Bab 26: Bertemu dan berpisah

Family Completed 2944

~Ammar~

Hari ini merupakan hari aku akan menyerahkan kembali kunci rumah sewa ini kepada pemiliknya.

Sayu aku melihat bilik sewaku untuk aku menumpang teduh selama 5 bulan yang lepas. Semua barang telah aku angkut dan masukkan ke dalam kereta kecilku.

Penyewa yang lain juga begitu. Kami bersetuju untuk sama-sama menyerahkan kunci pada hari ini.

Sebenarnya, paper terakhir aku telah seminggu berlalu, aku boleh sahaja balik kampung lebih awal. Tetapi, mengenangkan aku tidak akan berjumpa mereka lagi, kerana keputusan aku untuk tidak sambung belajar dalam masa yang terdekat, aku decide untuk tunggu sahaja bersama mereka.

Aku dan Azizi seperti biasa melepak di tembok hadapan rumah, sementara kami menunggu kedatangan tuan rumah. Pelbagai topik kami bualkan. Kemudian, barulah aku tersedar, aku tidak pernah bertanya akan asal usul Azizi. Aku hanya mengenalinya sebagai Azizi, pelajar tahun akhir Diploma Perakaunan, yang banyak membantu aku.

Aku juga terperasan, Azizi sentiasa ada bersamaku apabila aku memerlukan bantuan. Azizi jugalah yang akan sentiasa mengejutkan aku daripada mimpi ngeriku yang sekali sekala datang menjengah.

Lelaki... Mungkin kerana kami lelaki, hal-hal begitu seperti remeh sahaja untuk kami ambil tahu.

"Assalamualaikum, dik!" sapa tuan rumah yang datang sendirian untuk mengambil kunci dan membuat sedikit pemeriksaan.

"Waalaikummussalam, pakcik! Meh kita masuk ke Dalam, panas luar rumah ni, pakcik"

"Wah, daripada luar rumah pun pakcik nampak macam sangat bersih dan kemas ni, apatah lagi di dalam" puji tuan rumah tatkala menjejak kaki ke dalam pagar rumah.

"Pakcik, check la dulu. Risau juga kalau tinggalkan rumah dalam keadaan yang menyusahkan pakcik" pinta Azizi.

"Pakcik pernah hadap lebih teruk lagi daripada ini. Alhamdulillah. Pakcik puas hati ni. Nanti dah nak balik, kamu tekan aje kunci di tombol pintu tu ya. Pakcik ambil kuncinya aje dulu. Pakcik datang kawasan ni pun sebab ada hal, sambil-sambil tu singgah tengok rumah juga."

Kami pakat-pakat serahkan kunci bilik dan kunci rumah kepada pakcik, dan bersalam mohon maaf andai ada kekurangan apabila menyerahkan rumah kembali kepada tuannya.

Apabila hanya kami yang tinggal, kami salam sesama sendiri, dan berpeluk memohon maaf. Aku katakan kepada mereka, aku ingin menjadi orang terakhir meninggalkan rumah ini. Aku ingin melihat mereka pergi dengan mata kepalaku sendiri.

Dan, Azizi merupakan orang terakhir yang bersalam denganku. Lama kami berpeluk.

"Terima kasih Azizi, untuk semuanya. Maafkan aku untuk salah dan silap"

"Aku begitu juga. Jangan risau Ammar, aku hanya menjalankan amanah."

Aku pantas menolak Azizi dan memandangkan wajahnya "Apa maksud kau?"

Azizi hanya tersenyum lebar.

Dia menarik aku kembali, dan menepuk belakangku beberapa kali sambil berbisik padaku "Amanah Natasha supaya sentiasa membantu kau"

Azizi melepaskan rangkulannya, dan terus berpusing meninggalkan aku tanpa berkata yang lain.

Dan, aku terus berdiri tercegat di situ kerana terlalu terkejut dengan kata-kata Azizi. Mulutku melopong sahaja. Suaraku tersekat di kerongkong.

"Natasha"

Aku mengimbas kembali perjumpaan aku dan Natasha di taman tasik yang lepas. Selepas itu, aku tidak membuat sebarang usaha untuk menghubungi Natasha. Aku hanya sekadar klik accept untuk friend request di Fb daripada Natasha atau Nate_Kamal.

Sekali sekala aku ada melihat profile Natasha untuk melepaskan rindu dan melihat perkembangannya yang terkini.

Siapa Azizi di dalam hidup Natasha?

Persoalan itu bermain-main di fikiranku.

Haruskah aku tanyakan hal itu kepada Natasha? Tetapi bagaimana?

Atau aku tanyakan sahaja pada Azizi suatu hari nanti?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience