Bab 11: Lena diulit buku

Family Completed 2944

~Ammar~

Sebaik sahaja kaki menjejak ke dalam bilik, aku membaling sahaja beg di hujung katil dan merebahkan badan ke atas katil. Jam menunjukkan hampir pukul 7 malam.

"Letihnya hari ni... Nasib baik Lan janji nak cover shift aku malam ni. Boleh aku study sikit" keluh aku sendiri.

Aku sembamkan muka ke atas bantal.

Tanpa sedar aku tertidur.

Tiba-tiba, aku merasakan ada sesuatu yang sejuk dan basah menyentuh kakiku.

Aku bingkas bangun dan cuba membuka mata. "Argh, pedih mata aku!" jerit aku terkejut. Seperti ada satu cahaya putih yang teramat terang menyinari sekelilingku.

"Aku dimana?" kepalaku terasa sakit. Aku menahan pancaran cahaya putih itu menggunakan tanganku, dan cuba melihat sekelilingku.

Aku ternampak bayangan seseorang. Semakin lama semakin mendekatiku. Langkahnya hampir tidak kelihatan. Seperti melayang sahaja.

Rambutnya hitam dan panjang melepasi pinggul. Aku tidak dapat melihat wajahnya yang diliputi rambutnya itu. Pakaiannya kekuningan. Hujung jarinya runcing, dan kukunya tajam kehitaman. Jari runcing itu cuba untuk menyentuhku.

Aku segera memejam mata serapatnya dan menjerit "Allahuakbar!" sekuat hatiku.

Pang!!!

"Aduh, pedih pipi aku!" sekali lagi aku cuba membuka kelopak mataku. Berpisat-pisat aku melihat sekeliling. Tiada lagi cahaya putih. Tiada lagi perempuan berjari runcing. Pipiku terasa seperti digigit berpuluh semut merah.

"Woi, orang tak tidur Maghrib ni! Kang dah mimpi bukan-bukan. Sampai bawah aku boleh dengar ko punya jerit" marah Azizi, salah seorang housemates aku di rumah sewa ini.

"Ha ha ha, lega wei tengok muka ko. Pedih ni terus bertukar rasa nyaman kepanasan di pipi aku" ujarku kelegaan. Mimpi rupanya.

Aku bergegas mengambil air sembahyang dan menunaikan solat Maghrib. Usai solat, aku mohon sesungguh hati agar Allah permudahkan urusanku pada semester ini dan memberikanku kejayaan yang akan menggembirakan kedua ibu bapaku, ummi dan abi, dan tidak lupa juga para pendidikku.

Aku duduk sekejap di meja belajar. Melihat organizer yang terletak di atas meja. Aku membelek helaian demi helaian.

Aku mengambil tiga kursus sahaja. Dua belas jam seminggu aku perlu hadir kelas. Dalam seminggu, aku hanya ada kelas dalam empat hari, daripada Isnin sehingga Khamis.

Aku juga bekerja part time di R & R lebuh raya menuju arah utara. Aku hanya bertugas pada hari Rabu, Jumaat dan Sabtu bermula pukul 7 malam sehingga 12 tengah malam.

Sekarang, aku sudah memasuki minggu kuliah ke 6, dan masih berbaki 8 minggu kuliah.

"Apa yang telah aku capai sehingga hari ini?" soalku kepada diriku sendiri.

Aku sebenarnya terdengar perbualan pensyarah petang tadi. Ya, aku agak struggle untuk memahami apa yang diajar. Memang tidak dinafikan. Namun, aku bersyukur mereka tidak merendah-rendahkan aku di hadapan pelajar lain. Malah, sedaya upaya mempermudahkan urusanku.

Aku akan belajar betul-betul supaya aku lulus semuanya pada semester ini. Semakin lama aku di sini, semakin banyak aku berhutang budi. Khuatir tidak mampu membalas semuanya.

"Okay, solat Isyak dulu sekejap. Perut kenyang lagi makan sebelum balik petang tadi. Esok ada kelas Company's Taxation. Aku ada homework ke tak ya?"

Buku teks, nota dan soalan Company's Taxation aku letakkan di atas meja. Aku scroll table of content dan menjumpai topik yang menjadi igauan ngeriku.

"Okay, aku revise sikit topik ni malam ni. Next week ada quiz"

"Bismillah"

Setelah beberapa ketika...

Kedengaran tapak kaki seseorang mendekati bilik Ammar. Daun pintu bilik ditolak sedikit.

"Cis, tidur rupanya budak ni. Mati-mati aku ingat dia nak study tadi" ujar Azizi tatkala menjenguk Ammar di bilik yang kelihatan telah lena berbantalkan lengan di atas meja belajar.

"Ammar... Ammar... Ko kata nak study hard semester ni. Kang ada yang teman aku lagi semester depan" bebel Azizi sambil tangannya mengetik suis lampu dan menutup kembali pintu bilik Ammar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience