Irina memerhati bahan-bahan yang sudah pun sedia untuk memasak makanan yang dipesan oleh Anas.
Kepala yang tidak gatal digarunya. Sumpah aku tak tahu nak buat macam mana!.
Anas yang tadinya berada di ruang tamu, kini kakinya berjalan ke arah dapur untuk melihat gadis itu memasak.
Dahi automatik berkerut tatkala melihat Irina hanya memerhati sahaja bahan-bahan di hadapannya.
“Tak nak masak ke?" kata Anas mengejutkan gadis itu dari berfikir.
“Err.. Saya..."
“Tak tahu nak masak ke?" cepat sahaja ayat Irina itu dipangkasnya.
“Eh tak..bu..bukan saya..tak..tahu..ta..tapi...sa..saya" dia mula gelabah. Tidak tahu untuk memberikan ayat yang sesuai.
“Kalau kau tak tahu, cakaplah. Jangan nak berlagak pandai pula" Anas melipat lengan bajunya sehingga ke siku. Dia mencapai pisau lalu ikan siakap itu di siangnya.
Irina hanya memerhati. Sebelah tangannya menutup hidung kerana tidak tahan dengan bau hanyir dari ikan itu.
“Letak ikan tu dalam kuali" Ikan yang telah di siangnya tadi diletakkan di dalam bekas lalu dihulurkan pada Irina.
Irina menggeleng. “Tak nak. Hanyir"
“Nanti kau basuh lah balik tangan tu. Cepatlah"
Irina tarik muka masam. Nak tak nak dia menyambut juga bekas itu.
Baru sahaja dia ingin meletakkan ikan ke dalam kuali, tiba-tiba Anas menghalangnya.
“Nanti dulu"
“Apa lagi?!" tanya Irina bengang.
“Kau tak letak minyak masak ke?"
“Perlu letak ke?"
“Ish kau ni. Perlu lah" Anas menggeleng sendiri. Tahap tak pandai memasak dia ni memang dah ketara sangat ni.
Hampir satu jam mereka berperang di dapur, akhirnya siap juga. Irina lebih banyak memerhati Anas membuat kerja dari menolongnya. Entah kenapa dia berasa kagum dengan Anas. Jarang nak jumpa lelaki yang pandai memasak ni.
Anas menghidangkan makanan yang dimasaknya ke atas meja. Irina terus menghenyak punggungnya di atas kerusi juga.
“Mhm sedapnya bau" kata Irina sambil menghidu aroma masakan Anas.
Lelaki itu mengambil tempat berhadapan Irina. “Of course lah sedap. Tengok siapa yang buat "
Irina jeling. Pantang dipuji. Berlagak!
Dia terus menyuakan nasi ke dalam mulutnya. Mata terpejam sendiri menghayati keenakan makanan.
“Sedap kan?"
Irina mengangguk cepat. “Pandai awak masak"
“Of course lah. Ni Tengku Anas Danial tau, Lelaki Pujaan Wanita. Semua benda aku pandai buat. Kiranya kau ni bertuah la dapat suami macam aku ni" kata Anas dengan gayanya.
Irina mengecilkan mata. Berlagaknya! Menyesal puji.
Malam itu, Irina tidak mengalihkan pandangannya daripada menonton televisyen.
Tangannya mencapai cupcake di cofee table. Mulutnya dibuka sebaik sahaja cupcake itu disuakan ke dalam mulutnya.
Syoknya tengok tv sambil makan cupcake!
Anas menggeleng kepala sendiri melihat Irina. Pemalas betul dia ni. Dia melabuhkan punggung di sebelah Irina. Anas berdehem membuatkan gadis itu berpaling ke arahnya.
“Apa?"
“Kau ni memang suka kan makan benda yang manis macam ni" kata Anas sambil menunjukkan cupcake itu.
“Yes, saya suka. Terutama sekali cupcake"
“Nanti bila kau dah gemuk, jangan nak salahkan aku"
Pap! Peha Anas ditamparnya kuat. Anas menyeringai sakit.
“Jangan lah cakap macam tu." kata Irina geram.
“Esok aku dah nak masuk kerja" tutur Anas cuba untuk mrnukar topik.
“Okey" jawabnya sepatah. Lansung tidak memandang ke arah Anas.
“Irina" panggil Anas meleret.
“Apa?"
“Please...aku nak dengar kau main piano lagi" kata Anas lembut. Entah kenapa bertukar jadi lembut pulak aku ni.
“Sabar la. Saya tengah makan ni kan"
“Kau ni makan, makan, makan. Tak takut gemuk ke?" kata Anas tidak mahu mengalah.
Sekali lagi peha Anas itu ditamparnya. Nasib baiklah kali ini tidak begitu kuat.
“Jangan cakap pasal gemuk boleh tak?" Irina berpeluk tubuh. Acah merajuk.
Anas menggeleng kepala sekali lagi. Ingat aku nak pujuk ke. Tanpa sedar, bibir menguntum senyum melihat tingkah laku gadis itu.
~•~•~•~•~•~•~•
Tok! Tok! Tok!
Bunyi ketukan pada pintu di rumah Agam Dato Tengku Jefri itu membuatkan Datin Suhaila berpaling. Dia yang sudah menunggu kedatangannya itu, terus berlari anak menuju ke pintu utama.
Dia ukir senyum tatkala melihat wajah wanita itu dihadapannya. Mereka berpelukan kejap.
“Aunty apa khabar?" ramah wanita itu mesra.
“Khabar baik, Erin" balas Datin Suhaila. Erinda Nasuha. Anak angkat kepada sahabatnya, Datin Rozimah. Dia sudah lama berkenan kepada wanita itu untuk dijadikan menantu. Tapi disebabkan Erinda perlu sambung belajar ke luar negara, jadi dia mengambil keputusan untuk menunggu gadis itu habis belajar dahulu.
“Masuklah dulu Erin. Kita borak"
Erinda mengangguk seraya ukir senyuman yang manis. Kasut tumit tingginya dibuka lalu laju sahaja kakinya menapak ke dalam.
“Erinda kerja apa lepas habis belajar ni?" tanya Datin Suhaila apabila mereka berdua sudah melabuhkan punggung pada sofa. Sengaja mahu berbual.
“Erinda ingat nak kerja dengan Papa dekat syarikat dia."
“Bagusnya lah, kamu ni Erin. Anak yang solehah. Ringankan beban papa."
Erinda disitu sudah tersipu-sipu malu apabila dipuji begitu.
“Kamu makin ayu Erin bila pakai tudung macam ni. Cantik."
“Terima kasih Aunty." ucap Erinda sambil lehernya dipanjangkan mencari susuk tubuh seseorang.
“Kamu cari Anas ke?" tanya Datin Suhaila seperti dapat mengagak.
“Haah. Rasa teringin pulak nak jumpa dia" kata Erinda. Mana tak teringin. Dia dah curi hati aku. Tak senang duduk lah dibuatnya bila tak tengok muka dia dalam sehari.
“Anas takda dekat sini. Dia tinggal dengan isteri dia"
Mendengar itu, senyuman Erinda serta-merta mati. Isteri? Anas dah kahwin ke?. Hancur berkecai hatinya ingin memiliki Anas.
Melihat wajah gadis dihadapannya seperti tiada lagi senyuman, dia perlahan-lahan mengusap lembut tangan Erinda. Erinda angkat wajah memandang Datin Suhaila.
Dia ukir senyuman pahit.
“Tapi Erin jangan risau. Aunty tak pernah pun terima perempuan tu sebagai menanti Aunty. Hanya Erin sahaja yang Aunty terima sebagai menantu" ucapnya lembut.
Dahi Erinda automatik berkerut. “Kenapa Aunty? Dia bukan menantu pilihan Aunty? Habistu macam mana Aunty ambil dia sebagai menantu?" soalnya bertalu-talu.
“Dia perangkap Anas dekat hotel. So kena tangkap khalwat. Nak tak nak diorang kena kahwin je lah. Tapi Aunty percaya yang Anas takkan cintakan perempuan tu"
“Jahatkan perempuan tu. Sanggup guna cari kotor" balas Erinda penuh geram.
“Sebab tu lah Aunty tak terima dia sebagai menantu Aunty."
“Aunty" kini Erinda pula menggenggam erat tangan Datin Suhaila. Dia menatap wajah wanita dihadapannya itu supaya berharap termakan pujukannya.
“Kenapa Erin?"
“Aunty...Aunty tahu kan yang Erin dah lama cintakan Anas dalam diam. Aunty tahu kan yang nama Anas sahaja dalam hati Erin ni. Aunty tahu kan yang Erin betul-betul mahukan Anas jadi suami Erin. Kalau Erin tahu akan jadi macam ni, Erin takkan sambung belajar dekat luar negara" Air mata palsu perlahan-lahan turun membasahi pipinya.
Datin Suhaila terkesima. Dari segi luarannya dia sudah dapat mengagak yang Erin betul-betul cintakan Anas.
“Aunty tahu. Aunty pun nak Erin jadi menantu Aunty" tutur Datin Suhaila perlahan.
“Tapi macam mana Aunty?"
Dia terdiam sejenak. Cuba memikirkan perkara yang sesuai.
Sedetik, dia kembali membuka mulut. “Erin jangan risau. Aunty sendiri akan suruh Anas kahwin dengan Erin"
“Tapi Aunty..macam mana kalau Anas menolak?" soalnya cepat. Tak terlintas dek akal untuk memaksa Anas berkahwin dengannya.
“Anas takkan tolak permintaan Mummy dia sendiri. Lagipun dia bukannya cintakan isteri dia pun. Lelaki kan boleh kahwin empat. Erin jangan risau"
Erin mengangguk. Betul juga apa yang Datin Suhaila katakan. Lelaki boleh kahwin empat.
“Mhm okeylah Aunty. Erin balik dulu lah. Dah nak lewat malam ni" Erinda terus bangun dari duduk. Bajunya dibetulkan sedikit.
“Eh, kamu tak nak tidur sini ke? Tidur lah sini. Takkan kamu nak drive malam-malam ni"
“Boleh ke, aunty?"
“Apa salahnya. Kalau kamu tidur sini, nanti esok Aunty call Anas suruh datang. Kamu rindu nak jumpa dia kan?"
Berubah ceria wajah Erinda tatkala mendengar nama lelaki itu. Cepat sahaja dia mengangguk.
“Erinda tidur dekat bilik atas ye. Nanti Aunty suruh bibik siapkan bilik untuk Erin" kata Datin Suhaila sebelum berlalu pergi.
Erinda hanya mengangguk sambil matanya melihat Datin Suhaila yang mula berjalan itu.
Dia tersenyum jahat.
~•~•~•~•~•~•~•~
“Anas! Mana novel saya. Awak kan yang sorok!" kata Irina geram. Habis kesemua tempat dicarinya. Tapi tetap tidak jumpa.
Anas yang sedang bermain telefon itu, lantas angkat mukanya memandang wajah Irina yang menahan marah.
Dia cepat-cepat menggeleng kepala tanda tidak tahu.
“Tipu. Awak yang sorok" Irina terus menarik lengan lelaki itu.
“Kalau kau nak novel tu, boleh. Tapi ada satu syarat"
Irina buat rolling eyes. “Syarat apa?"
“Aku nak kau main piano tu sekali lagi. Teringin nak dengar "
“Ish! Kan awak dah dengar tadi"
“Rasa tak puas. Nak dengar lagi sekali" kata Anas tidak mahu mengalah.
“Tapi...."
“Okey, Fine! Kalau kau tak nak main piano, kau tak dapat novel kau tu" cepat sahaja dia memotong kata-kata gadis itu.
“Urghh, Fine" Akhirnya dia mengalah juga.
Anas sudah tersenyum puas.
Dia bangun dari kerusi. Tangan wanita itu ditariknya.
“Eh nak pergi mana?" soalnya penuh debar. Jangan nak buat benda tu sudahlah.
Anas paling. Dia angkat kening sebelah. “Dalam bilik aku lah. Kenapa? Kau ingat aku nak buat apa dekat kau?"
“Err, tak boleh ke awak letak piano tu kat sini"
“Tak boleh! Cepat! Jangan banyak songeh!" kata Anas lalu menarik semula lengan gadis itu..
Irina duduk di atas kerusi piano. Skirt pendek atas dari lutut itu ditariknya ke bawah. Kini dia sudah biasa memakai pakaian sebegini di hadapan Anas. Lagipun lelaki tu tak tergoda pun kalau dia pakai macam ni. Yelah. Hati batu kan. Mana nak tergoda.
Anas setia duduk di biari katil. Menunggu gadis itu memainkan piano.
Lantas tangannya mula manari di atas keyboard piano. Bunyi alunan yang merdu itu membuatkan Anas menutup mata menghayati muzik itu.
Hampir 15 minit tangannya bermain piano, akhirnya dia berhenti. Badannya dipalingkan ke belakang untuk melihat reaksi Anas.
“Macam mana? Pandai tak saya main?"
“Dari mana kau belajar tu?" soalnya kembali. Soalan Irina tadi dibiarkan tergantung.
“Masa saya kecil dulu, saya pernah masuk kelas piano. Tapi sekarang, saya dah jarang main. Tak sangka dalam bilik awak ni ada piano. Kalau dulu, Aydan pendengar setia bila saya main piano tau. Tapi sekarang, saya tak sangka orang yang berhati batu macam awak ni dapat menghayati jugak kan" kata Irina selamba.
Anas diam. Entah kenapa bila mendengar nama Aydan yang terbit dari bibir gadis itu, membuatkan dia cemburu.
Cemburu? Bukankah cemburu itu tandanya sayang. Eh tak..tak mungkin aku jatuh cinta dengan dia ni.
“Anas? Dengar tak saya cerita tadi?"
“Ah apa? Dengar" balas Anas terpinga-pinga.
“Err, Irina. Aku nak tanya something."
“Apa dia?" soal Irina sambil berjalan duduk di birai katil bersebelahan dengan lelaki itu.
“Kau memang rapat ke dengan Aydan?"
“Rapat. Dari kecil lagi saya berkawan dengan dia. Tapi tulah. Saya kan tak boleh keluar rumah. Sebab tu saya jarang jumpa dia. Cuma sekarang ni, baru saya rasa yang hidup saya bebas"
Anas mengangguk. Faham!. Patutlah diorang rapat. Kawan sejak kecil rupanya.
“Kau anggap Aydan tu sebagai apa?" Entah kenapa dia boleh tanya soalan macam tu. Tapi dah terlepas cakap kan. Nak buat macam mana.
Irina diam. Kenapa aku dengar ayat dia tu macam cemburu je. Takkan cemburu kot.
“Kawan." balasnya.
“Kau pernah jatuh cinta dekat seseorang?" soalnya lagi. Cuba untuk selidik kisah hidup wanita itu.
“Tak". Tanpa rasa ragu-ragu, Irina memberi jawapan. Baik jujur je.
“Seriusly, ingatkan kau ni jenis ramai boyfriend"
Irina jeling. Kalau sehari tak sakitkan hati aku, memang tak sah!
“Sorry sikit eh. Saya ni bukannya minat bercinta dan saya tak pernah pun jatuh cinta"
Anas diam. Malas ingin bertekak dengan wanita itu. Tangannya diletak ke atas dagu seperti memikirkan soalan yang lain pula.
“Mhm Irina. Ni last question aku nak tanya kau" kali ini dia memusingkan tubuhnya menghadap Irina. Serius sahaja bunyinya.
“Apa dia?"
“Macam mana nanti kalau aku tiba-tiba kahwin lain. Apa yang kau akan buat?" soalnya ingin mendengar jawapan dari wanita itu.
“Mhm kalau awak kahwin lain. Saya akan jauhkan diri saya dari awak. Saya akan terus membenci awak. Dan saya takkan tengok muka awak. Maybe, saya akan minta ‘cerai' "
Berubah terus air muka Anas tatkala mendengar perkataan ‘cerai'
“Kau akan buat sampai macam tu sekali ke?" Gugup di dada cuba di kawalnya. Entah kenapa dia merasakan yang hari itu akan tiba.
Irina mengangguk.
“Kenapa awak tanya macan tu? Awak ada hati nak kahwin lain ke? Awak jangan cari pasal Anas"
“Tak..aku takda cakap pun aku nak kahwin lain''
“Baguslah kalau macam tu"
“Lagipun saya ni tak suka berkongsi. Saya takkan beri kepada sesiapa pun hak saya. Termasuk awak" Kali ini Irina menunding jarinya tepat ke muka Anas.
“Kau jangan risau. Aku akan jaga hati dan perasaan orang ni" kata Anas.
“Okeylah kalau macam tu. Saya nak novel saya balik" Irina menghulurkan tangannya pada Anas.
Anas jeling. Ingat lagi rupanya minah ni pasal novel.
Dia memanjangkan tangan membuka laci yang berdekatan dengannya. Novel itu dihulurkan pada Irina.
Cepat Irina menyambut. Kat sini rupanya dia sorokkan novel aku.
“Okey, bye. Goodnight " ucapnya sebelum dia berjalan ke pintu bilik Anas.
Pintu bilik dititup perlahan. Hilang sahaja kelibat Irina, dia terus merebahkan badan di atas katil.
Memikirkan tentang apa yang akan terjadi pada hari seterusnya. Dia pasti yang mummynya itu akan buat apa cara sekalipun untuk dia berkahwin dengan menantu pilihannya. Dia sudah masak dengan perangai mummynya. Dia cuma risau. Risau kalau kata-kata Irina itu menjadi kenyataan. Entah kenapa dia merasakan yang gadis itu akan tinggalkannya.
Share this novel