BAB 44

Romance Completed 119870

"MULAI harini, aku boss korang. Faham tak?" Beritahunya pada semua anak buah Dragon.

Mereka semua mendiamkan diri. Dari raut wajah, mereka sedang hampa. Boss sendiri kena bunuh. Mestilah ada perasaan kecewa.

"Aku double gaji korang. Especially kau Neo, aku paling perlukan orang macam kau. Half human and robot." Khay memberi tawaran.

"Apa yang kami kena buat?" Neo bersuara.

"Tolong aku hancurkan Aeron dan Agensi Hamra." Balasnya sinis.

"Baik boss." Mereka patuh pada arahan Khay. Duit adalah segala–galanya. Kemana duit itu dicampak, disitulah mereka akan pergi.

"HANA…" Hana setia mendengar suara Tuan Gabriel di hujung talian.

"Apa pun yang saya nak cakap, jangan bertindak di luar kawalan." Pesan Tuan Gabriel awal–awal.

"Baik Tuan." Hana akur. Teruk sangat ke benda yang nak diberitahu tu?

"Dragon hilang." Ujarnya.

"Macam mana boleh hilang Tuan?" Tanya Hana pelik. Punyalah ketat keselamatan di Agensi Hamra, macam mana pulak Dragon boleh hilang??

"Tempat kita adalah soundproof. That's why kami tak dengar apa–apa pada malam tu." Jelas Tuan Gabriel.

"Jadi?" Tanya Hana lagi.

"Orang yang tolong keluarkan Dragon, adalah anak buah Aeron sendiri." Balasnya tanpa selindung. Hana adalah top Agent mereka, jadi semua benda yang terjadi, Hana perlu tahu!

Membulat mata Hana mendengar nama itu. Anak buah Aeron? Mulutnya kaku. Bibirnya diketap kuat. Tangan mengepal penumbuk.

"Hana…" panggil Tuan Gabriel apabila tidak mendapat apa–apa respond dari Hana.

"Betul ke Tuan…" Tanya Hana ingin kepastian. Hatinya sakit. Kenapa Aeron yang tolong Dragon? Kenapa?

"Ada rakaman dalam CCTV tersembunyi." Balasnya.

"Sa… saya…" berat mulutnya untuk berkata–kata.

"Hana, kita tak tahu apa yang terjadi di belakang kita. Cuma langkah yang paling selamat. Awak balik pada Agensi Hamra, harini jugak." Dia memberi arahan.

"Kenapa dia buat macam tu Tuan?" Air matanya menitis.

"Saya tak tahu Hana. Syamim akan jemput awak malam ni, jangan banyak cakap. Jangan gaduh dengan Aeron. Ikut arahan saya. Faham?" Tegas Tuan Gabriel. Memang perkara ini sangat susah untuk diterima oleh Hana. Tapi apakan daya, dia seorang ejen. Perasaan peribadi tidak boleh bercampur dengan pekerjaannya.

"Baik Tuan." Balas Hana perlahan. Panggilan terus dimatikan.

Dia duduk bersandar di atas sofa. Hana mengeluh berat. Air mata dikesat, dia tak mampu terima kenyataan bahawa Aeron dah lepaskan Dragon. For what purpose? Dragon pernah buat nyawanya terancam. Kenapa Aeron masih bagi muka? Atau Aeron ada agenda disebalik semua ni?

Banyak persoalan yang bermain di minda. Sekarang, dia hanya menunggu kepulangan Aeron, dan dia akan menjelaskan segala–galanya.

"I will leave you…" ujarnya perlahan.

Baru saja dua hari mereka berkahwin, baru saja hendak membina rumah tangga. Tapi ini yang berlaku.

Tiga jam kemudian, bunyi ketukan bintu bergema hingga tingkat atas.

Hana mendiamkan diri. Biarlah Aeron buka sendiri, hatinya sedang terseksa.

"Hana…" panggil Aeron sebaik sahaja pintu dibuka.

Hana ketap bibir. Panggilan itu buatkan dia lemah.

Berkali–kali air matanya jatuh. Suara tangisan mula kedengaran.

"Hana?" Panggil Aeron di belakang.

Hana pusingkan badan menghadap lelaki itu. Dia pandang Aeron, air mata diseka kasar.

"Kenapa kau lepaskan Dragon?" Tanya Hana serius.

Aeron kelu lidah. Dragon? Macam mana dia boleh ingat tentang Dragon?

"Hana kau…"

"Aku ingat semuanya." Balas Hana keras.

"Ingatan kau dah pulih? Sejak bila?" Tanya Aeron tak percaya.

"Sebulan lepas." Balas Hana, air mata ditahan agar tidak mengalir lagi.

"Kau dah mulakan misi kau sebulan lepas?" Tanya Aeron bengang.

"Jawab soalan aku, kenapa kau lepaskan Dragon?!" Tengking Hana.

"Dia keluarga aku." Jawab Aeron, wajahnya beku. Macam sebelum ni.

"Kau patut bagitau aku yang kau dah ingat semuanya. Kenapa kau nak tipu aku?!" Tengking Aeron pula.

"Because I love you! Dan aku tak sangka, kau akan lepaskan Dragon keluar. Lepas apa yang dia dah buat dekat aku, kau lepaskan dia… kau memang tak sayangkan aku kan?" Luah Hana. Air matanya mengalir lagi.

"Hana… perasaan yang aku luahkan dekat kau selama ni, semua tu ikhlas dari hati aku. Sekarang kau dah tau yang aku lepaskan Dragon, kau nak buat apa? Nak tinggalkan aku?" Tanya Aeron sambil mengepal penumbuk.

"Yes. I have to leave you. Salah kau, sebab lepaskan Dragon, and now, anggap hubungan kita dah berakhir." Hana berkeras. Semasa bagasi hendak ditarik keluar, Aeron bersuara lagi.

"Salah ke aku nak jaga darah daging aku. Salah ke Hana?" Tanya Aeron lemah.

"He's not your brother, he's a killer. Seorang lelaki yang kejam. Memang layak mati Aeron… sebabkan kau dah lepaskan dia. Kau terpaksa lepaskan orang yang kau cintakan selama ni." Balas Hana. Dia pasrah, kalau beginilah takdir mereka. Dia terima.

"Jangan tinggalkan aku Hana…" rayu Aeron.

"Kau tau tak, Dragon sentiasa nak bunuh aku, dari kecil lagi. Kau tak sedar semua tu Aeron, lepas aku dah kena tembak dengan Dragon pun, kau masih anggap dia keluarga kau." Bentak Hana.

"Kau tak ada keluarga, kau takkan tahu." Balasnya ego. Sedangkan ini bukanlah alasan yang sebenar.

"Kau tak pernah jaga perasaan aku… aku nak pergi." Dia terus tarik bagasi hingga ke luar bilik.

"Kau isteri aku!" Teriak Aeron dari dalam.

Hana buat tak endah, dia mempercepatkan langkahnya.

"Kau fikir aku sorang je ke yang salah. Kau pun salah! Kau sanggup ketepikan cinta kita sebab Dragon tu. Hana!" Jerit Aeron.

Apabila kelibat Hana sudah hilang, dinding di hadapannya ditumbuk kuat.

HANA sudah sampai di tingkat bawah. Dia mengatur langkah, keluar dari rumah itu. Lalu dia masuk ke dalam kereta hitam yang sudah lama menunggu.

"Congrats for your comeback." Ujar Syamim. Dia cuba jernihkan keadaan.

"No need. Aku perlu tahu perkembangan siasatan kita. Cepat jalan." Arah Hana. Moodnya sedang hilang. Pergaduhannya dengan Aeron masih segar di ingatan.

Tiba sahaja di Agensi Hamra, Hana berjalan dengan Syamim sampai ke dewan utama.

"Welcome back." Sambut Tuan Gabriel.

"Apa perkembangan siasatan kita?" Tanya Hana pada semua ejen.

"Ejen Khay adalah pembelot." Balas Dayana, memikirkan nama itu saja, sudah buat dia bengang.

"I knew it. Jadi, Ejen Khay yang berkerjasama dengan Dragon kan?" Tanya Hana serius.

"Tiga orang. Dragon, Ejen Khay dan Julia… adik Khay." Jelas Tuan Gabriel..

"Adik Khay, termasuk sekali?" Hana tergelak kecil. Licik betul!

"Arahkan saya, untuk bunuh ejen Khay." Pintanya.

"Ejen Hana…" Tuan Gabriel bersuara. Dia tahu, Hana tengah melayan emosinya.

"Semua yang rapat dengan saya, semua bawa masalah! Tolong beri keizinan untuk saya bunuh ejen Khay!" Bentak Hana.

"Hukuman bunuh semua tu bukan tugas kita. Hanya polis dan pihak mahkamah je yang layak tetapkan hukuman tu." Tegas Tuan Gabriel.

"Hana… awak jangan risau. Saya pasti Aeron buat semua ni bersebab." Dia cuba meredakan keadaan.

"Tuan nak saya rapat dengan dia, ya Tuan menang. Saya dah jatuh cinta dengan dia. Saya dah jatuh cinta dengan pembunuh!"

"Saya bukan bawa awak kesini, bermaksud Aeron bersalah. Bukan Hana… kita sedang cari punca, kenapa semua benda ni terjadi. Apa pun tindakan Aeron, mesti ada kaitannya dengan Khay." Jelasnya lagi.

"Jadi Tuan nak kami buat apa sebenarnya?" Tanya Hana tak puas hati.

"Kita cari diorang bertiga."

Tiba–tiba seorang pengawal masuk ke dalam. Semua memandang pelik ke arah pengawal itu.

"Tu… tuan…"

"Apa?" Tanya Tuan Gabriel pelik.

"Tempat kita dah dikepung…" balasnya gagap.

Membulat mata Tuan Gabriel mendengarnya. Siapa yang kepung?

"Lengkapkan diri. Bersedia dengan apa yang bakal terjadi. Pastikan tak ada sorang pun yang mati." Tuan Gabriel mengeluarkan arahan.

"HELLO Aeron…" suara di hujung panggilan itu amat dia kenali. Khay Wilson.

"Apa kau nak?" Tanya Aeron bengang.

"Kesian… rumah tangga kau hancur. Dragon pun dah mati… kau tinggal sebatang kara." Ujarnya seperti mengejek.

"Dragon dah mati?" Macam tak percaya dengan apa yang didengarnya, Dragon dah mati? Bukan ke dia baru saja lepaskan Dragon?

"Yeah… aku bunuh." Balasnya sinis.

"Berani kau bunuh dia?" Aeron ketap bibir. Apa yang dikatakan kepada Hana tadi memang betul. Dia tidak mahu darah dagingnya terkorban. Dragonlah satu–satunya keluarga yang dia ada.

"Kenapa? Bukan ke kau nak dia mati?"

"Khay… aku dah lama sabar dengan kau. Kau bunuh dia, aku bunuh kau." Ugutnya keras. Tangannya mengepal penumbuk.

"Oh yeah. Ada lagi sorang yang aku dah bunuh. Orang yang kau paling sayang…"

"Siapa?" Tanya Aeron bengang.

"Ejen Hana Zack." Balasnya sinis.

"Jangan nak tipu aku…"

"Boleh datang ke tempat aku, kalau kau tak percaya, aku share lokasi. Chaw." Panggilan dimatikan.

"Tak Hana… kau tak boleh mati." Bibirnya diketap kuat. Hatinya cukup resah mendengar nama Hana tadi.

Dia lihat di skrin telefon, Khay telah menghantar lokasi dimana dia berada sekarang.

"Datang cepat, aku dah nak campak bangkai ni." Ugut Khay melalui mesej.

Aeron bergegas turun ke bawah. Pistol sudah disediakan di poket belakang. Pisau diselitkan di bahagian kaki.

"Ikut aku… kalau Hana mati. Aku bukan bunuh dia je, aku cincang dia. Ikut aku!" Arah Aeron. Anak buahnya yang lain akur, lalu mereka keluar dari banglo itu. 5 buah Van dipandu keluar dari perkarangan rumah.

"Hana…" tangannya mengepal penumbuk.

"BARU kau tau, siapa yang paling kuat dekat sini… Aeron." Ujarnya sinis.

Dia memberi isyarat pada konco–konconya, tanda dia nak tinggalkan tempat itu.

Mereka semua mengangguk, masing–masing sudah tahu apa yang hendak dilakukan.

Bunyi kereta mula kedengaran. Mereka bersiap sedia.

"Mana Hana!" Jerit Aeron.

Tiba–tiba telefonnya berbunyi. Dia angkat panggilan tersebut.

"Kau terus dan terus lagi… kau akan nampak, badan Hana…" ujar Khay dalam panggilan.

"Kau jangan melampau Khay…" langkahnya dimajukan. Dia perhati sekeliling, dalam hatinya dia masih berharap, agar Hana masih hidup.

Sampai saja di penghujung, dia ternampak susuk tubuh wanita yang sudah terbaring di situ.

"Muka dia… dah hancur aku kerjakan. Kesian…" panggilan dimatikan.

Bergerak–gerak rahangnya melihat tubuh itu. Tak mungkin…

Dia menghampiri tubuh itu, lalu dia pusingkan badan wanita itu menghadapnya.

Aeron terkejut, wajahnya telah hancur, dan dilehernya…

"Hana…" air matanya menitis apabila melihat nametag yang tertera nama dan gambar Hana disitu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience