Bab 21: Pertemuan tidak disangka

Family Completed 2944

~Ammar~

Sesudah solat Jumaat di masjid yang berdekatan dengan rumah sewaku, segera aku menuruni tangga, menyarung selipar dan pantas berjalan menuju ke kereta. Sengaja aku parkir kereta jauh-jauh kerana tidak ingin bersesak sewaktu ingin keluar daripada masjid.

Cuaca agak panas terik. Aku ingin segera pulang menemui ummi dan abi. Aku ingin menyelesaikan keinginan hatiku sesegera mungkin sebelum bermulanya peperiksaan akhit nanti. Aku juga sudah lama tidak pulang menjenguk ummi dan abi.

Dan, yang paling penting, aku ingin bergerak waktu siang. Aku tidak ingin melintasi kawasan kemalangan yang pertama kali aku hadapi beberapa bulan yang lepas. Aku khuatir aku boleh menjadi panik. Ntah apa-apa aku ini.

Malanglah siapa jadi awek aku gamaknya. Penuh masalah. Masalah serangan panik, mudah pitam dan masalah belajar tak habis-habis "Hahaha" gelak aku sendirian. "Alamak sorang-sorang pun boleh gelak, haaa tambah satu lagi, dah rupa orang tak siuman pun ya juga hahaha!" lagi sekali aku berdialog sendirian sambil tergelak.

"Bismillahirrahmanirrahim. Segala puji bagi Allah, Maha suci tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum ini tidak terdaya menguasainya." doaku sambil tanganku memulas kunci kereta. Biasalah aku, nak jalan jauh baru teringat nak baca doa.

"Alhamdulillah, elok aje hidup kereta ini" kataku sambil tanganku menepuk stereng keretaku.

Setelah 4 jam lebih memandu, aku tiba di perkarangan rumah dengan selamat, walaupun sudah lewat senja. Sempat aku sampai sebelum ummi dan abi bersiap ke masjid. Kalau tidak, dengan aku sekali perlu ke masjid dahulu kerana tiada kunci untuk memasuki rumah.

"Assalamualaikum"

"Ummi! Abi! Ammar balik ni" jerit aku daripada luar rumah sambil mengintai melalui celahan tingkap samada mereka ada atau tidak di ruang tamu.

"Waalaikummussalam" jawab abi.

"Apasal aku dengar suara ada tapi tuan tiada?" aku tergaru-garu kepalaku yang tidak gatal, sambil terus mengintai.

"Ehem, ehem!" aku dengar abi berdehem.

"Intai apa rumah orang tu? Dah rupa pencuri ni" aku masih mendengar suara abi. Tapi tiada di ruang tamu.

Satu tepukan kuat aku rasakan di bahu kiriku.

"Opocot!" aku melatah.

"La, abi kat belakang Ammar ke? Jenuh Amar terintai-intai. Abi la kan, saje je. Nasib baik tak gugur jantung Ammar ni. Abi bukan tak tahu Ammar ni fragile" bebel aku sambil tanganku memeluk abi. Rindunya aku kepada abi.

Abi mengekek ketawa seronok mengenakan aku.

"Jom masuk ikut pintu belakang. Ummi ada di dalam. Apasal balik tak beritahu ni? Abi tengah siram pokok belakang rumah tadi. Terkejut dengar ada kereta masuk. Itu yang abi jalan perlahan-lahan je daripada belakang nak pastikan siapa. Suara macam kenal. Kamu rupanya"

"Sajelah abi, macam lama dah sangat Ammar tak balik. Walhal kelas bukan banyak, cuma Ammar sibuk bekerja part-time"

Kelihatan ummi laju-laju keluar daripada bilik, lengkap bertelekung. Bersedia nak ke masjid bersama abi menunaikan solat Maghrib dan Isyak.

"La, kamu ke Ammar? Patutlah dengar orang bersembang. Ummi fikir abi kamu bercakap dengan siapa la senja-senja ni. Kamu dah makan? Adalah lauk tengahari tadi. Nak ikut ummi dan abi?" tanya ummi.

Aku menggelengkan kepala dan menghulurkan tangan untuk bersalam. Sejuk tangan ummi. Baru selesai mandi agaknya. Aku tidak memeluk ummi, khuatir kotor bajuku terjangkit ke telekung sembahyang ummi.

"Ammar nak mandi ke apa dulu. Solat di rumah sahaja dulu malam ni. Tak apa, Ammar tunggu ummi dan abi balik untuk makan sama-sama. Ammar boleh keluar beli apa-apa sementara ummi dan abi di masjid."

"Ikut kamulah. Asalkan jangan nasi. Macam nak makan kuey teow goreng special tempat biasa tu, boleh? Ada duit?" tanya ummi sambil kalut tangannya membuka laci console table mencari duit yang terselit.

"Ada. Ammar kan kerja. Biar Ammar belanja ummi dan abi malam ni" kataku sambil mengenyitkan mata kepada ummi. Tangkas tangan ummi mencubit pipiku.

"Jom umminya. Lambat pula kita nanti" ajak abi sambil memulas tombol pintu "kunci rumah ada atas meja tu nak keluar nanti. Ni jangan lupa kunci pintu terus"

"Aye aye captain"

Aku hanya menghantar mereka dengan satu pandangan. Setelah mereka pergi, barulah aku terasa letihnya memandu pulang tadi. Tidak membuang masa aku terus mandi membersihkan badan. Menyarungkan baju seluar yang bersih untuk bersolat.

Sesudah solat Maghrib, aku duduk di sejadah sekejap sambil memanjatkan doa agar diberi kekuatan untuk menyatakan tujuan sebenar aku pulang kepada ummi dan abi.

"Anak bertuah. Bukan balik nak jenguk ummi dan abi. Hal hati juga yang kau utamakan" ujar akalku.

Sesudah itu, tanpa menunggu solat Isyak, aku segera mencapai kunci kereta dan kunci rumah. Aku ingin ke kedai yang biasa dikunjungi kami sekeluarga. Kuey teow goreng special di situ memang umph!

"Pak Dolah, kuey teow goreng special 3 bungkus!" jeritku sedikit kuat kepada Pak Dolah yang sedang bersiap sedia bersama kuali panasnya.

"Baik, Ammar. Lama tak nampak kamu, ya. Dah kerja ke?" tanya Pak Dolah bersahaja.

"Ala Pak Dolah ni, macam tak tahu saya ni mana la pandai. Belum lagi. Lambat sikit. Asal selamat Pak Dolah" balasku.

"Cepat ler habiskan. Kesian ummi dan abi kamu nanti" sambung Pak Dolah.

Alamak, tersentap jantungku. Bahaya ni, dah berapa kali jantungku terkejut hari ini.

"Hahaha... Insya-Allah" aku buat-buat ketawa.

Kemudian, aku dibiarkan melayan perasaan sambil menunggu semuanya siap. Nasib aku baik, pelanggan masih belum ramai. Adalah dua tiga meja sahaja pelanggan yang ada. Besar kemungkinan, pelanggan yang lain itu akan singgah setelah keluar daripada masjid selepas Isyak nanti.

"Ammar, awak kan?" aku terdengar suara menyebut namaku. Seperti aku kenal pemilik suara lunak merdu ini.

"Ooo Raihan... Apa kau buat di sini? Makan? Bungkus? Datang seorang?"

Raihan merupakan bekas rakan sekolahku. Dan, antara kawan yang paling rapat dengan Natasha. Dialah yang sentiasa dihubungi Natasha.

"Bungkus je" balas Raihan ringkas.

"Kau sihat Ammar?" tanya Raihan dan sambil melabuhkan punggungnya di kerusi mejaku.

"Sihat. Sihat macam kau nampaklah." jawabku sambil mengukir senyum. Lama betul tak jumpa Raihan.

"Alhamdulillah. Aku nampak kau lebih ceria sekarang. Syukurlah. Dah habis belajar belum?" aduhai, memang sudah tiba masanya aku menamatkan pengajian.

Ingat Ammar, ingat. Mesti tamat. Aku membuat mental note.

"Last sem dah ni. Doakan aku ya. Aku biasalah, slow sikit sekarang. Berkhayal je lebih hahahah"

"Eh, aku dengar kau jatuh pengsan hari tu? Biasalah gosip mak-mak jemaah masjid ni. Tu yang aku dapat tahu daripada mak aku. Sebab mak engkau berhati-hari tiada di masjid" soalan menikam jiwa malam ni aku dapat daripada Raihan.

"Ya. Betullah tu. Aku suka jemaah masjid kita ni. Prihatin. Sebab tu aku tak bimbang belajar lama-lama dan berjauhan daripada parents aku. Ada aje yang akan mencari parents aku kalau kelibat mereka tidak kelihatan, kan?" aku cuba mengubah topik, dengan harapan Raihan tidak bertanya lanjut.

"Sebab Natasha, betul?" tanya Raihan bersahaja.

Pang! Jatuh berderai harapanku agar Raihan tidak terus bertanya.

Terasa putih mukaku kerana jantungku seperti terlupa untuk mengepam darah ke seluruh tubuh di saat Raihan menyebut nama Natasha.

Mulutku terkunci sebentar. Aku memalingkan wajahku ke arah lain. Aku tidak ingin Raihan melihatku sebegini.

Ligat otakku berfikir bagaimana aku harus menjawab pertanyaan Raihan yang satu ini.

Aku tahu Raihan sentiasa berhubung dengan Natasha. Berkemungkinan besar, Raihan sebenarnya tahu perkara ini terus daripada Natasha. Bodohnya aku. Kenapa tidak terfikir daripada tadi.

Ribuan soalan mengalir deras msmasuki kotak otakku.

Kau tahu kenapa Natasha ada di kampus aku malam itu?

Kau tahu di mana Natasha sekarang?

Kenapa Natasha ingin menghubungi aku?

Apa khabar Natasha sekarang?

Kau ada jumpa Natasha?

Namun, persoalan ini tinggal persoalan. Lidahku terkaku.

"Ammar, tak apa kalau kau tak nak jawab sekarang" Raihan mengerti keresahanku.

"Tapi, kalau kau bersedia hendak tahu akan jawapan kepada persoalan kau itu, esok jumpa aku. Bak sini handphone kau. Aku masukkan nombor aku"

Aku seperti dipukau dan menghulurkan handphoneku kepada Raihan. Aku terkesima. Bagaimana Raihan tahu isi hatiku? Adakah wajahku seperti buku yang sentiasa terbuka? Mudah dibaca sesiapa sahaja? Ya, aku memang naif orangnya. Tidak kusangka senaif itu.

Aku pelik melihat Raihan membimbit dua bungkusan makanan. Setahu aku, Raihan anak tunggal. Mungkin untuk ibu dan ayahnya. Tetapi kenapa hanya dua bungkus. "Ah, maybe Raihan dah kahwin. Untuk suaminya? Kahwin tak jemput" semua ini hanya berlaku di dalam otakku. Tidak terluah.

"Ammar, 3 bungkus siap" suara Pak Dolah memecahkan suasana yang aku rasakan tegang.

Aku menguatkan tekad. Aku akan berbincang bersama ummi dan abi. Raihan telah membuka peluang untuk aku mendapatkan jawapan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience