BAB 38

Romance Completed 119870

*In Shaa Allah, kalau Kay mendapat respond yang banyak dari korang, I have suprise for you, this 10 o'clock.

KHAY WILSON berjalan ke arah wanita yang memakai dress paras lutut, berwarna violet serta kasut bertumit tinggi sedang duduk di atas sofa.

"Do you think Aeron will take the bait?" Khay bertanya.

Wanita yang dari tadi bersilang kaki, beralih pandangannya pada Khay.

"Ofcourse, Dragon satu–satunya keluarga yang dia ada." Balasnya yakin.

"Kau terlampau berani Julia…" Khay tersenyum sinis.

"For my big brother, no problem at all." Balas Julia, dia membalas senyuman sinis yang Khay berikan dengan senyumnya yang melebar.

"You don't love him right?"

Khay mula serius. Kalau Julia sedang menaruh perasaan pada Dragon, game over!

"No! But… he's kinda… handsome. Can't move on with the looks." Julia tersenyum lagi.

"Once Aeron selamatkan Dragon, diorang berdua akan hancur. Akhirnya keluarga Tuan Karen akan lesap dekat dunia ni." Balas Khay sinis. Dalam fikirannya, pelbagai strategi direka untuk menjatuhkan Aeron dari dunia mafia.

"Aku on je. No sincere heart in my life. Diorang yang bodoh sebab percayakan aku." Balasnya angkuh.

"Aku tahu… aku bangga dapat adik macam kau…" rambut Julia di usap lembut. Siapa tak sayang adik kan? Sejahat mana pun dia, dia takkan biarkan adiknya jatuh.

AERON berjalan ke hulu ke hilir sambil menguis perlahan dagunya. Ada sesuatu di benak fikiran.

"Boss?" Panggil Han. Pening pulak dia tengok boss nya yang dari tadi berjalan.

"Apa?" Aeron menghentikan langkah.

"Apa yang boss tengah risau tu?" Soal Han memberanikan diri.

"Macam mana nak tackle hati perempuan? She don't even love me!" Bentak Aeron tiba–tiba.

Membulat mata Han mendengar soalan itu. Tak pernah–pernah boss nya obses bab percintaan. Selalu fikir cara nak bunuh orang, tapi ni? Gila ke?

"Boss nak…"

"Aku nakkan nasihat kau. Mana tau kau expert bab cinta?" Soalnya serius.

Saat ini Han bagai nak meletus ketawanya. Bukan apa, dia kerja 24 jam untuk Aeron, mana ada masa nak bercinta! Buat salah kena marah, silap hari bulan boleh kena pancung! Cuma gaji aje yang besar. Itu yang membuatkan mereka masih setia di bawah Aeron.

Dan Aeron juga seorang yang bertanggungjawab. Sekali dia kata jangan cedera. Satu je anak buahnya dicederakan, semua yang berkaitan dengan orang itu akan mati!

"Sa… saya tak pernah bercinta…"

"Seriuslah? Apahal pulak?" Soalnya tak percaya.

"Sebab 24 jam aku kerja dengan kau! Dah kenapa lah kau tiba–tiba bengap ni?!" Jerit hatinya.

"Tap… tapi, saya boleh bagi nasihat. Saya pun ada belajar bab percintaan ni…" ujar Han untuk mengelak maut.

Aeron terus fokus padanya. Dia agak kekok sebenarnya, tak pernah lagi Aeron berinteraksi dengan anak buahnya lebih–lebih.

"Boss kena jadi lembut…" terang Han takut–takut.

"Kau nak suruh aku jadi pondan? Seriuslah perempuan suka pondan ke?" Berkerut dahinya mendengar penerangan Han. Pelik!

"Bu… bukan. Maksud saya, boss kena sentiasa berlembut dengan dia." Jelasnya lagi.

"Tu je?" Soalnya pelik.

"Boss tak boleh bercakap dengan cara kasar dekat dia. Hati perempuan ni cepat terasa…" jelas Han.

"Kau fikir dia macam perempuan lain ke? Dia tu hati batu!" Balas Aeron sinis.

"Boss je nampak dia hati batu. Tapi dia masih perempuan kan? Mungkin boss belum mengenali dia dengan lebih mendalam."

Aeron terdiam. Sejak 20 tahun lepas dia dah kenal Hana. Mestilan dia dah kenal Hana dengan lebih mendalam, betul tak?

Aeron menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Boss… perempuan ni banyak simpan rahsia. Walaupun dah 30 tahun orang tu hidup dengan dia, ada lagi benda yang orang tu tak tahu tentang dia." Sambung Han.

Lah, rumitnya perempuan, 30 tahun tu lama tau!

"I'm give up." Aeron tergelak sinis.

"Tapi bos…"

"So much work to do!" Bentak Aeron.

Dua tu je dia kata banyak? Gila!

"Tapi boss sayangkan dia tak?" Soal Han yang mula serius.

"Entah." Balas Aeron, pening kepalanya mencari jawapan.

"Dia seorang yang berharga dalam hidup boss tak?" Soalnya lagi.

"Yeah, boleh dianggap macam tu." Balas Aeron selamba.

"How much do you care about her?"

"80 percent?"

"Find that 10 percent, dan tuan boleh memenuhi ruangan hati dia." Balasnya seperti mengarah.

Walaupun dahi Aeron dah berkerut seribu, tapi dia mendiamkan diri. Cari 10 percent lagi? Mana nak cari? Bawah tanah?

"Dah kau pergi buat kerja." Arahnya.

"Kami tak ada kerja harini boss." Jawab Han.

"Kalau tak ada kerja, baliklah! Takkan 24 jam korang nak tengok aku je?!" Tengking Aeron.

Sah! Ada penyakit psiko dia ni! Tadi bukan main mendengar nasihat, sekarang ditengking pulak!

"Baik boss." Walau macam mana pun hatinya sudah bahagia bila disuruh balik. Tak payah 24 jam menghadap Aeron yang beku kalah iceberg tu!

Sebaik sahaja anak buahnya meninggalkan rumah banglo itu. Dia tersenyum lebar. Akhirnya rancangannya akan bermula! Tackle hati Hana, itulah rancangannya dari awal. Disebabkan jasa Han yang memberi motivasi tentang cinta, dia mula yakin.

Alah setakat Aeron Zack yang handsome tu, siapa aje nak tolak?

HANA yang baru saja ambil angin di luar, terus masuk ke dalam rumah dan menuju ke bilik atas.

Sebaik sahaja dia membuka pintu, mulutnya ditutup rapat. Apa yang dia nampak sekarang ni?

"Ae… Aeron, what are you doing?" Dia tengok Aeron sedang membuat pumping tanpa baju sambil menayangkan otot–ototmya yang mampu menggugat iman.

"Exercise." Balasnya ringkas.

"Kenapa nak exercise dekat sini? Buatlah dekat ruang tamu!" Tengking Hana.

"This is my house." Balasnya sinis.

"So better I get out from this house!" Balas Hana bengang. Tahulah rumah dia, tapi dia tak nampak ke seorang puteri sedang menumpang di rumah ni?

"Stay." Arahnya.

"No way! You're completely crazy!" Marah Hana.

Sebaik sahaja Hana pusing untuk beredar, dia dipeluk dari belakang.

"I want to make you mine…" bisiknya perlahan. Hana menelan liur, saat ini jantungnya berdegup laju.

"Le… lepaslah!" Marah Hana, namun suaranya tak sekuat tadi.

"Tell me that you love me." Bisiknya lagi.

"How can I…"

"Mustahillah kau masih tak tergugat dengan aku Hana…" pelukannya semakin erat.

"Tell me that you love me first. With your sincere heart." Ujar Hana pula.

"Well, I don't know if I like you, or loving you. I can't figure it out." Balas Aeron ragu–ragu tapi masih mengekalkan dirinya sebagai lelaki sejati.

"When you love someone, your heart will beating like crazy." Beritahunya. Entah kenapa dia tidak memberontak untuk dilepaskan lagi.

"Memandangkan badan aku dah melekat dekat kau, dapat rasa tak yang jantung aku berdegup laju?"

"Why asking me? Check it yourself." Arahnya.

Sebaik sahaja sebelah tangan Aeron terlepas dari badannya untuk menguji degupan jantung, dia mengambil keputusan untuk lari.

Aeron tersentak, kau mainkan aku Hana?!

Belum sempat Hana keluar, dia tarik Hana lalu menghempas gadis itu ke atas katil.

"I will check it now."

Mata Hana membulat. Apa pulak dia nak buat ni? Arghh tolonglah!

Tangannya bergerak ke bahagian jantung, lalu terletak kemas disitu. Lalu kepalanya makin menghampiri wajah Hana.

"Kau… kau nak buat apa?" Soal Hana gagap.

"Testing my heart." Tanpa banyak bicara, mulutnya melekap pada bibir Hana.

Secara tak sengaja, kedua–duanya memejamkan mata. Terasa tenang dengan perbuatan itu. Love Passion, macam itulah ciuman mereka sekarang.

Perlahan–lahan, Aeron menghentikan tindakannya. Dia pandang Hana yang masih pejamkan mata.

"I guess I love you Hana. So much…"

Share this novel

liyana
2021-01-27 09:36:28 

tergelak yg membaca part pondan tu hahahahahhaha


NovelPlus Premium

The best ads free experience