Bab 8: Malang tidak berbau

Family Completed 2944

~Ammar~

Aku melihat kiri dan kanan mencari rumah tuan rumah. Aku berjanji untuk mengambil kunci malam ini juga. Kalau tidak, aku terpaksa tidur di dalam kereta.

"Ish, tak maulah aku" aku berkata sendirian sambil membayangkan betapa tidak selesa aku di dalam kereta yang kecil ni.

"Manalah rumah dia ni?" sukar untuk aku meninjau di dalam kepekatan malam.

Aku tiba lebih lambat daripada jangkaan, kerana itu, tuan rumah menyuruh aku mengambil kunci di rumahnya sahaja.

Seumur hidupku sehingga hari ini, aku tidak pernah menyaksikan kemalangan jalan raya berlaku di hadapan mataku sendiri. Tidak pada malam ini. Inilah punca kelewatanku pada malam ini. Kejadian tadi masih segar dimindaku. Sambil memandu mencari rumah tuan rumah, aku masih teringat kejadian malang itu.

***

Aku memandu pada kelajuan sederhana membontoti beberapa kereta yang berada di hadapan. Aku mengekori mereka pada jarak yang selamat.

Jalan lurus sahaja tetapi gelap gelita disebabkan tiada lampu jalan dan dikelilingi pokok di kiri kanan jalan.

Disebabkan radio kereta rosak, aku kesunyian dan hanya melayan perasaan sendiri. Sekali-sekala aku cuba menyanyi menghiburkan hati sendiri yang sepi.

Tiba-tiba, aku terdengar bunyi dentuman yang sangat kuat.

Dum!

Aku ternampak kereta pick-up berwarna hitam di hadapan seperti melompat sedikit dan berhenti secara tiba-tiba. Manakala, kereta di belakangnya cuba mengelak ke kanan dan aku ikut mengelak ke kanan tanpa berfikir panjang. Hanya beberapa ketika kemudian barulah aku terfikir dan bersyukur tiada kereta datang daripada arah bertentangan semasa aku memasuki lorong kanan secara tiba-tiba.

Semasa aku melepasi kereta hitam tersebut, terdapat kereta putih di hadapan kereta hitam tersebut. Dua-dua kereta kemek teruk. Enjin berasap. Kaca bersepah. Kesemua pemandu dan penumpang tidak bergerak. Seolah-olah melekat di kerusi masing-masing. Tidak mungkin aku akan dapat memadamkan kejadian ini daripada memoriku.

Aku menggeletar. Kereta hadapanku berhenti di sisi jalan. Aku juga berbuat perkara yang sama.

Tangganku tidak berhenti menggeletar, namun aku segera keluarkan handphone dan mendail 999.

Aku terpana sekejap mendengar suara yang menyambut panggilanku.

"Encik, boleh saya bantu? Apa kecemasan yang berlaku?"

Setelah beberapa saat terdiam, "Encik? Boleh saya bantu?"

"Sekejap encik. Saya terkejut. Ada kemalangan berlaku di depan mata saya tadi" aku masih lagi tidak dapat tenteramkan perasaan sendiri.

Aku diminta untuk menyatakan lokasi kemalangan, berapa ramai yang terlibat, bentuk kecederaan dan aku diminta untuk menunggu sehingga panggilan aku disambungkan kepada pihak hospital, bomba dan polis.

Sementara itu, aku perlahan-lahan keluar daripada kereta untuk melihat kemalangan tersebut. Handphone masih melekat di telingaku. Bertalu-talu panggilan daripada bomba dan hospital masuk meminta aku untuk menilai keadaan mangsa supaya mereka dapat segera menghantar bantuan yang tepat.

Soalan yang paling sukar untuk aku jawab "Ada yang meninggal?"

"Allah... Saya tak... Saya tak pasti. Tetapi mereka tidak sedarkan diri"

Setelah semua jentera kecemasan tiba, aku yakin mangsa kemalangan were in good hands. Aku mengundur diri diam-diam kerana tidak ingin menganggu tugas menyelamat. Aku kira, tugas aku telah selesai. Aku tidak pasti apa nasib mereka.

***

Aku dapat merasakan jantung aku masih berdegup kencang. Aku meraup wajahku, dan menolak rambutku kebelakang.

"Allah"

Sungguh benar kata orang, malang itu tidak berbau. Walaupun dalam keadaan yang berjaga-jaga.

Mataku semakin cerah. Aku semakin alert dengan persekitaranku.

"Yes, jumpa dah rumah tuan rumah"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience