Bab 4: Nita!

Family Completed 2944

~Ammar~

"Ya Allah! Ammar, dah kenapa kamu tidur atas sejadah tu? Dah solat Subuh belum?" terdengar suara nyaring ummi di muka pintu.

Berpisat-pisat aku bangun dan terus memandangnya. Besar kecil besar kecik gamaknya ummi memandang aku. Ummi cukup pantang anak-anaknya tidak menunaikan kewajipan lima waktu itu.

"Subuh dah ni. Ambil wuduk cepat. Karang terlepas waktu pula. Nasib baik ummi ada rasa nak jenguk kamu pagi ni. Ummi dan abi tunggu kamu di dapur. Kita sarapan sama-sama nanti" makin lama makin sayup aku dengar suara ummi yang bercakap sambil berjalan menuju ke dapur.

Rumah kami sederhana luas sahaja. Menjerit sedikit pun dah boleh didengari semua.

Aku bergegas mengambil wuduk dan menunaikan solat Subuh.

"Assalamualaikum w.b.t" dan aku meraup wajahku.

"Ah... Wanginya bau masakan ummi ni. Baik aku cepat sebelum adik aku bangun"

Aku berdoa ringkas dan terus berjalan laju ke dapur. Sempat aku mengintai bilik adikku. "Yes, dia belum siap"

Aku kenal bau masakan ummi yang satu ni. Ummi masakkan nasi lemak sambal petai udang. Fuh! Favourite aku. Dan, Nita.

Nita satu-satunya adikku. Kami hanya dua beradik. Jarak umur kami juga tidak jauh. Hanya setahun. Nita lebih bijak. Nita telah lama menamatkan pengajian diploma dan kini, sedang menyambung pengajian peringkat sarjana muda di universiti yang sama denganku. Aku yakin, Nita juga sepertiku semalam. Berjaga malam menyemak keputusan final exam yang lepas.

"Alamak, apasal aku lupa nak pesan Nita jangan buka mulut pasal result?! Aku harap Nita rahsiakan dulu pasal keputusan dah keluar, bukan dia tak tahu aku selalu gagal" aku teringat tatkala tanganku sudah bersedia menyumbat nasi ke dalam mulut.

Aku belum bersedia hendak berkongsi dengan ummi dan abi. Aku khuatir mereka akan kecewa denganku. Aku tidak sebijak Nita. Nasib baik ada rupa. Rambut ikal, kulit kuning langsat, dan tinggi lampai. Rajin workout pulak tu. Rupa pun ada. "Hah! Perasan!" kataku perlahan sambil tergelak kecil. Dengan sendirinya mulutku tersenyum.

"Apa kamu cakap Ammar?" tegur abi.

"Alamak!"

"Eh, kuat ke aku cakap tadi?" kataku di dalam hati.

"Tak ada apalah abi. Ammar cakap sedap sambal petai udang ummi ni" aku bohong sunat. Takpe, kan?

Berkerut-kerut kening abi kekeliruan. Namun, sekejap sahaja dia melupakannya. Abi mencapai cawan berisi teh o suam di hadapannya, dan menghirup perlahan menikmati kepahitan teh o itu. Semakin abi berumur, semakin peka dia dengan pemakanannya. Abi cuba kurangkan gula di dalan minumannya.

Aku, kemudiannya, ralit meratah udang yang pedas, manis dan masin sambil hidungku menghidu bau petai, fuh! Layan.

"Ummi, Abi" lembut Nita menyapa.

"Result dah keluar semalam!" jerit Nita girang sambil tersengih-sengih depan ummi dan abi.

Dengan pantas aku mengangkat kepalaku melihat Nita. Mulutku berhenti mengunyah. Udang yang bersaiz sederhana di dalam mulutku ditelan begitu sahaja. Sumpah, aku terkesima. Aku merasa darahku seperti berhenti mengalir, dan jantungku juga hampir berhenti berdegup. "Allah, selamatkan aku" doaku di dalam hati.

Nita mengalihkan pandangannya kepadaku sambil menutup mulutnya dan membisikkan "Opps, sorry abang".

Aku segera bangun memegang pinggan dan cawan, dan terus menuju  ke arah singki.

"Ammar, habis dah ke makannya? Tak menambah ke?" ummi menegurku.

"Tiba-tiba perut Ammar sakit la ummi. Tandas jap, ya" Lagi sekali aku terpaksa bohong sunat.

Aku letakkan sahaja pinggan dan cawan ke dalam singki, dan bergegas menuju ke arah bilik.

"Ah, lantaklah. Kejap lagi aku basuh" getus hatiku.

Ummi cukup meradang kalau anak-anaknya cuai tidak mencuci pinggan dan cawan sendiri. Tapi, aku lebih takut dimarahi andai mereka mengetahui keputusan peperiksaan akhir aku.

Aku belum bersedia. "Allah, bantulah aku".

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience