Bab 9: Kumpulan

Family Completed 2944

Minggu kuliah ke-6

Aku tergesa-gesa menuju ke kelas. "Oh, crap! I'm late" aku menambah kelajuan aku berjalan. Ada masanya, aku berharap aku memiliki sepasang sayap. Mudah untuk aku terus terbang ke tingkat 3 tanpa perlu memanjat berpuluh anak tangga.

Dan, aku sangat merindui cuti. Cuti yang aku akan temui beberapa minggu lagi. Akan ku peluk erat cuti itu nanti "Mu tunggu aku datang cuti" 

Aku terus berjalan di celah-celah pelajar yang ramai. Ada yang telah habis kelas, ada yang masih mencari kelas. Sekilas aku melihat jadual di tanganku. Entah mengapa, semakin umurku bertambah, semakin sukar untuk aku mengingati bilik kuliahku di mana.

"Found it!"

Aku menarik nafas sedalamnya dan memulas tombol pintu.

"Assalamualaikum w.b.t."

Tergesa-gesa pelajarku menyimpan handphone masing-masing dan berhenti berbual sesama mereka.

Aku agak ada beberapa pelajar masih belum tiba. Inilah nasib kelas selepas lunch hour. Pelajarnya tewas dikalahkan rasa malas dan mengantuk.

Tanpa membuang masa, aku meminta seorang pelajar lelaki untuk membaca doa sebelum mula kelas.

Sedap suaranya berdoa. Doa yang mudah itu kedengaran sangat ikhlas.

"Assalamualaikum, puan!"

"Maaf, puan. Lambat. Saya masuk dulu, ya" kata Ammar sambil membongkok badannya meminta laluan. Aku hanya mampu mengelengkan kepala, sambil tersenyum.

Aku nampak Ammar seperti kemengahan. Agaknya dia berlari menaiki tangga menuju ke bilik kuliah ini. Tetapi, kenapa Ammar lewat? Aku tertanya-tanya. Ikutkan perbualan kami di awal semester, Ammar hanya mendaftar 3 kursus. Sepatutnya tiada masalah untuk ke kelas. Aku membuat mental note untuk berjumpa Ammar selepas kelas.

Pelajar aku jarang ponteng kelas kerana aku sangat tegas dengan kehadiran mereka. Aku membenarkan mereka masuk ke kelas walau selewat manapun mereka tiba. Asalkan mereka hadir.

Mudah sahaja prinsip aku. Jika tidak hadir tanpa alasan yang munasabah, aku hantar sahaja laporan untuk menyekat mereka daripada menduduki peperiksaan akhir.

Kejam? Aku hanya ingin mereka belajar untuk menghormati peraturan dan undang-undang sesebuah organisasi. Sekiranya tidak dibentuk sekarang, bila lagi?

Selepas Ammar, ada beberapa pelajar perempuan juga baru sampai. Tersenyum-senyum masuk mencari tempat duduk. Aku hentikan kuliah sekejap, memberi laluan kepada mereka untuk duduk dan mengeluarkan buku beserta alat tulis daripada beg.

Setelah aku berpuas hati, aku sambung kembali kuliah yang terhenti sebentar tadi.

"Class, we have finished every topic in the syllabus. So, starting from this week, you are going to start your group discussion for the assignment which will carry 50 percent of your on-going assessments."

"As a start, please form a group of 4 or 5 persons, and submit to me the names of your group members. Understand?" soalku sambil mataku memerhati setiap daripada mereka yang berada di hadapanku.

Aku dapat lihat, Ammar memandang kiri dan kanan. Memohon simpati sesiapa sahaja yang sudi menerimanya. Dia tidak mengenali sesiapa dengan rapat kerana mereka ini setahun lebih muda berbanding Ammar.

Dengan muka kesian, Ammar memandang kembali ke arahku. Daripada riak wajahnya, aku andaikan Ammar ingin aku membantunya mencarikan kumpulan. Dan aku juga perasaan, terdapat dua pelajar perempuan juga yang kelihatan lost. Manakala,  yang lain kelihatan berpuas hati dengan ahli kumpulan masing-masing.

Aku tiba-tiba teringat kisah Ammar semester lepas dan punca kegagalannya...

***

Ammar berada di dalam kumpulan yang salah.

Semester lepas juga Ammar tidak begitu mengenali rakan sekelasnya disebabkan perbezaan umur.

Maka, Ammar redha sahaja apabila dipilih untuk memasuki satu kumpulan pelajar lelaki. Aku memantau mereka mengagihkan kerja yang perlu disiapkan kerana Ammar tidak serumah dengan mereka.

Malangnya, apabila hasil kerja dikumpulkan dan dihantar, aku mendapati, kumpulan Ammar menghantar hasil kerja yang seakan sama dengan kumpulan yang lain.

Aku segera memanggil mereka ke bilik untuk mendengar alasan-alasan mereka.

"Adil, explain to me why few parts of these two reports look the same, even the font type, size and style?"

"Eh, madam! Iya ke? We don't know. We did everything on our own. We had our discussions to complete that report. Saya berjaga malam kot menaip semua ni" jawab Adil mewakili kumpulan satu lagi.

"Apasal korang punya sama dengan kitaorang punya?" Adil mengecilkan matanya memandang kumpulan Ammar. Sambil jarinya menunjuk ke arah mereka. Menahan marah barangkali.

Hakim daripada kumpulan Adil mencelah "Sorry wei. Diaorang tak tahu buat. Tanya aku. Aku tunjuk la kerja kita. Tak sangka jadi sama macam ni pulak"

Aku mencerlung mataku ke arah kumpulan Ammar. Masing-masing resah, dan buntu. Mereka hanya menunduk ke bawah melihat lantai.

Ammar kelihatan sangat terkejut dan kecewa. Aku agak, Ammar sedang memikirkan kemungkinan hukuman yang bakal diterima.

"Puan, saya buat sendiri. Saya tak tahu diaorang akan tiru. Puan boleh rujuk bahagian saya. Saya buat bab 1. Selepas siap, saya serahkan kepada mereka untuk sambung bab yang lain" Ammar cuba mempertahankan dirinya.

Setelah lama berdiam diri, akhirnya Shidi mengaku bahawa dia membuat salinan hasil kerja kumpulan Adil semasa bertanya Hakim. Dia hanya print sahaja bab-bab yang lain. Dan, menukar cover page.

"Minta maaf, puan" kata Shidi mewakili ahli kumpulannya.

"I'm impressed that you dare to think that I'm stupid enough not to catch you when you did that. I take my job seriously and definitely will check every report submitted to me as an appreciation that you put lots of effort doing the assignment" aku berasa sungguh marah.

Ammar semakin jauh ke belakang menyorok di sebalik rakan sekumpulannya.

"As a punishment, I'll deduct half of your mark. Adil's group, you're safe. But, remember this, do not simply trust anyone with your work. Out now all of you"

"Work very hard for your final examination, or else you'll see me again next semester" sempat aku melemparkan pesanan tersebut sebelum mereka keluar.

Ammar sememangnya pelajar yang agak lemah, akibatnya, Ammar tidak mampu score markah yang baik daripada peperiksaan akhir.

Akhirnya, markah yang terkumpul, tidak mampu meluluskan Ammar. Kerana itu, Ammar masih di sini.

***

Aku kembali fokus kepada pelajar yang sudah mula berbual sesama mereka. Bagi aku, itu adalah tanda mereka telah selesai dengan tugasan yang diberi, iaitu membentuk kumpulan.

"Well... Is there anyone here having trouble forming a group?"

Ammar dan dua pelajar perempuan yang kelihatan lost tadi mengangkat tangan.

"Okay, three of you, come to the front"

Ammar terus bangun daripada kerusi,  dan berjalan ke hadapan. Tangannya sempat mencapai sebuah kerusi dan di bawa bersama. Kerusi diletak dengan cermat di sebelah mejaku.

Shida dan Tina bergerak seiring. Tiba di hadapanku, Tina memeluk lengan Shida. Khuatir dimarahi aku agaknya.

"Okay, since there are three of you, should be enough to form one group together. Problem settled"

Shida mengerutkan keningnya. Bibirnya bergerak-gerak seperti ingin mengatakan sesuatu. Gaya ingin protest keputusanku.

"Yes, Shida?"

"Puan... Saya tak suka satu kumpulan dengan budak lelaki. Saya... Eeee... Tak naklah sekumpulan dengan dia" Shida menunjukkan jarinya kepada Ammar.

Tina disisi Shida hanya terangguk-angguk mengiyakan kata-kata Shida.

"Habis tu? Saya nak letak Ammar di mana? Takde, takde. Nonsense. Awak dan Tina buat bab 1 sehinggga 4. Once completed, you hand over everything to Ammar to complete the rest. There's no need for you to communicate with each other. Agree?" pening aku budak-budak ni.

Aku tahu kenapa Shida tidak mahu sekumpulan dengan Ammar. Shida risau boyfriend dia tidak setuju. Bukan kami tidak perasan mereka sentiasa bersama kesana kemari. Alahai... Masalah remaja tua.

Kesian budak Ammar. Sentiasa menghadapi masalah dalam memilih kumpulan.

"Ammar, see me whenever you free today. Okay?"

Ammar mengangkat keningnya "Okay, Puan!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience