Bab 19: Hati atau Akal?

Family Completed 2944

~Ammar~

Sedar tak sedar, aku hampir menghampiri hujung semester. Masih berbaki beberapa minggu lagi.

Sehinggga hari ini, aku berpuas hati dengan pencapaian ujian, kuiz dan sebagainya. Tinggal lagi beberapa report dan presentation. Pencapaian aku tidaklah cemerlang, tetapi sekadar cukup makan untuk meluluskan aku semester ini. Aku berharap, assessments yang masih berbaki, markahnya tidak akan mengecewakan aku.

Aku cukup berterima kasih kepada Azizi kerana masih sudi mengajakku menyertai mereka selepas kejadian aku tidak sedarkan diri berhari-hari. Cara mereka belajar agak berkesan dan bersesuaian dengan jiwaku. Walau bagaimanapun, aku meminta mereka untuk tidak assign aku mana-mana topik untuk dibentangkan pada setiap pertemuan. Aku katakan pada mereka, aku lebih selesa bertindak selaku mentee sahaja. Mereka menghormati keputusanku. Mereka juga menghormati aku sebagai pelajar yang lebih tua. Tersenyum aku tatkala Azizi menekankan perkataan "pelajar tua" itu. Memang sengaja mencari pasal budak-budak ni. Aku maafkan mereka kerana mereka secara tidak langsung merupakan guruku jua. Aku terhutang budi kepada mereka. Moga ada ruang dan peluang untuk aku membalasnya pada suatu masa nanti. Hanya pada Allah aku memohon agar diberi kesempatan untuk memulangkan kebaikan mereka semuanya.

Cuma, satu perkara yang masih merunsingkan aku ialah projek bersama Tina dan Shida. Mereka benar-benar menutup aku daripada perbincangan mereka, dan menyuruh aku tunggu sahaja sehingga mereka berjaya menyiapkan bahagian mereka. Aku benar-benar berdoa kepada Allah, agar aku yang lemah ini, diberi kemudahan untuk menyiapkan bahagianku pada masa yang telah ditetapkan. Aku harap mereka tersedar dan teringat bahawasanya aku ini tergolong dalam pelajar yang lemah, dan merupakan repeater terhormat di kampus ini.

Aku ada menghantar mesej whatsapp kepada Tina agar menyerahkan apa sahaja bahan yang telah mereka siapkan untuk membolehkan aku memulakan bahagianku. Walaupun hanya sedikit sahaja berkait, tetapi maklumat itu tetap akan membantu aku.

Ting!

Yes, mesej aku dibalas. Pantas tanganku swipe handphone untuk melihat siapa. Tina!

|Aku dah emel bahagian aku dan Shida. Lepas ko dah siap, jangan lupa terus buat slides. Nanti pass kat aku. Kami nak combine dan edit. Tak nak nampak campur-aduk design dll.|

|Thanks ya. Bila nak slides tu?|

|Jumaat minggu ni|

|Beres|

Mak aih! Jumaat ni? Sempat ke? Malam Jumaat aku kerja. Aku kena cari jalan. Mungkin Azizi boleh tolong.

"Azizi, free tak selepas sesi study group nanti? Aku nak minta tolong sikit" kataku pada Azizi sewaktu tangannya sedang menyuap nasi ke mulutnya.

"Eeemmm... Eeee..." jawab Azizi sambil mulutnya mengunyah makanan.

"Wei, telan la dulu baru cakap!" aku mencerlung mataku pada Azizi.

"Gulp!" hah ambik! sekaligus ditelannya makanan di dalam mulut. Azizi... Azizi...

"Boleh, apa sahaja untuk Ammar asalkan Ammar tak pengsan lagi" katanya sambil menayangkan sebaris giginya yang putih bersih itu. Bagus budak Azizi ni.

Satu tumbukan kasih sayang aku layangkan buat Azizi di tepi bahunya "ambik ko!"

"Tolong apa?" tanya Azizi tanpa melihat wajahku tetapi terus fokus kepada makanan di hadapannya. Lapar benar gamaknya budak ni.

"Tolong aku dengan assignment. Jumaat ni nak kena combine dengan groupmate aku. Diaorang tak nak buat sekali dengan aku. Anti-lelaki katanya. Aku buat bahagian aku, then pass pada diaorang aje. Aku nak ko tolong semak je"

"Okay" balas Azizi sambil mengangkat ibu jari tanda setuju "Malam nanti tunjuk kat aku, ya"

Lega! Aku terus berlalu ke bilikku untuk membuka laptop dan menyemak emel yang dihantar oleh Tina. Aku ambil laptop, letak di hujung katil. Sambil aku meniarap, aku turn on power. Laptop tua, lambat prosesnya.

Sambil-sambil itu aku membelek handphone. Aku check Whatsapp, balas mesej. Biasanya mesej daripada group famili sahaja. Daripada notifications, aku ternampak satu daripada Fac. Friend request? Nate_Kamal?

"Siapa ya? Aku kenal ke?" tanpa berfikir panjang, jariku terus sahaja menekan profile dan serta merta aku menyesali perbuatanku.

"Natasha..." cukup melihat gambarnya, walaupun daripada belakang, aku tahu itu Natasha. Aku tekan sahaja decline. Aku tidak ingin sebarang bentuk gangguan metal dan fizikal pada semester ini. Aku benar-benar ingin menamatkan pengajian pda kali ini. Aku ingin segera keluar mencari pekerjaan dan seterusnya menabur bakti kepada ummi dan abi.

Mataku dan mindaku berasa segar setelah aku bertekad begitu. Aku mesti menyiapkan assignment yang terakhir ini dengan sehabis baik. Aku menutup screen handphone, dan meletaknya di bawah katil dengan harapan aku tidak terganggu dengan handphone semasa membuat kerja.

Sedar tidak sedar, Asar sudah menghampiri penghujung "Astagfirullah, ralit benar aku ni"

Aku menekan butang save, terus mencapai towel untuk membersihkan badan sebelum bersolat.

Entah kenapa hatiku berasa sayu sepanjang aku menunaikan solat. Aku berasa rindu untuk mengadu kepada Allah akan segala masalah yang sedang melanda diriku. Mungkin bukan masalah besar kepada orang lain, tetapi masalah besar untukku. Aku pasti Allah mengujiku, tetapi Allah juga sentiasa disisiku di dalam setiap langkahku.

***

Firman Allah (yang bermaksud):

Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita

(QS. At-Taubah 9: Ayat 40)

***

Selepas Isyak, aku turun mencari Azizi. Aku agak berpuas hati dengan hasil kerja aku pada semester ini berbanding semester.

Pada semester-semester lepas, aku hanya mengambil mudah tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Aku tidak pernah cuba untuk memahami kenapa satu-satu tugasan itu diberikan. Aku menganggap setiap tugasan itu remeh dan menyusahkan. Mungkin disebabkan kasih sayang dan rahmat Allah kepadaku, Allah tidak ingin aku menamatkan pengajian tanpa memahami sesuatu perkara yang telah ditugaskan untukku sepanjang aku berada di universiti ini. Sehinggalah Puan Alya membebel panjang kepadaku pada suatu hari.

Kata Puan Alya "Ammar, kerja yang kami suruh awak buat tu, bukan saya sendiri yang tentukan. Pensyarah-pensyarah perlu melalui proses perbincangan yang panjang dalam menentukan bentuk-bentuk tugasan yang wajar untuk diberikan kepada pelajar. Setiap tugasan itu juga ada justifikasinya yang tersediri. Ada objektif yang ingin kami capai, dan hasil yang kami harapkan daripada pelajar. Saya tak nak pelajar saya keluar daripada sini tanpa kemahiran yang tertentu. Saya juga tak nak pelajar-pelajar menyalahkan pihak universiti andai kata suatu hari nanti, awak tidak berjaya mendapatkan pekerjaan disebabkan kegagalan awak menghayati tugasan-tugasan yang telah kami berikan"

Tekun aku mendengar bebelan Puan Alya. Di dalam kelas, beliau jarang menghabiskan masa dengan bercerita tetapi sedaya upaya cuba untuk mengajar kami seperti mana yang termaktub di dalam silibus, melainkan kita meluangkan sedikit masa untuk berjumpa dengannya di luar waktu kuliah.

Maka, aku berjanji untuk melakukan yang terbaik buat kesekian kalinya. Walaupun aku hanya mengambil tiga kursus itu sahaja, aku sedaya upaya akan memberikan yang terbaik.

Aku masih mencari si Azizi. Kelibatnya tidak kelihatan. Aku keluar rumah "Erm, tak ada pun selipar budak Azizi ni". Terus aku melabuhkan punggung di tembok tepi pagar sambil menunggu kepulangan Azizi. Aku mengeluarkan handphone daripada poket seluar dan swipe screen. Ada notification daripada Messenger. Segera aku ke Messenger... Nate_Kamal... "Apalagi hendaknya budak ni?" soal aku sendirian tanpa mengharapkan jawapan daripada sesiapa pun. "Jawablah" bisik hatiku "Jangan" akalku menidakkan kehendak hatiku. Mana satu patut aku ikut? Hati? Akal?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience