BAB 3

Romance Completed 119870

"Eat? Eat what?" Tanya Hana pelik. Memang dia mafia yang kejam, tapi dia makan orang jugak ke?!

"Eat you, like this." Bibir Hana terus dicium.

Cepat–cepat Hana tolak Aeron menjauh. Dia terus ambil Hoodie dan disarung secepat mungkin.

"Man are trash." Ujar Hana. Tubuhnya dipeluk erat. Takut!

"What to do, I really wanna eat you right now." Hana terus bangun dari katil. Aku kena keluar dari tempat neraka ni!

"You know how many times you stole my kiss?" Tanya Hana dingin. 

"Second?" Aeron meneka. 

"You know what, nyawa hanya ada satu. If I kill you, you won't be able to live again." Hana terus ambil pistol dan tarik pemacu.

"Dare to kill me." Keras saja amaran yang diberi.

Tanpa membuang masa, Hana terus lepaskan tembakan, tepat di perut Aeron.

"Erghh, you really kill me." 

Hana perhati badan Aeron, kenapa tak ada darah? Rasanya dia dah tembak tepat di badan Aeron. Mana darahnya?!

Aeron tanggalkan baju, membulat mata Hana dengan apa yang dilihat. 

"Bulletproof, simpan peluru kau. Sia–sia je kau bunuh aku." Pesan Aeron dingin. 

Hana mengeluh berat. Dia mafia je, tapi kena terlampau lengkap macam spy? Melepas peluang aku nak bunuh lelaki tak guna ni!

Tangan digenggam, lalu dia menumbuk dinding. Tapi kenapa tak sakit? Dia tengok ada tangan yang melapik dinding itu. Dia toleh memandang Aeron. 

"Berapa banyak parut lagi kau nak kumpul?" Tanya Aeron keras. 

"Don't mind me, you bastard." Hana juga berkeras.

"Jangan terlampau kasar dengan aku, aku masih boleh bunuh perempuan kalau aku nak." Aeron merapatkan tubuhnya dengan Hana. 

Hana mengundur, apahal jantan ni? 

Dagu Hana dicengkam kuat. Buatkan Hana menjerit dalam hati. Sakitlah bodoh!

"Apa lagi kau nak?!" Tengking Hana.

Aeron terus angkat tangan dan tampar pipi Hana sekuat mungkin. Hana terus jatuh terduduk. Sakit!

"Don't be so mean to me, dear." Pesan Aeron.

Tanpa sedar, air matanya terus mengalir. Tangan lelaki tu, terlampau kuat!

Aeron baru saja hendak pergi, tapi terbantut lepas tengok Hana menangis.

"I'm sorry." 

Pipi Hana di elus lembut. Hana masih menangis, tak pernah lagi orang tampar aku seumur hidup aku!

"Lepaslah!" Suaranya menggeletar.

Hana cuba hentikan air mata yang mengalir. Tak tahu kenapa dia sebak sangat. Sedangkan selama ni dia disepak terajang, tak ada pula dia menangis.

"Don't cry baby." Air mata Hana dikesat lembut oleh Aeron. 

"Leave me alone Aeron." 

Aeron terpaksa akur, dia bangun lalu keluar dari bilik. Pintu ditutup perlahan. Dia lemah, pertama kali, dia lemah bila tengok perempuan menangis!

Sebaik saja turun, dia panggil anak buahnya. 

"Belikan dia makanan sedap–sedap, lepas tu beli air. Aku taknak dia kelaparan." Ajib mengangguk, dia terus keluar dari rumah mewah itu. 

"Jangan Aeron, jangan sesekali hati kau jatuh untuk perempuan. Perempuan hanya mainan aku." Pesan Aeron pada dirinya sendiri. 

Sementara Aeron masih di bawah, Hana terus menghidup telefon pintar. Earbug di letakkan pada telinga, lalu dia menghubungi seseorang.

"Hello! Hello Dayana!" 

DAYANA terus berikan telefon itu pada ejen Kamal. 

"Hello! Awak dekat mana Hana?!" Tengking Ejen Kamal. 

"Saya terperangkap tuan, tapi tak apa. Saya akan usaha untuk keluar dari tempat ni." Hana mengeluh berat.

"Aeron Zack dapat tangkap awak ke?" 

"Ya tuan…" balas Hana perlahan. 

Meja terus ditumbuk kuat. Aeron Zack dapat tangkap top Agent mereka? Arghh!

"How can you be so clueless?!" Tengking ejen Kamal. 

Hana hanya mampu berdiam diri. Dia memang layak dimarah. Salah dia kerana tak patuh arahan!

"Jangan bagitahu identiti sebenar awak. Saya akan hantar orang kita untuk kepung diorang. Bersedia dekat sana." Pesan ejen Kamal. Telefon diberi semula pada Dayana. 

"Dayana…"

"Mmm?"

"Panggil Syamim. Aku perlukan dia." 

Dayana terus mencari Syamim lalu diberi telefon itu pada Syamim.

"Please come…" rayu Hana di hujung talian. Syamim mengeluh berat. Dia paling lemah bila dengar suara Hana. 

"Sabar Hana, orang kita akan datang untuk selamatkan kau esok." Pesan Syamim.

"I need you…" pinta Hana.

"I can't Hana. Aku ada misi lain yang nak diselesaikan." Syamim mengeluh berat. Tolonglah jangan lemah Hana!

"Aku tak boleh duduk tempat ni, aku terseksa!" Suara Hana meninggi.

Syamim dapat dengar suara Hana menangis di hujung talian. 

"Stay strong, I will save you tomorrow, I promise." Pujuk Syamim.

"Just let me die then." Panggilan terus ditutup.

Syamim mula rasa bersalah. Dia tak yakin, kalau dia datang seorang diri, mungkin dia juga akan terperangkap!

"Hana cakap apa?" Tanya Dayana.

"Tak boleh ke kita selamatkan dia harini?" Soalan berbalas soalan. 

"Besar risikonya Syamim." 

Syamim mengeluh berat. Dia berharap sangat Hana selamat sampai mereka datang. 

AERON ZACK berjalan menuju ke bilik Hana. Dia tengok gadis itu belum tidur lagi, lalu dia melangkah masuk dengan sedikit makanan di tangannya. 

"Makan. Karang lapar pulak." Arah Aeron. 

Hana memandangs sepi makanan itu, situasi tadi masih berlayar di ingatan. 

"Kau letak racun ke?" Tanya Hana dingin. 

"Mmm, aku letak racun 3 tan." Balas Aeron malas. Dia dah penat nak bertengkar dengan gadis itu. 

"Makanlah. Kau nak aku sumbat ke?" Aeron hulurkan makanan di dalam plastik itu. Suruh makan pun susah ke?

"Aku lagi rela mati." Hana naik ke atas katil, dan baring mengiring. 

"Salah kau sebab ada dekat hutan tu." 

Hana hanya mendengar, dia taknak balas. Setiap ayat yang keluar dari mulutnya, mungkin akan mengancam lagi nyawanya. 

"Eat. Before I eat you." Ugut Aeron. 

"Lagi senang hidup kau kalau aku mati." Hana masih berkeras.

"Kau tahu tak, kau perempuan paling bodoh pernah aku jumpa." Balas Aeron bengang.

"Why? Kenapa pulak aku perempuan paling bodoh? Sebab tak layan lelaki tak guna macam kau ke?" Hana mula berkasar.

"Please, jangan buat angin aku naik. Aku suruh kau makan je." Makin keras suaranya membalas.

"Just hit me again! Mafia tetap mafia. Macam mana sekalipun, korang memang kejam! Sebab korang…" 

Badan Hana terus dipeluk erat oleh Aeron. Belakang badannya diusap lembut.

"Stop talking, you are waste your energy." Pujuk Aeron lembut.

"Buat apa aku nak makan duit haram tu?" Ujar Hana dingin. 

"Siapa kata tu duit haram?" Tanya Aeron pula.

"Kau mafia kan. So duit tu dari hasil kerja bunuh–bunuh tu lah." Balas Hana keras.

"Wo wo, aku takkan makan duit haram, duit haram hanya untuk benda yang haram je aku beli." 

Berkerut wajah Hana dengan jawapan Aeron. Duit haram untuk benda haram? Habis tu dari mana pulak dia dapat duit halal? 

"Don't get me wrong dear. Eat. Aku jamin kau takkan mati." Arah Aeron lembut.

Hana terpaksa akur. Dia duduk di atas katil, begitu juga dengan Aeron. 

Plastik makanan dibuka, lalu Aeron melihat ke dalamnya. Nasi goreng? Aeron mengeluh berat.

"Nak mati betullah! Aku suruh beli makanan sedap–sedap!" Dia mula bengang.

Tanpa membuang masa, Hana terus ambil sudu dan suap ke dalam mulutnya. Rasa nikmat yang dirasai sekarang. Mungkin sebab lapar sangat kot!

Laju saja dia menyuap makanan itu ke dalam mulutnya. Aeron duduk kaku disitu. Bukan tadi dia taknak makan ke?

"Eat slowly dear. Nanti kau tercekik." 

Hana buat tak tahu dengan pesanan Aeron. Dia lapar, seharian tak makan!

ESOK PAGINYA…

"Nice to meet you, agent Hana." Aeron tersenyum sinis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience