Bab 10: Sabar

Family Completed 2944

Aku memandang Ammar yang sedang enak duduk di kerusi di hadapanku.

"Beritahu saya, kenapa awak lewat tadi?" aku agak curious kenapa Ammar lewat. Aku pasti ada sesuatu yang dilakukan Ammar sebelum tiba ke kelas.

Secara logiknya, Ammar hanya mendaftar 3 kursus yang mana kelasnya hanya 12 jam seminggu. Dia mempunyai banyak masa lapang setiap minggu.

Aku terus memandang Ammar tanpa berkata apa-apa.

"Saya... Errr... Puan jangan beritahu orang lain ya. Saya kerja di R & R sana."

Bulat mataku mendengar penjelasan Ammar.

"Jauhkan R & R tu? Awak kerja apa di sana? Pembantu kedai? Waktu kerja macam mana?"

"Jauh la jugak. Tapi, saya ada kereta. Saya drive ke sana. Aah... Pembantu kedai je. Boleh la sikit-sikit. Saya boleh belajar selok-belok orang berniaga juga" ujar Ammar sambil tersengih. Nasib baik giginya putih bersih dan cantik tersusun.

"Waktu kerja saya boleh pilih sebenarnya. Selalunya saya bertugas selepas pukul 6 petang. Tapi, saya menggantikan kawan tengah hari tadi sekejap. Dia ada hal. Dia minta tolong saya ambil alih dahulu sementara dia balik rumah settle urusan dia"

"Disebabkan dia lambat patah balik, jadinya lambat la saya masuk kelas" cerita Ammar panjang lebar.

"Parents awak tahu?" tanyaku lagi.

"Tahu saya kerja, puan. Cuma tak tahu saya kerja dimana... Rahsia" jawab Ammar sambil tersenyum.

"Awak tak cukup duit ke? Nak saya tanyakan apa bantuan kewangan yang ada di sini?" aku cuba menghulurkan pertolongan.

"Eh, tak perlu. Sebenarnya, ummi dan abi saya masih boleh taja pengajian saya ni. Tetapi, saya kasihankan mereka. Saya minta izin daripada mereka untuk bekerja, asalkan tidak menganggu pelajaran."

"Insya-Allah, saya boleh, puan. Saya bukan budak-budak lagi. Lagipun, saya cuma ada 3 subjek je lagi nak tamat"

"Okaylah kalau macam tu. But, any help needed, tell me or your academic advisor"

"Tapi, sebelum awak balik, awak rasa okay ke arrangement untuk kumpulan awak tadi? Ada masalah tak nanti?"

"Okay je. Asalkan ada kumpulan dan assignment saya boleh dihantar. Shida top student. Saya yakin peristiwa lepas tidak akan berulang"

Kami sama-sama tersenyum mengenang peristiwa semester lepas.

Semasa Ammar ingin keluar daripada bilik, Puan Suria kebetulan melintasi bilikku. "Ammar, you're still here. How's study? Bila nak habis ni Ammar. I taught you last two sems right? I thought that would be your last semester. Okay, Ammar, do your best ya this time around. I'll see you around"

Bertalu-talu soalan dilemparkan tanpa sempat Ammar menjawab. Ammar hanya membalas dengan senyuman dan mohon mengundur diri. Merah padam mukanya.

"Eh, you ajar dia lagi ya this sem?"

"Yup, untuk kali ketiga. Hopefully, lesson learnt dan dia pass semester ni. Kesian sangat tak habis-habis lagi"

"Yalah, kan. Tapi, dia memang agak struggle nak faham satu-satu subjek tu. Kena sabar sikit"

Aku hanya menganggukkan kepala tanda bersetuju.

"Okay, got to go. Another class after this. Bye!" dan Puan Suria berlalu pergi.

Aku menghela nafas yang panjang.

"Sabar... Aku yang kena sabar mengajar Ammar, or Ammar yang kena sabar dengan dugaan ini?"

***
Allah SWT berfirman (yang bermaksud):

"Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) solat; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar"

(QS. Al-Baqarah 2: Ayat 153)
***

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience