Bab 5: Aku malu

Family Completed 2944

~Ammar~

Aku masih tidak berani keluar daripada bilik setelah apa yang Nita lakukan pagi tadi.

Aku pasti rasa ingin tahu ummi dan abi pasti membuak-buak.

Aku tahu, aku tidak akan dapat mengelak lebih lama daripada mereka. Mereka perlu tahu.

Pinjaman PTPTN aku telah lama ditahan setelah keputusan peperiksaan akhir aku beberapa semester ini tidak memuaskan. Tambahan pula, aku sudah melebihi tempoh yang ditetapkan di dalam perjanjian.

Sudah setahun ummi dan abi mengeluarkan duit poket mereka sendiri menampung perbelajaan pengajianku. Sungguh aku malu kepada mereka berdua.

Aku tidak tahu bagaimana untuk menghadapi mereka pada kali ini. Aku gagal menepati janji yang telah aku taburkan pada semester lepas.

"Maafkan Ammar, ummi... Abi..." kataku sendirian.

Air mataku mengalir perlahan. "Ah, khianat kau mata. Akukan lelaki. Mana boleh menangis" Tanganku segera menyapu air mata yang terbit di hujung mataku.

Krekkk! Tombol pintu bilikku dipulas seseorang, tetapi daun pintu tidak terus ditolak.

Cepat-cepat aku lap mukaku menggunakan hujung baju. Aku tidak ingin terlihat lemah di hadapan mereka. Aku mesti menyakinkan mereka yang aku okay.

"Ya, aku okay" sambil tanganku menumbuk ke atas.

Namun, aku sedar. Suaraku kedengaran lemah. Aku kalah dengan rasa sedih.

"Siapa tu?"

"Nita. Boleh Nita masuk?" lembut adikku menjawab.

Rasa bersalah la tu. Mesti datang nak minta maaf. Macam tak faham-faham abangmu yang tidak sebijakmu.

"Masuklah. Dah apasal minta kebenaran bagai ni. Bukan selalunya adik terjah je ke?" sinis aku membalas soalannya.

"Ala abang ni, tahulah tu Nita datang nak minta maaf" pantas Nita masuk ke dalam bilik dan membuka lebar daun pintu bilikku. Dia hanya memandang hujung jari kakinya. Tangan kiri dan kanannya bertaut rapat.

Sambil berdiri tercegat di hadapanku,  "Nita lupa nak tanya abang dulu. Nita ingat abang lulus la semua. Abang gagal lagi, ek?"

"Ummi abi tanya Nita tadi. Apasal abang menonong je masuk bilik? Nita jawablah tak tahu. Kesian ummi abi tertanya-tanya tau!" marah Nita.

"Paper apa abang fail? Ada yang Nita boleh bantu tak?" soal Nita.

"Nita... Nita... Nasib baik la comel. Tak sampai hati abang nak marah kamu." jawabku sambil tersenyum mengejek.

Mulut Nita muncung. Boleh diikat muncungnya itu.

"Last sem abang daftar 5 papers. 2 je yang lulus. 3 lagi gagal."

"Abang bukan marah ke apa, abang cuma tak sanggup nak bersemuka dengan ummi dan abi lagi" kataku sedikit kuat. Melepas rasa di dada.

"Abang dah banyak menyusahkan semua orang. Nasib baik Nita tak macam abang. Kalau tak, lagi pening ummi dan abi"

Sambil berkata-kata, aku yang masih duduk di kerusi hanya memandang kosong ke luar tingkap. Entah bagaimana, pemandangan di luar tingkap bilikku sentiasa menenangkan. Aku suka melihat dedaunan yang menghijau. Pokok yang bergoyang kiri dan kanan disapa angin yang lalu. Langit yang biru dihiasi burung-burung yang galak berterbangan.

Suaraku semakin mengendur. Aku tidak marah Nita. Aku kecewa dengan diri sendiri.

Nita duduk di birai katilku.

Aku menyambung kata-kataku "Abang malu"

"Tapi, abang wajib beritahu ummi dan abi. Tak baik tau buat ummi dan abi tertanya-tanya."

"Ummi dan abi nungkin kecewa, tapi abang tetap anak mereka. Siapa tak sayang anak. Anak lelaki sesatunya harapan keluarga pula tu"

"Nita yakin. Ummi dan abi tetap akan bantu abang. Nanti abang beritahu mereka, ya" nasihat Nita padaku. Aku tahu, Nita begitu berhati-hati menyusun kata agar aku tidak terguris hatiku.

"Yalah, yalah. Abang cari masa selepas ummi dan abi balik daripada surau selepas solat Isyak malam nanti"

Dan, aku terus berkurung di dalam bilik. Makan pun tidak. Menahan debar menunggu Isyak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience