Bab 24: Kalau rindu, katakan rindu

Family Completed 2944

~Natasha~

"Saya boleh ceritakan semuanya, Ammar"

Aku melihat Ammar yang terkaku mendengar suaraku. Sedikit pun Ammar tidak berpaling. Puas Raihan memberikan isyarat supaya Ammar memusingkan badannya. Akhirnya, aku mengangkat tangan kepada Raihan, "It's okay" kataku perlahan kepada Raihan. 

Aku nampak Raihan menunjukkan jarinya kepada dirinya, dan menggerakkan bibirnya "Aku pergi dulu"

Aku mengangguk. Aku juga rasanya lebih selesa menjawab pertanyaan Ammar sendirian. Lebih telus rasanya. Tidak perlu berselindung dan menyembunyikan hakikat yang telah banyak menyakitkan aku, dan Ammar secara tidak langsung.

"Ammar, kalau awak selesa begini, saya boleh cerita daripada sini sahaja" aku berkata kepada Ammar sambil merapatkan diri menghampiri tiang buaian. Aku melemparkan pandanganku ke arah tasik. Permukaan tasik itu seperti cermin, memantulkan kembali imej langit yang luas itu. Cantik! getus hatiku.  

"Ammar... saya minta maaf. Setiap kali saya menyebut nama Ammar, setiap kali tu saya ingin meminta maaf."

"Saya tidak pernah terniat ingin melibatkan Ammar di dalam hal keluarga saya... Cuma, pada malam itu, saya terlalu takut. Saya cuba untuk menyorok daripada dijumpai, tetapi apabila terdengar nama saya dipanggil-panggil, saya terus berlari tanpa arah tujuan. Melihat awak daripada jauh, saya tidak teragak-agak mendekati awak pada malam itu... dan..."

"Cukup, Natasha" Ammar bersuara perlahan.

Ceritaku terhenti. 

Terkebil-kebil aku memandang belakangnya. Dia melepaskan satu keluhan yang panjang. Bahunya dijatuhkan. Nampak lebih relax, dan tidak tegang berbanding sebelumnya. Rambutnya ditolak ke belakang.

Aku terus memerhati Ammar. Badannya kelihatan semakin tegap berbanding zaman sekolah dahulu, mungkin juga semakin lebih tinggi. Aku kurang pasti. Namun, yang pasti,  Ammar ternampak lebih matang. Atau, lebih tepat, nampak lebih kacak.

Kedua belah pipiku tiba-tiba terasa panas. Alamak! Aku termalu sendiri. Khusyuknya aku melihat sebatang tubuh dihadapanku. Perasaan yang pernah kurasakan suatu ketika dahulu kini kembali. Sukar untuk aku menerangkan perasaan yang sedang mencengkam hati aku ini. Tetapi aku tahu perasaan itu perasaan apa.

Aku merindui Ammar. Dan, rindu itu tidak terhapus dengan hanya melihat Ammar. Aku khuatir, aku akan terus merindui Ammar selepas pertemuan ini.

Aku masih menunggu Ammar bersuara. Dia masih membelakangiku.

"Natasha, aku tahu apa yang terjadi pada malam itu" Ammar akhirnya bersuara. Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah.

"Aku cuma tidak tahu kau kemana selepas itu. Lebih-lebih lagi, selepas mengetahui apa yang bapak kau lakukan pada kau. Memikirkan apa yang tidak pasti meresahkan aku"

"Melihat kau kembali di library kampus aku hari tu, sangat mengejutkan aku. Maafkan aku, kalau aku menyebabkan kau rasa makin bersalah"

"Ammar, saya yang sepatutnya rasa bersalah. Dan, saya memang patut dipersalahkan. Setelah menyaksikan dengan mata saya sendiri, akibat perbuatan saya pada malam itu, saya semakin kuat teringatkan Ammar."

"Maafkan saya kalau mesej saya selama ini menganggu Ammar. Saya cuma ingin tahu keadaan Ammar"

"Nasib baik saya ada Raihan untuk bertanyakan khabar awak daripada kejauhan"

"Apa yang kau tanya daripada Raihan pasal aku?" soal Ammar tanpa disangka.

Alamak, pecah rahsia aku macam ni.

"Tanya khabar aje" jawabku ringkas.

"Pasti? Bukan sebab kau rindukan aku?" tanya Ammar lagi.

Bulat mataku mendengar soalan Ammar itu. Sungguh straightforward. Aku tidak pernah punya peluang untuk berbual dengan Ammar sebelum ini. Mana mungkin kami punya kesempatan untuk meluahkan rasa hati. Namun, walaupun 5 tahun telah berlalu, perasaan ini aku simpan kemas di hati.

Pipiku terasa panas kembali. Aku tertunduk. Terlalu malu ditebak begitu.

"Walaupun aku sakit diperlakukan bapak kau begitu, tapi aku tidak pernah berhenti merindui kau. Kau tidak salah Natasha"

"Aku benar-benar ingin tahu apa yang terjadi kepada kau setelah malam itu. Melihat kau seperti ini sekarang, aku berasa sedikit lega"

"Mungkin, suatu hari nanti, kita berjumpa lagi"

Aku seperti terdengar Ammar bangun daripada buaian yang didudukinya apabila besi buaian itu berlaga. Pantas aku mengangkat wajahku dan hampir terjatuh ke belakang apabila melihat Ammar sedang memerhatikan aku.

Ammar nampak sedikit gelisah. Mungkin Ammar masih belum pulih sepenuhnya. Aku tidak ingin terus menyeksanya. Dapat bertemu Ammar begini sudah cukup melegakan aku.

Cepat-cepat aku membalas katanya "Insya-Allah Ammar. Andai berjodoh, jumpalah kita suatu hari nanti. Tapi Whatsapp ada kan? Jangan lupa add saya sebagai friend di Fb. Nanti saya request lagi ya?"

"Insya-Allah. Moga Allah mudahkan. Aku gerak dulu. Matahari makin tinggi. Kasihan Raihan menunggu kau lama. Aku gerak dulu"

Ammar terus berlalu pergi, tanpa sedikit pun menoleh ke arahku kembali.

"Semoga berjaya Ammar. Aku harap Azizi terus disisimu untuk membantumu"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience