipat hingga ke siku.
Dari jauh lagi melihat Irina yang masih lagi tebaring lena itu perlahan-lahan dia mengukir senyuman. Melaspakan rindu dia pada wanita itu untuk satu hari.
Silauan lampu pada biliknya membuatkan dia menutup sebelah mata sambil menurun perlahan-lahan dari katil.
Langkah kaki terhenti saat melihat Anas yang terbaring di atas sofa. Lelaki itu kelihatan sangat penat.
Perlahan-lahan dia membongkokkan badan sambil menatap penuh wajah lelaki yang digelar suami itu. Senyuman diukirkan.
Tangan automatik bergerak mengelus wajah sang suami. ‘Penat sangat ni sampai tertidur atas sofa.'
Tak lama dia menatap wajah Anas, tiba-tiba lelaki itu pula membuka mata perlahan.
Cepat dia membetulkan posisi berdirinya seraya berdehem mengawal rasa gugup. ‘Aduh..kantoi lagi.'
Anas ketawa kecil. Dia turut bangun berdiri berjalan ke arah Irina. Tubuh wanita itu dipeluk dari belakang.
Sekali lagi wanita itu terkejut. Namun tak pula dia menolak untuk pelukan itu. Mata terpejam untuk menghayati memori terindah ini. Senyuman tak lekang di bibir.
Lama keadaan begitu sehingga hidungnya menangkap satu bau yang begitu aneh pada Anas.
Cepat dia berpaling menatap wajah Anas dengan hidungnya masih mencari bau punca itu.
Senyuman serta merta mati. ‘Kenapa..bau ini..bau minyak wangi wanita?!..Kenapa badan Anas perlu ada bau ini?'
“Sayang..kenapa ni?" Soal Anas hairan.
Tak mengendahkan pertanyaan itu Irina masih lagi diam. Biarpun jarak mereka terlalu dekat namun dia dapat rasakan perasaan aneh membelit tangkal hati.
“Sayang..kenapa ni? Hmph?" Soalnya lagi. Dua butang baju kemejanya dibuka dari atas.
Melihat itu Irina lantas tergamam. Perasaan terkejut tak dapat dia sembunyi kan lagi. Terkejut melihat ada benda ini di leher Anas. Apa semua ni?!.
“A..Anas..A..Apa se..semua ni?" Tergagap dia berbicara dengan suara seolah tersekat di kerongkong.
Tangan Anas yang membelit pingganya dia tepis sambil cuba untuk menjauhi diri dari Anas.
“Kenapa apa sayang?" Dia masih lagi hairan. Dalam masa yang sama dia juga cemas melihat Irina seperti menjauh darinya.
“Tengok sana!" Cermin meja solek ditunjuk pada Anas.
“Hah? Tengok apa?" Biarpun dia masih lagi tak faham, wajahnya tetap dikalih berpaling ke arah cermin meja soleknya.
‘Dam!' Terasa batu besar yang menghempap dirinya tika ini. Kenapa aku tak perasaan?..Wajah Irina dari pantulan cermin itu membuatkan hatinya bertambah gusar.
Siap kau Erinda!
Done update!
Share this novel