Bab 16: Ammar kembali

Family Completed 2944

"Assalamualaikum, puan. Puan free tak sekarang? Saya datang ni sebab tengok jadual puan ni kosong sekarang Tetapi, kalau puan busy, saya datang lainkali"

Tiba-tiba si Ammar ni terjengul di depan bilik pejabatku. Aku click save button dan aku tolak ke tepi laptop yang sedang aku gunakan tadi. Kerja penulisan boleh ditangguhkan sekejap. Tak ada urgency.

Tetapi, cerita Ammar memang aku tunggu daripada Sabtu lepas.

"Waalaikummussalam. Masuk Ammar. Memang saya menanti kedatangan awak. Nak ambil ujian sekarang ke?" sengaja aku mengusik Ammar.

"Eh, tak nak lagi. Saya belum ready. Hari Khamis pagi, boleh?" suara Ammar terdengar kerisauan.

"Boleh, Ammar. Saya sengaja mengusik awak tadi. Sebab awak pelajar paling senior yang ada di sini, saya bagi pengecualian. Target saya, awak tamat semester ini."

"Apa cerita awak minggu lepas? Warded?" tanya aku tanpa membuang masa. Aku tidak suka mendengar daripada cerita-cerita orang. Aku lebih suka mendengar terus daripada empunya badan.

Ammar seperti kebiasaan, menarik kerusi untuk duduk tanpa perlu dijemput. Begnya dipeluk erat. Seperti mencari sebuah kekuatan.

"Tak ada apa yang serius pun. Saya cuma pengsan dan tidak sedar seharian. Kemudian, pengsan balik. Itu yang saya tak larat nak datang test hari Sabtu lepas" jawab Ammar.

"Dah kenapa pengsan? Awak ada masalah ke? Makan cukup? Tidur tak? Ada perkara yang merunsingkan awak ke?" aku membuat pelbagai tekaan.

"Eh makan minum dan tidur semua cukup. Puan, jangan risau. Bab tu, saya settle je. Ada hal lain yang menganggu fikiran saya minggu lepas yang menyebabkan saya jadi macam tu"

"Ye ke, Ammar? Parents awak tahu ke awak hospitalised?" tanya aku lagi.

"Mereka tahu. Mereka yang datang jaga saya di hospital. Mereka faham keadaan saya" jawab Ammar, namun, aku masih tidak berpuas hati dengan jawapannya.

"Cuba cerita dekat saya apa yang merungsingkan awak sampai pengsan sebenarnya. Awak buat saya tertanya-tanya. Saya tak suka nak ask around. Saya lebih suka mendengar terus daripada mulut awak"

"Ala cerita lama, puan. Luka lama berdarah kembali gitu la lebih kurang... Ha ha" gelak Ammar lebih kurang.

"Ish macam berat kisah awak ni" aku memandang Ammar.

Ammar semakin menundukkan kepalanya. Apa yang dapat aku baca daripada riak wajah Ammar, dia sedang mempertimbangkan keputusan samada ingin berkongsi atau tidak denganku punca asal kejadian pengsan itu. Jari jemarinya bermain-main dengan tali beg yang diletakkan di atas riba. Aku seperti terdengar Ammar melepaskan keluhan dengan perlahan.

Tiba-tiba, Puan Niza masuk ke bilikku dan menegur Ammar "Ammar, what happened last week? I nampak you rebah di library and luckily someone was there to grab your hand before you fell hard on the floor".

Tanpa salam, terus sahaja Puan Niza menyerang Ammar dengan persoalan berat yang tengah kami bualkan.

Ammar terkejut mengetahui ada pensyarah yang melihatnya jatuh pengsan. Mulutnya terkunci rapat.

"You buat apa Niza kat library waktu malam?" aku menyoal Puan Niza kembali.

"Ada students nak jumpa untuk bincang kertas kerja program. Alang-alang I belum balik, I singgah la library kejap. Suruh mereka tunggu di situ. Suddenly, I nampak budak jatuh macam tu je tengah elok I melangkah nak masuk. Adalah seorang pelajar perempuan berdekatan sempat menarik tangan Ammar. Nasib baik. Kalau tak Ammar, lagi parah awak ni terhantuk di bucu meja."

Aku lihat Ammar. Dia terus menundukkan wajahnya. Masih lagi berkira-kira untuk menjawab pertanyaan itu.

Puan Niza juga tidak menunggu aku pelawa duduk, terus sahaja melabuhkan punggungnya di kerusi sebelah Ammar.

"Puan Alya dan Puan Niza, izinkan saya tutup pintu bilik dulu ya. Saya sebenarnya tak pernah bercerita kisah ni kepada orang luar. Hanya keluarga saya dan mereka yang terlibat pada waktu itu sahaja yang tahu" kata Ammar sambil bingkas bangun berdiri dan menutup pintu.

"Erm, bukan main-main kisah Ammar pengsan ni" getus hatiku sambil mataku tidak lepas memandang Ammar bangun dan menutup rapat pintu tanpa menguncinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience