DPH 18 - BERSAMA DIA

Romance Series 33495

Erinda menekan loceng rumah Agam Dato Jefri berkali-kali. Sesekali tangannya mengetuk juga pintu rumah itu. Tapi masih lagi tiada tanda-tanda yang pintu itu akan terbuka.

“Ish...mana lah orang dalam rumah ni" rungut Erinda sambil dia mengibas mukanya sendiri. Panas!. Shawl yang melilit cantik di kepalanya itu dibetulkan sedikit apabila merasa yang tudungnya mula senget.

Dia mula berdecit geram. Badan dipalingkan ke belakang kira-kira ingin berlalu pergi dari situ, tapi bunyi pintu terbuka membuatkan langkahnya terhenti. Cepat-cepat dia paling semula ke belakang. Nasib baik aku tak pergi lagi. Huh! Lambat betul nak buka pintu.

“Kenapa lambat nak buka pintu ah!" bentak Erinda meninggikan suaranya kepada bibik yang bernama Rohani atau lebih mesra disapa Kak Ani.

Bibik itu hanya menunduk dan cepat-cepat meminta maaf. “Saya minta maaf, cik"

Erinda terus menjeling tajam ke arah Kak Ani sebelum dia menepis badan wanita itu sehingga terdorong ke pintu yang sudah bersentuhan dengan dinding itu.

Tanpa dipelawa, kakinya melangkah ke arah ruang tamu lalu duduk di atas sofa panjang berwarna grey. Dia sudah tahu setiap sudut di dalam rumah ini. Sehinggakan bilik Anas pun dia sudah tahu.

Kedinginan aircorn di ruang tamu itu membuatkan hatinya yang sedang panas tadi mula cair. Cuba memujuk hati agar bertenang. Berkali-kali nafas ditariknya sebelum dia melihat Datin Suhaila mula berjalan menghampirinya.

Wajahnya cuba dimaniskan. Senyuman yang tidak ikhlas itu dihadiahkan kepada Datin Suhaila.

Datin Suhaila terus mengambil tempat di sebelah Erinda. Bukan main gembira lagi bila bibiknya bagitahu tentang kedatangan Erinda tadi.

“Erin kenapa datang tak bagitahu?"

“Saja je Mummy..buat surprise!" kata Erinda teruja sambil mendepakan tangannya.

Datin Suhaila terus tersenyum. “Ceria saja wajah bakal menantu Mummy ni. Mesti tak sabarkan nak jumpa bakal suami dia ni"

Erinda cepat mengangguk. Berharap yang Anas sudah makan pujukan Mummynya. “Macam mana Mummy? Anas setuju ke" tanya Erinda tidak sabar ingin tahu.

Wanita itu tersenyum tawar. Dia tahu yang gadis itu akan kecewa bila tahu yang Anas menolak mentah-mentah untuk berkahwin lagi. Tapi dia takkan berputus asa. Dia harus cari jalan untuk dapatkan Erinda sebagai menantunya.

“Tak..Buat masa ni Anas masih lagi tak dapat terima semua ni" balas Datin Suhaila perlahan tapi cukup jelas didengari oleh Erinda yang hanya ada disebelahnya.

Wajah Erinda terus berubah suram. Jelas nampak kecewa di wajah gadis itu. Tapi senyuman di bibirnya masih terukir.

“Habistu macam mana? Erin memang dah tak ditakdirkan untuk Anas ke. Dia bukan jodoh Anas ke?" sengaja Erinda berkata begitu kerana dia tahu yang Datin Suhaila akan mempertahankan hubungannya dengan Anas.

Cepat Datin Suhaila menggeleng lalu tangan Erinda. Tangan gadis itu diusapnya lembut.

“Don't say that, Erin. Mummy tak suka. Mummy akan terus cuba sedaya upaya untuk satukan Erin dengan Anas. Hanya Erin sahaja menantu Mummy"

Wajah Erinda masih nampak suram walhal di dalam hatinya sudah berbunga-bunga mendengarkan kata-kata dari wanita itu.

“Erinda jangan sedih ya"

“Hmm"

Datin Suhaila berfikir sendiri bila mendengar respon dari Erinda yang acuh tak acuh sahaja kedengarannya. Dia pasti yang Erinda masih lagi kecewa. Perlahan-lahan senyuman Erinda memudar.

Sedetik, wajahnya kembali gembira tatkala dia sudah mempunyai rancangannya sendiri.

“Erinda"

Panggil Datin Suhaila, sekaligus mematikan lamunan Erinda yang sedang termenung. Dia lantas angkat wajah memandang wanita itu.

“Apa Mummy?"

“Mummy ada satu idea"

Mendengar itu, hatinya sudah bersorak gembira. Segera tubuhnya dipalingkan sepenuhnya menghadap Datin Suhaila.

“Rancangan apa?"

“Apa kata kalau Mummy jemput you parents datang dinner sini malam ni. Macam mana?"

Erinda kerut kening. “Kenapa? Apa kena mengena my parents dengan hubungan Erin dengan Anas?"

“Alah Erin ni. Takkanlah itu pun tak tahu. Maknanya, bila kita dinner nanti, Mummy akan terus sampaikan hajat Mummy untuk meminang Erin. Masatu jugalah Mummy akan jemput Anas makan malam nanti. Macam mana?"

Mulut Erinda sudah terlopong. Tidak percaya! “Tapi...Mummy tak rasa ke yang benda ni terburu-buru. Lagipun macam mana kalau Anas tolak hajat Mummy untuk meminang Erin tu?" tanya Erin masih lagi tidak faham dengan rancangan wanita itu.

Kepala yang dialas dengan shawl itu digosoknya sebelum tangannya kembali memegang tangan Erinda.

“Pasal tu Erin jangan risau. Mummy kenal anak Mummy macam mana. Anas tu takkan malukan Mummy depan orang ramai. Dia akan jaga air muka Mummy ni. Lagipun kenapa Erinda tanya yang benda ni terburu-buru?. Tak salahkan kalau kita percepatkan benda yang elok ni"

Erinda segera mengangguk setuju. Senyumannya kembali diukirkan di bibirnya. Bukan main teruja lagi dia saat itu.

“Kalau macam tu, Erin balik bersiap dulu. Nanti datang tau malam ni pukul 8 malam. Ajak your parents sekali. Lagipun Mummy dah lama tak berborak panjang dengan your mom tu. Selalunya kalau berjumpa, terus ajak membawang." kata Datin Suhaila di susuli dengan gelak tawanya pada hujung ayat. Erinda turut juga ketawa seraya dia sudah bersiap sedia untuk bangun.

Tangan dihukurkan pada wanita itu. Datin Suhaila menyambut dengan ramah.

“Drive elok-elok tau" sempat lagi Datin Suhaila berpesan seraya kakinya mengikut jejak Erinda sampai ke muka pintu.

Erinda hanya mengangguk lalu melambaikan tangannya sebelum berlalu pergi.

~•~•~•~•~•~•~•~

Irina hanya memerhati sahaja Anas yang sudah masuk ke dalam kereta di sebelah pemandu. Entah ke mana lelaki itu ingin membawanya kali ini.

Tangannya dipanjangkan sedikit mengambil kaca mata hitamnya di dalam dashboard hadapan Irina.

Irina masih kaku. Melihat saja tangan Anas seperti terkial-kial mencapainya.

Anas segera membetulkan posisi duduknya. Irina di sebelahnya terus dikerling.

“Nak tengok saja ke..tak boleh tolong ambilkan aku punya spek dalam dashboard tu?" kata Anas berbaur sindiran.

Irina menjeling. Dengan hati yang sebal, tangannya membuka juga dashboard itu.

“Tak cakap awal-awal.. Lepastuh salahkan aku pula. Tangan dia tu yang pendek " bebel Irina seraya menutup kembali dashboard apabila kaca mata hitam itu sudah diberikan kepada Anas.

Anas segera menyarungkannya. Baju t-shirt berlengan panjang itu, ditariknya hingga ke siku sehingga menampakkan urat-urat di tangannya. Dahlah putih pula tu tangan dia. Cukup sempurna! Hensem!

“Aku dengar Irina. Kau kat sebelah aku je ni. Tak payah sampai nak mengata bagai"

Irina terus diam. Mulutnya di zip rapat. ‘Macam manalah aku boleh lupa yang dia dekat sebelah aku. Kuat sangat ke aku mengata dia tadi'

Tidak lama, dia membuka kembali mulutnya. Anas yang sedang menghidupkan enjin kereta itu dipandangnya.

Enjin kereta mengaum. Kereta itu lantas meluncur laju membelah jalanraya.

“Anas"

“Hmm"

“Bibir awak tu, awak pakai lip balm ke?" tanya Irina sambil menyentuh bibirnya sendiri.

Anas mengangkat kening sebelah. Pandangannya masih menghalakan ke hadapan.

“Haah aku pakai lip balm perisa strawberi. Kenapa?" balasnya santai. Sengaja ingin mengusik gadis itu.

“Tipu. Bukanke orang lelaki tak boleh pakai lip balm ke. Ooo...saya dah tahu kenapa bibir awak merah. Rupa-rupanya awak pakai lip balm kan"

“Ye, memang aku pakai lip balm pun" kata Anas tak mahu mengalah. Masih lagi ingin mengusik Irina.

“Tipu!"

“Betul"

“Tipu!"

“Betul"

“Tipu!"

“Okey Fine!" Anas terus memberhentikan keretanya di bahu jalan. Dia paling menghadap Irina.

“Tak percaya kan. Hah cuba lah rasa" Dia mendekatkan wajahnya kepada wajah Irina. Baru sahaja bibir mereka hendak bertemu, Irina cepat-cepat menolak wajah lelaki itu dengan tangannya.

“Awak jangan nak ambil kesempatan dalam kesempitan ye."

“Eh, aku pulak..kau cakap yang kau tak percaya kan. So aku bagi lah kau rasa aku punya lip balm ni perisa apa. Jangan nak salahkan aku eh."

Irina menjeling. Segera dia berpeluk tubuh lalu berpaling ke arah arah tingkap kereta.

Anas sudah ketawa mengejek. Geli hati melihat muka cemberut Irina. Comel!

“Drive lah kereta tu. Buat apa kita berhenti dekat sini" kata Irina lansung tidak berpaling ke arah Anas.

Anas diam. Cuba mencari akal untuk mengenakan gadis itu. Sedetik, dia buka kembali mulutnya.

“Irina"

“Irina"

“Apa?" jawab Irina malas.

“Pandang kejap dekat aku"

“Tak nak!"

“Pandanglah"

“Ish.. Awak ni...." ayatnya mati serta merta tatkala Anas sudahpun mengucup lembut bibirnya. Matanya terus bulat membesar. Terkejut!

Segera dia menjauhkan bibirnya. “Awak ni memang kan.."

“Macam mana? Ada rasa strawberi tak?" Soal Anas sambil menjilat bibirnya sendiri.

“Dahlah..malas saya layan awak" dia kembali menghadap ke luar tingkap. Malas ingin bercakap dengan lelaki itu lagi. Buat sakit hati saja.

Bibirnya masih tidak lekang dengan senyuman. Lagi-lagi beli mengingat kembali saat dia mengucup bibir mungil wanita itu.

“Nanti nak lagi tau" sempat lagi dia memesan sebelum dia memulakan perjalanan kembali.

Irina cepat berpaling. Wajah bersahaja Anas dipandang tajam.

“Awak ni memang gatal kan. Saya ingatkan kalau orang yang berhati batu macam awak ni, takda perasaan"

Ewah..Ewah..Ewah..ikut sedap mulut je kan dia cakap aku ni hati batu takda perasaan. Nasib sayang.

Anas tidak menjawab. Cukuplah hanya dia saja berkata-kata di dalam hati.

‘Kau dah cairkan hati aku yang beku ni, Irina. Kau dah buat aku jatuh cinta dengan kau. Tapi..aku taknak, andai suatu hari nanti kau akan menjauh dengan aku disebabkan kewujudan ‘dia'. Aku taknak semua tu. Cukuplah hanya aku seorang saja yang pendam.'

~•~•~•~•~•~•

Mereka tiba di taman permainan setelah hampir 3 jam mereka duduk di dalam kereta. Semuanya sebab si Anas ni. Disebabkan dia tak tahu nak singgah kat mana, so kena carilah tempat yang sesuai. Kalau nak keluar pun, sekurang-kurangnya tetapkanlah tempat mana yang nak pergi. Ni tak..main keluar je. Nasib aku ni penyabar orangnya.

“Duduk sini lah" Anas menarik tangan Irina supaya duduk di sebelahnya. Irina hanya mengangguk lalu melabuhkan punggung di sebelah lelaki itu.

Anas yang tidak memakai apa-apa perlindungan di mukanya kerana dia tahu waktu ini pasti jarang orang yang ada. Lagipun ni waktu kerja. Kalau ada orang pun, mesti kebanyakannya lelaki. Jarang ada wanita di taman waktu-waktu begini.

“Awak tak kerja ke?"

“No. I'm boss. So suka hati aku lah nak masuk kerja ke tak"

‘Ceh! Asyik-asyik nak berlagak mamat ni.'

“Awak datang sini nak buat apa, Anas?. Takda faedah pun. Dahlah tengah panas terik ni" kata Irina sambil mengibas-ngibas mukanya sendiri.

Anas diam. Pertanyaan Irina tadi hanya dia jawab di dalam hati. ‘Aku datang sini sebab nak spend time dengan kau. Aku takut nanti kita dah takda masa nak spend time bersama. So apa salahnya kalau kita spend time bersama sebelum terlambat'

“Anas"

“Anas"

“Hah? Apa?" soal Anas yang baru tersedar dari mengelamun.

“Jauh awak mengelamun tu Anas."

“Hmm" balasnya pendek.

“Anas.. Saya tak pernah tengok awak hisap rokok. Awak memang tak hisap ke rokok macam diorang tu" Irina menunjukkan tangannya ke arah beberapa sekumpula lelaki yang sedang menghisap rokok.

“Tak..Kenapa? Kau suka lelaki yang hisap rokok ke?" soalnya kembali.

Cepat Irina menggeleng. “Saya memang tak suka pun lelaki yang hisap rokok. Tapi saya ingatkan semua lelaki yang hisap rokok. Rupa-rupanya awak berbeza dari diorang"

“Well..Ni kan Tengku Anas Danial. Lelaki Pujaan Wanita tau. Mestilah aku berbeza dari lelaki yang lain. Kau sorang je bertuah dapat aku ni."

Irina jeling sekilas. Asyik-asyik nak banggakan diri dia sendiri. Urgh! Menyampahnya!. Sabar je lah.

“Irina"

“Hmm"

“Aku tak pernah nampak kau..."

Tiba-tiba deringan telefon yang berbunyi membuatkan dia berhenti bercakap. Dia mengeluh perlahan. Tangannya menyeluk handphonnya di dalam poket seluar.

“Kejap" kata Anas sebelum dia bangun dari situ. Lalu berjalan beberapa langkah dari Irina.

“Assalamuaikum Anas"

“Waalaikumussalam Mummy" balas Anas perlahan.

“Anas busy tak?. Kalau Anas tak busy, Mummy nak Anas..."

“Mummy, Anas busy ni" pangkas Anas cepat. Sudah tahu apa tujuan Mummy menelefonnya. Mesti nak jumpa perempuan tu.

“Mummy tak kira. Mummy nak Anas datang rumah Mummy malam ni. Kita dinner sama-sama" tegas Datin Suhaila menutur kata. Tidak mahu Anas menolak pelawaannya.

Kepala yang tidak gatal digarunya. Dia paling ke belakang. Kelihatan Irina sedang ligat bermain telefon. Tiba-tiba akalnya mula datang.

“Anas"

“Anas" panggila Datin Suhaila dihujung talian.

“Hah? Ye. Anas dengar ni"

“Macam mana? Boleh kan"

“Okey, Fine kalau itu yang Mummy nak" kata Anas lalu tangannya terus mematikan panggilan.

Dia berjalan semula ke arah Irina.

“Jom balik"

“Kita nak pergi mana? Baru je sampaikan" Tutur Irina sambil mendongak memandang Anas di hadapannya.

“Mummy ajak kita pergi dinner dekat rumah dia malam ni." Jawap Anas santai. Dia sudah berfikir untuk membawa juga Irina pada malam itu. Biar Erinda tahu yang dia sudah berkahwin.

“Tapi...."

“Why? Kau takut" duga Anas sambil mengangkat kening sebelah. Dia tahu yang hubungan Irina dan Mummynya tidaklah serapat mana memandangkan Mummynya ingin memilih Erinda sebagai menantunya.

“Taklah" cepat Irina menafikan walhal dia memang takut untuk bertemu dengan ibu mertua dia sendiri.

“Habistu?.."

“Okeylah, saya pergi" Dia mengalah. Malas ingin berdebat lagi. Kalau tak, mesti dia saja akan kalah.

Dia turut bangun lalu beg slingnya disangkutkan ke bahu.

“Good my wife" Kata Anas sambil mengusap kepala wanita itu.

“Apa awak cakap tadi? My wife? Kurang dengar lah. Cuba ulang sekali lagi" Kali ini giliran dia pula menyakat lelaki itu. Ha, tadi kau kan yang sakat aku macam-macam. Sekarang ni, biar aku pula yang kenakan kau.

Anas tergelak kecil. Balas dendam nampak. Tangannya dimasukkan ke dalam kocek seluar.

Dia mendekatkan mulutnya pada telinga Irina. “I say...My wife" jawapnya penuh menggoda.

Meremang bulu roma Irina mendengar suara Anas yang begitu kedengaran menggoda. Nak goda aku ke apa ni. Kalau nak goda pun agak-agakla. Tempat awam kut.

Irina menolak dada bidang lelaki itu menjauh. Tak tahan!

Anas sudah terkekek-kekek ketawakannya. Mana taknya, habis merah padam muka aku dibuatnya.

“See. Siapa yang kena sekarang ni. Kau jugak kan" Kata Anas lagi. Masih kedengaran sisa tawanya.

“Ish! Awak ni kan!" bahu lelaki itu ditamparnya kuat sebelum dia cabut lari.

“Irina! Tunggu!" Anas menjerit kecil. Melihat belakang tubuh Irina yang semakin hilang dari pandangan itu, membuatkan dia turut sama berlari mengejar wanita itu.

Senyuman tidak lekang di bibir. Biarlah ini menjadi satu kenangan yang paling manis yang dia takkan sama sekali melupakannya.

~•~•~•~•~•~•~

Kereta dipakirkan ke dalam garaj di rumah Agam Dato Jefri. Anas terus mematikan enjin keretanya.

Irina menjenguk keluar dari tingkap kereta. Matanya terus tertancap pada sebauh kereta Alphard yang terasa asing baginya.

Bahu Anas digoncangnya sambil matanya masih dihalakan kepada kereta itu.

“What?"

“Tu kereta siapa tu. Daddy beli kereta baru ke?" soal Irina menunjuk-nunjuk ke arah kereta itu.

Anas turut menjenguk. Riak terkejut cuba di kawalnya. ‘Takkanlah Mummy jemput parents Erinda sekali?!. Ni dah melampau dah ni'

“Irina" panggil Anas perlahan.

“Hmm" sahut Irina. Dia berpaling semula menghadap Anas.

“Kau percaya kan dekat aku."

“Percaya? Apa yang awak cakap ni?" tanya Irina keliru. Tak faham.

“Aku just nak kau percaya pada aku. Bolehkan?"

Lambat-lambat Irina mengangguk walaupun masih lagi keliru. Tak faham kenapa tiba-tiba Anas meminta kepercayaan darinya.

“Thanks" ucapnya seraya mencapai tangan Irina lalu dikucup lembut di kekura tangan gadis itu.

Sekali lagi Irina keliru. Tiba-tiba perangai Anas bertukar jadi romantik pula.

“Anas? Are you okey?"

Anas hanya ukir senyum hambar. “I'm very okey"

“Dahlah, jom keluar. Mummy dah tunggu kita lama dekat dalam tu" tambah Anas lagi. Baru sahaja dia ingin keluar, tiba-tiba Irina terus menyambar tangannya membuatkan dia duduk kembali.

“Why?"

“Awak tak jawab lagi soalan saya. Tu kereta siapa tu. Papa beli kereta baru ke?"

“Mhmm entah. Maybe ada tetamu datang" balasnya santai.

“Yeke?"

“Tak kisahlah pasal tu. Kau tak panas ke duduk dalam kereta ni lama-lama. Jom keluar" malas ingin membuang masa, Anas terus keluar dari kereta itu diikuti oleh Irina.

“Eh jap" Irina segera menahan langkah kaki mereka. Anas merungut. Apa lagi yang tak kena ni.

“Err awak..kucing Laura yang nama dia cimmy tu ada tak?"

“Hah? Cimmy? Mestilah ada" balas Anas. Dia sudah dapat mengagak yang mesti Irina tidak akan selesa bila ada kucing di dalam rumah itu.

“Ta-tapi..."

“Dah, jom lah. Buat apa nak takut. Dia bukan makan orang pun" pangkas Anas lalu terus menarik tangan wanita itu berjalan bersamanya.

‘Hish! Memang la tak makan orang. Tapi masalahnya, kucing tu geli lah!' kata Irina di dalam hati. Nak tak nak, dia terpaksa juga berjalan masuk.

Kaki mereka sama-sama melangkah masuk ke dalam rumah agam itu yang sedang menanti kehadiran mereka.

“Assalamualaikum" Anas memberi salam terlebih dahulu.

Tidak lama, muncul seorang seorang bibik yang berlari anak ke arah mereka.

“Waalaikumussalam, Tuan, Puan. Masuklah" kata bibik itu seraya menundukkan badan tanda hormat.

Anas hanya mengangguk. Dia terus mencapai tangan Irina di sebelahnya lalu digenggam erat seperti tidak mahu dilepaskan.

“Hai, Mummy. Lama tunggu?" ramah Anas sambil berjalan ke arah mereka semua yang sedang menjamu selera.

Erinda yang ingin menyua makanan ke dalam mulutnya, terus terhenti tatkala mendengar suara Anas. Dia terus berpaling. Gadis itu kaku seketika. Seperti tidak percaya siapa yang ada di sebelah Anas.

Irina hanya menunduk. Sungguh dia berasa dirinya begitu asing sekali di sini.

Datin Suhaila terus mengukir senyuman lebar. Sempat lagi dia kerling ke arah Datin Rozimah yang sudah memandang ke arah Anas. Dia memalingkan tubuh melihat Anas.

Senyumannya mati serta merta tatkala melihat Irina di sebelah anaknya. Dia berdecit geram. Tangannya mengepal penumbuk.

‘Kenapalah perempuan ni ada sekali hah?! Rosak rancangan aku!'

“Irina ada sekali? Jomlah duduk. Dah lama daddy tak nampak Irina. Jom makan sekali" Pelawa Dato Jefri apabila melihat isterinya hanya diam.

“Jom" ajak Anas pula lalu menarik tangan wanita itu. Irina hanya menundukkan kepala. Tidak bercakap walau sepatah.

Mereka terus melabuhkan punggung bersebelahan. Erinda yang sudah tidak senang duduk itu, makin gelisah tatkala melihat Anas memegang tangan Irina. Tapi tak salah rasanya.

“Your wife?" soal Erinda. Menatap tajam wajah Irina yang sudah menjamu selera itu.

“Yes. My wife. Irina Mitilda" balas Anas penuh sinis. Dia terus menyuakan makanan ke dalam mulutnya.

Erinda kemam bibir. Makanan di hadapannya di pandang sepi. Masih banyak lagi persoalan di fikirannya tika ini.

“Ooo..Jadi ni lah anak Dato Mukhriz?" celah Datin Rosmiza. Sekaligus membuatkan Irina yang sedang makan itu, lantas mengangkat muka.

“Ya" jawabnya masih terkebil-kebil.

Datin Rosmiza hanya ukir senyuman manis. “Cantik orangnya" puji wanita itu. Dia sendiri pun tidak dapat menghidu
apa tujuan rakan karibnya mengajak dia makan malam sekali. Jauh sekali dengan rancangan gila Datin Suhaila. Dia pun tidak tahu yang Erinda dan Datin Suhaila tika ini bersubahat. Lagipun Erinda tidak pernah memberitahunya kalau dia cintakan Anas. Jadi secara tak langsung, dia tidak tahu apa-apa.

“Terima kasih" balasnya perlahan.

Wanita itu hanya mengangguk lalu meneruskan suapannya.

Tidak lama, Erinda pula menyoal. “Mhmm bila kahwin?" soal Erinda lagi. Nampak sangat yang dia sekarang ni busybody.

“Erinda...I tengah makan ni. Boleh tak you jangan bercakap bila I tengah makan?" sindir Anas lagi. Sempat juga dia menjeling ke arah wanita itu.

Irina yang tidak tahu apa-apa hanya memandang Anas hairan. ‘Kenapa dia ni garang semacam je. Apa hubungan perempuan tu dengan Anas ye. Dari tadi lagi aku nampak perempuan tu pandang suami aku macam nak tembus je. Haish...apalah nasib dapat suami hensem macam ni. Mesti dapat ramai tumpuan dari perempuan'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience