Bab 27: Tidak disangka

Family Completed 2944

Dua tahun telah berlalu sejak Ammar menamatkan pengajiannya. Dia berjaya mendapat keputusan yang agak baik, yang melayakkan Ammar untuk sambung mana-mana bidang perniagaan di universiti. Tetapi, kami tidak pasti apa pilihan dia.

Kami semua gembira, dan beramai-ramai menepuk tangan apabila melihat Ammar menaiki pentas menerima skrol diplomanya pada hari itu.

Ammar mungkin bukan penerima anugerah pelajar cemerlang, tetapi tekadnya menghabiskan pengajian itu yang mengagumkan kami.

Ammar mungkin rebah di saat akhir, tetapi Allah hadirkan beberapa rakan baik untuk terus membantu Ammar sehingga berjaya. Pasti semua ini datangnya daripada doa seseorang iaitu ummi dan abi Ammar sendiri. Ummi dan abi Ammar juga mungkin sentiasa redha dan merestui setiap gerak langkah Ammar. Sungguh beruntung.

***
Sabda Rasulullah SAW: “Reda ALLAH bergantung kepada reda ibu bapa, manakala kemurkaan ALLAH bergantung kepada kemurkaan ibu bapa.” (Riwayat at-Tirmidzi)
***

Kenapa aku tiba-tiba aku teringatkan Ammar? Tak lain tak bukan, aku mendapat seorang lagi pelajar yang sangkut dua kali di dalam kursus yang aku ajar.

"Haih!" aku mengeluh sendirian. Kes sebegini akan memerlukan perhatian khusus daripada para pensyarah.

Ting!

Pantas jariku swipe screen handphone dan melihat mesej yang masuk.

|Perhatian semua pensyarah yang akan melawat pelajar praktikal, surat lantikan telah dikeluarkan. Ada di dalam pegion hole masing-masing. Mohon semak tugasan tuan/puan dimana dan bila|

Menariknya, inilah peluang untuk bertemu majikan. Boleh dengar apa pandangan mereka tentang prestasi pelajar praktikal universiti ini. Boleh juga ambil kesempatan untuk berjalan-jalan "Hahaha, yes!" gelak aku seorangan di dalam bilik pejabatku.

Aku menolak kerusi ke belakang, terus berdiri dan keluar menuju pigeon hole. Aku suka tugasan sebegini. Peluang untuk bertemu pihak industri.

Perlahan-lahan aku mengeluarkan surat daripada sampul surat. Terdapat surat lantikan, maklumat pelajar dan tarikh lawatan. Aku tersenyum lebar apabila melihat aku ditugaskan di Kuala Terengganu. "OMG! Boleh berjalan sekali!" sungguh aku seronok. Sambil menyelam, sambil minum air. Bukan selalu tau.

Aku bergegas kembali ke bilik.

Dalam perjalanan, aku terserempak Puan Suria "Alya, you kena visit tak practical student?"

"Macam biasalah. I dapat KT. Hooray! Boleh ler merasa tidur tepi pantai"

"Amboi, seronoknya dia. I dapat KL. Boleh balik kampung jenguk orang tua sekali. Tapi, tarikh kita tak sama kot, kan? I dapat next week. You?" tanya Puan Suria.

"Alhamdulillah, masa cuti sekolah. I boleh angkut semua anak-anak ikut melawat student"

"I see. Lucky you. Okay, see ya. Got to go" Puan Suria segera berlalu. Mungkin masih punya kuliah.

Aku berjalan riang kembali ke bilik. Tanpa membuang masa, terus aku mencari penginapan yang sesuai untuk ditempah sebelum kehabisan disebabkan cuti sekolah.

Hari demi hari berlalu seperti biasa, sehinggalah pada suatu hari Puan Suria menghantar satu mesej di dalam Whatsapp group BFF kami.

|Ada tak sesiapa tahu pelajar kita yang bekerja di audit firm, Tan & Co? I tak pasti siapa ni. Tetapi, trainee kita suruh I jangan balik lagi. Sebab seseorang nak jumpa I. Ex-student kita katanya. Ada surprise kata trainee ni. Masalahnya, I ada appointment lain pula|

|Tak sure la Suria. Tak sempat nak keep track siapa kerja mana|

|Okay2. Nanti I update. Katanya dah dekat nak sampai|

Perbualan kami terhenti sebentar. Dan, masing-masing menyambung kerja sendiri sehinggalah berbunyi Ting! lagi sekali.

|Cuba teka I jumpa siapa? You all mesti terkejut|

|Siapa? Ala kabor ajelah|

|Tekalah dulu. Hint: pelajar diploma kita paling lama nak habis belajar|

Aku terus terfikir seseorang

|Takkan dia? Di audit firm? Walaupun dia beberapa kali gagal? Dia masih minat? Tak sangka!|

|Iya, Alya. Depan mata I je sekarang ni. Tak jadi surprise dia katanya sebab mencungap lari balik ofis, risau I dah balik. Sungguh tak sangka. Happy dia kat sini|

Ada yang masih tidak dapat meneka...

|Ala, siapa? Tak dapat fikir ni|

|Ammar la. Tak sangka kan? Dulu kita ingatkan bila dia dah asyik fail, dia akan benci bidang perakaunan. Telahan kita salah. Kita dah underestimate minat dia|

|Masya-Allah|

|Terkejut, kan? I pun. Lagi-lagi, dia depan ni. Macam biasalah sengih-sengih macam kerang busuk|

|Okay, I nak balik dah. Ammar kirim salam pada semua|

|Waalaikummussalam|

Terasa seperti satu amanah telah berjaya disempurnakan sebaiknya apabila pelajar bidang perakaunan, akhirnya, bekerja di dalam bidang juga. Tidak terpesong memasuki bidang kerja yang lain.

Sungguh kami merasa bahagia dengan berita begini. Segala usaha dijalankan untuk mereka faham ilmu-ilmu yang diajar, terasa berbaloi.

Okay, aku ada misi baru untuk dijalankan. Next, please!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience