BAB 41

Romance Completed 119870

HANA mula segan. Tadi bukan main, dah boleh jadi artis! Romantik naw!

"Kau…" Aeron juga gagap. Dia pandang Hana di sisi, dia tak boleh fokus pada pemanduan.

"Kenapa?" Soal Hana gugup.

"Ki… kita dah official?" Soalnya. Memang kedua–duanya telah meluahkan perasaan. Tapi dia inginkan kepastian.

"Aku nak kahwin dengan kau, aku nak lupakan segala kisah silam kita yang pahit." Ujarnya.

"Be… betul ke kau nak kahwin dengan aku?" Tanya Aeron tak percaya.

"Yes." Jari jemari Aeron terus digenggam lembut.

Aeron ketap bibir. Memang itu yang dia nak. Dia nak kahwin dengan Hana. Tapi kenapa hatinya rasa ada benda yang tak kena?

"Hana…" panggilnya perlahan.

"Why?" Jawab Hana sambil tersenyum.

"Are you okay?"

"Okaylah. I got your love. Dan aku dah cairkan Aeron yang beku." Ujarnya seakan menyindir.

Aeron tergelak kecil. Namun sekejap saja, cepat raut wajahnya berubah.

"Can you smile again?" Pinta Hana. Tak pernah lagi dia tengok senyuman yang tenang itu.

"No. Bila aku senyum?" Tegasnya.

Hana tayang muka menyampah. Lantas tangannya melepaskan genggaman jari jemari mereka.

"Kau marah ke?" Perbuatan Hana buatkan dia tersentak.

"Yalah siapalah aku kan?" Ujarnya seperti merajuk.

"Girlfriend akulah." Tegas Aeron.

"Macam bukan je." Hana mencabar.

Terus kereta dipandu ketepi dan berhenti secara mengejut.

"Look Hana…" Aeron cuba pusingkan badan gadis itu menghadapnya.

"What?" Hana cebir bibir.

Dengan sekelip mata, bibirnya disambar Aeron. Hana terkejut, dia hendak bersuara tapi mulutnya terkunci.

"Aeron! Kita belum kahwinlah!" Marah Hana.

"Esok aku proceed perkahwinan kita."

Membuntang mata Hana mendengarnya. Esok? Seriuslah esok?!

"Tap…"

"No tapi tapi. I want to hug you, kiss you, with no limit." Potong Aeron.

"No! Sekurang–kurangnya kita kena ada tiga hari untuk proceed the wedding. Kau kan CEO?" Tegas Hana.

"Okay, tapi boleh kiss kan?"

"No!" Bangkang Hana.

"Are you sure?" Ujarnya sinis.

"I can endure it. Tak kiss dengan kau sampai bila–bila pun aku tak kesah." Hana berpeluk tubuh.

AERON dan Hana akhirnya sampai ke rumah. Aeron terus masuk biliknya dan berbaring atas katil.

"Penat?" Tanya Hana.

"Come sleep with me." Pelawa Aeron.

Hana datang dekat, lalu dia duduk di birai katil. Aeron yang melihatnya mengeluh berat. Dia terus tarik tangan Hana membuatkan gadis itu terbaring. Lalu tubuh kecil itu dipeluk erat.

"What are you doing?" Soal Hana kaget.

"Comfort me."

Bunyi pernafasan itu jelas di cuping telinga Hana. Jantungnya berdegup laju.

"Ini kata nak kahwin esok?" Hana beranikan diri untuk bersuara.

"Kenapa?" Tanya Aeron pelik.

"Mana boleh rehat macam ni." Ujarnya.

"I don't care." Pelukannya semakin erat.

Lama kelamaan Hana mengalah. Dia tak dapat menafikan. Pelukan Aeron adalah hangat. Dia selesa berada di dalam dakapan lelaki itu.

"Just today Hana." Ujarnya dalam hati.

TUAN GABRIEL menunggu jawapan dari Dayana. Tentang siapa pewaris syarikat Melinda Holding.

"Tentang pewaris Melinda Holding, this is the picture." Dayan serahkan sebuah Tab pada Tuan Gabriel.

"Aeron?!" Tuan Gabriel terus berdiri tegak.

"Nampaknya macam tu lah Tuan." Balas Dayana perlahan.

"Macam mana pulak…"

"Bila saya siasat. Datin Melinda adalah ibu kandung Aeron. Pendaftaran perkahwinan Datin Melinda dan Tuan Karen adalah pada 8 Mei, tahun 1990." Jelasnya.

"Datin Melinda merupakan anak kepada Datuk Sri Wahab. Pemegang syarikat yang terkenal pada zaman tu." Jelasnya lagi.

Pen yang dipusing–pusing terhenti. Tuan Gabriel memandang Dayana.

"Tuan Karen, selamanya licik. Dia kahwin dengan Datin Melinda bukan kerana cinta, tapi untuk tutup semua kes yang pernah dia terlibat. That's why Tuan Karen tak pernah kena tangkap hingga hujung nyawanya." Tuan Gabriel tersenyum sinis.

"Tapi, Aeron berguna untuk kita."

Berkerut wajah Dayana mendengarnya.

"Berapa lama lagi dia nak tangguhkan misi?" Tanya Tuan Gabriel.

"Lagi sikit lagi Tuan, dia minta kita bersabar." Balas Dayana.

AERON bangun apabila tubuhnya mula terasa sejuk. Dia pandang Hana yang sudah tidur lena.

Tak lama itu telefonnya berdering. Dia mengangkat panggilan tersebut.

"Aeron… takkan kau tak kesian langsung dekat aku? Your twin, aku darah daging kau. Akan mati dua hari lagi." Rayu Dragon.

"Kau nak aku buat apa?" Tanya Aeron bengang.

"Selamatkan aku. Keluarkan aku dari sini." Pintanya.

"Kau gila? Buat apa aku nak selamatkan kau?!" Tengking Aeron.

"Ataupun, ejen Khay akan rosakkan perkahwinan korang, CEO Aeron." Ugut Dragon.

"Kau fikir aku dah tak ada anak buah nak jaga aku?"

"Anak buah kau tak ramai macam ejen Khay punya." Ujarnya sinis.

Panggilan terus ditutup. Wajahnya diraup kasar. Dia pandang Hana yang masih lena. Terbit rasa kasihan dalam dirinya.

"Aku taknak kau terseksa lagi." Ujarnya perlahan.

Dia terus keluar dari bilik, lalu mengumpul anak buahnya di ruang tamu.

"Aku nak korang ceroboh masuk agensi Hamra, keluarkan Dragon senyap–senyap. Tembak siapa–siapa yang halang jalan." Arahnya.

"Tanpa boss?" Tanya Fendi.

"I will stay with her. The wedding just about three days. Do it properly." Sambungnya.

(REFER BAB 10)

BEBERAPA BULAN YANG LEPAS

"Tapi kalau hubungan awak dan Aeron lebih dari apa yang kita rancangkan…"

Hana menunggu ayat seterusnya dari Tuan Gabriel.

"Kita bawa dia kerja dengan kita. This is your real mission." Tegas Tuan Gabriel.

"You are insane finally…" balas Hana bengang.

"Hati awak takkan sama kalau awak dah hidup sebumbung dengan dia Hana." Ujar Tuan Gabriel.

"I will not fall for him!" Hana meninggikan suara.

"Saya perlukan orang macam Aeron dalam agensi kita Hana… look carefully, inside him. Dia tak bunuh orang tanpa sebab Hana… he's different from other mafia…" pujuk Gabriel.

"Only if I fall for him." Hana berkeras.

TUAN GABRIEL tersenyum. Nampaknya Aeron bakal berkerja dengan mereka. Kerana hati yang telah bersatu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience