BAB 45

Romance Completed 119870

Aeron ketap bibir. Nametag itu digenggam kuat. Kalau betul jasad di hadapannya adalah Hana, hanya ada satu perkara yang bermain di fikirannya.

Bunuh Khay. Dia tak layak hidup di muka bumi ini.

"Aku sayangkan dia…" ujarnya perlahan.

Telefon di keluarkan. Lalu dia mencari nama Hana, dan menekan dail.

"Please…" rayunya. Air mata yang jatuh masih tak reda. Tiba–tiba bunyi telefon kedengaran.

Makin dia perhati, bunyi itu datang dari tubuh wanita itu. Aeron berundur.

"Arghhh!" Jerit Aeron sekuat hati. Jelas sekali tubuh wanita yang berada di hadapannya, adalah Hana.

"Aku akan bawa kau keluar Hana, tunggu kejap…" dia usap kepala wanita itu.

Sebaik sahaja keluar dari tempat itu, 10 orang telah menghalang jalannya.

"Bagus kau datang, aku memang nak bunuh korang semua!" Pisau dibaling tepat di bahagian leher lelaki itu. Matanya membesar apabila pisau itu telah menembusi lehernya. Dia jatuh tersembam di permukaan lantai.

Lalu Aeron merendahkan badannya, pisau ditarik keluar dari leher lelaki itu, membuatkan darah terpancut terkena di wajahnya.

Remy memberi isyarat mata agar yang lain bertindak untuk menyerang Aeron.

Belum sempat dia berbuat apa–apa, kepalanya telah ditembak oleh Aeron.

"Mana boss korang?" Soalnya sinis.

Remy hendak menyerang Aeron, tapi Aeron sempat mengelak.

"Korang lagi rela mati, dari bagitau boss korang dekat mana ya." Dia tergelak kecil.

Mereka maju setapak. Manakala Aeron berundur selangkah.

"Hana mati, maksudnya, tak ada siapa boleh hidup. No one." Raut wajahnya bertukar dingin. Pistol sudah tersedia di tangannya. Triger ditarik lalu dihalakan pada Remy.

Tangan Aeron dipusing membuatkan Aeron bertukar tangan, Aeron melepaskan tembakan, Remy sempat menunduk.

"Jangan cabar aku…" Aeron ketap bibir. Pergerakannya sepantas kilat, Remy ditikam dua kali tanpa dia sedar.

Matanya membuntang sebelum dia menghembus nafas terakhir.

Yang lain hendak menyerang, tapi Aeron sempat mengelak dan serang balas. 10 orang telah tumpas di hadapannya.

Darah yang mengalir dia anggapkan satu kepuasan buat dirinya.

Aeron terus berjalan, memang betul tekaannya, akan ada lagi yang hendak menyerang. Mana tidaknya, dia sudah terperangkap.

"Slow–slow, aku nak buat korang terseksa dulu." Aeron bersuara.

Mereka yang lain berdiri tegak di hadapannya.

Semasa Zaid hendak menyerang, Aeron sempat memegang kepalanya, lalu cuping telinga itu dipotong laju.

"Arghhh!" Jerit Zaid. Cuping telinga yang telah dipotong, dicampak lalu dipijak berkali–kali.

"Kau nak aku potong mana lagi? Tangan?" Soalnya sinis.

Zaid ketap bibir. Telinganya yang telah dipotong memang sakit tak terkata.

Zaid hendak menyerang lagi, cepat saja Aeron mencapai tangannya, lalu tanpa belas kasihan. Tangan itu dipotong hingga terputus membuatkan darah memancut laju.

Kali ini dia tidak berdaya lagi, Zaid merebahkan diri. Dia bersandar di sebuah dinding.

"Good. Bye." Aeron melepaskan tembakan, tepat di leher Zaid.

SETELAH beberapa jam berlawan, akhirnya dia berjumpa dengan orang kuat Dragon. Neo. Manusia yang bertangan robot, sudah tentu ianya susah untuk dikalahkan.

Neo berjalan menghampiri Aeron. Aeron maju ke hadapan dan bersemuka dengannya.

"Orang kuat Dragon, kenapa kau dekat sini?" Soalnya sinis.

"Aku orang Khay. Mafia Wilson." Balas Neo keras.

"Aku tak kesah semua tu, aku nak kau… mati je." Tangannya pantas menyerang Neo, manakala Neo pula mengelak menggunakan pisau.

Aeron tergelak kecil, sempat dia merampas satu pisau yang Neo pegang.

TUAN GABRIEL dan ejen–ejen yang lain, keluar dari dewan utama. Siapa saja yang mengepung Agensi Hamra, mereka akan tewaskan tidak kiralah dalam cara apa sekalipun.
Pistol sudah tersedia di tangannya. Dia menembak satu persatu orang yang menghalangnya.

Semasa berlawan, Syamim sempat bersuara.

"Tuan, Aeron diperangkap Tuan!" Beritahunya.

"Semua ni orang Khay, maksudnya… Khay nak bunuh Aeron." Hana bersuara.

Baru saja dia ingin sambung bicaranya, ada yang menyerang. Tembakan dilepaskan dua kali.

"Khay hantar orang dekat sini, supaya Aeron mati dekat tangan dia, tak ada siapa boleh halang." Ujar Hana, bibirnya diketap kuat.

"Ejen Hana, ingat tentang perakam suara yang saya bagi pada awak?" Tanya Tuan Gabriel.

"Kenapa?"

"Aeron lepaskan Dragon bukan sebab dia taknak darah daging dia terkorban. Tapi sebab dia taknak tengok awak mati Hana…" jelas Tuan Gabriel.

"Macam mana tuan tau?"

"Saya boleh agak Hana. Walaupun saya belum siasat semuanya, tapi… dari segi perbualan awak dengan dia, nampak sangat dia sanggup buat apa saja untuk lindungi awak dari bahaya Hana, can't you see?" Terangnya penuh emosi.

Air matanya menitis. Namun cepat saja air matanya dikesat laju.

"Dia patut jujur dengan saya Tuan. Sekarang ni, saya tak ada masa nak selamatkan dia." Tembakan dilepaskan lagi. Orang yang mengepung mereka terlalu ramai.

"Saya nak awak pergi selamatkan Aeron. Kami boleh handle diorang semua." Tegas Tuan Gabriel.

"Tuan nak handle macam mana? Orang kita tak sampai seratus pun, tapi Tuan tengok, diorang dah lebih dari seratus. Macam mana Tuan nak handle?" Tanya Hana tak puas hati.

"Ejen Kamal akan menyusur awak dari belakang. Goodluck." Tuan Gabriel kembali berlawan, Hana pandang tak percaya.

Takkan dia nak tinggalkan mereka semua? Tapi hatinya terdesak hendak menyelamatkan Aeron.

"Hana. Saya percayakan awak." Sempat Tuan Gabriel menoleh, dan memberi kata–kata semangat untuknya.

Hana ketap bibir, hatinya rasa tak sedap. Tapi nyawa Aeron juga dalam bahaya. Air mata yang mengalir dikesat kasar. Dia melangkah ke depan dan merempuh semua orang yang mengepungnya.

Tuan Kamal di belakang melindungi Hana agar tidak tercedera.

Satu persatu ditembak, sesiapa sahaja yang menghalang jalan mereka.

Semasa dalam pemanduan, ada sebuah kereta yang mengekori mereka di belakang.

"Tuan… ada orang ikut kita dari belakang." Beritahunya dalam panggilan.

"Fokus Hana. Saya akan protect awak dari jauh." Arah ejen Kamal.

Hana meneruskan pemanduan. Sementara ejen Kamal memusingkan keretanya dan berhenti dalam keadaan melintang. Kereta yang mengekori mereka berhenti di belakangnya.

Pemacu pistol ditarik, lalu ejen Kamal melepaskan tembakan berkali–kali.

AERON berterusan hendak menumpaskan Neo, namun lelaki itu lebih handal dari apa yang disangkakan.

Aeron merapatkan tubuhnya dengan Neo. Lalu dia menolak Neo sehingga tersandar ke dinding. Disebabkan tersalah langkah, pisau Neo sudah berada di lehernya.

Tindakannya terhenti seketika. Memikirkan cara untuk membunuh Neo dan mengelak dirinya dari terbunuh.

Tangan Neo yang sedang memegang pisau, di tahan menggunakan mulut, agar pisau itu tidak menembusi lehernya. Lalu dia menikam Neo, sehingga pisau itu tembus ke dalam.

Mata Neo membulat, dia jatuh terduduk. Aeron menarik pisau itu membuatkan Neo termuntah darah. Akhirnya lelaki itu mati.

Beberapa minit kemudian, dia sampai di tingkat bawah. Dimana tempat orang meletakkan kereta.

Terlihat Zakir, orang kuat Khay Wilson sedang memandu kereta untuk keluar dari tempat itu. Aeron tersenyum sinis. Kau nak lari ya…

Aeron berjalan laju, mengekori kereta itu. Zakir yang terlihat Aeron dari pantulan cermin, terus jadi gugup.

Lalu keretanya terhenti. Dia cuba menghidupkan enjinnya, tetap tidak berfungsi. Telefon terus dikeluarkan dan dia menghubungi seseorang.

"Boss… Aeron nak bunuh saya!" Adu Zakir.

"Aku perlu tahu ke? Bye." Panggilan dimatikan. Zakir macam tak percaya, bukan ke dia orang kuat Khay? Tapi Khay langsung tak pedulikan dia? Bodoh!

Zakir mula gelabah, Aeron berjalan dan panjat kereta itu. Lalu dia menembak bahagian atas kereta, namun peluru itu terpantul semula.

Berkerut wajah Aeron melihatnya. Lalu dia berjalan hingga bahagian depan cermin kereta.

Zakir menelan liur, Aeron melepaskan tembakan buat kali kedua. Namun peluru itu tercampak semula.

Baru dia faham, kereta itu adalah kalis peluru. Dia pandang Zakir sinis. Lalu pistol dirapatkan pada cermin kereta. Dia tembak untuk kali ketiga, cermin itu sudah retak sedikit. Peluru ke empat, dan kelima, akhirnya muncul sebuah lubang kecil. Aeron merapatkan pistolnya.

Lalu dia melepaskan tembakan, terkena di bahagian bahu Zakir.

Matanya membulat, peluru yang menembusi kulitnya buatkan dia terkejut, dan mula rasa sakit. Dia pegang bahagian bahu yang terkena peluru itu.

"One more bullet…" ujarnya sinis.

Tembakan terakhir dilepaskan, terkena di bahagian jantung Zakir.

Aeron turun dari kereta. Peluru dipasang ke dalam pistol. Dia perhati sekeliling. Takut anak buah Khay datang menyerang lagi. Apabila keadaan menjadi sunyi. Dia jatuh melutut.

Air matanya membasahi permukaan lantai.

"Hana…" panggilnya perlahan. Tangannya yang penuh darah, dikesat pada wajahnya.

"Aku sayangkan kau Hana…" air matanya laju mengalir.

Lalu ada satu suara yang memanggil namanya.

"Aeron!" Jerit wanita itu.

Aeron terus menoleh, suara itu amat dia kenali. Tak mungkin…

"Hana?" Dia pandang tak percaya.

Hana berada di hadapannya, masih bernyawa.

"Macam mana…"

"Aku minta maaf Aeron, aku dah kecewakan kau." Rayu Hana. Air matanya mengalir.

"Kau bukan dah mati ke…" tanya Aeron tak percaya. Tak mungkin, jelas dia nampak mayat Hana di tingkat atas tadi.

"Aku belum mati Aeron, aku ada depan kau…" balas Hana sayu.

Sedang mereka melayan perasaan, Aeron ternampak Khay Wilson sedang menghalakan pistol pada mereka berdua.

"Hana!" Aeron berlari ke arah Hana, lalu peluru itu menembusi belakangnya. Aeron menahan sakit.

"Aeron…" Hana menyambut tubuh Aeron yang mulai jatuh.

"Kenapa kau buat macam ni…" air matanya mengalir.

"Tuan! Khay Wilson ada dekat sini." Beritahunya.

Tubuh Aeron di bawa ke pangkuannya. Dia menangis lagi.

"I've done my duty… on protecting you…" ujar Aeron perlahan.

"No no, diam Aeron. Luka kau makin teruk…" luka di perutnya di tekan kuat. Agar darah tidak mengalir lagi.

"Hana… aku tak menyesal kahwin dengan kau… sebab aku cintakan kau." Luah Aeron, kali ini, dia tidak mampu menahan lagi, perlahan–lahan, kelopak matanya turun ke bawah.

"Aeron please…" dia gegarkan tubuh Aeron.

"Bangunlah!" Dia menjerit. Air matanya jatuh berkali–kali.

"Akupun cintakan kau. Aku menyesal sebab tak percayakan kau. Tolonglah bangun Aeron…" dia merayu.

Namun tubuh Aeron sudah kaku. Degupan jantung juga telah terhenti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience