Bab 25: Pesanan si mak nenek

Family Completed 2944

"Alhamdulillah! Well done! Great presentation from three of you. It's above my expectation."

"Ammar, you've improved a lot."

"Shida and Tina, thank you for doing this. I do appreciate your cooperation."

"No worry, I'll make sure you don't see each other in the same team again, if there's next time. Hopefully, not. I do pray that all of you pass this paper, and graduated"

Sungguh aku tidak sangka, disamping masalah Shida yang anti-lelaki dan sebagainya, mereka mampu menghasilkan satu pembentangan yang menarik. Malah, report yang dihasilkan juga menepati mutu yang ditetapkan.

Aku tidak tahu apa yang dilakukan mereka untuk menggabungkan kesemua hasil kerja itu, tetapi aku happy dengan hasilnya.

Shida dan Tina, aku tahu memang bagus dalam pembentangan, tetapi Ammar yang sebelum ini begitu pemalu setiap kali sesi pembentangan, berubah menjadi lebih yakin. Namun, tidak dinafikan penyampaian dalan Bahasa Inggerisnya masih tergagap-gagap.

Ammar juga kelihatan lebih ceria dan bersemangat. Aku tidak pasti kenapa, tetapi aku bersyukur. Aku hanya mampu berdoa dan berharap Ammar akan kekalkan semangatnya ini sehingga hari terakhir dia berada di kampus ini.

Aku juga berpuas hati dengan markah yang berjaya dikumpul oleh Ammar pada semester ini, yang mana jauh lebih baik berbanding semester-semester yang lepas. Sesungguhnya, aku sangat lega melihat markahnya.

Minggu hadapan bermulalah study week. Ada pelajar akan tinggal di kampus dan belajar, tetapi ramai yang akan memilih untuk balik kampung.

Sempat aku luangkan masa untuk menitipkan pesanan buat Ammar semasa pertemuan kami yang terakhir di dalam kelas setelah semua pelajar lain mengundur diri. Sengaja aku ingin berjumpanya buat kali yang terakhir.

"Ammar masih bekerja? Saya sarankan berhenti dahulu sehingga habis peperiksaan akhir nanti. Tumpukan sepenuh perhatian untuk study, buat revision, buat latihan dan apa-apa yang sesuai untuk awak asalkan awak pass paper saya untuk kesekian kalinya. Saya ada sahaja di sini kalau awak perlu apa-apa bantuan"

"Saya dah berhenti akhir bulan hari tu, puan. Lagipun, saya nak selesaikan semua assignment yang ada masa tu. Alhamdulillah, rasa ringan selepas dh settle. Puan, jangan risau. Minggu depan, study group saya tak balik. Kami dah pakat nak study sungguh-sungguh." bersungguh Ammar menyakinkan aku sambil berdiri di tepi meja aku.

"Bagus-bagus. Ingat ya, jangan study sahaja sampai lupa hal lain. Tidur mesti cukup. Makan minum mesti jaga. Kesihatan mesti jaga. Solat lima waktu jangan tinggal. Selain usaha, berdoa pada Allah agar mudahkan semuanya. Bangun di sepertiga malam, buat solat taubat, solat hajat sebanyak mampu. Kamu orang muda Ammar, masih sihat dan cergas untuk semua itu" biasalah aku bila bagi nasihat. Macam mak nenek.

Masalahnya, budak-budak sekarang tidur lewat, lupa makan minum, study siang malam. Hari peperiksaan akhir, demam tak boleh datang exam. Aduhai... Sayang sungguh.

"Ammar, saya tahu, kebiasaannya mingggu ini akan jadi pertemuan saya dan pelajar yang terakhir. Amat jarang untuk pelajar datang jumpa kami lagi selepas tamat peperiksaan."

"Saya faham. Pelajar perlu membuat clearance hostel atau rumah sewa dan berbagai urusan sebelum balik kampung. Saya bukan minta awak datang jumpa saya, ya"

"Saya cuma ingin berpesan, Ammar jangan mudah berputus asa walaupun Ammar tamat pengajian lewat sedikit berbanding rakan-rakan Ammar sebelum ini."

"Ammar usahalah cara Ammar sendiri untuk terus memajukan diri sendiri. Ammar akan sambung belajar atau bekerja selepas tamat di sini?" teringin aku untuk mengetahui hala tuju Ammar selepas keluar daripada dunia kecilnya di sini.

Tersengih-sengih Ammar mendengar pertanyaanku.

"Saya nak kerja dulu, puan. Cukuplah dulu saya belajar. Nak bertukar angin dan suasana dahulu sebelum saya buat keputusan untuk sambung belajar lagi atau tidak. Insya-Allah saya tak akan mudah putus asa sebagaimana saya terus berada di sini sehingga kini"

Dan, itulah perbualan aku yang terakhir bersama pelajar bernama Ammar.

Disebabkan Ammar agak lemah di dalam bidang perakaunan, aku membuat andaian bahawasanya Ammar akan memilih bidang pekerjaan yang lain.

Mungkin suatu masa nanti, kami akan terserempak lagi. Siapa tahu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience