Bab 18: Lagi cerita Ammar

Family Completed 2944

~Ammar~

Jam menunjukkan pukul 12 tengah malam. Malam weekdays memang tidak ramai pelanggan. Kadang-kala, langsung tiada. Di antara berbual dan tidur, biasanya kami memilih untuk bergilir-gilir tidur sementara shift kami tamat. Andai musim cuti, memang kami tiada kesempatan rehat begini.

Sedang aku melayan perasaan di kiosk R&R ini, fikiranku kembali melayang-layang mengingati perbualan aku bersama Puan Niza dan Puan Alya.

Ada perkara yang tidak aku ceritakan kepada mereka. Aku tidak ingin Natasha mendapat malu andai dia mengetahui ada pensyarah atau orang lain yang tahu mengenai kisah dirinya. Tambahan pula, Natasha ada di sini! Argh kusut fikiranku. Aku tertanya-tanya, ada tak aku tersebut nama Natasha di hadapan mereka siang tadi.

Natasha merupakan rakan sekolahku. Kami sebaya. Sebenarnya, aku telah lama memerhatikan Natasha. Bukan sebagai stalker, tetapi sebagai secret admirer.

Natasha cantik orangnya pada mataku. Rambutnya hitam lurus dilepas bebas. Kulitnya sawo matang. Tidak terlalu tinggi, dan tidak terlalu rendah orangnya. Namun, yang menjadikan aku berminat untuk mengebali Natasha ialah, Natasha sentiasa kelihatan bersendiri. Aku anggap itu perkara biasa bagi pelajar baru.

Aku ingin sekali merapatinya dan mengenalinya. Entah mengapa, hatiku begitu tertarik kepadanya. Aku merasakan seperti ada cerita disebalik redup matanya.

Pada suatu hari, aku secara tidak sengaja terlanggar Natasha semasa sedang berlari mengejar guruku. Ada sesuatu yang aneh aku perasan pada lengannya. Lengan Natasha lebam kebiruan dan kehitaman. Natasha cepat-cepat menarik kembali lengan bajunya apabila terperasan mataku tajam melihat kecederaannya. Adakah aku melanggarnya dengan terlalu kuat? Kenapa begitu cepat kesan lebam timbul?

Setelah kejadian itu, Natasha menjauhkan diri daripadaku. Aku kira, Natasha tidak ingin aku bertanya lanjut akan hal itu.

Lama-kelamaan, aku mula melupakan Natasha kerana aku semakin sibuk mempersiapkan diri untuk menghadapi SPM. Aku punya targets untuk dicapai. Pertama, menggembirakan ummi dan abi. Kedua, memasuki mana-mana universiti awam tempatan. Ketiga, menjadi akauntan yang berjaya. Entah mengapa, aku merasakan jurusan itu sesuai untukku. Namun, aku juga sedar, syarat memasuki jurusan perakaunan juga agak tinggi untuk aku capai. Aku mesti berusaha sungguh-sungguh.

Masa terus berjalan, SPM tiba, dan aku hanya mampu menyerahkan segalanya kepada Allah setelah aku berusaha semampuku.

Setelah itu, kejadian malang itu berlaku. Tidak perlu rasanya aku mengulangi kembali ceritanya.

Setelah sedar daripada koma, aku mengambil masa agak lama untuk kembali mengingati apa yang telah berlaku kepada diriku. Badanku juga mengambil masa untuk kembali pulih seperti biasa.

Aku bernasib baik, tahap kesihatan aku dalam keadaan yang memuaskan apabila aku mendapat tawaran untuk sambung belajar. Walaupun realitinya tidak begitu. Aku berasa takut dan panik secara tiba-tiba apabila berada berduaan dengan mana-mana perempuan tanpa mengira tempat. Aku juga masih belum dibenarkan untuk menyertai aktivit lasak dan sebagainya pada masa itu. Tidur malamku juga kerap terganggu. Aku sentiasa bermimpi seseorang datang untuk meyentuhku.

Namun, setiap semester aku cuba sedaya upaya untuk mengatasi setiap halangan dan rintangan. Ummi dan abi juga sentiasa berada disampingku, dan mendorongku untuk terus berusaha. Jangan putus asa, kata mereka. Biar lambat, tidak mengapa, asal ada hasilnya, kata mereka juga.

Aku menyimpulkan bahawa, kejadian hitam itu memberi sedikit kesan kepada otakku... Hahaha! Alasan.

Oh! Bagaimana Natasha dapat menghubungiku jika Natasha dan keluarganya menghilangkan diri?

Natasha secara sembunyi, sentiasa menghubungi salah seorang rakan kami bagi mengetahui perkembanganku setelah kejadian itu. Namun, aku hanya senyap tidak membalas. Aku takut untuk berjumpanya. Takut aku tidak mampu mengawal rasa panik. Aku masih trauma. Aku juga tidak ingin kelihatan lemah di hadapan Natasha. Mungkin rasa sukakan Natasha masih bersisa di dalam hatiku.

Abi ada berkongsi cerita kejadian pada malam itu. Melalui siasatan abi sendiri, abi mendapat tahu bahawa Natasha kerap dipukul tanpa sebab. Ayahnya merupakan seorang pembengis. Natasha menjadi tempat ayahnya melepaskan kemarahan. Ayahnya juga banyak berhutang di sana sini. Itulah di antara sebabnya mereka sentiasa berpindah randah. Menghilangkan diri tanpa dikesan merupakan kemahiran mereka.

Dan, pada malam itu, Natasha dipukul dengan sangat teruk sehingga Natasha melarikan diri dan menyorok di dalam belukar. Kebetulan, ayahnya menjumpainya dan cuba untuk mengejarnya. Apabila gagal mengejar Natasha, ayahnya membuat cerita Natasha dilarikan seseorang, dan meminta bantuan jemaah masjid untuk mencari Natasha.

Aku hanyalah kambing hitam pada malam itu. Dijadikan mangsa secara tidak sengaja untuk menutup kejadian sebenar. Bertambah buruk, aku dijumpai semasa Natasha sedang memelukku.

Aku, kemudiannya, dijadikan distraction oleh ayah Natasha untuk mereka curi-curi melarikan diri pada malam itu apabila jemah berkumpul menghurungiku, dan tidak lagi menghiraukan mereka yang cuba untuk melarikan diri.

Aku menggelengkan kepala sendirian dengan harapan memori itu akan tercampak keluar dan tidak menghantuiku lagi.

"Hoi, hang gila ka apa duk geleng kepala seorang! Hahaha!" tegur rakan sekerjaku, Amin, yang telah bangkit daripada lena.

"Pi tidoq sana sat. Aku pulak berjaga" pelawa Amin.

"Cantik! Apa-apa kejut aku" balasku tanpa membuang masa terus menuju ke arah kaunter. Di sebalik kaunter itulah kami tumpang merehatkan badan sebentar.

Apa yang bakal menungguku lagi di masa hadapanku?

Berjayakah aku mengatasi semua ini?

Adakah patut aku cuba mencari Natasha sebelum tamat semester ini?

Pelbagai persoalan bermain di fikiranku sehinggalah aku tertidur tanpa menyedarinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience