"Lepaslah!" Bentak Hana. Mana tidaknya, badannya telah dililit dengan tali!
"Kau tunggu sini. Hal kau dengan aku, belum settle. Aku kena settle kan diorang dulu. Okay dear?" Aeron tinggalkan Hana disebuah pokok.
Hana mengeluh kasar. Kakinya dihentak–hentak ke tanah. Dia cuba cari jalan untuk lepaskan diri.
"Aeron! Aku nak kau menyerah kalah je. Orang aku ramai, korang semua ni… akan mati!" Lelaki itu ketawa besar.
Aeron berpaling wajah, dia pandang lelaki yang baru memperlekehkan mereka tadi.
"Arrow, ready?" Jerit Aeron.
Musuhnya pandang pelik. Ready apa? Ero? Apa benda kau merepek ni Aeron!
"Shoot!" Seorang musuh tumbang, apabila anak panah terkena tepat di bahagian jantung.
"Kau main kotor!" Marah Neo, ketua mafia yang dianggap musuh.
"Siapa yang main kotor dulu? Shoot lagi!"
Satu lagi musuhnya tumbang. Neo bengang, macam mana nak berlawan dekat tempat gelap ni? Arghh!
"Kill, kill everyone that near us!" Arah Neo.
"Not that easy…" kata Aeron sinis.
Satu senjata yang jarang dikeluarkan. Di cabut di bahagian belakang badan. Pedang!
Hana yang melihatnya membeliakkan mata. Pedang? Zaman dah moden pun masih pakai pedang?!
EJEN KAMAL mengeluh panjang. Dari tadi dia kehulu kehilir. Ejen–ejen yang lain masih resah. Mana tidaknya, Top Agent mereka belum balik!
"Ejen Kamal mana?"
Ejen Kamal toleh memandang pemilik suara. Lalu dia terus menundukkan wajah.
"Kenapa hantar Ejen Hana dekat sana?!" Tengking ejen Gabriel. Orang yang menubuhkan agensi Hamra.
"Tuan, saya dah suruh dia berundur tapi…"
"Kau dah tahu perangai dia macam tu, kenapa kau serahkan misi ni dekat dia?!" Potong Gabriel. Dia memang tengah marah sekarang ni, Top Agent mereka sudah ada pada genggaman musuh!
"Maaf Tuan, kami akan sedaya upaya, cari ejen Hana walau apa yang terjadi sekalipun. Tolong beri kepercayaan pada kami." Rayu Ejen Kamal.
"Okay. Kalau korang tak jumpa ejen Hana, korang dipecat, dan misi ni akan diserahkan pada kumpulan lain!" Gabriel terus meninggalkan tempat itu. Bengang, benda kecil pun tak boleh handle?
"Shut this off! Locate ejen Hana sekarang! Dia balik je, saya ajar dia cukup–cukup!" Bentak ejen Kamal.
"Tuan…"
Ejen Kamal mengeluh berat. Apa lagi?!
"Apa dia?" Tanya ejen Kamal dingin.
"Ejen Hana luar dari talian sekarang." Balas Kira, ejen yang baru menyertai agensi Hamra.
"Siapa yang hire dia ni? Kalau tak pandai buat kerja–kerja ni, jangan jadi ejen!" Tengking ejen Kamal.
Kira tertunduk menahan malu. Dah memang salah dia.
AERON ZACK tersenyum puas. Akhirnya, semua musuh mereka dikalahkan. Dibunuh! Itu kerja yang paling dia minat.
Tiba–tiba ada seorang lelaki menghampiri Hana. Gadis itu mula mengundur, apahal semua kena dekat aku ni?!
Baru saja lelaki itu mengangkat pistol, Hana terdengar bunyi besi bergesel. Dia buka mata, hendak melihat apa yang terjadi.
Lelaki tadi dah tumbang, dan lehernya hampir terputus! Ngeri Hana melihatnya. Dia terus rasa nak muntah.
"Sebab tu aku tak suka orang kacau kerja aku!" Tengking Aeron.
"Kau kejam…" ujar Hana perlahan. Walaupun dia seorang ejen yang melibatkan nyawa orang, tapi dia tidak sekejam itu!
"Aku kejam?"
Aeron ketawa besar. Lalu pemacu pistol ditarik, dan disasarkan ke arah Hana.
"Should I kill you?" Tanya Aeron sinis.
Anak matanya mula lari. Dia takut, dia takut nyawanya akan berakhir malam ini!
Pistol dilekatkan pada dahi Hana, kelopak mata Hana terpejam rapat. Tolonglah!
"Kau patut bersyukur, yang aku tak suka bunuh perempuan." Pistol disimpan semula di belakang poket seluarnya.
"Angkat perempuan ni!" Arah Aeron.
Anak buahnya yang lain akur, lalu membawa Hana secara paksa ke dalam van mereka.
"Lepaskan akulah!" Hana meronta–meronta. Di tempat duduk belakang, hanya Hana dan Aeron saja yang duduk.
Semasa dalam perjalanan, ada roadblock di hadapan yang membuatkan mereka terpaksa berhenti.
"Lepaskan aku!" Jerit Hana lagi.
"Kau diam." Aeron beri amaran.
"Lepaskan…" bibir Aeron terus bertaut rapat dengan Hana. Aeron menolak Hana supaya baring dan ciuman masih berlangsung.
Satu kain hitam ditarik menutupi badan mereka. Hampir saja mereka tertangkap, nasib baik anak buahnya pandai cover.
Apabila kereta sudah jauh ke hadapan. Aeron terus bangun dan kesat bibirnya.
Hana bagai tak percaya, bibirnya baru saja dicuri oleh seorang mafia!
"You f*ck!" Tengking Hana.
"That wasn't the kiss. Don't take it to hard." Pesan Aeron serius.
"So what is it?" Tanya Hana bengang.
"to avoid getting caught, it's the easiest solution." Balas Aeron.
"Solution? With this?!"
"Aku kata diam!" Tengking Aeron.
Terhinjut bahu Hana dengan suara lantang lelaki itu. Kenapa aku pulak kena marah?!
"Boss, tapi kenapa kita bawak perempuan ni?" Tanya Fendi.
Dia pelik, kenapa nak selamatkan perempuan ni? Kenapa tak bunuh je? Dari tadi otaknya keluar bermacam soalan. Tiba masanya untuk dia ajukan soalan itu.
"Dia penting untuk kita." Balas Aeron ringkas.
"Siapa Aeron Zack?" Hana bersuara. Macam mana sekalipun, dia harus cari cara untuk lepaskan diri.
"Macam mana kau kenal aku?" Tanya Aeron dingin.
"I give you whatever you want. Please, lepaskan aku." Rayu Hana.
"Okay then, tell me, apa tujuan kau datang dekat hutan tadi? To kill me?" Tanya Aeron lagi.
Setiap bait perkataan yang keluar dari mulut Aeron, buatkan Hana gerun. Boleh dilihat yang bulu romanya sedang menegak.
"Aku… aku sesat tadi…" Hana cuba menipu, mana boleh dia beritahu tujuan sebenar misi!
"Liar." Aeron silangkan kaki dan tangan, lalu dia bersandar.
"Betul…"
"Enough, you have a death wish?" Suara dingin itu buatkan Hana terdiam. Sudah Hana, sia–sia je kalau kau mati!
Apabila sampai di tempat mereka, Fendi pimpin Hana sampai masuk ke dalam satu rumah.
"What a fancy house!" Jerit Hana dalam hati. Dia terpukau sekejap dengan keindahan rumah itu.
"Bawak dia masuk bilik." Arah Aeron tegas.
Semasa Fendi hendak memegang tangannya, Hana melambung Fendi ke lantai.
"Arghh!"
Jeritan Fendi buatkan Aeron toleh ke belakang. Siapa pulak yang jerit tu?
"Aku bukan banduan, aku boleh jalan sendiri. Tak payah nak heret–heret aku!" Marah Hana.
Kakinya melangkah laju, mara ke hadapan. Sedangkan dia tak tahu pun bilik mana yang dimaksudkan! Selesai naik tangga, dia jadi patung. Banyaknya sudut!
"Belok kanan." Arah Aeron.
Hana akur, lalu dia mengatur langkah ke sebelah kanan. Sampailah disatu bilik, dia berhenti. Kejap, yang aku bendul sangat ikut arahan dia kenapa?!
Hana tumbuk kepalanya sekuat hati. Bengang dengan perangai bendul tak bertempat ni!
"Masuk." Arah Aeron dingin.
"Taknak." Bantah Hana.
"Aku cakap lagi sekali je, ataupun kau nak jadi mayat dekat sini. Pilih." Sinis saja bunyinya.
Hana terus masuk ke dalam bilik. Kali ini matanya dikaburi dengan bilik mewah itu. Cantik!
"Aku nak kau duduk dekat katil tu, tunggu sampai aku masuk." Pesan Aeron.
"By the way, there are 100 man outside. Don't try to run away dear." Bisik Aeron di telinga Hana. Dia tersenyum sinis.
Lalu keluar dari bilik, dia kumpul anak buahnya di ruang tamu.
"She's our special guest. Jangan bunuh dia, sentuh dia, rogol dia." Aeron memandang satu persatu anak buahnya. Mereka terus alihkan anak mata. Seram!
"Aku dengar dia mengadu benda bukan–bukan, aku cincang. Faham?!"
Anak buahnya mengangguk laju. Takut? Semestinya. Mereka sudah pernah melihat situasi tentang ugutan Aeron tu! Salah seorang dari mereka dibunuh oleh Aeron dengan cara yang kejam. Hanya disebabkan satu kesalahan!
HARI sudah larut malam, Aeron masuk ke dalam bilik yang diduduki Hana.
"Kau… kau kenapa masuk bilik ni?!" Tengking Hana. Malam baru dia masuk bilik? Dia nak apa?!
"Duduk bodoh!" Hana terpaksa akur, nyawanya sedang terancam sekarang.
"Buka baju kau." Arah Aeron.
Membuntang mata Hana dengan arahan yang diberi. Buka baju? Kau fikir aku ni sama jantina dengan kau ke?!
"Aku kata buka." Arah Aeron dingin.
Hana terpaksa tanggalkan hoodie nya. Salah dia, sepatutnya dia pakai baju yang sopan di dalam. Tapi hanya singlet hitam dipakai.
"Perempuan apa kau ni, banyak sangat parut?" Tegur Aeron.
Hana terus peluk tubuhnya. Malu. Sudahlah dia pakai singlet, lelaki tu nampak pulak parut–parut di badannya.
Tiba–tiba terasa tangan yang masuk ke dalam singletnya. Cepat–cepat dia tarik tangan itu membuatkan Aeron terbaring di atas katil, dan dia di atas Aeron.
"Just because I'm a girl, doesn't mean that you can take advantage on me." Hana beri amaran.
Kali ini Aeron pula yang menindih Hana. Dia tersenyum sinis.
"What are you thinking? Aku cuma nak sapu ubat sebab aku dah lambung kau tadi." Rambut Hana diselak, sebelum dia kembali bangun.
"Aku boleh letak sendiri." Hana berkeras.
"Oh, try it."
Hana pusing ke belakang, taknak Aeron pandang kulit belakangnya!
Tangannya cuba mencapai tempat yang ada lebam. Namun gagal. Apahal tangan ni pendek sangat!
"Jangan berlagak. Kira beruntung, mafia macam aku, nak tolong kau."
Dia terus tarik Hana, dan selak singlet di belakang. Hana pula? Malulah! Suka hati bapak dia je selak singlet aku!
Perlahan–lahan dia sapu ubat di belakang badan Hana.
Mula–mula Hana rasa geli, tak lama itu dia rasa selesa. Minyak angin itu telah surutkan rasa sakit di badannya.
"Kau takkan bunuh aku kan?" Tiba–tiba soalan itu keluar dari mulutnya.
Jari Aeron yang menari–nari di belakang badan Hana terhenti.
"Well I don't kill a woman, but… I eat them."
Share this novel
cerita lompat2 daaa..