Bab 22: Terima kasih ummi dan abi

Family Completed 2944

~Ammar~

"Assalamualaikum. Ammar, buka pintu ni"

Akhirnya mereka pulang. Setiap detik yang berlalu aku rasakan terlalu lama. Entah berapa kali aku melihat jam.

Kata-kata Raihan tadi masih terngiang-ngiang di telingaku.

"Ummi, abi, jom makan kuey teow goreng special! Makin sedap pula bau masakan Pak Dolah ni" aku mengajak ummi dan abi sebaik sahaja mereka melangkah masuk ke dalam rumah.

"La, kamu tak makan dulu ke? Anak bertuah. Ummi dan abi ralit dengar ustaz bagi ceramah tadi. Ummi harap kamu makanlah dulu tanpa perlu menunggu kami balik" ummi terkejut aku masih setia menunggu mereka.

Mereka tidak tahu gelodak di dalam hatiku, sehinggakan hendak makan pun tidak lalu.

"Lama dah tak makan sama. Jomlah. Lapar ni" ajakku sambil menggosok perut yang tiba-tiba berbunyi.

Aku menarik kerusi di meja makan untuk mereka, menuangkan air kosong sejuk ke dalam gelas yang telah aku letakkan di atas meja awal-awal tadi sementara menunggu mereka.

"Bismillah" serentak kami berdoa.

Setelah beberapa ketika, aku memanggil "Ummi, abi"

Mereka berhenti berbual dan memandangku.

"Apa Ammar? Daripada tadi kamu diam je masa makan. Kamu ada masalah?" tanya ummi. Aku pasti ummi sudah punya gerak hati yang kuat tentang kegelisahan aku. Mungkin hanya menunggu aku sendiri bercerita.

"Masalah itu tidaklah. Cuma rasa hati Ammar ni seperti tidak tertanggung. Ammar tak nak bertindak meluru. Ammar balik ni pun sebab rasa hati Ammar ni"

"Ooo bukan sebab nak jenguk kami ya. Merajuk la macam ni" usik ummi padaku sambil memuncungkan mulutnya.

"Alahai, ummi ni. Jangan merajuk. Abi, pujuklah. Ammar tak reti" abi dah mula ketawa melihat kami berdua.

Aku berdehem sedikit sebelum mula menyambung kata, dengan harapan, perasaan gemuruhku hilang.

"Ummi, abi... Ammar telah beberapa kali cuba dihubungi oleh Natasha"

Ummi dan abi saling berpandangan. Mereka melihatku kembali. Mata mereka redup dengan kerisauan.

Ummi meletakkan sudunya di atas pinggan. Memberi isyarat untuk aku meneruskan ceritaku.

Abi masih terus makan, namun, abi memperlahankan kunyahannya. Dia ingin mendengar dengan teliti kata-kataku. Aku tahu, abi paling risaukan aku. Abi orang pertama mendapatkan aku pada malam itu. Pasti hancur luluh hatinya melihat satu-satunya anak lelaki diperlakukan sedemikian rupa tanpa belas kasihan.

"Natasha dah beberapa kali menghantar mesej melalui whatsapp dan sebagainya. Selama ini, Ammar abaikan sahaja. Kerana Ammar masih merasa sakit dengan apa yang berlaku"

"Ammar masih trauma apabila dipukul secara tiba-tiba begitu sehingga koma. Ammar berasa marah setiap kali Ammar berasa panik berada dalam suatu keadaan tertentu. Tetapi, pada masa yang sama, Ammar tahu Natasha tidak salah sebenarnya. Ammar cuma tidak tahu bagaimana untuk berhadapan dengan Natasha"

"Baru-baru ini pula, Natasha request friend di Fac. Dia menggunakan nama Nate_Kamal. Ammar mulanya tak tahu siapa. Tapi, apabila tekan profile, gambar daripada belakang dia pun Ammar tahu itu Natasha. Ammar klik butang decline"

"Natasha tak putus asa. Yang terbaru, Natasha cuba untuk menghantar mesej melalui Messenger. Ammar masih belum membuka Messenger untuk melihat apa mesej Natasha"

"Apa patut Ammar buat?"

Aku menundukkan wajahku. Tidak berani menatap wajah kedua orang tuaku. Takut juga untuk mendengar pendapat mereka. Aku menguis sahaja kuey teow di hadapanku. Kuey teow yang enak tadi semakin terasa hambar.

"Apa pendapat abang?" ummi bertanyakan abi. Tangan ummi lembut menyentuh lengan abi.

Abi melepaskan sedikit keluhan. Abi juga serba salah. Abi seperti sedang berfikir sesuatu.

"Kenapa kamu masih mempertimbangkan untuk berjumpa Natasha? Ada sesuatu yang ummi dan abi tidak tahu?" tanya abi inginkan kepastian daripadaku sebelum memberi kata yang seterusnya.

"Kamu sukakan Natasha?" teka abi. Mendatar sahaja suaranya. Sangat menakutkan pada pendengaran telingaku. Seperti tiada perasaan.

Apa harus aku jawab? Suka? Tidak suka? Alamak, aku tidak tahu. Ada jawapan betul atau salah?

Aku memilih untuk berlaku jujur pada abi dan ummi.

"Ya, Ammar sukakan Natasha sejak daripada hari Natasha menjejak kaki ke sekolah Ammar pada kali pertama. Ammar terpaku melihatnya pada masa itu. Hati Ammar tidak tenteram melihatnya. Walhal, Natasha seperti tidak menyedari kehadiran Ammar" ujarku sedikit perlahan. Takut dimarahi mereka.

"Ammar langsung tidak berpeluang mendekatinya ketika itu. Ammar hanya mampu memendam perasaan itu"

"Sebab itulah hal ini meresahkan Ammar. Andai perasaan itu tiada, Ammar tidak akan dilanda perasaan gundah gulana sebegini" abi menyambung kembali kata-katanya.

"Abi berasa marah pada ayah Natasha kerana memperlakukan Ammar seperti makhluk tidak hidup. Abi sangat sedih menjumpai Ammar sedemikian rupa. Ditambah pula fitnah yang dilemparkan pada masa itu. Abi juga berasa geram dan marah"

"Alhamdulillah Ammar akhirnya tersedar daripada tidur yang panjang. Kami berdua tidak putus-putus mengucapkan syukur. Hati abi juga tidak marah seperti sebelumnya"

"Abi tidak pernah marahkan Natasha. Mungkin dia terlalu takut pada malam itu. Siapa tahu, kan?"

"Abi rasa,sudah sampai masanya Ammar menghadapi ketakutan Ammar selama ini. Bukalah mesej Natasha. Bacalah apa yang ingin dikatakan dia."

"Abi dan ummi bersedia menghadapi segala kemungkinan"

Ummi hanya diam dan menganggukkan kepalanya tanda setuju dengan kata-kata abi.

"Terima kasih abi. Terima kasih ummi. Itu sahaja mampu Ammar katakan buat masa sekarang. Maafkan Ammar andai akan menyusahkan ummi dan abi lagi"

Mereka berdua tersenyum "Ammar kan anak kami"

"Eh, Ammar terserempak Raihan tadi di kedai Pak Dolah. Raihan ada menyuruh Ammar berjumpanya esok jika ingin tahu sesuatu berkaitan Natasha."

"Ammar fikir, sebelum Ammar membalas mesej Natasha, Ammar hendak berjumpa Raihan terlebih dahulu. Sekurang-kurangnya, Ammar tahu apa yang telah berlaku kepada Natasha sekarang ini"

"Raihan dah kahwin ya, ummi? Tadi nampak dia bimbit dua bungkus makanan" tanyaku pada ummi.

"Raihan? Anak Omar? Eh, belumlah." berkerut dahi ummi.

"Oh, yeke? Tiada masalahlah Ammar jumpa Raihan esok sekejap. Dia yang ajak jumpa" balasku kehairanan. Aku fikir, mungkin Raihan ingin makan lebih satu.

Selesai makan pada malam itu, aku memasuki bilik. Aku duduk di atas katil, dan membuka Whatsapp. Aku segera mesej Raihan.

|Salam, Ammar ni, esok 8 pagi kita jumpa. Dimana?|

|Wsalam. Tak sangka aku akan dapat mesej ni. Boleh, 8 pagi di taman tasik sebelah area rumah kita ni. Jangan risau, pagi-pagi ramai orang. Tunggu aku di playground|

|Roger and out|

Jam menunjukkan pukul 11 malam. Aku menarik bantal, menepuk permukaan agar selesa. Aku berharap tidurku lena. Badanku juga sudah sangat letih hari ini. Moga ada sinar bahagia untukku besok.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience