Bab Akhir: Bahagia milikku jua

Family Completed 2944

~Ammar~

"Ammar!"

Azizi bergegas memakai selipar sejurus melihat aku sekeluarga tiba di perkarangan rumah ibu ayahnya.

Tangannya dilambai-lambai mengajak kami masuk ke dalam rumah. Sambil memperbetulkan songkok di atas kepalanya.

"Siapa yang nak bertunang ni? Aku ke kau Azizi?" fikirku apabila melihat Azizi segak bergaya.

Wajah Azizi tersenyum girang. Dipeluknya aku tanpa menghiraukan pandangan orang lain. Kelihatan beberapa orang di dalam rumah. Agaknya saudara-mara Azizi.

"Masuk makcik, pakcik! Siapa yang manis di belakang tu? Masuk cik adik. Rumah cik abang beginilah" usik Azizi pada adikku, Nita. Sedangkan Azizi setahun lebih muda berbanding Nita.

Merah padam pipi Nita dipanggil cik adik. Bunga-bunga la hati dia tu.

Sempat kami berbisik sesama sendiri semasa berjalan. Alangkah malunya kami datang sekeluarga sahaja sedangkan yang menyambut begitu meriah sekali.

Ini merupakan kali pertama kami sekeluarga sampai ke negeri Kelantan. Kampungnya tidak jauh daripada sempadan negara. Sungguh jauh perjalanan kami. Namun, semuanya gembira.

Nita dan ummi membeli belah di Rantau Panjang dan Pengkalan Kubur sehingga tiada ruang kosong di bonet kereta. Abi menepuk dahi melihat mereka memborong. Kali kedua abi menepuk dahinya apabila terkejut melihat cukai yang dikenakan semasa diperiksa kastam. Aku hanya mampu tergelak daripada dalam kereta.

Setelah kami mengambil tempat duduk masing-masing di dalam rumah, abi memulakan bicara "Bismillah. Pertamanya, saya ingin mengucapkan banyak-banyak terima kasih kerana sudi menerima kedatangan kami pada hari ini. Kami datang satu keluarga sahaja kerana tidak ingin menyusahkan tuan rumah disebabkan memberitahu dalam masa yang singkat. Tidak sangka pula, meriah betul hari ini"

Beramai-ramai mereka tergelak ketawa. Saudara-mara perempuan kelihatan berbisik sesama sendiri, sambil tersenyum-senyum. Apalah yang mereka bisikkan...

"Usah risau. Kami memang seronok dengan kedatangan Ammar sekeluarga. Beginilah kami, kamilah ibu, kamilah bapa buat si dara sejak dia ditinggalkan di sini bersama kami" jawab bapa Azizi.

"Kedatangan saya sekeluarga pada hari ini, sebenarnya, membawa hajat anak sulung kami, Ammar. Ini orangnya." kata abi ringkas, sambil menepuk pehaku. Aku tersipu-sipu malu apabila diperkenalkan abi kepada saudara mara Azizi yang lain.

"Sebelum kami meneruskan bicara, saya ingin bertanya dahulu, samada si dara sudah disunting orang atau belum? Andai belum, setujukah dia menerima pinangan kami pada hari ini? Setahu saya, dia tidak ada di sini, kan?"

Ayah Azizi bersuara "Saya bapa saudara si dara ini, panggil sahaja Pak Zainal. Si dara belum disunting sesiapa dan telah menyatakan persetujuan andai ada si teruna datang merisik dan meminang pada hari ini. Katanya, apa yang kami fikirkan baik, maka baiklah bagi dia. Dia redha"

"Ammar sudah tahu latar belakang si dara?" Pak Zainal bertanya padaku.

"Sudah Pak Zainal. Azizi menceritakan segalanya kepada saya"

"Kalau begitu, syukur Alhamdulillah. Iyalah, saya hanya menjaga amanah orang. Jika ada yang sudi menerimanya, kuranglah sikit berasa susah hati dan risau saya. Moga Ammar akan menerimanya seadanya dan menyayanginya sepenuh jiwa dan raga"

"Insya-Allah Pak Zainal" aku berjanji, moga Allah izinkan.

"Boleh ke kalau urusan nikah kahwin dibuat selepas 3 bulan? Cukup hanya majlis kecil-kecilan dahulu disebabkan saya juga akan berangkat ke Dublin atas urusan belajar sambil bekerja di sana" tanya Ammar dengan penuh pengharapan.

Semua yang mendengar saling berpandangan. Kemudian, mereka mengangguk tanda setuju.

Alhamdulillah, Allah mudahkan.

Majlis diteruskan dengan ummi menyerahkan cincin kepada ibu Azizi, mewakili si dara.

"Terima kasih Ammar kerana mengambil keputusan ini, terasa ringan bahu aku ni. Satu beban telah diangkat hahaha" gelak Azizi. Luar biasa sinar kegembiraan yang terpancar di wajahnya.

"Walaupun hanya sepupu dan tidak pernah mengenalinya sebelum ini, aku menganggapnya sebagai kakak sendiri. Dia juga keluargaku. Apatah lagi dengan latar belakangnya yang sebegitu. Terima kasih Ammar"

Aku hanya mendengar sambil membuang pandangan ke arah sawah padi yang luas terbentang mengelilingi pondok yang sedang kami duduki. Sungguh indah kampung ini. Hanya di seberang sungai sana, aku dapat melihat negara Siam.

"Azizi, kau bantu apa yang patut ya sehingga hari pernikahan kami. Aku pasti, Natasha paling rapat dengan kau dalam keluarga kau ni" aku mohon sangat Azizi tidak membiarkan Natasha terkapai-kapai sendirian.

Sengaja aku meminta tempoh 3 bulan. Kalau boleh, minggu dengan juga aku ingin bernikah dengan Natasha, dan terus terbang bersamanya di Ireland. Tetapi, memikirkan prosedur dan proses yang perlu dilalui sebelum berkahwin, aku ingin memberikan Natasha ruang yang cukup untuk membuat persiapan.

"Sabar Ammar, sabar..." pujuk hatiku sendiri.

Selepas beberapa hari kami kembali kepada rutin masing-masing, aku mendapat mesej daripada Natasha. Sungguh aku berdebar sebelum melihat mesej tersebut. Tidak tahu apa yang bermain-main di fikiran Natasha.

|Ammar, ini mungkin mesej saya yang terakhir.

Ada beberapa rahsia yang saya yakin cukup penting untuk Ammar tahu.

1. Ayah saya telah meninggal di tembak di sempadan. Maafkan dia ya Ammar kerana memperlakukan Ammar sedemikian rupa. Saya tidak punya kekuatan untuk meminta maaf bagi pihaknya sebelum ini.

2. Azizi merupakan sepupu saya. Keluarga merekalah yang menjaga saya selepas ayah meninggalkan saya. Saya sangat terhutang budi di atas kebaikan mereka. Kerana mereka juga, saya menerima pinangan oleh seseorang yang tidak saya ketahui. Saya percaya, mereka memilih yang terbaik untuk saya. Maafkan saya kerana berahsia sebelum ini berkenaan Azizi.

Keluarga Azizi memberi alasan, bakal suami saya akan menemani saya di Ireland. Mereka akan rasa lebih selamat sekiranya seseorang bersama saya di sini.

Jika mereka tidak meminta saya menerima pinangan ini, saya pasti akan terus setia menunggu Ammar.

Maafkan Natasha. Moga Ammar akan menemui seseorang yang akan membahagiakan Ammar selamanya|

Aku tersenyum bahagia membaca mesej itu. Beruntung sungguh bakal suami kerana Natasha sanggup mengenepikan perasaan sendiri demi keluarga yang dia sayangi.

Akulah bakal suamimu Natasha. Ingin sahaja aku menbalas mesej itu. Tetapi, aku tahan. Aku tidak ingin surpise ini gagal.

Hampir setiap hari aku mendapat panggilan daripada ummi dan abi yang begitu kalut dengan persiapan kahwinku. Nita volunteer untuk membantu ummi dan abi. Katanya jangan risau, pandailah dia fikirkan. Aduhai, aku risau dengan citarasa Nita dan ummi sebenarnya. Tetapi, aku tawakal sahajalah.

Aku sendiri juga sibuk menghadiri kursus, melalui saringan kesihatan, dan naik turun pejabat majlis agama, di samping tugas hakikiku saban hari.

Aku mendapat tahu daripada Azizi, Natasha telah mengambil cuti panjang sempena musim panas di sana. Dia juga sibuk melakukan hal yang sama.

Tetapi, satu hal yang menjadi kelaziman pasangan akan berkahwin, tidak dapat dilakukan kami ialah, mencuba pakaian nikah dan pakaian bersanding. Maka, aku mengamanahkan Azizi untuk mencuba bagi pihakku. Aku dan dia mempunyai saiz yang lebih kurang sahaja. Redha sahajalah apa yang bakal berlaku nanti.

Azizi senyap-senyap mengambil gambar dan menghantarnya kepadaku. Aku sangat cemburu dengan Azizi yang berada dekat dengan Natasha, sedangkan aku jauh beratus kilometer.

Homestay telah ditempah buat kesemua sanak saudara yang akan menyertai rombongan kami ke Kelantan. Aku, malah, menyediakan satu bas untuk mereka. Manakala, keluargaku hanya menaiki kenderaan sendiri. Alasannya, untuk mudah bergerak ke sana ke mari.

Bertolaklah kami beramai-ramai pada tarikh yang ditetapkan. Merata-rata mereka meminta pemandu bas singgah sebelum tiba ke destinasi. Maklumlah, rombongan 'cik kiah'.

Tidurku tidak lena. "Alamak, esok aku akan menikah" perasaanku bercampur baur. Sesekali perutku terasa memulas. Telah beberapa kali aku berulang ke tandas, tetapi masih tidak hilang. Mungkin aku terlalu gemuruh memikirkan apa reaksi Natasha apabila melihat aku suaminya besok.

Sengaja aku scroll kesemua mesej Natasha kepadaku sebelum ini, yang masih aku simpan. Sesekali aku tersenyum, sesekali aku ketawa. Sesekali aku terasa sedih membaca mesejnya yang dihantar apabila dirinya terasa kesepian dan kesunyian sendirian di perantauan.

Beberapa kali dinyatakan niatnya untuk kembali ke tanah air setelah mencapai cukup tempoh untuk melayakkan dirinya menjadi ahli penuh badan ikhtisas perakaunan. Aku kagum dengan kesungguhan Natasha, bakal isteriku. Kerana itu, aku ingin melakukan hal yang sama.

Majlis nikah kami akan dilangsungkan di masjid yang berdekatan dengan rumah Natasha. Aku memejamkan mataku dengan paksa dengan harapan aku akan tertidur jua.

Keesokannya paginya, puas abi mengejutkanku. Entah pukul berapa aku benar-benar tertidur. Aku segera bangun untuk bersiap. Baju nikah telah dihantar semalam oleh Azizi. Senyum-senyum dia semalam. Suka sungguh dapat mengusikku.

Nita memaksa aku memakai compact powdernya. Katanya biar berseri sedikit. Aku tadahkan sahajalah mukaku.

"Abang, tengok cermin. Kan kurang sikit nampak pucat tak cukup tidur tu" Nita cuba merasionalkan tindakannya. Aku iyakan sahajalah. Aku lebih berdebar memikirkan bagaimana aku hendak berhadapan dengan Natasha sebentar nanti. Penampilan diriku bukan lagi keutamaan bagiku.

"Pengantin perempuan belum sampai" aku terdengar saudara Natasha berbisik pada imam.

Tidak semena-mena aku semakin risau. Bagaimana kalau Natasha menukar fikiran? Abi agaknya dapat melihat keresahanku "Sampai tu nanti, insya-Allah. Jangan risau. Doa aje" sambil abi menggosokkan tangannya di belakangku.

Setelah menunggu hampir 15 minit "Alhamdulillah" terdengar suara-suara di belakang mengucapkan rasa syukur.

"Maaf, kami tertinggal dokumen tadi. Patah balik nak ambil" kata Azizi selaku pemandu.

Memikirkan Natasha hanya berada beberapa kaki dibelakangku, jantungku berdegup kencang mengepam darah ke seluruh badanku. Sehinggakan aku seperti dapat merasa deruan darah itu di setiap urat badanku. Aku cuba mengawal kembali rasaku agar aku tidak pitam sebentar lagi.

Tiba-tiba imam merangkap tok kadi bersuara "minta pengantin perempuan ke hadapan saya".

Natasha pantas berdiri tegak mendengarkan dirinya dipanggil ke hadapan. Salah seorang saudaranya menemaninya disisi.

Aku masih menahan diri daripada terus melihat Natasha. Namun, daripada hujung mataku, aku dapat melihat Natasha yang hanya menundukkan wajahnya. Malu mungkin.

"Saya nak tanya pengantin perempuan dahulu. Awak datang dengan paksaan atau rela hati oada hari ini?" sungguh prihatin imam ini.

"Saya datang dengan rela hati, tiada sesiapa paksa" jawab Natasha ringkas.

"Saya nak awak lihat pengantin lelaki, betul ke ini orangnya yang awak nak kahwin?" Natasha tersentak.

Aku juga begitu. Aku tidak bersedia untuk menghadapi Natasha sekarang. Tidak sebelum dia sah menjadi isteriku. Aku masih belum memikirkan alasan terbaik untuk apa yang aku lakukan ini.

Natasha masih diam tidak berpaling.

"La... Malu pula dia. Cuba pandang sekarang. Saya takut awak kahwin salah orang je" usik imam.

Berderai ketawa semua tetamu yang hadir. Suasana yang dirasakan tegang tadi, kini kembali ceria.

Natasha perlahan-lahan mengangkat wajahnya. Dia tidak terus memandang wajahku. Pandangannya terhenti pada dadaku. Aku juga semakin berdebar-debar. Aku risau jantungku terputus daripada tali uratnya.

Tidak pernah aku hadir majlis akad nikah sebelum ini, imamnya meminta pengantin perempuan menyemak dahulu siapa pengantin lelaki di hadapan mereka, sebelum akad nikah berlaku. Aku tidak menyangka ini akan berlaku. Seram sejuk aku rasa.

Natasha memilih untuk terus mengangkat wajahnya. Pandangan mata kami bertaut. Suasana menjadi senyap.

Air mata Natasha mengalir. Serta-merta tangannya diangkat untuk menyeka air matanya. Nasib baik saudara perempuan disisinya, dan menghulurkan sekeping tisu untuk mengeringkan air mata di wajahnya.

Aku tidak pasti riak wajah Natasha.

Gembirakah? Marahkah? Kecewakah? Bencikah?

Namun, semua kerisauan aku terhapus di saat Natasha menghadiahkan aku satu senyuman manis. Dia tersipu-sipu malu dan segera menundukkan kembali wajahnya.

"Betul, imam. Dia bakal suami saya."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience