DPH 23 - MENJADI SATU RAHSIA

Romance Series 33468

Irina yang masih lena tidur di ruang tamu itu dipandang lama. Wajah Irina yang telah berjaya masuk ke dalam lubuk hatinya yang paling dalam. Dialah wanita pertama yang sudah buat aku terjatuh cinta. Dialah wanita yang sudah tundukkan ego aku yang tinggi melangit.

Tiba-tiba mulutnya menguap sendiri. Mungkin sudah masuk waktu tidur memandangkan jam sudah menunjukkan pukul 10 malam.

Dia bangun dari sofa lalu berjalan ke arah wanita itu. Tubuh Irina yang baru sahaja hendak dicempungnya tiba-tiba gadis itu menggeliat membuatkan dia tidak jadi meneruskan kerjanya.

Perlahan-lahan wanita itu membuka mata. Melihat sahaja Anas di hadapannya dia bingkas bangun dalam payah.

“Awak nak buat apa tadi?" soalnya masih dalam mamai meskipun mata sudah tertutup kembali.

“Kau nak tidur sini ke? Aku just nak angkat kau"

“Takpa. Saya boleh naik sendiri" balasnya lemah. Masih lagi dalam kantuknya. Dalam mata terpejam rapat, dia mendaki tangga menuju ke bilik.

“Argh!" terjerit kecil gadis itu apabila kakinya sudah terkena bucu tangga. Menyeringai sakit Irina mula kedengaran.

Anas menggeleng kepala perlahan. Boleh pula dia berjalan dalam mata tertutup. Kan dah mendapat tu.

Ibu jari kakinya di gosok sendiri. Setelah hilang rasa sakit, dia meneruskan mendaki tangga. Mata yang tertutup tadi, dibuka sedikit. Yang dia nampak sekarang ni katil je.

Daun pintu ditolak perlahan. Terus dia merebahkan badannya ke atas katil sambil selimut tebal sudah membaluti dirinya.

Baru sahaja dia ingin meneruskan tidurnya, tiba-tiba dalam samar malam dia melihat Anas berjalan ke arahnya.

Tidak menghiraukan lelaki itu, dia mengiringkan badan ke arah bertentangan.

Anas duduk di birai katil. Lengan gadis itu digoncangnya lembut. Mengejutkan Irina bangun walaupun dia tahu yang Irina masih lagi belum tidur.

“Mhmm apa?" dalam suara serak basah dia menyoal.

“Makan ubat. Badan kau panas lagi ni"

Irina mengangguk lemah. Dia mengangkat sedikit kepalanya lalu air kosong diteguk beserta dengan ubat.

Gelas yang sudah kosong itu diletak di atas meja sebelah katilnya.

Anas senyum hambar. “Tidurlah. Goodnight" ucapnya sebelum mencium pipi gadis itu seraya menapak pergi.

Hujan yang semakin lebat di lewat malam itu pasti mengganggu di setiap tidur manusia. Begitulah Irina yang tadi sedang lena diulit mimpi, sudah terjaga dilewat malam apabila kedengaran hujan yang semakin lebat bercampur guruh.

Dia menutup kedua telinga menggunakan kedua belah tangan sambil memejam mata rapat.

Entah kenapa dia memang akan menangis saat melihat guruh yang kuat kedengaran. Seperti dia sedang dalam bahaya tika ini. Tapi dia lansung tidak ingat apa-apa.

Air mata sudah merembes keluar. Sesekali dia meraung seorang diri. Badan yang sudah menggigil kesejukan itu ditambah gigilnya dengan ketakutan.

Bilik yang gelap itu menambahkan lagi rasa takutnya. Dia naik memeluk lutut sendiri.

Sekali lagi guruh yang kuat menerpa gegendang telinganya membuatkan air mata gadis itu lebat menuruni pipi.

Gelas yang tadinya terletak elok di atas meja ditepisnya kuat membuatkan gelas itu pecah berderai ke lantai. Dia tak tahu kenapa. Tapi yang pasti, dia betul-betul takut.

Anas tersedar. Seakan bunyi barang pecah itu membuatkan dia tersedar dari lena.

Tiba-tiba kedengaran tangisan Irina membuatkan dia lagi cemas. Cepat-cepat dia turun dari katil lalu berlari ke arah bilik wanita itu.

Daun pintu ditolak kuat. Dari jauh lagi melihat Irina yang sudah menangis ketakutan. Dia berjalan ke arah wanita itu lalu tubuh Irina dipeluk kuat bagi meredakan tangisannya.

“Shh..Apa dah jadi ni?" Anas menggosok belakang tubuh wanita itu sambil menyuruhnya berhenti menangis. Malah gadis itu makin galak menangis.

“Gu..guruh..Sa..saya tak...bo..boleh..dengar guruh" dalam tangisan dia membalas kata-kata Anas.

Anas naik ke atas katil lalu duduk di sebelah wanita itu sambil pelukannya dieratkan.

“Shh takda apa yang jadi. Kau jangan takut"

“Tak! Sa..saya...takut"

“Takda apa Irina. Aku ada dengan kau. Please..jangan nangis macam ni"

Gadis itu menggeleng lagi dalam tangis.

Anas sudah mati kata. Dia sendiri tidak tahu kenapa Irina itu menangis. Tapi yang pasti mungkin Irina takut akan guruh. Pertama kali melihat Irina menangis kuat sebegini rupa.

Melihat air mata wanita itu yang tidak henti-henti keluar membuatkan dia semakin cemas. Ditambah pula dengan kesihatan gadis itu yang masih lagi belum sembuh dari demam.

Dia menutup telinga Irina sendiri sambil menuyuruh wanita itu baring semula.

Setelah melihat Irina yang sudah berbaring sepenuhnya dengan mata terpejam rapat, dia menghela nafas berat. Tangisan gadis itu sudah tidak kedengaran memandangkan guruh di langit sudah tidak berbunyi.

Dia membalut badan gadis itu dengan selimut semula apabila memastikan yang Irina sudah tidur kembali.

~•~•~•~•~•~•~

Cahaya matahari yang menceroboh masuk ke dalam bilik melalui tingkap sudah menganggu tidurnya.

Dia menggosok mata yang merasa pedih. Mungkin kuat menangis semalam.

Dia turun dari katil menuju ke bilik air. Tapi matanya terus tertancap pada kaca yang sudah pecah.

Tidak berani untuk datang dekat, dia memmbatalkan niatnya untuk mengutip kaca itu.

Baik aku pergi mandi dulu. Memang kalau dia dah bangun tidur, pasti benda pertama yang dia buat ialah mandi walaupun air waktu ini sangat sejuk. Ditambah pula dengan kondisi badannya.

Hampir 15 minit bersiap ala kadar, akhirnya dia turun menapak ke dapur. Berkira untuk makan apa yang ada memandangkan dia sudah terlewat bangun. Jadi roti bakar pun dia tidak sempat sediakan kepada lelaki itu.

Dari jauh bau nasi goreng yang lazat masuk ke rongga hidungnya. Dahi berkerut seribu. Siapa pula yang masak ni?. Bukanke Anas dah pergi kerja? Takkan dia tak masuk lagi kerja.

Langkah dipercepatkan hingga dia betul-betul sudah berdiri pada meja makan. Dia hanya melihat sahaja Anas yang sedang menghidangkan makanan.

Tak payah tanya. Mesti dia malas masuk kerja lagi. Dari luar pun dia dah nampak sebab lelaki itu hanya memakai pakaian santai sahaja.

“Duduklah. Makan sekali" ajak lelaki itu sambil mencedokkan nasi goreng ke dalam pinggang. Dah macam terbalik pun ada. Suami layan isteri makan.

Dia mengangguk. Kerusi ditarik lalu punggung dihenyak ke atasnya diikuti oleh Anas.

Tanpa berfikir panjang, dia terus mencapai sudu lalu nasi goreng itu disua kepadanya. Dah tak tahan. Bau dia tu sedap sangat.

Anas tergelak kecil. “Sedap?"

Dia mengangguk mengiyakan yang makanan ini sangat sedap. Habis kembung mulutnya menyuap nasi yang belum habis dikunyah.

“Slow-slow Irina. Nanti tercekik tu" Anas menuangkan air milo panas ke dalam gelas lalu diberikan kepada gadis itu.

Melihat gelas yang sudah ada dihadapannya membuatkan dia teringat seusuatu. Tapi apa ya? Sedetik, sel otaknya kembali bersambung. Ya! Gelas pecah!

“Anas" serunya dengan mulut masih kembung.

“Jangan cakap. Habiskan dulu nasi goreng dalam mulut tu" kata lelaki itu menghalan Irina dari bercakap.

Nak tak nak dia hanya akur sahaja. Nasi dikunyah cepat lalu air milo diteguknya rakus.

“Mhm nak cakap apa?"

“Saya...saya sebenarnya..." tak berani dia hendak bercakap. Mahu lelaki itu mengamuk tak tentu pasal padahal dia hanya pecahkan gelas dia sahaja.

“Apa? Cakaplah."

“Err...saya tak sengaja pecahkan gelas awak tu" jelasnya berterus terang.

Anas angkat kening sebelah. Dia tahan senyum. Alahai..bini siapalah yang cantik sangat ni.

“Cakaplah sesuatu. Takkan pasal gelas pecah pun awak nak marah saya"

“Marah? Siapa yang nak marah?"

“Tapi itukan...."

“Aku tak marah pasal kau pecahkan gelas tu. Cuma aku taknak bila kau terkena kaca. Aku tak sempat nak simpan tadi. Semuanya okey kan? "

Cepat Irina mengangguk sambil dia menarik nafas lega. Aku ingatkan apa lah tadi dia nak buat.

“Tapi...kenapa kau kuat menangis semalam. Sampaikan bengkak mata tu" kata Anas sambil menyentuh matanya sendiri.

“Guruh. Saya takut guruh" cepat dia menjawab pertanyaan lelaki itu.

“Kenapa?"

Dia menggeleng lemah. Dia sendiri pun tidak tahu kenapa dia takut sangat dengar guruh. Memang dari kecil lagi dia akan menangis bila terdengar guruh.

“Dari kecil lagi ke kau takut guruh?"

Irina mengangguk.

Melihat wajah Irina yang seakan bersedih, dia terus menukar topik. “Takpelah. Lupakan pasal tu. Teruskan makan " tutur Anas sambil menyuapkan nasi goreng ke dalam mulutnya.

“Anas..awak tak kerja ke hari ni?"

“Kerja. Tapi masuk lewat hari ni"

Irina hanya mengangguk.

Sunyi menerjah mereka berdua. Tiba-tiba keadaan menjadi janggal pula. Anas hanya menumpukan pada makanannya sedangkan Irina cuba mencari idea supaya tak kelihatan janggal.

Puas otak diperas tapi masih lagi tiada topik untuk berbual. Jadi dia hanya memilih untuk bermain telefon sahaja.

Satu sudu nasi goreng disua ke dalam mulutnya sambil tangannya menggores pada skrin telefon.

Uhuk! Dia tersedak sendiri bila melihat gambarnya dengan Anas yang sedang makan di restoran tempoh hari di skrin telefon.

Anas lantas angkat wajah. Memandang wajah Irina yang seakan terkejut melihat sesuatu.

“Apa?"

Irina tahan geram. Kan aku dah cakap jangan makan kat tempat macam ni. Dia nak juga aku ikut. Kan dah kena fitnah.

Telefonnya disuakan ke hadapan muka Anas. Anas hanya melihat gambar mereka itu dengan caption di bawahnya dibaca.

ANAK SEORANG KORPORAT TERNAMA IAITU AYAHNYA DATO MUKHRIZ DIPERCAYAI ADA HUBUNGAN SULIT DENGAN TENGKU ANAS DANIAL

Dia angkat kening sebelah. Wajah selamba ditayangkan. “Habistu?"

Irina ketap bibir. Dia menurunkan telefonnya lalu dipegang kemas. “Awak ni memang tak reti nak fikir perasaan orang ke? Macam mana saya nak keluar nanti. Apa yang orang cakap dekat saya semuanya menyakitkan hati. Mana saya nak letak muka ni. Lagi-lagi bila nama papa saya ada sekali dalam tu. Ini semua salah awak. Kalau kita tak keluar makan malam tu, ini takkan jadi" panjang lebar dia meluahkan apa yang terbuku di hati.

Namun lelaki itu masih beriak santai. “Mulut orang kita tak boleh tutup Irina. So kau bayangkan je apa yang diorang cakap dekat kau tu satu pujian. Ataupun buat-buat tak dengar je" balasnya sambil menolak pinggang ke hadapan bila nasi goreng sudah habis dimakannya.

Irina ketawa sinis. “Awak cakap senangkan. Yang hadapnya saya, bukan awak." kata wanita itu lalu menolak kerusi ke belakang untuk bangun.

“Dahlah, malas saya layan. Lain kali stop ajak saya keluar pergi mana-mana dengan awak. Baik keluar dengan Aydan je. Takda orang kecam apa-apa pun. Aman hidup saya" tambah gadis itu membuatkan Anas serta-merta memandang tajam ke arah Irina. Dia lantas angkat punggung lalu meja dihentak kasar dengan tangannya.

“Don't you dare to go out with many man besides me" katanya tegas.

“Habistu awak nak saya buat apa? Terperuk dalam ni. Nak keluar dengan awak? Memang taklah. Saya dah puas dah kena hina lagi. Dan saya dah penat Anas" kali ini suaranya mulai mengendur. Mungkin dia tidak patut melawan kata Anas sebagai suaminya tapi dia patut meluahkan semuanya.

Tidak menghiraukan Anas yang masih berdiam diri itu, dia lantas berjalan bersama pinggan dan gelas di tangan.

Setelah selesai makan ubat di dapur, dia kembali semula ke ruang makan itu. Tapi bayang Anas sudah tidak kelihatan.

Dia menghela nafas berat. Mungkin lelaki itu sudah pergi ke kerja. Dia tidak sepatutnya melawan kata Anas dan tidak sepatutnya keluar dengan lelaki lain. Rasa bersalah mula bertandang di hati.

Akibat terlalu lama berdiri, kepala yang masih elok tadi mula berasa pening. Rasa mahu tumbang pun ada tika ini.

Dia memegang kepalanya sendiri. Dengan lambat kaki melangkah juga menuju ke bilik.

Daun pintu ditolak perlahan. Sebelah tangannya memegang kepala sendiri.

Matanya terus tertancap pada sebatang tubuh yang sedang menyapu kaca yang berteraburan di atas lantai.

Dia senyum pahit. Ingatkan dah pergi kerja.

“Anas" serunya sambil berjalan ke arah lelaki itu yang lansung tidak menyedari kehadirannya.

“Arh" dia terjerit kecil saat terasa kaca mula memasuki kulit kakinya.

Anas kelam kabut berpaling. Dia terus mendapatkan Irina lalu meletakkan gadis itu di birai katil.

Dia jatuh terduduk sambil tangannya membelek kaki Irina yang sudah mengeluarkan darah.

“Macam mana boleh terpijak ni. Janganlah cuai sangat Irina. Aku dari tadi bersihkan kaca ni takda pun sampai luka macam ni." sempat lagi dia membebel kepada gadis itu yang sudah bertakung air mata.

Saat tangannya baru sahaja ingin menarik kaca semula tiba-tiba Irina menghalang.

“Jangan. Sakit."

“Sakit sikit je. Jangan risau" balas lelaki itu. Belum sempat Irina menghalang buat kali kedua, dia terua membuang kaca itu. Semakin galak darah keluar.

“Sakitlah. Dah stop. Jangan buat lagi" dia menarik kakinya semula sambil mengesat air mata. Sakitnya tidak dapat dibendung lagi dengan kepala seakan berputar sendiri.

“Darah mengalir tu. Kau nak biarkan macam tu aja ke?"

Tidak mengendahkan kata Anas, dia terus membaringkan badannya lalu selimut ditarik separas dada.

Dia membalas pandangan Anas yang sedang merenungnya tidak puas hati.

“Sorry pasal tadi melawan cakap awak. Saya takda niat pun nak.."

“Dahlah lupakan pasal tu. Biar aku yang balut kaki tu" cepat Anas memotong.

Dia bangun seraya menuju ke arah almari lalu mengeluarkan kotak first aid.

Kaki Irina yang masih menitik darah itu dibalutnya dengan kain pembalut luka. Berapa kali gadis itu mengaduh sakit.

“Dah siap. Kau tidurlah dulu. Dah makan ubatkan?"

Dia mengangguk.

“Good girl" ucap Anas sambil membongkokkan badan seraya mencium ubun-ubun isterinya.

~•~•~•~•~•~•

“Nurul, tolong bagitahu semua orang yang I akan buat sidang media pukul 2 petang nanti"

Nurul yang sedang mengemaskan fail-fail di atas meja Anas itu lantas angkat kepala berserta dahi berkerut seribu.

“Kenapa Boss? Ada apa-apa ke?"

“I nak buat pengumuman. Nanti you akan tahu juga. Just buat kerja you je"

Pantas Nurul mengangguk.

“Okey Boss. Boss naf coffee? Or anything?"

“No. I don't want anything. You can go" balas Anas sambil tangannya bermain pada sebatang pen seolah memikirkan sesuatu.

“Baik Boss" tutur Nurul berpaling ke belakang untuk menapak keluar dari bilik itu.

~•~•~•~•~•~•~•

“What? Apa kau cakap?" lantang suara Nadia yang sudah terkejut mendengar cerita Qistina dari A hingga Z. Susah nak hadam apa yang terjadi sebenanrnya dek tak terlintas di kepala dengan apa yang terjadi sekarang ni.

Qistina menutup kedua belah telinganya. Tak tahan mendengar suara Nadia yang bergema di dalam bilik mereka.

Pap! Laju tangannya menampar peha Nadia. Geram. Perlu ke sampai nak menjerit bagai ni.

“Betulke apa yang yang kau cerita tadi? Kau betul-betul dengarkan apa yang mereka bualkan hari tu" kata Nadia meminta kepastian.

Qistina mengangguk lemah. “Aku rasa macan tu lah"

Wanita itu sudah ketap bibir. Laju kakinya turun dari katil tapi dihalang dihalang oleh sahabatnya.

“Kau nak pergi mana?"

“Aku nak pergi jumpa sendiri dengan Irina. Aku nak bagitahu dia semuanya " balas Nadia kasar. Memang ini lah perwatakan dia. Selalu naik angin tak tentu pasal bila kawan-kawannya dipermainkan sebegini.

Laju Qistina menarik kuat tangan Nadia membuatkan gadis itu jatuh semula ke atas katil.

“Kau nak bagi tahu semuanya dekat Irina?"

“Yelah. Benda betul kot" kata gadis itu seraya menggosok lengannya sendiri.

“Stop it Nadia. Jangan bagitahu dia. Irina tak patut tahu semua ni" kali ini dia menundukkan wajah. Terasa sebak di dada saat wajah Irina yang sedang tersenyum manis bermain di layar fikirannya.

“What? Kau jangan cakap dekat aku yang kau nak perbodohkan Irina juga. Kau ni dah kenapa? Sanggup ke tengok kawan kita macam tu" cepat Nadia menuduh tanpa bukti.

Qistina cepat menggeleng. Air mata mula bertakung. Bila-bila masa saja akan pecah.

“Aku...aku tak sanggup tengok dia kecewa lagi. Cukuplah dia menderita selama ni. Aku dah taknak tengok dia sedih. Hari tu..hari pertama aku tengok dia senyum. Dia tak pernah pun senyum selama ni sebab dia dah cukup menderita. Dan..aku pasti yang Anas lah orang yang boleh membahagiakan Irina. Kau faham kan maksud aku. Kau takkan nak bagitahu Irina semua ni dan serta-merta dia kembali dengan dunianya yang penuh penderitaan. Kau nak ke macam tu." dia angkat wajah membalas pandangan Nadia yang sedang merenungnya tanpa sepatah kata.

Keadaan menjadi sunyi seketika. Masing-masing melayan perasaan sendiri. Bunyi esakan kecil kedengaran. Pilu hati mereka tatkala mengenangkan kisah sahabatnya yang masih tidak menemui titik bahagia.

Nadia mengesat air matanya perlahan. “Aku taknak tengok Irina sedih. Tapi itu kalau jalan yang terbaik untuk dia terus bahagia, aku sanggup lakukannya walaupun kita sekarang ni tak jujur dengan dia. Mungkin itu yang terbaik" akhirnya dia setuju juga untuk merahsiakan semuanya. Kata-kata Qistina tadi sungguh menyentapkan hingga dia mati kata. Dia tiada jalan selain untuk bersetuju sahaja memandangkan jalan itu sahaja yang mampu melihat kawannya bahagia. Kalau itu yang terbaik.

Mereka terus berpelukan sesama sendiri. Lama keadaan begitu hingga masing-masing meleraikannya.

“Promise me yang kau takkan bagitahu Irina semuanya."

“Aku pun nak tengok Irina bahagia Qis. Aku takkan bagitahu semuanya. Biarlah dia menjadi rahsia yang terkunci rapat biar tiada sesiapa pun yang akan membongkarnya." balas wanita itu disambut dengan senyuman manis Qistina.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience