BAB 42

Romance Completed 119870

Hana melihat Aeron yang sudah terlena disebelahnya. Wajahnya diraup kasar, terkena jugak!

"Bangun." Arahnya.

"Kejap, 15 minutes." Ujarnya separuh sedar.

"What? Kalau 5 minit aku boleh terima lagi. Bangunlah!" Kejutnya buat kali kedua.

"Apa, memekaklah." Aeron menekup wajahnya dengan bantal.

"Biy bangunlah… wedding kita lagi dua hari je. Please…" rayu Hana di cuping telinganya. Suara yang lunak itu membuatkan Aeron terus bangun dari tidurnya.

"Biy?" Ulangnya kembali.

"We should change our nickname." Ujarnya seperti menggoda.

Tubuh Hana terus ditolak dan dia terbaring di atas katil. Hana terkejut, membuntang matanya memandang Aeron.

"Should I call you sayang?" Tanya Aeron sinis.

"Hah? Haaa tak payah." Dia terus tolak dada bidang Aeron dan duduk di birai katil.

"Tadi kata nak tukar?" Tanya Aeron lagi.

"Tak sesuai." Balasnya gugup.

Aeron mendekatkan dirinya dengan Hana. Belum sempat dia berbuat apa–apa, Hana bersuara.

"No! No kiss, no hug!" Tangannya didepakan sebelah tepat di wajah Aeron.

"Fine." Aeron duduk diam di sebelahnya.

"Now, aku nak ajar kau satu benda." Ujarnya.

"Call me biy." Aeron bersuara.

"Tak ada masa nak main–main." Tegas Hana.

"Okay." Balasnya seakan kecewa.

Hana terus meraih tangan Aeron lalu membawanya ke ruang tamu.

"Kenapa?" Tanya Aeron pelik.

Han yang kebetulan sedang lalu disitu, terus dia panggil.

"Han! Ada beli tak barang yang saya cakap?" Soalnya.

"A… ada."

Han berlari mengambil barang itu, lalu dia serahkan pada Hana.

"Songkok?" Ujarnya pelik. Dia pandang songkok itu. Kenapa Hana minta songkok? Dia nak pakai ke?

"Kau patut biasakan pakai songkok. Nanti tak adalah kekok masa hari pernikahan kita nanti." Jelasnya.

"Aku boleh pilih untuk taknak pakai." Aeron menjarakkan dirinya.

"That's the rules Aeron." Terus tangannya laju meletakkan songkok di atas kepala Aeron.

"Hana…" baru saja dia ingin tanggalkan. Hana menghalang.

Anak buahnya yang lain hampir tergelak, namun mereka cuba tahan. Ada jugak yang bertemu ajal nanti.

Songkok itu dipusing sikit untuk menampakkan lebih stabil.

"Perfect." Ujar Hana sambil tersenyum.

"No." Songkoknya ditanggalkan.

"I don't care, kau kena pakai masa hari pernikahan nanti." Hana berkeras.

"Kita bukan nikah dekat masjid pun." Balas Aeron selamba.

"So tak payah pakailah?" Tanya Hana bengang.

"Tak perlu sayang." Pipi Hana di elus lembut.

"Tak macho." Ujar Hana lalu meninggalkan Aeron di belakang.

"Wait what? Orang handsome macam aku ni kau kata tak macho? Wei kejap Hana!" Macam tak percaya, kata–kata itu yang dilontarkan kepadanya. Dia kejar Hana yang mula menjauh.

Apabila semakin dekat, dia tarik tangan Hana membuatkan gadis itu terundur ke belakang.

"Siapa kata kau handsome?" Hana bersuara.

"Hana… even pekerja lelaki aku pun cakap aku handsome tau." Dia cuba kawal rasa bengang.

"Handsome, kalau pakai songkok, with baju melayu putih." Balas Hana sambil kedua belah keningnya terangkat sedikit.

"Okay. Kalau itu yang kau nak aku pakai, okay aku pakai. Settle?" Aeron terpaksa mengalah. Karang ada yang merajuk pulak.

"Settle. Thank you!" Dia tinggalkan ciuman di pipi Aeron.

Membulat mata Aeron dengan perbuatan Hana.

"Kata tak boleh kiss?" Kata Aeron.

Aeron angkat bahu sambil tersenyum.

"Oh yeah! Wedding dress, bila?" Hana pusing semula. Terus bibirnya bertaut rapat dengan Aeron.

Perlahan–lahan, tubuh Hana dipeluk, Hana sekali lagi tenggelam. Sama–sama menghayati adegan itu.

Tak lama kemudian, Aeron melepaskan ciumannya. Dia pandang Hana sambil tersenyum.

"Bila–bila kau nak." Ujarnya tenang.

Hana kaku. Mulut terkunci, begitu juga dengan badannya. Tak bergerak walau seinci.

"Kenapa? Kau kiss aku dulu kan? Aku balas baliklah." Ujar Aeron selamba.

"I kiss you on the cheek!" Hana meninggikan suara.

"Oh yeah. Okay." Pipi Hana dicium sekejap.

"Dah betulkan balik." Aeron berpeluk tubuh sambil memandang gadis itu yang dah serupa patung.

"Aeron!" Tengking Hana. Ambil kesempatan betul!

Aeron tergelak kecil. Suka pulak menyakat buah hati tercinta.

BAJU pengantin di selak satu persatu. Sambil itu dia membelek harga. Tak jadi lagi. Dia pilih pula yang lain.

"Hana. Hampir setengah jam kau pilih. Tak ada yang berkenan ke?" Aeron bersuara apabila tubuhnya terasa letih.

"Mahal sangatlah baju dekat sini. Kita sewa je lah?" Balas Hana. Menelan liur dia apabila melihat harga–harga yang di luar jangkaan.

"No. Kita beli je baju dekat sini. Miss, tolong pilihkan wedding dress yang sesuai untuk dia." Pinta Aeron.

"Tap…"

"Lupa eh? Setakat harga macam ni, satu butik ni pun aku mampu beli. Kau pilih je." Aeron mula bangga diri.

"Iyalah encik CEO." Dia tekankan ayat CEO itu. Berlagak sungguh!

"Ini dia cik." Pekerja itu menyerahkan sehelai dress berwarna pink cair berserta biji–biji permata di sekelilingnya.

"Wait." Hana yang mahu mengambil dress itu terhenti apabila Aeron bersuara.

"I tak suka warna cair macam ni, bagi kami warna blue pastel."

Perkerja itu mengangguk, lalu dia mencari wedding dress berwarna blue pastel.

"Kata suruh aku pilih?" Hana bersuara. Dah cantiklah tadi tu, ada pulak yang menghalang!

"Aku taknak bakal isteri aku ni pakai baju macam tu, tak menyerlah kecantikan kau." Balas Aeron bersahaja.

SETELAH akad nikah dilafazkan. Kini Aeron dan Hana sudah sah bergelar suami dan isteri.

Aeron menyarungkan cincin di jari manis Hana, lalu dahinya dikucup lembut.

Boleh katakan pada hari pernikahannya, beribu orang yang hadir kerana dia seorang CEO.

"Kita dah sah." Bisik Aeron.

"Thanks." Ujar Hana sambil tersenyum.

"Okay kekal possing macam tu. Kita ambil gambar kejap."

Aeron dan Hana terus beku. Time–time macam ni lah nak ambil gambar ya? Patah pinggang aku!

Usai akad nikah, mereka berdua berpindah ke dewan dimana tempat mereka akan bersanding.

Buka sahaja pintu dewan, Hana terpaku. Penuh dengan hiasan kristal disekelilingnya. Cantik. Bunga–bunga ungu yang membuatkan dia lebih terpukau.

"Pandang depan tu, ada jugak yang tersungkur nanti." Tegur Aeron.

Hana terus pandang ke hadapan. Hakikatnya dia belum puas melihat bagaimana dewan itu dihias.

Kini mereka sudah sampai di kerusi pengantin.

Hana melihat pemandangan dari atas, penuh dengan orang–orang ternama. Dan beribu orang yang hadir ketika itu, meraikan perkahwinan mereka.

"Macam ni lah rasanya bila kahwin dengan orang kaya." Bisik Hana.

"Aku akan tunaikan semua permintaan kau. I want you to be happy with me Hana…"

"I just need your love…"

Aeron tersenyum lebar. Hana membalas senyuman itu. Inilah kali pertama dia melihat Aeron tersenyum begitu indah sekali.

"Thank you." Ucapnya.

"For what?" Tanya Aeron pelik.

"You smile for me." Tangan Aeron digenggam erat.

Kali ini senyumannya susah untuk pudar. Mungkin kerana dia terlalu bahagia.

AERON menunggu Hana yang berada di bilik air. Aik, kenapa lama sangat dalam bilik air tu? Pengsan ke?

"Hana!" Panggilnya.

"Kejap." Sahut Hana dari dalam.

Di dalam bilik air, Hana cuba untuk menanggalkan zip belakangnya. Namun tangannya terlalu pendek untuk mencapai zip itu.

"Are you okay? Need help?" Tanya Aeron lagi.

"Okay. Kejap je." Hana bersuara lagi.

Dia mengeluh berat. Kenapalah semua baju pengantin mesti zip dekat belakang?

Sudahnya dia keluar dengan baju pengantinnya. Aeron yang melihatnya mula pelik.

"Kenapa tak tanggal lagi?" Tanya Aeron.

"Nak tidur dengan baju ni boleh?" Pinta Hana.

"No way! Baju tu tak selesa. Kenapa tak tukar lagi?" Aeron membangkang. Gila ke nak pakai baju pengantin time tidur?

"Biarlah. Mahal kot baju ni." Balas Hana, hakikatnya dia sedang terseksa. Memang tak selesa! Tapi nak buat macam mana?

Lama Aeron berfikir, lalu dia tersenyum sinis.

"Kenapa?" Tanya Hana pelik.

"Kau tak boleh buka zip belakang eh?" Teka Aeron.

"Ma… mana ada. Aku memang nak pakai baju ni!" Hana meninggikan suara.

"Aip, tak baik tinggikan suara depan suami. Sini aku tolong." Dia pusingkan badan Hana.

"Tak… tak payahlah. Aku boleh buat." Hana cuba mengelak.

"Tahun depan pun kau takkan tanggalkan baju tu. Sini aku tolong." Aeron berkeras.

Dengan sekelip mata, Zip ditarik sampai ke bawah.

Wajah Hana berona merah. Inilah yang dia paling tak suka. Habis terserlah kulit belakangnya di mata Aeron!

"Dah siap. Pergi tukar baju." Arah Aeron.

"Serius?" Tanya Hana tak percaya. Tak tergoda ke tengok belakang aku ni?

"Ke kau nak…"

"Okay–okay! Aku tukar baju." Cepat–cepat Hana masuk bilik air berserta baju tidur.

Aeron tergelak kecil. Dia tunggu Hana sehingga ke luar dari bilik air.

Hana duduk di birai katil. Dia gugup. Dia tahu, habis aje akad pernikahan, dan malam itu merupakan malam pertama bagi setiap pasangan suami isteri.

"You can do it when you're ready. I'm waiting." Aeron terus menarik Hana ke dalam pelukannya.

"Aku nak peluk kau sampai bila–bila." Ujarnya perlahan. Bau di badan Hana, membuatkan matanya terpejam. Selesa dengan bau itu.

"I love you…" ucapnya.

"I love you too Aeron." Hana membalas pelukannya.

BERKALI–KALI air matanya jatuh. Suara tangisan mula kedengaran.

"Hana?" Panggil Aeron di belakang.

Hana pusingkan badan menghadap lelaki itu. Dia pandang Aeron, air mata diseka kasar.

"Kenapa kau lepaskan Dragon?" Tanya Hana serius.

Aeron kelu lidah. Dragon? Macam mana dia boleh ingat tentang Dragon?

"Hana kau…"

"Aku ingat semuanya." Balas Hana keras.

Share this novel

liyana
2021-01-27 10:54:51 

comel lah pulak

liyana
2021-01-27 10:52:46 

aww


NovelPlus Premium

The best ads free experience