Bab 29: Demi sekeping hati

Family Completed 2944

~Ammar~

|Ummi, abi, Nita... Ammar ada sesuatu nak dibincangkan. Boleh kita jumpa di rumah hujung minggu nanti|

Aku menekan butang Send.

|Ya Allah, abang dah nak kahwin ke? Yay! Nita balik hujung minggu nanti|

"Ish, adik ni" malas aku nak menjawab persoalan si Nita itu. Aku biarkan sahaja soalan itu tanpa jawapan. 

Beberapa minggu selepas aku mendengar cerita panjang lebar daripada Azizi, sepupu Natasha, aku banyak berfikir. Alhamdulillah, tidaklah sehingga mengganggu tumpuan aku terhadap kerja. 

Cumanya, tawaran Mr. Tan kembali bermain-main di kotak fikiranku. Jika dahulu, aku menolak tanpa perlu berfikir dua kali. Tetapi, aku berasa seperti ingin menimbang kembali keputusan aku. Aku harus segera berjumpa dengan Mr. Tan. Mungkin peluang itu masih ada untukku. Aku berdoa seseungguh hati. 

Tetapi, aku tidak ingin membelakangkan ahli keluargaku sebelum aku berjumpa kembali Mr. Tan bersama satu keputusan yang lain. Aku wajib mengutamakan ummi, abi dan Nita di dalam apa jua hal, kerana mereka sentiasa ada untukku di waktu aku sihat dan sakit, sedih dan gembira. Keputusanku juga mungkin akan menyebabkan Nita sedikit terkesan. 

Pada petang Jumaat, sekitar 6.30 petang, aku terus sahaja bertolak pulang ke kampung. Sudah berminggu juga aku tidak menjenguk ummi dan abi sejak aku memilih untuk menyewa rumah lain  yang lebih dekat dengan pejabat. Masa kerja aku yang panjang tidak memungkinkan aku untuk menghabiskan banyak masa di atas jalan sehingga kesihatan diri terabai. Ummi dan abi juga menyokong keputusanku apabila aku sering tiba di rumah jauh malam, dan perlu keluar awal pagi.

"Assalamualaikum" sapaku sebaik sahaja aku berada di hadapan pintu utama rumah ummi dan abi.

"Waalaikummussalam" aku mendengar adikku si Nita menjawab salam dengan suara yang kuat daripada dalam dan berlari membuka pintu.

"Aduh! Sakitnya!" jerit Nita dengan kuat. 

"Hah, kenapa berlari? Kan dah tersepak pintu?" aku melihat Nita terhincut-hincut berjalan menahan sakit pada ibu jari kakinya. 

"Nita tak sabar nak dengar cerita abang. Rasa macam lama tak jumpa abang. Apa cerita?" tanya Nita.

"Kau ni kan Nita, bawak bersabar. Bagi abang masuk berehat dulu. Ummi dan abi mana?" mataku melilau mencari kelibat ummi dan abi. Aku akhirnya nampak mereka tengah menghidang makanan dan minuman untuk makan malam.

"Ammar, jom makan dulu. Mesti lapar baru sampai tu. Datang sini terus selepas turun daripada pejabat ke?" tepat tekaan abi. Abi sudah mula duduk dan menceduk nasi untuk semua orang.

Aku tidak terus duduk tetapi bersalam dahulu dengan ummi dan abi. Tangan tua mereka aku genggam erat. Tangan inilah yang membesarkan aku. Rindunya pada mereka. Aku memeluk dan mencium pipi keduanya.

"Dahlah abang. Ummi lapar daripada tadi lagi tu" sengaja Nita menggunakan nama ummi untuk memancingku supaya terus duduk. Aku tahu niatnya yang hanya ingin mendengar apa ceritaku.

"Ish Nita, ummi biasa-biasa aje. Kamu ni, kan... saja nak mengusik abang kamu tu" ummi cepat-cepat menyangkal kata-kata Nita. Aku hanya mencebikkan bibir pada Nita.

"Kita makan dulu, ya. Bismillah"

Setelah selesai, kami duduk berkumpul di ruang tamu.

"Ammar, ceritalah apa yang hendak dibincangkan itu?" pinta abi apabila kami semua telah mengambil tempat duduk masing-masing. Nita hanya bersimpuh di lantai dan melentokkan kepalanya di peha ummi.

"Begini, Ammar berterus-terang sahaja. Ammar nak ummi dan abi masuk meminang seseorang bagi pihak Ammar, boleh?"

Nita menegakkan kembali badannya.

"Alhamdulillah, syukur ya Allah. Ummi ingatkan ummi tak ada can dah nak dapat menantu perempuan" mengalir air mata ummi mendengar permintaanku. Dia mengesat air matanya menggunakan hujung bajunya.

Abi hanya mendengar dengan tekun.

"Kami kenalkah orangnya?" tanya abi.

"Ummi dan abi kenal"

"Wah, abang... Senyap-senyap bercinta. Tak pernah pun beritahu kami" ada nada merajuk di dalam suara Nita.

"Tidak Nita. Abang tidak pernah bercinta. Malah, dia langsung tidak tahu abang akan masuk meminang. Dan, kalau boleh, abang nak nikah secepat mungkin"

"Nita, abang mungkin tidak dapat membantu Nita banyak selepas ini. Boleh ke adik abang?" pengajian Nita akan terkesan daripada keputusanku ini.

"Abang, kan Nita dah cakap, Nita dapat biasiswa lebih daripada cukup. Abang tu yang risau sangat. Separuh daripada duit yang abang serah pada Nita sebelum ini, Nita simpan dalam ASB. Nita niatkan untuk kegunaan abang juga suatu hari nanti. Mungkin masanya dah tiba. Separuh lagi, Nita simpan untuk Nita hahaha"

"Terima kasih abang membantu Nita selama ini"

"Ammar, bagaimana mungkin kita masuk meminang tanpa pengetahuan empunya badan? Kalau tidak dipersetujui, bagaimana?" abi berbunyi bimbang. Abi memandang tepat ke arahku. Dahinya berkerut.

"Ammar akan uruskan. Yang baik kita segerakan"

"Baiklah, abi ikutkan sahaja perancangan kamu"

"Ummi, abi, Nita... Ada satu lagi permintaan Ammar. Ammar pernah ditawarkan untuk bekerja sambil belajar di Dublin, Ireland. Boss menyediakan pembiayaan bagi staff yang ingin menyambung pengajian profesional. Pada masa yang sama, boss minta Ammar masuk office di Ireland. Adik boss yang berada di sana ingin kembali ke Malaysia buat sementara waktu"

"Jadinya, Ammar ingin meminta izin untuk sambung belajar dan merantau ke Dublin selepas Ammar bernikah. Tidak lama. Habis belajar, Ammar akan kembali"

Mereka saling berpandangan. Wajah ummi jelas tergambar kerisauan. Aku segera menggenggam tangan ummi.

"Jangan risau ummi, Ammar okay" aku harap itu sudah cukup untuk melegakan hati ummi.

Mulai hari itu, aku mula membuat perancangan demi perancangan.

"Hello, Azizi, aku nak minta bantuan boleh?" ini langkahku yang pertama.

"Insya-Allah, nanti kau beritahu aku ya. Baik, baik... Aku setuju. Nanti call"
Aku menamatkan perbualan dengan penuh kelegaan.

Dan, aku menjangkakan aku akan mendapat satu mesej.

Ting! Pantas jariku membuka aplikasi Whatsapp. Yes!

|Ammar, saya mendapat panggilan daripada keluarga saya. Katanya ada yang akan masuk meminang minggu depan.

Mereka bimbang saya sendirian di sini.

Ammar, sebelum saya memberikan sebarang jawapan, saya ingin tahu, apakah Ammar masih merindui saya?|

Aku membiarkan sahaja mesej itu, dan meneruskan persiapanku untuk majlis meminang nanti. Aku telah meminta ummi dan abi untuk tidak risaukan apa-apa. Biar aku sendiri yang urus semuanya.

"Mr Tan, tawaran tu valid lagi tak?" tanyaku sambil hatiku berdoa tawaran itu masih terbuka untukku.

"Masih, masih. Why? You change your mind? Nobody wants to go there. All married, got kids etc. That's why I asked you. My brother is still waiting for someone to take over his place while coming back to Malaysia for awhile"

"We offer you further study also. We sponsor your study fee, and you get salary for your work. How is it? Agree?"

Aku tersenyum selebarnya, dan menghulurkan tanganku bersalam demgan Mr. Tan tanda setuju.

Alhamdulillah, Allah membantuku. Mohon mudahkan semuanya, ya Allah.

Ting! Lagi sekali aku menerima mesej daripada Natasha.

|Ammar, saya terpaksa memberikan jawapan pada hari ini juga. Lusa mereka akan datang. Kalau Ammar masih berdiam diri, saya mungkin terpaksa bersetuju.

Maafkan saya Ammar.

Andai Ammar jawab mesej ini, walaupun sepatah, saya akan menolak pinangan mereka Ammar.

Please Ammar, saya masih mengharapkan Ammar berkata sesuatu|

Dan, aku hanya bluetick sahaja mesej itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience