Bab 23: Mencari jawapan

Family Completed 2944

~Ammar~

Aku tiba agak awal. Sekitar 7.30 pagi. Ummi ajak makan pun aku tolak. Aku katakan pada mereka aku akan makan bersama Raihan. Yang sebenarnya, aku sangat nervous.

Memandangkan masih tiada kanak-kanak di sini, aku memilih untuk duduk di atas buaian sekejap.  Seronok pulak hayun-hayun begini sambil melihat orang ramai berjalan dan jogging. Mengimbau kenangan aku dan Nita setiap kali kami di sini sewaktu masih kecil. Kini, amat jarang kami meluangkan masa bersama.

Disebabkan matahari agak lewat terbit sekarang ini, masih terasa sejuk sesekali angin lalu. Nyaman. Tenang.

Nging... Nging... Pap! Padan muka kau nyamuk. Inilah masalah apabila keluar tatkala matahari masih belum benar-benar menampakkan dirinya.

Aku terdengar bunyi tapak kaki menuju ke arahku. Laju aku berpaling. Oh, hanya jogger sahaja yang sedang mencari spot melakukan stretching.

Aku terus menyambung keseronokan menghayunkan buaian ini. Tidaklah terlalu tinggi. Risau juga patah talinya menampung aku yang berat ini.

"Assalamualaikum!" satu suara menyergahku sedang aku ralit bermain buaian.

"Ammar, awal betul kau sampai" sapa si Raihan yang lengkap berbaju dan berkasut sukan.

Raihan. Aku melihat jam di tangan. Dah pukul 8.10 rupanya. Biasalah, perempuan dan lambat, berpisah tiada.

"Aku ingat, sempatlah pusing satu round tasik ni sambil menunggu kau. Rupanya kau yang sedang menunggu aku" ceria sahaja suaranya.

"Waalaikummussalam. Sorry, aku terawal. Ingat nak cari makan dulu tadi. Tapi hilang selera pulak. Terus sahaja aku pandu kereta ke sini"

"La, iya ke? Kejap lagi kita makan sama-sama. Apahal yang kau runsing sangat sampai tak lalu makan?" Raihan berpura-pura bertanya.

"Kau saja je kan, Raihan. Kau dah sedia tahu apa tujuan kita berjumpa pagi ni"

"Selepas pertemuan kita semalam, aku terus berbincang hati ke hati dengan kedua orang tuaku. Aku, akhirnya, mendapat restu mereka untuk menghubungi kau. At least, kalau aku jatuh pengsan, kaulah puncanya kali ni" sengaja aku mengusik.

"Woi! Takkan jumpa aku pun nak pengsan. Jangan risau, aku dah standby nombor hospital berdekatan" balas Raihan sambil mencebik mulutnya.

"Kata ayahku, dah tiba masanya aku hadap ketakutan aku selama ini"

"Aku juga setuju dengan ayahku. Lagipun, ada banyak persoalan yang semakin membukit dan terbuku di dalam dadaku. Aku rasa sesak" balasku pada Raihan dengan serius.

Suasana diam sekejap.

"Kau benar-benar yakin kau sudah bersedia hadapi ketakutan kau?" Raihan menjeling padaku. Dia kini duduk di atas buaian di sebelahku.

"Insya-Allah. Pasti atau tidak, aku ingin lerai kekusutan ini. Boleh aku tanya kau beberapa soalan berkait Natasha? Kau selesa untuk menjawab?" soalku pada Raihan.

Mengenangkan Raihan satu-satunya yang masih keep in touch dengan Natasha. Hanya dialah yang aku rasa mampu menjawab persoalan aku nanti.

"Boleh" ringkas jawapan Raihan sambil tangannya menaip sesuatu di handphonenya.

"Aku ingin tahu apa yang terjadi pada Natasha selepas dia dan ayahnya melarikan diri pada malam itu?" pintaku pada Raihan.

Raihan melihat mataku. Lama dia memandangku. Dan, dia tiba-tiba tersenyum. Matanya dialihkan ke belakangku, dan kepalanya diangkat sedikit seperti menyapa seseorang yang sedang berada di belakangku.

Siapa di belakangku? Aku tidak ingin berpaling. Aku melihat Raihan. Raihan memberi isyarat menyuruh aku berpaling. Mulutnya tidak henti tersenyum.

"Saya boleh ceritakan semuanya, Ammar"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience