BAB 20

Romance Completed 119870

TUAN GABRIEL berdiri di hadapan pintu utama. Dia menunggu Khay Wilson untuk masuk ke dalam. 

Sebaik sahaja Khay Wilson menolak pintu, terlihat Tuan Gabriel sedang memandang serius ke arahnya. 

"Kenapa Tuan?" Tanya Khay pelik. 

"Awak buat apa dekat Blue Diamond? Dah jadi pembelot?" Tanya Tuan Gabriel dingin. 

Anak matanya mula lari. Khay hendak bercakap, tapi mulutnya seakan terkunci. 

"Answer me Khay." Paksa Tuan Gabriel. 

"That was one of my mission." Balas Khay gagap. 

"Sejak bila saya bagi awak misi?" Tanya Tuan Gabriel pelik. 

"Tuan Kamal yang bagi misi." Jelasnya lagi.

"Apa misinya?" Tanya Tuan Gabriel lagi. 

"Kan Tuan ada suruh saya untuk jadi partner Hana? Tuan Kamal yang bagitau. Saya siasat lokasi tu dan pergi kesana. Tak sangka dragon pun ada sekali." Dia cuba simpan rahsia. Kalau Agensi Hamra tau yang dia pembelot, hancur matlamat mereka!

"Jadi… awak setuju jadi partner Hana?" 

"Saya tak kesah. Apa saja yang Tuan arahkan, saya akan ikut." Balasnya bersungguh–sungguh. 

"Jangan khianat dia. I trust you. Awak dan Hana adalah orang yang paling penting dalam Agensi Hamra. Jangan hampakan saya Khay." Pesan Tuan Gabriel. 

"Baik Tuan." Dia hadiahkan senyum nipis. Senyum yang mampu menyembunyikan belbagai muslihat. Hanya dengan senyuman itu, orang dari Agensi Hamra menaruh harapan padanya. 

HANA ZACK pandang suasana di luar, tenang. Pokok yang bergoyang kerana ditiup angin, menenangkan jiwanya. Dia mahu melupakan semuanya. Semua memori yang telah merobek jiwanya. 

Tiba–tiba telefon milik Hana berdering, terus dia angkat panggilan. 

"Hello Tuan?" 

"Saya ada misi untuk awak." 

Berkerut wajahnya mendengar ayat Tuan Gabriel. Misi? Yang dia buat sekarang ni bukan misi ke?

"Pergi cek bilik utama Aeron." Arah Tuan Gabriel. 

"Maksud Tuan?" Tanya Hana kurang faham. 

"Bilik yang Aeron masuk, selain bilik tidur. Mesti ada sesuatu dekat situ. Punca Tuan Karel mati, siapa Dragon? Semuanya mesti ada dekat situ." Jelas Tuan Gabriel. 

"Tapi Tuan… kawalan rumah ni ketat. Saya boleh tertangkap." Balas Hana tegas.

"Buat aje. Ini arahan. Awak yang pilih jalan ni." Panggilan di letak. 

Berkerut wajahnya memikirkan arahan yang diberi. Bilik utama? Maksudnya bilik tu bilik paling penting untuk Aeron. Gila!

Hana turun ke bawah, dalam kepalanya, tak berhenti berfikir cara untuk masuk bilik utama. 

"Makan." Arah Aeron yang sudah lama berada di meja makan. 

"Tak lapar." Balas Hana ringkas. 

"Aku suruh makan. Makan je lah. Kalau kau sakit, aku halau. Tak ada maknanya aku nak jaga kau!" Bentak Aeron. 

Hana tersentak. Di pagi hari pun kau nak mengamuk? Keturunan harimau kot kau ni!

"Setakat aku tak breakfast, aku takkan matilah." Hana ingin naik semula. 

"Tarik dia!" Arah Aeron. 

Hana toleh, anak buah Aeron sudah berada di sisinya untuk membawanya ke meja makan. 

"Makan mana boleh paksa!" Bentak Hana. Geram!

"Aku tak suka tengok orang sakit macam nak hilang nyawa dalam rumah ni. Jadi kau makan je." Arah Aeron dingin. 

"Aku boleh makan. Tapi kau kena jawab dulu soalan aku." Hana berpeluk tubuh. 

Terangkat keningnya, menandakan dia ingin tahu apa soalannya. 

"Siapa Dragon?" Tanya Hana serius. 

"Kau betul–betul nak tahu? Tak menyesal?" Tanya Aeron pula.

Hana angguk laju. Dia betul–betul nak tau, siapa Dragon. Kenapa Tuan Gabriel nak sangat dia siasat tentang Dragon.

"Pergi cari dia. Dan tanya. Aku tak terlibat." Nasi lemak terus disuap masuk ke dalam mulutnya. 

Dia cuba tahan rasa gelabah apabila mendengar pertanyaan Hana. Kalau Dragon bukan siapa–siapa, dah lama aku bagitau kau Hana. Dah lama aku bagitau apa punca kau kena duduk dekat GRO tu sampai setahun. Tapi aku tak kuat lagi nak jelaskan semua ni. 

"Aeron, walaupun kau tak bagitau, aku akan tetap siasat. Siapa Dragon." Balas Hana dingin. Nasi lemak yang berada di hadapannya akhirnya terusik juga.

Aeron mengeluh berat. Kenapa kau nak sangat risikokan nyawa kau?

PAGI, Aeron kejut Hana yang masih lena dibuai mimpi. Pipi Hana di tampar lembut. Susah betul nak bangun!

"Bangunlah perempuan!" Tengking Aeron. 

Hana tersentak, terus dia bangun secara mengejut. Akibatnya, kepala Aeron dan kepalanya terhantuk kuat. 

"Kepala kau ni kepala besi ke?!" Tengking Aeron. 

Hana tahan rasa marah. Orang tengah tidur nyenyak, ditengkingnya! 

"Kau nak apa?!" Tengking Hana pula. Pada subuh Adam, suasana dah jadi riuh dengan pertelingkahan mereka. 

"Aku nak train kau. Kita pergi redah hutan pagi ni." Balas Aeron serius. 

"Seriously? Hutan? Aku perempuan kot." Balasnya tak puas hati. 

"Aku tau kau perempuan. Ikut cakap boss." Rambut Hana digosok laju hingga serabai. 

Dia tinggalkan Hana di bilik, sementara Hana masih lagi macam tak percaya. Tak boleh nak aman hidup!

Semasa meredah hutan, Hana banyak kali mengeluh. Kejap berhenti, kejap minum air. 

"Kau jalan tak payah lembab sangatlah!" Jerit Aeron yang sudah maju di hadapan. 

"Aku penatlah!" Jerit Hana di belakang. Tuhan saja yang tau betapa penatnya dia. 

"Kau nak kena petok ular, jalanlah lambat lagi." Saja Aeron mengugut. 

Hana terus gelabah. Dia berlari supaya tidak dipetok ular. Dia perhati di setiap bahagian, takut!

Tak sampai beberapa saat, kakinya tersadung pada batang kayu. Terus dia jatuh terjelopok. 

"Baik kau bunuh je lah aku! Aku penatlah!" Jerit Hana. Dia pegang lututnya yang terasa pedih. 

Aeron yang perasan Hana terlalu jauh, dia datang semula pada Hana. 

"Luka?" Tanya Aeron sebelum tangannya beralih pada lutut Hana. 

"Eh taklah, patah." Hana menjeling. 

Seluar Hana ditarik hingga paras peha. Mata Hana membulat. Dia buat apa ni?!

"Tepilah!" Hana tolak Aeron ke tepi. 

"Aku nak rawat luka kau. Bukan nak rogol kau!" Tengking Aeron. 

"Sorry…" ujarnya perlahan. Dia selalu aje bersalah sangka dengan Aeron.

"Kalau redah hutan ni pun kau tak mampu. Give up je lah. Aku tak perlukan orang kanan macam kau." Aeron terus bangun usai merawat luka Hana. 

"Aku takut. Aku takut kau tinggalkan aku macam dulu." Balas Hana. 

"Kau tu, kau yang patut tinggalkan mafia macam aku. Aku tak layak nak lindung kau Hana. Kau tengok ajelah apa yang aku buat dekat kau 12 tahun lepas. Kau tak serik lagi ke?"

"Kalau kau bagitau sebab kenapa kau tinggalkan aku, aku akan maafkan kau Aeron." Balas Hana pula. 

"No reason. Pintu rumah tu sentiasa terbuka untuk kau keluar." 

Hana kecewa. Bukan itu jawapan yang dia mahukan dari mulut Aeron. Dia inginkan kejujuran. Tak mungkin, apa yang berlaku semua tu tak ada sebab. Mesti ada!

HANA ZACK mengatur langkah ke sebuah bilik. Bilik yang selalu Aeron masuk. Dia ingin siasat apa yang berada di dalam. 

Sebaik sahaja masuk, Aeron sudah berada di hadapannya. 

Jantung Hana macam nak gugur, sejak bila Aeron ada dekat dalam? Bukan dia ada hal ke?

"Kau buat apa dekat sini?" Tanya Aeron dingin. 

"Ak… aku…"

"Cakap biar serupa bikin, ejen Hanat."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience