Irina duduk termenung di gazebo di dalam perkarangan rumah agam Dato Tengku Jefri.
Angin pagi sepoi-sepoi menampar lembut pipi mulusnya. Dagunya ditongkatkan menggunakan tangannya.
Sesekali dia menutup mulut apabila menguap. Mana taknya, semalam tak cukup tidur. Semua ni salah si Anas tu.
Kalau ikutkan hati, nak saja dia sambung tidur balik. Tapi dia terpaksa bangun awal. Bukan apa, takut aku ni di cop sebagai menantu pemalas pulak. Yelah. Mak mertua dah tak suka. Of course lah dia akan cari kesalahan aku ni sampai lubang cacing. Lepastuh pergi bercerita dekat kawan-kawan dia. Hish!
Laura sudah pagi-pagi lagi dia keluar berjumpa kawannya. Kalau namamya Tengku Laura Izzati mesti dia takkan lekat dekat rumah punyalah.
Dato Jefri pun kalau hari macam ni mestilah pergi kerja. Jadi maknanya hanya aku dengan mak mertua aku je dalam rumah ni.
Tapi kalau ada mak mertua pun tetap boring. Bukannya nak ajak aku berborak. Yelah. Orang dah tak suka kan. Takkanlah nak berborak lagi.
Anas? Anas pun entahlah kemana perginya. Aku bangun je pagi, dia memang dah takde. Rasanya mesti keluar dengan Aydan. Sebab Aydan pun takda sekarang ni. Bertuah punya Anas. Tinggal aku sorang-sorang kat sini. Huh!
“Hai Irina". Lamunannya terhenti tatkala seseorang menyapanya. Dia lantas mengangkat wajahnya.
Aydan?!
Lelaki itu terus mengambil tempat di hadapan Irina. Dia ukir senyum lebar.
Irina memandang Aydan atas bawah. Alahai...Kenapalah aku baru perasan yang kau ni sebenarnya hensem Aydan.
“Pergi mana?" soal Irina.
“Pergi jogging tadi dengan Anas"
“Anas?"
“Yup. Tapi dia tak balik lagi. Katanya nak jogging satu round lagi"
Mendengar itu Irina hanya mengangguk kecil.
“Kenapa muka macam mengantuk je ni" kata Aydan seraya ketawa kecil.
“Nampak sangat ke?" soal Irina sambil dia memegang wajahnya sendiri. Nampak sangatke yang aku sedang mengantuk?
“Haah nampak sangat yang awak tengah mengantuk sekarang ni. Tapi awak jangan risau. Muka awak still cantik" puji Aydan sambil matanya menatap wajah Irina lama.
Serta merta mukanya merona merah. Aduhh Aydan ni. Tak sah kalau tak puji aku.
Aydan tergelak kecil. “Lagi cantik bila awak blushing macam tu"
See. Dia puji lagi. Aydan, Aydan. Berbeza sungguh kau dengan Anas. Kalau nak dibandingkan dengan sepupu kau tu, tak pernah sekali pun dia puji aku. Huh! Dasar lelaki berhati batu.
“Tapi kan Irina. Kenapa awak mengantuk ye. Semalam tak cukup tidur ke?"
“Macam mana nak tidur kalau sepupu awak tu tak bagi saya tidur. Sebab tu mengantuk sangat"
“Tak bagi tidur? Takkanlah awak dengan Anas buat dekat sini."
“Hah, buat apa?" soal Irina kurang faham.
Aydan tersengih. “Malam pertama"
“Aydan! Mana adalah." kata Irina cepat. Tak terlintas dek akal aku nak buat malam pertama dengan lelaki tu.
Pecah ketawa Aydan melihat muka merah Irina. “Just kidding lah."
Ehem!
Anas berdehem menyebabkan berbualan mereka berdua terhenti. Lelaki itu terus mengambil tempat di sebelah Irina.
“Rancak berborak" ujar Anas sinis.
Irina jeling. Takkan cemburu kot. Tapi takkanlah lelaki macam ni nak cemburu. Hati batu lah katakan.
“Don't look at me like that" kata Anas sambil wajahnya dikalihkan menghadap Irina.
Irina cepat-cepat mengalihkan pandangan ke hadapan bila Anas melihatnya macam nak terkam je.
Anas mengengsot mendekati Irina. Gadis itu semakin manjauh sehingga di hujung kerusi gazebo itu.
“Pergi sanalah. Awak berpeluh." kata Irina sambil tangannya memberi isyarat supaya menjauh darinya.
“Berpeluh tu maknanya sihat tau. Daripada kau tu asyik duduk rilex je. Takkan taknak pergi jogging. Nanti bila badan tu dah gemuk, takda siapa yang nak dekat kau nanti" balas Anas pula. Tidak mahu mengalah.
“Apa awak cakap? Ulang sekali lagi. Saya gemuk?"
“Yes. Kau memang gemuk"
“Anas!!" tempik Irina kuat mengundang tawa dua lelaki itu.
“If you don't want to be fat, let's go jogging" celah Aydan.
“Jogging? Tapi awak kan dah pergi jogging"
“Apa salahnya kalau saya jogging lagi. Makin sihat. Jom."
Irina berkira-kira disitu. Nak pergi ke tak. Tapi aku memang dah lama tak jogging. Tak pasal-pasal makin gemuk pula aku dibuatnya.
Wajah Anas dan Aydan dipandang silih berganti sebelum kepalanya dianggukkan juga.
“Kejap, saya pergi tukar baju" kata Irina sebelum kakinya melangkah masuk ke dalam rumah.
Tidak sampai 10 minit, Irina kembali semula ke arah dua lelaki itu.
Dia hanya memakai seluar track dan baju t-shirt berlengan panjang. Rambutnya yang ikal mayang itu diikat ekor kuda.
“Irina, nak pergi jogging je pun. Kenapa pakai cantik macam ni" ujar Aydan seraya kuntum senyum.
“Cantik sangat ke?"
Aydan mengangguk.
“Dah dah jom" Anas terus menarik lengan wanita itu mendekatinya. Boleh pulak dia puji Irina ni depan aku. Mana tak cemburu.
~•~•~•~•~•~•~•
“Penatnya" rungut Irina sambil mengelap peluhnya menggunakan hujung lengan bajunya.
Aydan di sebelah Irina tersenyum kecil melihat telatah wanita itu. Anas sudahpun meninggalkan mereka berdua di belakang. Bukannya tak tahu yang Anas tu memang tak reti penat.
“Come on Irina. Kita tinggal 1 round lagi. Jom."
“Anas mana?"
“Dia dah pergi sampai depan dah. Kita ni yang ketinggalan. Cepatlah Irina"
“Yelah yelah" jawabnya malas. Menyesal aku ikut. Sumpah penat.
Lambat-lambat Irina kembali juga berjogging bersama Aydan. Pasal Anas tu aku dah taknak ambil tahu. Boleh pulak dia tinggalkan aku dari belakang. Huh!
“Anas" panggil Irina apabila dia sudah melihat belakang tubuh Anas yang sedang berjogging itu. Dia berlari anak menadapatkan Anas diikuti oleh Aydan.
Anas berhenti. Dia toleh ke belakang. “Apa dia?"
“Boleh pulak awak tinggalkan saya kat belakang kan"
“Habistu kau yang lambat" kata Anas seraya menyambung berjogging semula.
Irina kancing gigi.
“Awak jangan ambil hatilah dekat Anas tu. Dia tu memang macam tu." ujar Aydan lembut tidak mahu gadis itu terasa hati dengan Anas.
“Tak ambil hati pun. Cuma geram je dengan dia" balas Irina pula. Kaki dihentakkan kuat meneruskan perjalanannya.
Aydan hanya tersenyum dan mengikuti langkah gadis itu.
~•~•~•~•~•~•~•
“Fuh!" Irina menarik nafas lega. Botol air yang dibawanya diteguk rakus. Tekak yang terasa kering tadi serta merta sejuk semula.
Kini, mereka berada di taman permainan setelah beratus kali Irina merayu kepada Anas supaya berhenti berehat dahulu.
Suasan di taman permainan agak sunyi. Hanya ada mereka bertiga sahaja disitu. Maklumlah, hari ini kan hari kerja. Lagi-lagi bila pagi. Tapi Anas dan Aydan ni tak reti masuk kerja agaknya.
Irina dan Anas duduk di atas bangku yang sama manakala Aydan duduk di pondok yang tidak jauh dari mereka. Mata Aydan tidak mengalihkan pandangannya dari telefon..
Anas jeling Irina.
“Jogging sikit dah letih. Menyesal aku ajak kau. Ni tak pasal-pasal kena berhenti rehat dulu."
“Awak ni kan, takde belas kasihan lansung. Awak takpelah dah biasa jogging-jogging semua ni. Saya mana pernah" balas Irina.
“Kau tak pernah jogging? Patutlah badan kau ni berisi"
“Anas!!!" jerit Irina memanggil kuat nama lelaki itu.
Cepat-cepat Anas menutup mulut Irina. Irina meronta ingin melepaskan. Dah apasal mamat ni tutup mulut aku.
Lambat-lambat tangannya berhenti menitup mulut gadis itu.
“Awak ni dah kenapa?"
“Jangan panggil kuat sangat nama aku tu"
“Kenapa?" soal Irina hairan.
“Nanti ada orang datang."
“Siapa yang datang?" soal Irina lagi. Hairan. Siapa pulak nak datangnya.
“Lembab lah kau ni. Lupakanlah pasal tu. Jom balik. Aku dah takde mood nak jogging lah" Anas lantas bangun dari duduk. Dia membetulkan urat-urat di badannya dahulu.
Irina turut bangun. Dia tarik nafas lega. Akhirnya boleh jugak aku balik.
“Aydan jom balik" Ajak Anas seraya kakinya melangkah keluar dari taman permainan itu.
“Dah nak balik dah ke?" soal Aydan. Dia bangun lalu telefonnya diletakkan di dalam kocek seluar. Dia berlari anak ke arah mereka berdua itu.
“Haah dah nak balik. Anas kata dia dah penat" kata Irina bersahaja. Pandai kau mereka cerita yang dia dah penat. Nasib baiklah dia tak dengar.
Aydan hanya mengangguk walaupun di dalam hatinya hairan. Aik..tak pernah-pernah Anas merungut penat bila berjogging.
~•~•~•~•~•~•~•
Irina meletakkan beg kecilnya di tepi dinding bilik. Dia lantas berlari kecil ke arah bilik air lalu menukarkan pakaiannya seperti pakaian yang selalu dia pakai di rumah.
Seluar jeans pendek atas dari lutut di capainya lalu baju t-shirt berlengan pendek juga di capainya sebelum dia menyarungkan pakaian itu.
Selesai sahaja berjoging tadi, Anas terus membawanya pulang ke condo. Dia tidak berkata apa-apa sebaliknya dia hanya turuti sahaja kata-kata Anas.
Anas pun sudah keluar sebaik sahaja lelaki itu menghantarnya pulang. Entah kemanalah dia pergi pun aku tak tahu.
Tiba-tiba mulutnya menguap secara spontan. Matanya terus beralih ke arah katil itu. Mhm kalau aku tidur ni tak salah rasanya. Dia mula baring mengiring sambil bantak peluk di atas katil itu dipeluknya kemas.
Tidak sampai sesaat, Irina terus terlena. Mungkin terlalu penat kerana berjogging tadi walaupun dia berjogging tak sampai satu round pun dah penat.
~•~•~•~•~•~•~
Anas kuntum tatkala melihat susuk tubuh seseorang yang cukup dia kenali.
Lelaki itu melambai tangan ke arah Anas sambil bagasinya di tarik dari belakang lalu berjalan ke arah Anas.
Mereka berdua berjabat tangan terlebih dahulu.
“Kau apa khabar" sapa Danial terlebih dahulu.
“Khabar baik" balas Anas.
Dia dan Danial sudah berkawan dari kecil lagi. Tapi disebabkan keluarga Danial mahu berpindah ke Switzerland, mereka terpaksa berpisah dahulu.
Kini, selepas 5 tahun menanti, akhirnya lelaki itu pulang juga ke tanah air.
Danial memandang sahabatnya itu dari atas sampai bawah. Kepalanya digeleng sendiri. Susahkan hidup kalau terlalu famous ni.
“Macam mana hidup kau sebagai Lelaki Pujaan Wanita?" soal lelaki itu bersahaja.
“Rimas." jawab Anas perlahan dek mulutnya ditutup oleh mask yang dipakainya itu.
Sedetik, Danial tergelak kecil mendengar jawapan lelaki itu. “Tulah kau. Siapa suruh jadi hensem sangat. Kan dah menyesal"
“Eleh kau. Dulu memang aku nak sangat ada peminat. Tapi sekarang ni, aku rasa macam rimas tau. Setiap kali aku keluar, mesti kena pakai macam ni." kata Anas menunjukkan cara pemakaiannya itu.
Danial lantas menepuk bahu Anas. “Biasalah tu. Lelaki Pujaan Wanita kan" ujar Danial. Masih lagi ingin menyakat Anas.
Anas jeling.
“Ni kau. Tak bawa balik isteri ke?" soal Anas pula. Kali ini dia pula menyakat kawannya itu.
Danial diam. Balas dendam nampak.
Sedetik, dia membuka mulut kembali. “Kalau boleh aku nak isteri dekat Malaysia je. Buat apa nak ambil awek dekat Switzerland kalau dekat sini lagi cantik" Danial disitu sudah tersengih ke arah Anas sehingga menampakkan barisan giginya yang tersusun rapi.
“Hmm yelah tu"
“Kau tak kahwin lagi ke Anas?"
“Dah kahwin" jawab lelaki itu selamba. Tidak mahu berahsia dengan Danial. Lambat laun lelaki itu akan tahu juga.
Danial menutup mulutnya sendiri. Seakan tidak percaya. Siapalah yang sudah mencairkan hati Anas yang beku itu. Dahlah hati batu.
“Be...betul ke?" tanya Danial memohon kepastian.
Anas menganggukkan kepalanya berulang kali.
“Si...siapa?" tanya Danial lagi dalam gagap.
“Alah, nanti kau tahulah. Dah jom. Aku dah penat dah ni duk berdiri dari tadi" kata Anas seraya kakinya membuka langkah ingin berlalu dari situ.
Danial lantas berlari anak lalu dia berjalan seiring dengan Anas. Luggage dibelakangnya itu diheret sahaja.
“Tapi kan, kalau kau dah kahwin kenapa kau tak bagitahu aku?"
“Tak ingat" balas Anas pula. Kaki mereka masih tidak berhenti berjalan untuk keluar dari airport itu.
“Mhmm aku tahulah yang aku ni tak penting bagi kau" kata Danial berbaur merajuk. Dia lantas mempercepatkan langkahnya supaya dia berjalan di hadapan lelaki itu.
Anas tepuk dahi sendiri. Aduhh..salah cakap pulak dah!
Sejak bila Danial ni dah pandai merajuk. Mentang-mentang lah dah 5 tahun dekat Switzerland tu, dah pandai merajuk dah ke?!
Kaki Danial tiba-tiba berhenti. Dia toleh ke belakang melihat Anas yang mula berjalan ke arahnya.
”Taknak pujuk ke?" tanya Danial kepada lelaki itu. Dia tahan gelak. Bukan niatnya ingin merajuk. Tapi dia ingin lihat apa reaction Anas bila dia merajuk.
Anas ketawa kuat. Lah..aku ingatkan dah merajuk tadi. Ni nak aku pujuk lah ni. Makin menjadi-jadi perangai kau Danial. Melebihkan perempuan pula.
“Eleh kau. Ingat nak merajuk lama tadi"
Danial tayang gigi.
“Tapi kan, aku tak sempat nak merasa nasi minyak kau. Aduhh...teringin nak makan lah"
Anas diam.
Aku pun tak rasa lagi nasi minyak bila kena kahwin dengan keadaan terdesak macam ni.
“Mengada-ngada kau kan. Dahlah aku malas nak layan perangai kau ni. Ni aku nak tanya. Mama dan papa kau tak balik ke?" soal Anas sengaja ingin menukar topik.
“Tak. Diorang stay sana. Aku balik ni pun sebab pak ngah aku minta tolong aku untuk jaga syarikat dia tu. Sebab tu aku balik"
Anas lantas megangguk tanda faham.
Serentak itu, mereka berdua meneruskan perjalanan kembali.
~•~•~•~•~•~•~•~
Irina menggosok-gosok matanya. Dia turun dari katil seraya menggeliat. Ahh puas hati bila dapat tidur dengan nyenyaknya.
Lehernya dipanjangkan mencari kelibat Anas. Tiada. Dia menarik nafas lega. Tak payahlah aku kena tukar pakaian aku ni.
Kakinya menuruni tangga lalu melangkah ke arah dapur. Perutnya sudah rancak berbunyi. Lapar.
Peti ais dibuka. Kosong. Begitu juga di dalam almari di dapur itu. Tetap kosong.
Irina menggosok perutnya sendiri. Aduh..laparnya. Lelaki ni nak aku mati kebulur ke apa ah. Satu makanan pun takda dekat dapur ni. Takkanlah hari-hari lelaki itu tidak makan. Mustahil!. Mesti dia beli bungkus je.
Malas berfikir panjang, kakinya berjalan pula ke arah ruang tamu itu. Dia duduk di atas sofa berbentuk L yang berwarna biru laut.
Ramote tv dicapai lalu serta merta televisyen yang tadi gelap mula mengeluarkan warna.
Tangannya mencapai sebuah novel di atas meja pada ruang tamu itu. Dia duduk bersila di atas sofa. Wajahnya dikalihkan menghadap novel.
Televisyen yang terpasang itu, dibiarkannya. Tidak langsung memandang televisyen itu. Mungkin baginya fungsi televisyen untuk menghilangkan rasa sunyi sahaja.
Tiba-tiba pintu utama condo itu dibuka perlahan. Irina tidak sedar yang Anas sudah masuk ke dalam condo itu dek tekun membaca.
Anas bercekak pinggang di hadapan gadis itu. Mata Anas memandang atas bawah. Uish perempuan ni nak goda aku ke apa. Cepat-cepat dia menggeleng kepala sendiri.
“Irina!!" jerit Anas kuat.
Novel yang berada pada pegangannya tadi, terus jatuh ke bawah dek terlalu terkejut.
“Apa?" soal Irina perlahan sambil mengawal riak wajahnya. Sumpah aku malu sekarang ni bila pakai macam ni depan Anas.
“Apa function tv bila mata kau tu duk pandang novel je. Kalau kau taknak tengok tv, sila tutup. Jangan nak membazir. Takpelah tak guna duit kau. Aku yang bayar tau bil eletrik ni. So kalau kau nak baca novel ke apa ke sila tutup tv dulu. Kalau kau nak tengok tv, kau tengoklah. Tapi jangan nak membaca novel pulak. Aku tak suka orang yang membazir ni" panjang lebar Anas membebel pada gadis itu.
Irina buat rolling eyes. Mulut lelaki ni boleh tahan banyak juga ye. Kuat membebel.
“Ye, saya tahu" balas Irina acuh tak acuh.
“Kalau macam tu baguslah. Lain kali pastikan kau tak membazir" Anas memberi amaran.
Irina cepat mengangguk.
“Oh, by the way kau pakai macam ni nak goda aku ke?" tanya Anas seraya mengangkat kening sebelah.
Wajah Irina sudah merona merah. Nak-nak bila Anas memandangnya bagai nak tembus. Tak hingin lah aku nak goda kau.
“Jangan pandang" kata Irina keras sambil tangannya menolak wajah Anas.
“Kalau aku nak pandang?"
“Awak ni kan!" jerit Irina kuat.
Anas menggeleng kepala sendiri. “Dahlah. Aku nak naik mandi dulu. Ni pastikan kau sediakan makanan. Aku lapar ni" kata Anas seraya kakinya menapak ke arah biliknya.
“Ta..tapi.." tidak sempat Irina bekata, Anas lantas menutup pintu biliknya.
Irina terkebil-kebil di situ. Dia suruh aku masak? Ish dia ni! Kau tahu tak yang kat dapur tu takda satu barang pun yang nak masak.
Share this novel