Bab 3: G.A.G.A.L.

Family Completed 2944

~Ammar~

Kring! Kring!

Klasik dan bingit bunyinya. Aku bangun apabila terdengar bunyi jam locengku menjerit. Aku sengaja mengunci jam tepat 12.00 tengah malam. Aku duduk sekejap di birai katil bagi menghilangkan rasa mengantuk yang kuat. Sambil membetulkan urat badan, aku bangkit daripada katil.

Perlahan-lahan aku menarik kerusi di meja belajar, sambil tangan kiriku menekan butang On pada laptop usangku. Serta merta cahaya skrin laptop cerah menerangi bilikku yang gelap. Sekarang jam telah menunjukkan pukul 12.10 tengah malam.

"Dup! Dap! Dup! Dap!" jantungku berdegup kencang. Jari jemariku tidak semena-mena menjadi sejuk. Alahai, dah nak masuk 8 semester aku buat benda yang sama, kenapa aku masih berperasaan begini.

Dengan hati yang berdebar-debar, aku membuka laman sesawang universiti untuk menyemak keputusan peperiksaan akhir. Agak lambat untuk laman sesawang itu dimuat turun. Aku pasti, ribuan pelajar juga sepertiku sekarang ini. Mungkin ada yang bersekang mata menunggu waktu untuk menyemak keputusan peperiksaan akhir yang lepas. "Allah" keluhku sendirian, berat rasa beban ini.

Aku berkali-kali meraup wajahku tatkala melihat keputusan peperiksaan di hadapanku. Perasaanku bercampur-baur. Sukar untuk digambarkan.

"Alhamdulillah. Ada yang lulus. Tetapi... Aduhai, apa yang hendak aku katakan kepada ummi dan abi esok pagi ni?" soalku sendirian. Buntu memikirkan alasan yang munasabah. Ada sahaja subjek yang aku gagal pada setiap semester. Ada subjek ulangan juga gagal.

"Argh, esok-esok sahajalah aku fikir" kataku sendirian sambil aku bangkit daripada kerusi. Tidak berlengah, aku terus menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk. "Hanya padaMu sahaja aku mampu mengadu dukaku ini ya Allah." keluhku sendirian.

Air mengalir perlahan. Lama aku memerhatikan air yang keluar daripada pili air itu. "Eh, termenung pulak aku. Kesian air ni. Kan dan membazir. Allah, apa nak jadi dah dengan aku ni. Tadi macam tabahlah konon. Tengok air pun sayu tetiba" ngomel aku sendirian. Sesudah mengambil wuduk, aku melangkah longlai keluar bilik air. Sejadah baldu biru aku hamparkan. Sejuk dan lembut sejadah ni. Aku suka menggosokkan tanganku di atas permukaan sejadah ini. Seolah-olah, aku sedang menggosok hatiku yang sedang bersedih ini "Allahu akbar!" aku mulakan dengan solat sunat taubat. Semakin terasa kerdil diri ini diuji sebegini.

"Ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang... Hanya padamu tempat aku mengadu. Bukan aku menidakkan ketentuanMu, ya Allah. Namun, hatiku berasa sedih dan sayu."

"Aku kasihan ummi dan abi yang begitu mengharapkan aku untuk berjaya. Mereka sabar walaupun berkali-kali aku gagal."

"Ampunilah dosa kedua ummi dan abi. Kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku sewaktu kecil, ya Allah."

"Berilahkanlah aku kekuatan dan ketabahan hati dalam mengharungi segala ujian dan dugaanMu ya Allah"

Hidungku mula berair. Mataku juga begitu. Bahuku mula terenjut-enjut menahan esak tangis. Dan, beban yang aku tanggung ni terasa sedikit ringan.

Entah berapa lama aku aku di atas sejadah mengenang nasib diri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience