Bab 20: Hati menjuarai

Family Completed 2944

Dedicated for Amenatul Afiqah and Poulena Juin.
Thanks for your vote and love.
-------------------------------------------------------
~Ammar~

"Ikut hati, mati!" akalku seolah-olah menjerit padaku.

"Baik jangan" aku putuskan sahaja pertarungan antara hati dan akal yang tidak akan berhabisan.

"Ammar!" tersentak aku daripada lamunan apabila terdengar satu suara keras memanggil namaku. Aku memalingkan wajahku ke arah pemilik suara.

"Jauhnya mengelamun. Tengah risau nak masuk meminang anak dara ke?" usik Azizi sambil tersengih-sengih seperti kerang busuk.

"Sorry. Kawan aku minta tolong tunda motorsikal dia tadi. Rosak selepas keluar pagar U kita tu" Oh, itulah kenapa dia tiada.

"Jom, masuk dalam rumah" Azizi merangkul bahuku dan kami sama-sama masuk ke dalam rumah. Aku benar-benar berharap budi baik Azizi diberi ganjaran pahala yang banyak.

Satu sikap Azizi yang unik ialah, membantu bukan dengan memberi, tetapi dengan mengajar sehingga faham. Maka, bersengkang mata aku menjawab persoalan Azizi apabila hasil kerja aku terdapat kesalahan demi kesalahan. Azizi akan menyoal sehingga aku faham apa kesalahan aku.

Usai disemak Azizi sekitar pukul 1 pagi, aku segera emel kepada Tina untuk dimasukkan di dalam report dan juga pembentangan. Aku setuju untuk bersama-sama menanggung kos mencetak report dan mana yang berkaitan, asalkan si Tina dan Shida bahagia.

Aku tak mahu Shida report kepada boyfriendnya yang juga pelajar tahun akhir di sini. Mereka berdua seolah-olah couple of the year di Fakultiku ini, semua mengenali pasangan ini. Berkepit kemana sahaja.

"Gerun aku dapat awek garang macam Shida" kataku sambil fikiranku teringat betapa sukarnya untuk aku mendengar suara Natasha suatu ketika dahulu.

"Alamak, apasal pula aku masih teringatkan dia. Hati oh hati" aku cepat-cepat hapuskan rasa hati.

Keesokannya, aku sedikit terlewat bangun disebabkan aku dan Azizi agak lewat tidur semalam.

Aku mandi cepat-cepat dan segera menunaikan solat Subuh, dan diakhiri dengan doa agar aku Allah sentiasa bersamaku di dalam setiap langkahku.

Aku menuju ke kelas seperti biasa, memandu kereta burukku. Alangkah indahnya kurasakan pagi ini. Walaupun aku sedikit lewat, aku tetap tenang menikmati persekitaranku. Aku membuka tingkap, meletakkan tangan kiriku di bukaan tingkap. Dan, dapat aku perhatikan daripada cermin sisi, wajahku tersenyum riang.

"Yahoo! Assignment last dah siap!" ingin sahaja aku jerit agar satu dunia mendengarnya. Perasaan tidak enak kerana tidak dapat menyiapkan tugasan yang satu ini sungguh menganggu mindaku beberapa hari lepas. Kini, aku bebas buat sementara sebelum tibanya hari pembentangan pula.

"Argh! Aku risaukan hal itu bila masanya tiba nanti" segera aku menepis rasa cuak kerana pembentangan nanti semestinya di dalam Bahasa Inggeris.

Kegembiraan aku gamaknya terpancar di wajah apabila Amin menegurku sebaik sahaja aku tiba di kiosk untuk bekerja pada malam itu "Woi, hang baru jumpa awek ka apa? Lain macam hang punya seronok. Senyum tak renti"

"Aku pertama kali rasa best sangat bila dapat siap tugasan yang pensyarah aku bagi. Dulu aku malas study, tu yang sangkut ja."

"Sekarang, aku dapat kawan-kawan bijak pandai dan baik budi pekerti, dengan aku sekali diaorang heret study. Kerja aku semalam pun diaorang tolong semak. Aku puas hatilah kali ni. Tu yang rasa tak boleh nak control tu. Happy semacam"

"Aku yakin aku tamat dah semester ni. Hang rasa, Amin?" aku ingin dengar Amin mengiyakan keyakinan aku.

"Insya-Allah, Ammar. Usahakan tangga kejayaan. Lepas tu hang doa banyak-banyak. Kemudian, serah semuanya kepada Allah. Yakin apa yang telah diaturkan untuk kita, pasti ada hikmah yang tersembunyi" panjang-lebar jawapan si Amin.

Jawapannya memberi harapan tinggi, namun, pada masa yang sama, terselit pesanan atau amaran agar aku tidak lupa bahawasanya semua ini ketentuan daripada yang Maha Esa jua. Makanya, aku juga perlu bersedia secara mental untuk gagal lagi dan lagi.

Malam semakin sunyi. Hanya bunyi cengkerik daripada hutan berdekatan menemani aku. Amin seperti biasa, samada tidur di bawah kaunter, atau mengayat awek di kiosk yang lain. Aku malas ambil tahu. Amin tiada kerisauan sepertiku. Hidup Amin simple. Kadang-kadang, aku cemburu.

Aku mencari handphone yang terletak di dalam poket bagi menghilang rasa bosan. Jari telunjukku laju swipe pada screen. Lagi sekali aku ternampak notification di Messenger yang belum aku buka.

Hatiku mula memainkan peranan nakalnya tatkala akal tidak awas "kau tak nak tahu apa mesej Natasha? Kau tak teringin nak tahu kenapa Natasha begitu bersungguh mencari jalan menghubungimu? Demi sisa minat kau pada Natasha suatu masa dahulu, cubalah kau balas balik mesejnya itu"

Akalku cuba merasionalkan keadaan itu "Jangan Ammar. Kau akan hanya menyakiti diri kau sendiri"

"Bukan Natasha yang menyakiti Ammar. Itu bapak Natasha yang tidak berguna. Tidakkah kau mahu tahu apa yang terjadi pada Natasha setelah ayahnya membawanya melarikan diri lagi? Adakah Natasha terus-terusan didera? Sihatkah dia? Sakitkah dia sekarang? Andai kata dia ingin memohon maaf buat kali terakhir, tidakkah kau ingin memaafkannya? Tidakkah kau ingin memberitahu Natasha, dia tiada salah dengan apa yang berlaku pada malam itu" hatiku terus melontarkan soalan demi soalan sehingga akalku menjadi kaku untuk merasionalkan segalanya.

Mungkin hatiku benar pada kali ini, sehinggakan akalku buntu untuk mematahkan setiap persoalan itu. Mungkin rasa hati atau instinct aku betul. Siapa tahu, bukan?

Namun, aku tidak ingin terburu-buru membalas mesej Natasha. Akalku masih tidak berputus asa. Bukan untuk menghalang, tetapi pada kali ini, untuk mencari apakah tindakan terbaik yang patut aku lakukan.

Ummi dan abi berhak tahu kalau aku ingin menghubungi Natasha. Jika apa-apa terjadi padaku, sekurang-kurangnya, ummi dan abi tahu puncanya.

Aku tidak ingin mengenepikan mereka apabila membuat keputusan ini. Mungkin remeh pada orang lain, tetapi mengambil kira sejarah kesihatan mentalku, ini adalah perkara besar bagi aku. Aku tidak ingin terus-terusan menyusahkan ummi dan abi dengan masalah aku.

Khayalanku terhenti apabila kiosk aku dikunjungi pelanggan. Segera aku bangun untuk melayan beberapa pelanggan yang singgah. Aku kira mereka sedang cuba mencari sesuatu untuk menghilangkan kantuk mereka apabila memandu jauh dilewat malam.

Aku nekad aku akan bincangkan hal Natasha bersama ummi dan abi. Mungkin aku akan balik ke rumah selepas solat Jumaat esok.

Tiba-tiba aku rasa berdebar-debar sendiri tanpa sebab. Tapak tanganku tidak semena-mena berpeluh basah.

Apakah reaksi ummi dan abi? Adakah mereka akan menghalang kehendak hatiku ini?

"Dik, berapa semua?" dan lamunanku terhenti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience