BAB 35

Romance Completed 119870

P/S : DISEBABKAN BAB 35 YANG TERDELETE PADA AWALNYA, THE STORYLINE JUGA BERUBAH 80%

TUAN FIRHAD mengeluh berat. Melihatkan Gabriel yang terlalu keras kepala buatkan dia buntu. 

"Awak yakin ke dia akan lepaskan budak tu lepas awak bagi 500 ribu tu?" Soal Tuan Firhad serius. 

"Sure." Balas Gabriel ringkas. 

"Awak yakin awak akan selamat?" Soalnya lagi. Dia cuba untuk buat Gabriel ragu–ragu dengan keputusannya. 

"Kalau saya ditakdirkan mati dekat situ, saya nak Tuan jaga Hana baik–baik." Balas Gabriel sambil tersenyum. 

"Saya takkan izinkan awak pergi Gabriel. He's danger. Dia lebih kuat dari awak, ingat, dengan siapa yang awak berlawan sekarang ni." Tuan Firhad memberi amaran.

"Kalau Tuan tak izinkan saya pergi ke sana, saya akan berhenti." Tag yang sudah lama bergantung di lehernya, ditanggalkan lalu diletak atas meja.

"Saya dah tarik balik misi tu, jadi sekarang awak tak perlu buat apa–apa." Dia mula goyah. Mana boleh dia kehilangan ejen handal yang macam Gabriel. 

"Tuan, itu nyawa Tuan! Tolong jangan pentingkan diri. Saya tau apa yang Tuan risaukan sekarang, takut kehilangan ejen macam saya, dan takut agensi ni lingkup. Cuba prihatin pada orang sekeliling, jangan asyik fikir pasal kedudukan yang Tuan ada sekarang." Tegurannya yang tegas membuatkan Tuan Firhad terdiam. 

"Siapa awak nak motivasikan saya? Awak hanya ejen yang berkerja bawah saya."

"Saya tau tuan, tolonglah. Takkan tuan nak tengok budak tu hilang maruah? Dia baru 16 tahun Tuan…" rayu Gabriel. 

"Ejen–ejen macam kita ni bertanggungjawab ke atas keselamatan negara." Sampuk seseorang. 

"Marissa?" Kedua–duanya memandang ke arah wanita itu. 

"Boleh saya tolong Gabriel?" 

Membulat mata Gabriel mendengar ayat yang keluar dari mulutnya. 

"Awak tu perempuan Marissa. Banyak lagi misi lain yang saya boleh bagi. Tapi bukan yang ni." Bangkang Tuan Firhad. 

"Ejen Rissa, ikut aku." Gabriel terus menarik tangan Marissa dan keluar dari bilik itu. 

"Buat apa kau nak join misi aku?" Tanya Gabriel dingin. 

"Sebab budak tu penting untuk aku." Tegas Marissa. 

"Kenapa baru sekarang…"

"Sebab budak tu anak aku. Dah sampai masanya aku bertanggungjawab atas keselamatan dia." Balas Marissa serius.

Gabriel ketawa hambar. Dia pandang Marissa tak percaya. Baru sekarang kau nak ingat pasal Hana?

"Rissa…"

"Aku perlu selamatkan dia." Marissa melutut. 

"Kau tau kenapa aku nak selamatkan Hana?" Soal Gabriel. 

"Sebab kau. Dah tiba masanya untuk kau lupakan dia. Biar aku jaga dia sendiri. Aku tau, kedudukan yang kau ada sekarang, bukan senang kau nak buang. Sebab kalau diorang tahu yang kau ada anak, kau akan dibuang dari agensi ni." Gabriel memegang sisi Marissa, lalu dia bawa wanita bangun. 

"No, naluri seorang ibu, ada pada aku. Aku nak berhenti. Aku nak jaga dia." Air matanya menitis. 

"Rissa, listen. Bahaya untuk kau pergi sana…"

"I don't care! She's my daughter!" Bentak Marissa. 

Cepat–cepat mulutnya ditutup oleh Gabriel. 

"Diam. Kau nak kena buang kerja ke?" Marah Gabriel.

"Gabriel, please. Paling tak pun, biar aku follow kau…" Marissa masih merayu. 

"Kau tak pernah percayakan aku Rissa, kenapa…"

"Aku akan buat apa saja untuk anak aku. Aku dah salah anggap, kau baik sangat. Kau sanggup pertaruhkan nyawa kau untuk selamatkan Hana…" jelas Marissa, sedih saja suaranya membalas. 

Gabriel mengeluh berat. Marissa dipandang semula. 

"Dengar cakap aku, tugas kau, hanya follow aku dari belakang. Jangan bertindak sesuka hati. Biar aku yang selamatkan Hana." Gabriel memberi amaran. Rissa mengangguk perlahan. 

Beberapa jam kemudian, Gabriel membawa beg yang berisi duit di dalamnya. Nasib baik Tuan Firhad mengalah, dan menyerahkan 500 ribu padanya. 

Dia masuk ke dalam van, lalu dia toleh ke belakang. 

Gabriel memberi isyarat tangan pada Marissa. Wanita itu mengangguk laju. 

Mereka membuka lokasi di mana Karen berada sekarang. Lalu dia menuju ke tempat itu. 

"Kalau Hana dalam bahaya, mama sanggup korbankan nyawa untuk Hana. Sebab Hana adalah permata buat mama…" ujarnya, air mata yang jatuh dikesat laju. 

Sebaik sahaja tiba di tempat Karen. Gabriel membawa beg yang berisi duit itu keluar. Lalu dia masuk pada pintu utama. 

"Karen!" 

Karen toleh ke belakang, lalu dia tersenyum sinis. 

"Mana duit?" Soalnya sinis. 

"Ada dekat aku. Mana Hana?" Tanya Gabriel pula. Matanya melilau memandang sekeliling, cuba mencari kelibat Hana. 

"Bawak budak tu." Arah Karen. Lalu anak buahnya yang lain mengheret Hana dari sebuah bilik. 

Hampir saja Gabriel hendak mencapai Hana. Karen menariknya kembali. 

Gabriel tersentak, kenapa dia tarik Hana?

"That time, we used to be a friend. But now, we're enemy. Aku nak kau beringat, jangan percayakan aku Gabriel. Sebab aku akan musnahkan hidup kau, slow… slow…" bisiknya pada Gabriel. Lalu dia tersenyum sinis. 

"Bla." Hana ditolak kasar membuatkan dia jatuh terjelopok. 

Sebaik sahaja dia toleh ke belakang, ternampak Marissa sudah ada di hadapan pintu. 

"Kau menipu Gabriel…" 

"Gabriel!" Marissa berlari ke arahnya sebaik sahaja terlihat Karen melepaskan tembakan. 

Membulat mata Gabriel melihat situasi itu. 

"Marissa tepi!" Semuanya dah terlambat. 

Marissa jatuh tersembam ke lantai. Dia memegang perutnya yang terasa sakit. 

"Chaw." Karen dan anak–anak buahnya terus keluar ikut pintu belakang. 

"Rissa…" panggilnya perlahan. 

"Tolong jaga dia Gabriel, jaga dia macam anak kau. Akhirnya aku dapat rasa bebas, aku dah korbankan nyawa aku untuk Hana. Terima kasih Gabriel…" itulah kata–kata terakhir darinya. Matanya terpejam rapat. 

Nadi Marissa dirasa menggunakan jarinya, Gabriel menitiskan air mata. Rambut Marissa diusap lembut. 

"Uncle… dia okay ke?" Hana bersuara. Sedangkan tubuhnya sudah menggigil ketakutan. 

"Mulai harini, hidup dengan uncle. Uncle akan protect Hana walau apa yang jadi sekalipun…" ujarnya lemah. Dia pandang Marissa yang sudah terbaring di ribanya. 

"Aku akan jaga dia Rissa… kau dah selesaikan tanggungjawab kau, tolong hidup dengan aman dekat sana…" 

END FLASHBACK

"Saya nak awak jaga Hana, macam mana saya jaga dia, saya merayu pada awak Syamim…" rayu Tuan Gabriel. 

"Tuan jangan risau." Balas Syamim, dia tersenyum kecil. 

AERON terjaga dari tidurnya apabila terdengar bunyi bising di luar bilik. Lalu dia mengeluh berat. Tak pernah–pernah lenanya diganggu dengan suara–suara manusia ni!

"Cik Dahlia, awak tak boleh gosok baju boss, hanya boss je yang layak!" Han meninggikan suara. 

"Asal? Aku kotor sangat ke? Bak sini baju tu." Hana merampas baju yang berada di tangan Han. 

"Cik Dahlia nak kena pancung ke?!" Tengking yang lain pula. 

"Whats wrong with you guys? This is just some clothes!" Bentak Hana. 

"Apahal ni?!" Suara itu telah memecahkan suasana yang kecoh tadi. Semua diam membisu kecuali Hana. 

"Memandangkan kau suka baju ni, biar aku tolong gosok." Ujar Hana senang hati.

"Buat apa kau nak gosok baju aku?" Baju itu dirampas dari tangan Hana. 

"Give me that. Aku bosan tak buat apa–apa dekat rumah ni." Dia ambil semula baju di tangan Aeron. 

"Kau nak buat apa? Nak buat ujian DNA?" Soalnya dingin. 

"Looks like, aku ni memang polis…" ujarnya sinis. 

"Kau… kau nak gosok. Kau gosoklah. Tapi ingat, jangan sampai terbakar. Baju ni lagi mahal dari nyawa kau…" ugut Aeron. 

"Mahal? Apa…" dia terus terdiam apabila melihat tanda harga di belakang baju itu.

"Dua… dua ribu…" 

"Yeah. Sebab tu kau kena jaga baju ni elok–elok. Faham sayang?" Aeron terus beredar dari situ. 

Hana masih lagi terkejut dengan harga baju itu, kenapa nak beli baju mahal–mahal?

"Guys, memandangkan boss korang boleh beli baju harga dua ribu, aku nak korang belikan aku dress, bukan lengan panjang, 10 helai." Hana juga beredar dari situ. 

Han mengeluh berat. Kenapa dia rasa dia macam orang gaji sekarang ni?

PINTU dikuak perlahan, dia intai sedikit ke dalam. Terlihat Aeron sudah tertidur di atas meja kerja. 

Hana tergelak kecil, dia masuk ke dalam tanpa Aeron sedar. 

"Aeron…" kejutnya perlahan. 

Namun tangannya ditepis kasar oleh Aeron. Hana pandang tak percaya, punyalah lembut dia kejut, macam ni Aeron balas?

"Aeron, bangunlah kejap…"  kejutnya lagi sambil menggoyang–goyangkan bahu lelaki itu. 

"Kau nak apa?!" Tengking Aeron. 

Tersentak Hana dibuatnya. Pekak telinga! Nasib baik tak tercabut jantung ni!

"Tak payah tengkinglah!" Marah Hana pula. 

"Kau…" dia pandang Hana atas bawah. Lalu wajahnya diraup kasar. 

"Dah gila eh? Apahal kau macam ni?" Soalnya tak puas hati. 

"Why? Kau tak suka perempuan seksi eh?" Hana meneka. 

"Bukan, aku tak suka kau." Balas Aeron dingin. 

"What kind of boyfriend didn't love his own girlfriend?" Hana buat muka menyampah.

"Perlu ke?" Tanya Aeron tanpa riak. 

Macam tak percaya, ayat itu yang keluar dari mulutnya, perlu ke? Eh budak tadika lagi pandai bercinta dari kau lah!

"And, tukar baju kau. Aku tak suka." Arah Aeron. 

"Aku suka." Balas Hana sambil berpeluk tubuh. 

Berkerut dahi Aeron melihat perangai Hana. Berubah 360 darjah!

"Bla." Arahnya. 

"No!" Bentak Hana. 

"Aku paling tak suka orang kacau aku buat kerja. Bla." Aeron bangun dari tempat duduknya, membuatkan Hana gugup.

"Please Aeron, aku akan buat apa je yang kau nak. Asalkan kau bagitau perkara sebenar tentang aku." Hana merayu.

Aeron tersenyum sinis. Buat apa je yang dia nak?

"Termasuk tidur dengan aku?" Aeron merapatkan tubuhnya dengan Hana. 

"Kalau itu yang kau nak… aku terpaksa tunaikan." Balas Hana terpaksa. 

"Sanggup eh kau hancurkan maruah kau, untuk perkara yang tak seberapa tu?" 

"Itu hidup aku Aeron, benda yang kau cakap tak seberapa tu, adalah benda paling bermakna dalam hidup aku. Aku nak tahu siapa diri aku." Tegas Hana. 

"Well, you ask for it." Satu persatu butang kemaja ditanggalkan. Hana gugup, dia tarpaksa buat kerja gila ni, semata–mata nak tahu siapa diri dia yang sebenar.

"Wait…" Perbuatan Aeron terhenti. Dia pandang Hana yang sedang resah itu.

"Do you love me?" Tiba–tiba soalan itu yang keluar dari mulutnya. 

"That doesn't mind. Kau dah bagi green light…" makin lama, Hana mengundur dan akhirnya melekat ke dinding. Dah tak boleh berundur lagi. Hana telan liur.

 

Share this novel

ayang
2021-04-22 14:08:56 

hi7


NovelPlus Premium

The best ads free experience